LogoWikipedia dalam bahasa Uzbek yang berisi transkripsi "Wikipedia" (atas) ke dalam ortografi masing-masing dan slogan "Ensiklopedia Bebas" (bawah) yang diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut.
Kawasan biru gelap menandakan bahasa Uzbek sebagai bahasa utama, kawasan biru cerah menandakan bahasa Uzbek sebagai bahasa minoriti
Bahasa Uzbek (O'zbekcha dano'zbek tili) (dalamhuruf Arab: اوزبیک تیلی atau اوزبیکچه; dalamabjad Cyril: ўзбек тили atau ўзбекча) merupakan suatubahasa Turkik dan bahasa rasmi bagiUzbekistan. Jumlah penuturnya adalah kira-kira 25 juta orang (bancian2007).
Bahasa Uzbek dikelaskan sebagai keturunan terus daripadabahasa Chagatai yang wujud ketika zamanKekhanan Chagatai danDinasti Timuriyah.[2] Bahasa ini berasal daripadarumpun bahasa Karluk, dan oleh itu, memiliki pengaruh Arab dan Parsi yang ketara. Bahasa itu dipelopori olehAli-Shir Nava'i pada abad ke-15 dan ke-16. Beliau banyak menyumbang kepada pembangunan kesusasteraan bahasa Chagatai serta Uzbek, dan disifatkan sebagai pengasas kesusasteraan Uzbek.[3] Bahasa Chagatai semakin jarang digunakan dalam kesusasteraan pada abad ke-19, dan tidak lagi digunakan pada abad ke-20.
Sebelum zaman Soviet, bahasa Uzbek lazimnya dibahagikan kepada dua buah dialek, dialek "Uzbek" dan dialek "Sart". Dialek Uzbek ialah dialek dengankeharmonian vokal yang digunakan di kawasanBukhara danSamarkand, dipengaruhi olehbahasa Kipchak, dan lazimnya disifatkan sebagai "Uzbek kuno". Dialek Sart ialah dialek dengan pengaruhbahasa Karluk yang ditutur di kawasanLembah Fergana,Qashqadaryo dan sebahagian kawasan Samarkand. Dialek ini tidak mempunyai ciri keharmonian vokal dan memiliki pengaruh Arab dan Parsi yang lebih ketara. Dialek ini kini dijadikan asas kepada bahasa Uzbek baku moden. Selain itu, dialek Oghuz pula ditutur di kawasanKekhanan Khiva.
Ketika zaman Soviet, pihak Soviet telah menetapkan dialek Sart dari Samarkand sebagai bahasa Uzbek baku yang rasmi. Namun begitu, ketiga-tiga dialek masih ditutur pada zaman ini.
Sejak kemerdekaan Uzbekistan, usaha-usaha untuk "menulenkan" bahasa daripada perkataan-perkataan pinjaman bahasa asing, lazimnya bahasa Rusia telah dijalankan. Perkataan-perkataan pinjaman giat digantikan dengan perkataan daripada bahasa Uzbek lama, Arab dan Parsi.[4]
Perhatian akademik terhadap bahasa Uzbek mula muncul pada abad ke-19 dalam kalangan pengkaji orientalis Eropah dan Rusia, dan kajian tentang sejarah perkembangan bahasa Uzbek giat dijalankan pada zaman Soviet.
Sebelum zaman Soviet, sejenis tulisan dengan abjad Arab, Yaña imlâ digunakan. Penggunaan tulisan Rumi bermula pada 1920-an, dengan pengenalan tulisan Yañalif. Pada 1940, pihak Soviet menetapkan tulisan Cyril sebagai tulisan rasmi olehJoseph Stalin. Pada 1992, tulisan rasmi ditukar semula kepada tulisan Rumi yang berasaskan tulisan Rumi Yañalif.
Secara umumnya, bahasa Uzbek kini ditulis dengantulisan Rumi di Uzbekistan. Meskipun begitu,tulisan Cyril masih digunakan secara meluas. Selain itu, penggunaan kedua-dua tulisan boleh berlaku. Contohnya, boleh berlaku situasi di mana tajuk sesuatu rencana ditulis dalam tulisan Rumi, tetapi karangannya ditulis dalam tulisan Cyril.[7]
Sejak kemerdekaan Uzbekistan, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai usaha untuk memansuhkan tulisan Cyril. Pada 2018, kerajaan Uzbekistan melancarkan satu lagi usaha untuk memansuhkan penggunaan tulisan Cyril pada 2021. Pada Mei 2019, pihak kerajaan mengusulkan huruf-huruf baharu untuk diguna pakai dalam bahasa Uzbek, yakni "c", "ş", "ç", "ó" dan "ǵ" bagi menggantikan huruf-huruf "ts", "sh", "ch", "oʻ" dan "gʻ" masing-masing,[8] menjadikan sistem tulisan Uzbek lebih serupa dengan sistem tulisanTurki.[9]
Abjad Arab sudah tidak lagi digunakan dalam bahasa Uzbek melainkan di tempat-tempat tertentu, seperti penutur di Xinjiang, China dan Afghanistan. Di Uzbekistan, abjad Arab hanya digunakan dalam tulisan-tulisan simbolik dan kajian bahasa Chagatai.[7][10]
Fonologi bahasa Uzbek banyak dipengaruhi oleh pengaruh Parsi, menjadikan fonologi Uzbek berbeza berbanding dengan bahasa-bahasa Turkik yang lain. Selain itu, bahasa Uzbek moden juga tidak memiliki keharmonian vokal yang menjadi ciri bagi kebanyakan bahasa-bahasa Turk. Kini, hanya dialek Kipchak yang masih mengekalkan unsur tersebut.[11]
Vokal-vokal yang digunakan pada kini ialah kesan daripada perubahan tulisan bahasa Uzbek oleh pihak Soviet pada 1934 yang mengurangkan jumlah vokal yang digunakan kepada hanya enam vokal.[12]
Sebagai salah satu bahasa Tukrik, bahasa Uzbek merupakan bahasa aglutinatif dan tidak memiliki unsur jantina dalam kosa katanya. Susunan ayat lazim dalam bahasa Uzbek ialah subjek-objek-kata kerja, SOV, seperti bahasa-bahasa Turk lain. Sebagai contoh:
Men kitobni ko'rdim.
(Harafiah): Saya - buku (terus) - lihat (transitif).
^Allworth, Edward (1994).Central Asia: 130 Years of Russian Dominance, a Historical Overview. Duke University Press. m/s. 72.ISBN0-8223-1521-1.Cite has empty unknown parameter:|coauthors= (bantuan)
^Valitova, A. A. (1974). "Alisher Navoi". Dalam A. M. Prokhorov (penyunting).Great Soviet Encyclopedia (dalam bahasa Russian).17 (ed. 3rd).Moscow: Soviet Encyclopedia. m/s. 194–195.Cite has empty unknown parameters:|coauthors= dan|month= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
^Bashakov, Nikolai Alexandrovich (1988).Историко-типологическая фонология тюркских языков (dalam bahasa Rusia). Moscow: Nauka. m/s. 146–152.ISBN5-02-010887-1.
^Brown, Keith; Ogilvie, Sarah (2009).Concise Encyclopedia of Languages of the World (dalam bahasa Inggeris).Elsevier. m/s. 1146.ISBN9780080877747.
^Sjoberg, Andrée F. (1963).Uzbek Structural Grammar. Uralic and Altaic Series.18. Bloomington: Indiana University. m/s. 16–18.