Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bandar Seri Begawan

Koordinat:4°53′25″N114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E /4.89028; 114.94222
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar Seri Begawan
بندر سري بڬاوان (Jawi)
Transkripsi Lain-lain
 • Mandarin斯里巴加湾市
Sīlǐbājiāwānshì (Hanyu Pinyin)
OpenStreetMap
Map
Bandar Seri Begawan yang terletak di Brunei
Bandar Seri Begawan
Bandar Seri Begawan
Papar peta Brunei
Bandar Seri Begawan yang terletak di Asia
Bandar Seri Begawan
Bandar Seri Begawan
Papar peta Asia
Koordinat:4°53′25″N114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E /4.89028; 114.94222
Negara Brunei
DaerahBrunei–Muara
Diselesaikan1906
Pusat pentadbiran1909
Perbandaran1 Januari 1921
Dinamakan semula Bandar Seri Begawan4 Oktober 1970
Pentadbiran
 • BadanLembaga Perbandaran Bandar Seri Begawan
Keluasan
 • Jumlah100.36 km2 (38.75 batu persegi)
Penduduk
 • Anggaran 
(2007)
100,700
 • Kepadatan1,003.39/km2 (2,598.8/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Kod kawasan+673 2
Laman sesawangbandaran-bsb.gov.bn

Bandar Seri Begawan (Jawi: بندر سري بڬاوان) atau nama lama iaBandar Brunei[1][2] (Jawi:بندر بروني‎,bahasa Inggeris:Brunei Town) merupakanibu kota dan bagi negaraBrunei Darussalam sertabandar diraja persemayamanSultan Brunei yang memerintah.

Kawasan metropolitan kota ini yang merangkumi jugaDaerah Brunei-Muara diduduki sebanyak 279,924 orang iaitu lebih setengah keseluruhan penduduk serata Brunei.[3]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Pendudukan di tepi muaraSungai Brunei boleh dikesan pada abad kelapan Masihi; peninggalan yang dijumpai berdekatan lokasiMuzium Brunei ini diamati menyerupai petempatan-petempatan seumpama yang diketahui di tempat lain sepertiKampong Ayer.[4]

Pada tahun 5 Oktober 1970, kota ini dinamakan sempenaSultanOmar Ali Saifuddien III:[5] "Seri Begawan" merupakan gelaran diberikan kepada baginda apabila turun takhtanya pada 1967[5][6] bererti "yang berbahagia" menyerap dari katabahasa Sanskrit भगवानbhagavān yang bermaksud "beruntung, makmur, bahagia."[7] Penamaan sedemikian diberikan sebagai tanda penghargaan rakyat Brunei kepada sumbangan baginda memodenkan negara Brunei sepanjang pemerintahan baginda.[8]

Kota ini menjadi ibu kota ketiga kerajaan Brunei selepasKota Batu dan Kampong Ayerl ia merupakan pusat pemerintahan kerajaan tersebut padakemuncak kuasa ia sebagai suatu empayar.[6][1][9][10]

Bandar Brunei hampir ranap seluruh infrastruktur berikutan perebutan kuasa antara pihakJepun dan pihak Berikat semasaPerang Dunia Kedua;[11] ia segera dibina semula setelah berjaya dikembalikan pihak British.[11]

Pada 1 Ogos 2007, sultan Brunei memperkenankan pembesaran kawasan 12.87 km2 (4.97 bt2) ke 100.36 km2 (38.75 bt2).[9]

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Bandar Seri Begawan terletak di 4°53'25"U, 114°56'32"T, di tebing utaraSungai Brunei. Di Bandar Seri Begawan juga terdapat perkampungan air,Kampong Ayer, yang telah diduduki selama 1,300 tahun dan yang merupakan perkampungan jenis ini yang terbesar diAsia Tenggara.

