Bangi | |
---|---|
Pekan | |
![]() Masjid Kariah Bangi terletak di Bangi, Selangor. | |
Negara | ![]() |
Negeri | Selangor |
Daerah | Hulu Langat |
Mukim | Kajang |
Poskod | 43xxx |
Pekan Bangi atau lebih dikenali sebagaiBangi Lama oleh masyarakat tempatan merupakan sebuahpekan lama yang terletak di selatan daerahHulu Langat,Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya agak terpencil serta ketinggalan dari segi pembangunan dan kemudahan infrastruktur berbanding dariBandar Baru Bangi yang hanya terletak 6km di utaranya. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, kerana nama sebenar pekan ini ialahBangi sahaja. Ia cuma berguna bagi membezakan kedua-duanya.
Pekan ini dibuka awal abad ke-20 kemungkinan pada tahun 1906, dengan terdapat 18 buah kedai-kedai orang Melayu seperti Kedai Songkok dan Capal, kedai kopi, kedai Candu, kedai timah, kedai getah dan sebagainya. Pekan ini pernah mengalami satu kebakaran yang besar namun telah dibangunkan semula oleh Kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada sekitar 1930an. Jika kita berada di PekanBangi terdapat kedai yang masih bertanda tahun ’1936’ pada salah satu kedai tersebut.[1]
Setelah itu peniaga keturunan Cina pula mula menguasai perniagaan di pekan ini. MedanMARA Bangi pula dibangunkan pada awal 80an bertujuan membantu peniaga Bumiputera berniaga.
Terdapat beberapa pendapat bagaimana nama Bangi itu diperolehi.
Dikatakan diambil dari nama tumbuhan ‘serai wangi’ yang dikatakan dahulunya banyak tumbuh liar disekitar tebing sungai Bangi. Namun perubahan sebutan daripada ‘wangi’ kepada ‘bangi’ boleh dipersoalkan kerana tiada sebab penduduk asal disini yang kebanyakan berketurunan Minang dan Mendailing jadi pelat menyebut ‘wangi’ menjadi ‘bangi' malah perkataan ‘wangi’ itu sendiri lebih mudah, indah untuk disebut dan jelas pula maksudnya.[2]
Dikatakan diambil daripada nama ‘Tok Bangai’ iaitu nama tok batin (orang asal) yang telah membuka penempatan di Bangi sebelum suku Bugis, Minang atau Mendailing datang ke sini. Rasionalnya juga boleh dipersoalkan kerana janggal benar nama sesebuah kampung Melayu diambil daripada nama Tok Batin Asli sebagai nama tempat mereka. Dikatakan pernah wujud penempatan orang asli hilir sungai Bangi dan boleh dilihat di peta lama di Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat.
Dikatakan diambil daripada perkataan ‘babangai’ iaitu bermaksud bau hanyir daripada ikan-ikan kering yang dijemur di tebing sungai dan sawah –sawah . Pendapat ini juga agak naif kerana tiada perkataan ‘bangai’merujuk kepada bau dalam bahasa Melayu atau pun dalam perkataan suku Minang atau Mendailing. Dalam bahasa Banjar pula ‘babangai’ itu merupakan satu jenis tarian. Perkataan bau busuk ikan kering adalah ‘busuk bangor’ yang digunakan oleh orang Melayu Pantai Timur.
Dikatakan diambil daripada perkataan ‘bangai’ yang bermaksud terbuang atau yang disingkirkan, perkara ini pernah dicerita oleh Allahyarhamah Hjh Yang Bte Hj Jamil (1928-2008) iaitu anak kepada Daeng Jamil yang merupakan cucu kepada Daeng Abdul Ghani iaitu anak kepadaSultan Abdul Samad. Dikatakan dalam masa-masa berlakunya pertelingkahan di Istana Klang, sebahagian dari warga istana telah dihalau oleh pihak Istana keluar. (Daeng Jamil lari ke Johor kerana menyaksikan masalah-masalah ini kemudian menetap di Tanjung Selabu,Muar). Mereka yg dihalau dari Istana telah ditempatkan ke sebelah tenggara Selangor di DaerahHulu Langat.
