Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bandar raya global

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandar raya global (juga dikenali sebagaibandar raya dunia ataubandar raya alfa) ialah bandar raya yang ditentukan melalui titik pertemuan penting dalamsistem ekonomi global. Konsep yang berasal dari bidanggeografi dan kajianbandar ini berteraskan gagasan bahawaglobalisasi difahami sebagai dicipta, dimudahkan dan dilaksanakan terutamanya di tempat-tempat yang strategik mengikut hierarki kepentingan dan pengendalian sistem kewangan dan perdagangan sedunia.

Paling kompleks di kalangan entiti-entiti sedemikiannya ialah "bandar raya global" (global city), yang mana perhubungan bandar raya ini membawa kesan sosio-ekonomi yang langsung dan ketara terhadap hal-ehwal sedunia.[1] Istilahglobal city dipercayai dicipta oleh ahlisosiologiSaskia Sassen sebagai memaksudkanLondon,New York danTokyo dalam hasil kerjaThe Global City (1991),[2] biarpun istilahworld city (bandaraya dunia) yang memaksudkan kota-kota yang jauh menguasai lebih banyak perniagaan global berbanding tempat dipakai seawal-awal penggunaan sulungnya olehPatrick Geddes pada tahun 1915.[3] Sesebuah bandaraya boleh hilang kelayakannya sebagai bandar raya global, misalnya yang semakin kurang bersifat kosmopolitan, dan semakin pudar namanya di peringkat dunia sepertiKaliningrad, Rusia,Thessaloniki, Greece danIskandariah, Mesir.

Kriteria

[sunting |sunting sumber]

Taraf bandar raya global atau bandar raya dunia memang dipandang tinggi nilainya. Oleh sebab itu ramai pihak yang cuba menggolongkan dan menarafkan bandar raya yang mana boleh dikira sebagai 'bandar raya dunia' atau sebaliknya.[3] Walaupun terdapat kata sepakat mengenai bandar-bandar terkemuka dunia,[4] kriteria di mana klasifikasi dibuat boleh mempengaruhi bandar-bandar lain yang disertakan.[3] Kaedah pengenalpastiannya adalah sama ada berasaskan "pengukur nilai" (contohnya "jika sektor pengeluaran dan perkhidmatan ialah sektor terbesarnya, maka bandar raya X ialah bandaraya dunia")[3] ataupun "penentuan perbandingan" ("juka sektor pengeluaran dan perkhidmatan bandar raya X lebih besar berbanding sektor pengeluaran dan perkhidmatan N bandaraya lain, maka bandaraya X ialah bandaraya dunia").[3]

Ciri-ciri ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Bursa Saham New York


Ciri-ciri politik

[sunting |sunting sumber]
Istana Westminster

Ciri-ciri kebudayaan

[sunting |sunting sumber]
Louvre
  • Pengetahuan nama pertama di peringkat antarabangsa; yang mana sesebuah bandaraya dikenali tanpa perlu menyatakan pembahagian politiknya. Cth:Bandar raya New York dipanggil "New York" sahaja, walaupun terletak dinegeri New York.
  • Institusi kebudayaan terkemuka, seperti muzium, galeri, opera, orkestras, pusat perfileman dan pusat teater terkemuka. Persada kebudayaan yang aktif, termasuk pesta filem (sepertiToronto International Film Festival), tayangan perdana, industri muzik, kelab malam, syarikat opera, galeri seni, perarakan tahunan dsb.
  • Pangkalan perbadanan media berpengaruh yang mencapai seluruh dunia, sepertiBBC,Reuters,The New York Times, atauAgence France-Presse.
  • Komunitikesukanan besar, termasuk kemudahan sukan utama, pasukan tuan rumah sukan liga utama, dan keupayaan dan pengalaman sebagai tuan rumah temasya sukan antarabangsa sepertiSukan Olimpik,Piala Dunia FIFA, atau acaratenisGrand Slam.[18]
  • Institusi pendidikan; contohnya, universiti,[19] kehadiran pelajar antarabangsa,[20] kemudahan penyelidikan
  • Tapak penziarahan keagamaan
  • PenempatanTapak Warisan Dunia yang berkepentingan sejarah dan kebudayaan[21]
  • Ketampungan pelancongan