Iklim

[sunting |sunting sumber]

Bandar Seri Begawan beriklimtropika. Tidak terdapat musim kering sebenar dan bandar ini mengalami hujan sepanjang tahun. Malah bulan "kering (Mac) secara puratanya menerima 120 mm (4.7 in) hujan setiap tahun. Bulan-bulan dari Oktober hingga Disember menyaksikan hujan yang paling banyak dengan hujan turun lebih kurang setiap dua dari tiga hari. Seperti bandar-bandar tropika lain, suhu purata lebih kurang malar dengan ketinggian purata sekitar 32 °C (90 °F) dan kerendahan sekitar 23 °C (73 °F).

Data iklim untuk Bandar Seri Begawan (Lapangan Terbang Brunei)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F)34.1
(93.4)
35.3
(95.5)
38.3
(100.9)
37.6
(99.7)
36.4
(97.5)
36.2
(97.2)
36.2
(97.2)
37.6
(99.7)
36.0
(96.8)
35.3
(95.5)
34.9
(94.8)
36.2
(97.2)
38.3
(100.9)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)30.4
(86.7)
30.7
(87.3)
31.9
(89.4)
32.5
(90.5)
32.6
(90.7)
32.5
(90.5)
32.3
(90.1)
32.4
(90.3)
32.0
(89.6)
31.6
(88.9)
31.4
(88.5)
31.0
(87.8)
31.8
(89.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)23.3
(73.9)
23.3
(73.9)
23.5
(74.3)
23.7
(74.7)
23.7
(74.7)
23.4
(74.1)
23.0
(73.4)
23.1
(73.6)
23.1
(73.6)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.3
(73.9)
Rekod rendah suhu, °C (°F)18.4
(65.1)
18.9
(66.0)
19.4
(66.9)
20.5
(68.9)
20.3
(68.5)
19.2
(66.6)
19.1
(66.4)
19.4
(66.9)
19.6
(67.3)
20.5
(68.9)
18.8
(65.8)
19.5
(67.1)
18.4
(65.1)
Purata curahan hujan, mm (inci)292.6
(11.52)
158.9
(6.26)
118.7
(4.67)
189.4
(7.46)
234.9
(9.25)
210.1
(8.27)
225.9
(8.89)
226.6
(8.92)
264.4
(10.41)
312.3
(12.30)
339.9
(13.38)
339.6
(13.37)
2,913.3
(114.70)
Purata bilangan hari hujan161211161816161619212321205
Puratakelembapan relatif (%)86858484858484838485868685
Purata bulananjangka masa sinaran matahari1961912252392362102222181992062052112,558
Sumber 1:Pertubuhan Meteorologi Sedunia,[12]Deutscher Wetterdienst (extremes, 1971–2012 and humidity, 1972–1990)[13]
Sumber 2: NOAA (sun, 1961–1990)[14]

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Penduduk Bandar Seri Begawan sekitar 140,000 orang dan kawasan metropolitannya mempunyai 278,000 penduduk (Ogos 2010). Majoriti orang Brunei terdiri daripadaMelayu sementara pendudukCina merupakan minoriti penting. Terdapat juga bangsa pribumi sepertiIban dan mereka diklasifikasikan sebagaiBumiputera. Terdapat juga banya pekerja asing di Brunei —kebanyakannya dari negara-negara jiranIndonesia danFilipina, dan juga dari benua kecilIndia.

Tempat-tempat menarik

[sunting |sunting sumber]

Masjid

[sunting |sunting sumber]
Barj bersebelahan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
  • Masjid Jame'asr Hassanil Bolkiah – Masjid terbesar di Brunei. Ia dibina bagi memperingati hari ulang tahun ke-25 pemerintahan sultan. Dikenali oleh orang tempatan sebagai Masjid Kiarong.

Tempat-tempat bersejarah

[sunting |sunting sumber]
  • Dewan Istiadat Diraja atauLapau
Lapau digunakan bagi upacara istiadat diraja. Sultan Hassanal Bolkiah dimahkotakan di sini pada 1 Ogos 1968.
  • Makam al-marhum SultanBolkiah di Kota Batu
  • Makam al-marhum SultanSharif Ali di Kota Batu
  • Makam Di-Raja
Terletak berjauhan dari sungai Brunei, Makam Di-Raja menjadi tempat bersemadi sultan-sultan Brunei dan ahli keluarga diraja.