Tempat itu lalu dikenali sebagai tempat orang-orang istana yang terbangai atau terbuang, tersingkir. British pula mengeja dalam huruf ruminya "Bangi" iaitu terjemahan daripada huruf–huruf jawi dibaca sebagai ‘Bangi’. Bagi kebanyakan pengkaji sejarah, inilah asal usul nama Bangi paling kuat daripada yang lain dan lebih rasional. Merujuk kepada kamus Indonesia dan mendapati perkataan ‘bangai’ bermaksud tertinggal, tersingkir atau terbiar.[3]
Perubahan sebutan Bangai kepada Bangi mungkin juga disebabkan oleh dialek pelombong-pelombong Cina keturunan Hakka yang tidak dapat menyebutnya dengan tepat.
Dalam perkataan bahasa Cina, Bangi membawa maksud serba sesuai. Nama tersebut turut didapati di Hong Kong kerana maksud yang bagus.[4]
Seperti kebanyakan asal usul nama di tempat-tempat lain, tiada perkataan yang benar-benar tepat kepada maksud ‘Bangi’ ini, yang penting nama Bangi ini telah dikenali di seluruh negara walaupun tempat asalnya bermula agak terpencil tetapi dalam usia 100 tahun, Bangi telah berkembang dan bertambah luas kawasannya.
Lebih 80% penduduk asal Bangi terdiri daripada kaum Melayu yang mendiami kampung-kampung di sekitarnya. 11% pula terdiri dari kaum Cina, 7% dari kaum India dan 2% lain-lain.
Sebelum pindaan 2003,Bangi terletak di bawah DUNKajang dalam ParlimenHulu Langat. Ia dilihat sebagai wajar dan bertepatan, ini adalah kerana dari segi pentadbiran pun sememangnyaBangi dan DUN Kajang berada di dalam DaerahHulu Langat (Pejabat Daerah Hulu Langat dan pelbagai pejabat agensi peringkat Daerah berada diBandar Baru Bangi), begitu juga dengan kedua-dua DUNN24Semenyih danN23Dusun Tua yang sememangnya berada dalam ParlimenHulu Langat.[5]
Namun pindaan persempadanan Mei 2003 memperlihatkan keanehan dan ketidakwajaran dari pihakSuruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang menjadikan DUN Bangi yang bukan saja terletak di dalam daerahHulu Langat malah menjadi pusat pentadbiran Daerah, tetapi ia telah diletakkan pula di dalam ParlimenSerdang yang mana pusat pentadbirannya terletak di bawah DaerahSubang Jaya.[6][7]
Lihat jugaDewan Undangan Negeri Selangor
Jalanraya | Kod | Km |
---|---|---|
DariBandar Baru Bangi | ![]() | 10.6 |
DariPekan Semenyih | ![]() | 10.3 |
DariDengkil | ![]() | 17.5 |
DariWilayah Persekutuan Putrajaya/Dengkil | ![]() | 22.8 |
DariLebuhraya Kuala Lumpur–Seremban | ![]() | 2.8 |
DariLebuhraya Kajang–Seremban | ![]() | 10.4 |
Pekan ini mempunyai sebuah stesenKTM Komuter iaituStesen Komuter Bangi yang terletak di dalamLaluan Rawang-Seremban.
Bermula5 Ogos,2017 pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), telah melancarkan perkhidmatanBas Smart Selangor diBangi. Pelancaran perkhidmatan bas secara percuma di laluan KJ02 dan KJ03 yang menghubungkanStesen Komuter Bangi ke kawasan sekitarnya ini telah disempurnakan oleh Dato Menteri Besar sendiri bersempena dengan majlis upacara pecah tanah Dewan Komuniti diBukit Mahkota.
Tempat untuk membeli belah di Pekan Bangi selain dari di Pasar Besar, Pekan Bangi:
Kawasan penempatan awal penduduk asal Pekan Bangi:
Berikut ialah daftar kawasan perumahan dan penempatan baharu yang terdapat di sekitar Pekan Bangi.
Selain ituBangi juga terkenal dengan kawasandusun duriannya. Antara dusun yang masih terdapat ialah di Kampung Batu Lima,Bangi dan Kampung Rinching Hilir. Di sepanjang jalan kampung di sekitarBangi juga terdapat beberapagerai menjual hasil pertanian sepertipisang,keladi,ubi,keledek,rambutan,durian,tapai dan beraneka jenis buah-buahan tempatan.
|month=
(bantuan);Check date values in:|accessdate=
(bantuan)