Ciri-ciri prasarana

[sunting |sunting sumber]
Shinkansen distesen Tokyo
  • Sistem pengangkutan canggih yang merangkumi rangkaianlebuh raya atau alihan massa besar yang menyediakan pelbagai kaedah pengangkutan (alihan laju,LRT, rel serantau,feri, ataubas).
  • Sistem alihan massa yang meluas dan popular[22], penggunaan perkhidmatan tren,[23] penggunaan kenderaan jalan raya,[24] pelabuhan utama[25]
  • Lapangan terbang antarabangsa utama yang berfungsi sebagai hab yang mantap untuk syarikat penerbangan terkemuka, cth.London. Lapangan terbang yang menampung bilangan penumpang yang amat ramai, apatah lagi penumpang antarabangsa,[26] atau muatan yang besar-besar
  • Prasarana perhubungan canggih yang digunakan oleh perbadanan multinasional utama, sepertigentian optik,Wi-Fi,telefon bimbit, dan lain-lain talian perhubungan berkelajuan tinggi.
  • Kemudahan kesihatan; e.g. hospital, makmal perubatan
  • Latar langit dan pencakar langit terkemuka[27]

Kajian

[sunting |sunting sumber]

Kajian GaWC

[sunting |sunting sumber]
Bandar Raya Dunia Alfa 2008

Salah satu percubaan terawal untuk menentukan, menggolongkan dan menarafkan bandaraya global dilakukan pada tahun 1998, oleh Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC) yang bertapak di Jabatan Geografi Universiti Loughborough,United Kingdom. Jadualnya digariskan dalam GaWC Research Bulletin 5 dan menarafkan bandaraya berdasarkan peruntukan "khidmat pengeluaran termaju" seperti perakaunan, pengiklanan, kewangan, dan perundangan.[4] Inventori GaWC mengenal pasti tiga taraf bandaraya global diikuti beberapa subtaraf.

Penarafan GaWC selama ini diterbitkan empat tahun sekali. Penarafan tahun 2004 mengiktiraf penunjuk baru di samping masih menekankan ekonomi bandaraya berbanding faktor politik dan kebudayaan. Penarafan 2008 pula lebih menggunakan data lanjutan yang diperoleh diAkademi Sains Sosial China sambil memastikan kebolehbandingan dengan penarafan 2000 dan 2004. Kesemua bandaraya yang layak disusun mengikut kategori bandaraya global "Alfa" (with four sub-categories), "Beta" (three sub-categories), "Gama" (three sub-categories), dan bandaraya yang menikmati "Kecukupan Tinggi" atau "Kecukupan" kehadiran bandaraya global.

Senarai Bandaraya Dunia Alfa, Beta dan Gama 2008 adalah seperti berikut; rujuk sumbernya untuk senarai selengkapnya:[28][29]

Bandaraya Dunia Alfa :

Bandaraya Dunia Alfa :

Bandaraya Dunia Alfa:

Bandaraya Dunia Alfa :

Bandaraya Dunia Beta :

Bandaraya Dunia Beta:

Bandaraya Dunia Beta :

Bandaraya Dunia Gama :

Bandaraya Dunia Gama:

Bandaraya Dunia Gama :

Indeks Bandaraya Global

[sunting |sunting sumber]

Pada Oktober 2008, jurnalForeign Policy dariAmerika Syarikat, bersamafirma penasihat Kearney danMajlis Hal Ehwal Global Chicago, menerbitkan senarai bandaraya global berasaskan nasihat daripadaSaskia Sassen,Witold Rybczynski, dan lain-lain.Foreign Policy menyatakan bahawa "bandar raya-bandar raya yang terbesar dan terbanyak saling membantu menetapkan agenda global, mengharungi ancaman rentas negara dan berfungsi sebagai hab persepaduan sedunia, selaku enjin pertumbuhan negara masing-masing dan pintu masuk sumber serantau."[30]

Penarafannya berasaskan penilaian 24 metrik di lima bidang: kegiatan perniagaan,modal insan, pertukaranmaklumat, pengalamanbudaya, dan keterlibatan politik. Pada tahun 2010, 30 bandaraya global terunggul adalah:[31]

KedudukanBandaraya
1Bandar raya New York
2London
3Tokyo
4Paris
5Hong Kong
6Chicago
7Los Angeles
8Singapura
9Sydney
10Seoul
11Brussel
12San Francisco
13Washington D.C.
14Toronto
15Beijing
16Berlin
17Madrid
18Vienna
19Boston
20Frankfurt am Main
20Shanghai
22Buenos Aires
23Stockholm
24Zurich
25Moscow
26Barcelona
27Dubai
28Rome
29Amsterdam
30Bandaraya Mexico