Muzium

[sunting |sunting sumber]
Muzium Brunei ialah muzium terbesar di Brunei. Ia terletak di tapak arkeologi Kota Batu.
  • Muzium Brunei – Terletak di tapak arkeologi Kota Batu lebih kurang 5 km (3.1 bt) dari Bandar Seri Begawan. Muzium ini diasaskan pada tahun 1965 dan merupakan muzium terbesar di Brunei. Muzium ini ditempatkan di tapaknya sekarang pada tahun 1970 dan dibuka dengan rasmi pada tahun 1972. Muzium memberi tumpuan kepada sejarah Islam, sejarah semula jadi, adat resam Brunei, seramik dan industri minyak Brunei.

Galeri

[sunting |sunting sumber]
  • Mukaan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien
    Mukaan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien
  • Kampong Ayer
    Kampong Ayer
  • Makam al-marhum Sultan Sharif Ali, juga dikenali sebagai Sultan Berkat, Sultan Brunei ketiga yang memerintah pada 1426-1432 M
    Makam al-marhum Sultan Sharif Ali, juga dikenali sebagai Sultan Berkat, Sultan Brunei ketiga yang memerintah pada 1426-1432 M

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abTrudy Ring; Noelle Watson; Paul Schellinger (12 November 2012).Asia and Oceania: International Dictionary of Historic Places. Routledge. m/s. 161–.ISBN 978-1-136-63979-1.
  2. ^"Bandar Seri Begawan's Historical Development".brudirect.com. 27 August 2016. Dicapai pada19 May 2019.
  3. ^"Population and Housing Census Report (Demographic Characteristics)"(PDF). Department of Economic Planning and Development. 2011. m/s. 4/10. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 4 Mei 2015. Dicapai pada4 Mei 2015.
  4. ^Roman Adrian Cybriwsky (23 May 2013).Capital Cities around the World: An Encyclopedia of Geography, History, and Culture: An Encyclopedia of Geography, History, and Culture. ABC-CLIO. m/s. 32–.ISBN 978-1-61069-248-9.
  5. ^abOxford Business Group (2009).The Report: Brunei Darussalam 2009. Oxford Business Group. m/s. 215–.ISBN 978-1-907065-09-5.
  6. ^abMarshall Cavendish Corporation (2007).World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. Marshall Cavendish. m/s. 1206–.ISBN 978-0-7614-7642-9.
  7. ^Monier-Williams, Monier (1981).A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 743–744. - melaluiEdi Sedyawati dkk. (1994).Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini(PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 26–27.ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  8. ^Hayat, Hakim (28 September 2017)."Religious ceremony marks Bandar Brunei renaming".Borneo Bulletin Online. Diarkibkan daripadayang asal pada 11 April 2018. Dicapai pada19 May 2019.
  9. ^abShirleen Cambridge (5 October 2014).Ultimate Handbook Guide to Bandar Seri Begawan : (Brunei) Travel Guide. MicJames. m/s. 8–. GGKEY:16PGAE1LKCQ.
  10. ^Jatswan S. Sidhu (22 December 2009).Historical Dictionary of Brunei Darussalam. Scarecrow Press. m/s. 32–.ISBN 978-0-8108-7078-9.
  11. ^abMarie-Sybille de Vienne (9 March 2015).Brunei: From the Age of Commerce to the 21st Century. NUS Press. m/s. 105–108.ISBN 978-9971-69-818-8.
  12. ^"World Weather Information Service – Bandar Seri Begawan". World Meteorological Organisation. Dicapai pada14 Mei 2010.
  13. ^"Klimatafel von Bandar Seri Begawan (Int. Flugh.) / Brunei"(PDF).Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa Jerman). Deutscher Wetterdienst. Dicapai pada22 November 2016.
  14. ^"Brunei Darussalam Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada29 November 2013.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Bandar Seri Begawan.
Perniagaan

4°53′25″N114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E /4.89028; 114.94222{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman

Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bandar_Seri_Begawan&oldid=6643637"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp