Bakung lembah ataulili lembah (nama saintifik:Convallaria majalis;Inggeris: lily-of-the-valley)[2][3] ialahtumbuhan berbunga hutan jarang yang ada bunga putih berbau wangi berbentukloceng berjuntai. Ia tempatan dari seluruhHemisfera Utara diAsia danEropah yang bersuhu sejuk, namun kerap dianggappenceroboh di sebahagianAmerika Utara.[4][5]Convallaria majalis var.montana yang turut disebut 'bakung lembah Amerika' tempatan di Amerika Utara.[6][7]
Nama lainnya termasukMay bell,Our Lady's tear danMary's tear. NamaPerancisnya iaitumuguet, kadang-kadang muncul pada namaminyak wangi yang meniru bau bunga tersebut. Dalam pra-moden England, tumbuhan ini disebutglovewort (yang mana menjadi rumpai yang dibuatpenawar untuk tangan yang sakit) atauapollinaris (berdasarkan legenda yang ia ditemukan olehApollo).[10]
Convallaria majalis ialahtumbuhan sakabak herba yang membentukkoloni besar dengan menyebarkan akar bawah tanahnya yang disebutrimpang. Pucuk menegak yang baru akan terbentuk di hujungrayapan padamusim panas.[11] Ia tumbuh padamusim bunga menjadi pucuk baru berdaun yang kekal bersambung dengan pucuk lain di bawah tanah.Batangnya tumbuh sehingga 15–30 cm (6–12 in) tinggi, dengan satu atau duadaun 10–25 cm (4–10 in) panjang; tangkai bunga pula mempunyai dua daun danmalaian lima ke lima belasbunga pada puncak batangnya.
Bunganya ada enamtepal putih (kekadang dadu) yang bercantum pada dasar membentukloceng, 5–10 mm (0.2–0.4 in) garis pusat dan berbau manis; perbungaan adalah pada lewat musim bunga dan pada awal Mac dalammusim sejuk sederhana di Hemisfera Utara.Buahnyaberi jingga merah kecil 5–7 mm (0.2–0.3 in) garis pusat yang mana ada banyak benih berwarna keputihan hingga keperangan, yang mengering menjadi manik lutsinar jernih 1–3 mm (0.04–0.12 in) lebar. Tumbuhan ini bertentang diri, dalam koloni yang terdiri daripada satuklon yang tak membenih.[12]
Convallaria majalis tempatan dari Eropah, di mana ia menghindar tepianMediterranean danAtlantik.[13] Satu kelainan timur,C. majalis var.keiskei ditemukan diJepun dan sebahagianAsia Timur. Populasi tempatan terbatasC. majalis var.montana (sinonimC. majuscula) ditemukan diBarat Amerika Syarikat.[14] Namun, turut terdapat sedikit pertimbangan bagi status tempatan yangberkelainan Amerika.[15]
Menyamai beberapa tumbuhan saka berbunga,C. majalis menunjukkan mod pembiakan duaan dengan membentuk anak secara aseks melaluikaedah tampang, dan melalui benih iaitu terbentuk melaluipercantuman gamet.[16]
^Gleason, Henry A. and Cronquist, Arthur, (1991),Manual of Vascular Plants of Northeastern United States and Adjacent Canada, New York Botanical Garden, Bronx, New York, pp. 839–840. – In reply to Cronquist, A. S. Weakley points out that there is “a broad suite of morphological distinctions from EuropeanC. majalis” and thatC. pseudomajalis, as he calls this taxon, is typically found “on ridges remote from present or past habitations” which excludes the idea of the taxon stemming from garden escapes. – Weakley, A. S. 2020.Flora of the southeastern United States. University of North Carolina Herbarium, North Carolina Botanical Garden. p. 281 (Download page)