Global Power City Index

[sunting |sunting sumber]

Institut Strategi Urban di The Mori Memorial Foundation diTokyo,Jepun mengeluarkan kajian menyeluruh mengenai bandaraya global pada Oktober 2009, berasaskan enam kategori keseluruhannya, iaitu "Economy," "Research & Development," "Cultural Interaction," "Livability," "Ecology & Natural Environment," dan "Accessibility," diperincikan oleh 69 petunjuk individu.[32]

Ked.BandarayaMarkahKategori terbaik (ked.)
1Bandar raya New York330.4Economy (1.) Research & Development (1.)
2London322.3Cultural Interaction (1.)
3Paris317.8Livability (1.) Accessibility (1.)
4Tokyo305.6Economy (2.) Research & Development (2.)
5Singapura274.4Economy (5.) Cultural Interaction (5.)
6Berlin259.3Livability (2.)
7Vienna255.1Ecology & Natural Environment (3.)
8Amsterdam250.5Accessibility (3.)
9Zürich242.5Ecology & Natural Environment (2.)
10Hong Kong242.5Economy (4.)
11Madrid242.5Ecology & Natural Environment (7.) Accessibility (7.)
12Seoul242.1Research & Development (4.)
13Los Angeles240.0Research & Development (5.)
14Sydney237.3Ecology & Natural Environment (9.)
15Toronto234.6Livability (5.)
16Frankfurt232.9Accessibility (5.)
17Copenhagen231.7Economy (9.) Livability (9.)
18Brussel229.9Livability (8.)
19Geneva229.7Ecology & Natural Environment (1.)
20Boston226.2Research & Development(6.)

Diikuti oleh:

21.Shanghai (224.1), 22.Chicago (221.1), 23.Vancouver (219.1), 24.San Francisco (218.1), 25.Osaka (215.1), 26.Beijing (211.4), 27.Kuala Lumpur (204.1), 28.Milan (203.5), 29.Bangkok (199.1), 30.Fukuoka (196.5), 31.Taipei (195.9), 32.Moscow (179.5), 33.São Paulo (177.7), 34.Mumbai (165.5), 35.Kaherah (132.2)

Penarafan bandaraya mengikut kategori

[sunting |sunting sumber]
Ked.Bil. penduduk bandar raya sebenarBil. penduduk kawasan metropolitan[33]Peratusan kelahiran asing[34]Kos sara hidup ekspatriat[9]Sistem metro mengikut jumlah penumpang tahunanSistem metro mengikut jumlah kepanjangan laluanLapangan terbang mengikut jumlah penumpang tahunan[35]Bilangan ribu-jutawan (AS$)[36]Keluaran Metropolitan Kasar mengikut jumlah pariti kuasa beli[37]
1MumbaiTokyoDubaiTokyoTokyoLondonLondonBandar Raya New YorkTokyo
2ShanghaiSeoulMiamiOsakaMoscowBandar raya New YorkBandar raya New YorkLondonBandar raya New York
3KarachiMexico CityAmsterdamMoscowBandar Raya New YorkBerlinTokyoMoscowLos Angeles
4DelhiBandar raya New YorkTorontoGenevaSeoulMadridAtlantaHong KongChicago
5IstanbulMumbaiMuscatHong KongMexico CityMoscowChicagoLos AngelesParis
6São PauloJakartaVancouverZürichParisSeoulParisDallasLondon
7MoscowSão PauloAucklandCopenhagenHong KongShanghaiLos AngelesIstanbulOsaka
8SeoulDelhiGenevaBandar raya New YorkLondonParisDallasSan FranciscoBandaraya Mexico
9BeijingOsakaMakkahBeijingOsakaBeijingFrankfurtChicago,
Mumbai,
São Paulo,
Tokyo
Philadelphia
10Bandar raya MexicoShanghaiThe HagueSingapuraSão PauloTokyoBeijingn/aWashington, D.C.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Sassen, Saskia -The global city: strategic site/new frontier
  2. ^Sassen, Saskia -The Global City: New York, London, Tokyo.Diarkibkan 2015-03-16 diWayback Machine (1991) -Princeton University Press.ISBN 0-691-07063-6
  3. ^abcde Doel,M. & Hubbard, P., (2002), "Taking World Cities Literally: Marketing the City in a Global Space of flows",City, vol. 6, no. 3, ms. 351-368. Subscription required
  4. ^abGaWC Research Bulletin 5, GaWC, Loughborough University, 28 July 1999
  5. ^Global Urban Indicators Database 2 (1998 data)Diarkibkan 2012-07-16 diWayback Machine(data sets in .ZIP),UN-HABITAT
  6. ^Urban Characteristics,City Level, 1993PDF (61.6 KB), "World Resources 1998-99",WRI, 1998.
  7. ^World Indices,Bloomberg
  8. ^J.V. Beaverstock,World City Networks 'From Below', GaWC, Loughborough University, 29 September 2005
  9. ^abMercer's 2008 Cost of living highlights,Mercer, 2 Jun 2009
  10. ^The World's Billionaires,Forbes, 2008
  11. ^Chapter 5: Globalization and cultural choicePDF (352 KB), "2004 Human Development Report" (page 99),UNDP, 2004
  12. ^Chapter 9: Urban DataPDF (196 KB), "World Resources 1998-99",WRI, 1998
  13. ^City Profiles,UN
  14. ^Mobility 2001PDF (1.59 MB),WBCSD
  15. ^WORLD URBANIZATION PROSPECTS: THE 2003 REVISIONPDF (3.73 MB),PBB, 2004
  16. ^World-wide quality of living survey,Mercer, 10 April 2006
  17. ^The city development indexPDF, "THE STATE OF THE WORLD'S CITIES REPORT 2001",UN-HABITAT, 21 Jun 2006
  18. ^P. De Groote,Economic and Tourism Aspects of the Olympic Games, GaWC, Universiti Loughborough, 21 September 2005
  19. ^[1]PDF (memerlukan pendaftaran)
  20. ^K. O'Connor,International Students and Global Cities, GaWC, Loughborough University, 17 February 2005
  21. ^World Heritage List,UNESCO
  22. ^"Estimated Ridership of the World's Largest Public Transit Systems, 1998". Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada2010-02-12.
  23. ^COMMUTER RAIL (SUBURBAN RAIL, REGIONAL RAIL) IN THE UNITED STATES: INTERNATIONAL CONTEXTPDF (218 KB), October 2003
  24. ^Traffic Intensity by International Urban Area: 1990
  25. ^"Largest seaports of the world". Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-06-15. Dicapai pada2010-02-12.
  26. ^Mapping the Global Network Economy on the Basis of Air Passenger Transport Flows, GaWC, Universiti Loughborough, 8 Disember 2004
  27. ^The World's Best Skylines
  28. ^"The World According to GaWC 2008".Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Loughborough University. Dicapai pada2009-05-07.
  29. ^"The World According to GaWC 2008 - Graph".Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Loughborough University. Dicapai pada2009-05-27.
  30. ^"The 2008 Global Cities Index".Foreign Policy (November/December 2008). October 21, 2008. Dicapai pada2008-10-31.
  31. ^2010 Global Cities Index
  32. ^""Global Power City Index 2009""(PDF).LSE Cities. Tokyo, Japan: Institute for Urban Strategies at The Mori Memorial Foundation. October 22, 2009. Dicapai pada2009-10-29.
  33. ^R.L. Forstall, R.P. Greene, and J.B. Pick,"Which are the largest? Why published populations for major world urban areas vary so greatly"Diarkibkan 2004-08-04 diWayback Machine, City Futures Conference, (University of Illinois at Chicago, July 2004) – Table 5 (p.34)
  34. ^gstudy.com international statisticsPDF (522 KB)
  35. ^http://www.aci.aero/aci/aci/file/Press%20Releases/2007_PRs/PR_180707_TOP10.pdf
  36. ^In Pictures: Top Billionaire Cities,Forbes, 3 Jun 2009
  37. ^PriceWaterhouseCoopers, "UK Economic Outlook, March 2007", page 5.""Table 1.2 – Top 30 urban agglomeration GDP rankings in 2005 and illustrative projections to 2020 (using UN definitions and population estimates)""(PDF). Dicapai pada2007-03-09.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Bandar raya global.


Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bandar_raya_global&oldid=6241333"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp