Bandar Baru Bangi | |
![]() | |
Nama samaran:BBB | |
Koordinat:2°53′9.2″N101°46′47.48″E / 2.885889°N 101.7798556°E /2.885889; 101.7798556 | |
---|---|
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Hulu Langat |
Mukim | Kajang |
Tahun pembukaan | 1974 Masihi |
Kerajaan | |
- Pentadbir | Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) |
- YDP | Y.B. Dato'Hassan Nawawi Bin Abd Rahman |
- ADUN | Y.B.Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) -N25 Kajang |
- ADUN | Y.B. UstazMohd Shafie Bin Ngah (PAS) -N26 Sungai Ramal |
- Ahli Parlimen | Y.A.B. Dr.Syahredzan Johan (PH) -Bangi P102 |
Zon masa | MST (UTC+8) |
Poskod | 43650, Bandar Baru Bangi |
Kod kawasan | +03 |
Bandar Baru Bangi terletak di timur Putrajaya dan di selatan Bandar Kajang. Ia terdiri daripada 16 Seksyen yang merupakan bandar terancang kedua di Malaysia selepas Shah Alam dan pihak pemaju kedua-dua bandar ini ialah Penbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit (West Country Estate) yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.
Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru.
Berkonsepkan Bandar Taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.
Versi 1 : 'Wangi' disebut 'Bangi' jika ibu bapa merujuk bau anak kecil mereka yang baru mandi.
Versi 2 : Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telor Jawa. Bukit UKM pada peringkat awal penerokaannya ialah sebuah hutan tebal yang diduduki orang halus. Pada waktu senja, bau wangi akan mencucuk hidung dan semua wanita dan kanak-kanak akan masuk ke rumah kerana orang halus hadir berhampiran mereka. Ada yang percaya makhluk-makhluk ini telahpun dipindahkan ke kawasan lain oleh seorang pengamal perubatan islam di situ.
Versi 3: Asal perkataan Bangi ialah 'bangor' yang bermaksud bau busuk melantung dari ikan-ikan keli kering yang dijemur di tepian sawah padi. Sebelum Sungai Semenyih diluruskan sekitar tahun 1965, kawasan Bangi Lama pernah ditanam sikit-sikit dengan padi sawah.
Pada tahun 1972, Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak, yang juga Canselor UKM, mengumumkan bahawa Bangi menjadi pilihan bagi kampus tetap UKM. Keluasan kampus ialah 2,709.2 elar iaitu seluas 5,1118 ekar di Bangi dipilih menjadi kawasan perumahan dan perbandaran sebagai pemangkin bagi kemajuan UKM dan penduduk setempat.
Kemudian pada tahun 1975, kerja-lerka tanah dimulakan di Bandar Baru Bangi yang dibuat dan dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS).
Dari tahun 1975 hingga 1995 perumahan dibina secara berperingkat-peringkat bermula dengan Seksyen 1 dan 16, Seksyen 2 hingga 4, kemudian diikuti fasa 5 dan 6. Manakala Fasa 7, 8 dan 9 lewat dari pertengahan 1990an. Fasa 9 menjadi pusat Bandar. Fasa 10 & 11 kawasan industri, manakala fasa 12 &13 ialah kawasan agensi-agensi kerajaan, di sebelah kanan highway ke Seremban. Manakala seksyen 14 & 15 ialah kawasan West Country dan (15) sebelah kiri ke Tol Bangi. Perancangan pembinaan melibatkan:
11,040 unit kediaman
308 unit kedai
43 unit kilang
01 kompleks pejabat (Pejabat Daerah).
82 ekar kawasan lapang
Penduduk mulai mendiami perumahan kediaman apabila kunci dikeluarkan oleh PKNS pada 30 November 1977 – khusus bagi Fasa Satu yang mula-mula berpindah.
Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerahHulu Langat dan di bawah pentadbiranMajlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandarKajang dan 6 kilometer dariBangi Lama. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya.
Pada22 Jun2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan olehMenteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatifAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi,Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.[1]
Hasrat menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar yang terus berfungsi melahirkan generasi `Iqra` dan penempatan yang menepati`Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur`, sekali gus sebagaiBandar Al-Baladil Amin`. Ini selaras kedudukannya dengan dikelilingi pelbagai institusi pengajian tinggi diantaranya:
Dengan pemasyhuranBangi Bandar Ilmu diharap dapat menyemarakkan lagi aktiviti penerokaan dan pencambahan ilmu di kawasan ini. Dengan itu juga diharap lebih banyak jalinan kerjasama dapat diwujudkan di kalangan pelbagai institusi pengajian tinggi, tokoh ilmuan, badan berkenaan, masjid dan surau serta institusi agama demi meningkatkan imej Bangi sebagai bandar ilmu. Pengisiannya juga tentu sekali akan turut membabitkan pelbagai wacana ilmiah, agama, budaya serta isu semasa serta penghasilan bahan penerbitan sebagai rujukan untuk generasi masa depan.
Pelbagai institusi pendidikan dan pusat latihan yang terdapat di Bandar Baru Bangi serta kawasan sekitarnya:
Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan
Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan Negeri
Sekolah Persendirian
Sebagai sebuahbandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, bandar ini dilengkapi denganzon perumahan,zon perniagaan,zon rekreasi danzon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Ia terletak di Seksyen 10 dan 13. Banyak kilang didirikan di sini keranapremium tanah yang rendah dan dilengkapi denganinfrastruktur yang canggih. Antara kilang yang ada di sini ialah :
Sebuah kawasan perindustrian baru juga dibina iaituKawasan Perindustrian Selaman.
Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan menjadi tumpuan pengunjung luar. Terdapat pelbagai sektor perniagaan kini rancak diusahakan bagi memenuhi keperluan penduduk Bandar Baru Bangi terutama di lot-lot perniagaan di Seksyen 7, 8 dan 9.
izmobileacc - Pusat pakar baiki smartphone bangi , kajang Bumiputera
Bandar Baru Bangi kini dikenali sebagai kawasan industri pakaian yang penting. Terdapat pelbagai jenis perniagaan berkaitan butik terdapat di Bandar Baru Bangi. Kepelbagaiannya merangkumi koleksi bayi dan kanak-kanak hinggalah kepada koleksi orang dewasa baik wanita mahupun lelaki. Setiap butik yang terdapat di Bandar Baru Bangi menawarkan koleksi yang unik dan qualiti yang bermutu tinggi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Telah dibangunkan oleh kerajaan negeri atas permintaan pendudukBandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya yang menginginkan sebuah kawasan rekreasi dan tempat beriadah di tempat mereka. Taman Tasik Cempaka mendapat namanya berikutan dari banyaknya pokokbunga cempaka yang ditanam sebagai tumbuhan yang menghiasi lanskapnya.[2]
Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas BandarayaShah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru.
BerkonsepkanBandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain.Bandar Baru Bangi juga telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.
Sebuah universiti iaituUniversiti Kebangsaan Malaysia telah dirancang pembinaannya untuk membentuk suatu institusi yang mendokong cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai misi untuk menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar selain menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar Baru Bangi.
Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerahHulu Langat dan di bawah pentadbiranMajlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandarKajang dan 6 kilometer dariBangi Lama. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya.
Pada22 Jun2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan olehMenteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatifAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi,Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.[3]
Hasrat menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar yang terus berfungsi melahirkan generasi `Iqra` dan penempatan yang menepati`Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur`, sekali gus sebagaiBandar Al-Baladil Amin`. Ini selaras kedudukannya dengan dikelilingi pelbagai institusi pengajian tinggi diantaranya:
Dengan pemasyhuranBangi Bandar Ilmu diharap dapat menyemarakkan lagi aktiviti penerokaan dan pencambahan ilmu di kawasan ini. Dengan itu juga diharap lebih banyak jalinan kerjasama dapat diwujudkan di kalangan pelbagai institusi pengajian tinggi, tokoh ilmuan, badan berkenaan, masjid dan surau serta institusi agama demi meningkatkan imej Bangi sebagai bandar ilmu. Pengisiannya juga tentu sekali akan turut membabitkan pelbagai wacana ilmiah, agama, budaya serta isu semasa serta penghasilan bahan penerbitan sebagai rujukan untuk generasi masa depan.
Pelbagai institusi pendidikan dan pusat latihan yang terdapat di Bandar Baru Bangi serta kawasan sekitarnya:
Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan
Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan Negeri
Sekolah Persendirian
Sebagai sebuahbandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, bandar ini dilengkapi denganzon perumahan,zon perniagaan,zon rekreasi danzon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Banyak kilang didirikan di sini keranapremium tanah yang rendah dan dilengkapi denganinfrastruktur yang canggih. Antara kilang yang ada di sini ialah :
Sebuah kawasan perindustrian baru juga dibina iaituKawasan Perindustrian Selaman.
Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan menjadi tumpuan pengunjung luar. Terdapat pelbagai sektor perniagaan kini rancak diusahakan bagi memenuhi keperluan penduduk Bandar Baru Bangi terutama di lot-lot perniagaan di Seksyen 7, 8 dan 9.
izmobileacc - Pusat pakar baiki smartphone bangi , kajang Bumiputera
Bandar Baru Bangi kini dikenali sebagai kawasan industri pakaian yang penting. Terdapat pelbagai jenis perniagaan berkaitan butik terdapat di Bandar Baru Bangi. Kepelbagaiannya merangkumi koleksi bayi dan kanak-kanak hinggalah kepada koleksi orang dewasa baik wanita mahupun lelaki. Setiap butik yang terdapat di Bandar Baru Bangi menawarkan koleksi yang unik dan qualiti yang bermutu tinggi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Taman Tasik Cempaka
Telah dibangunkan oleh kerajaan negeri atas permintaan pendudukBandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya yang menginginkan sebuah kawasan rekreasi dan tempat beriadah di tempat mereka. Taman Tasik Cempaka mendapat namanya berikutan dari banyaknya pokokbunga cempaka yang ditanam sebagai tumbuhan yang menghiasi lanskapnya.[4]
Sebuah sungai kecil dari cawanganSungai Langat telah disekat aliran airnya untuk menjadi sebuahtasik buatan. Kawasan takungan air tersebut telah diperdalamkan dan kawasan sekitarnya telah diperindahkan lagi dengan pelbagai tanamanpokok-pokok hiasan.
Diantara kemudahan-kemudahan awam yang disediakan ialah trek joging sepanjang 3 kilometer yang mengelilingi taman tasik ini.
Persiaran Pusat Bandar 1, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bdr Baru Bangi, Selangor DE
Terletak di tingkat 4, kompleks membeli belah Bangi Utama.
Koordinat:2°57′N101°46′E / 2.950°N 101.767°E /2.950; 101.767
Seksyen
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15