Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bahasa Telugu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Telugu
తెలుగు
Asli kepadaIndia
KawasanAndhra Pradesh dan negeri jiran,sejumlah kecil di malaysia,united kingdom dan amerika syarikat
Penutur bahasa
66 juta asli, 80 juta jumlah
Dravidian
Status rasmi
Bahasa rasmi di
India
Kod bahasa
ISO 639-1te
ISO 639-2tel
ISO 639-3
tel
Informasi penggunaan templat turunan
Sampel
Sampel teks
LogoWikipedia dalam bahasa Telugu yang berisi transkripsi "Wikipedia" (atas) ke dalam ortografi masing-masing dan slogan "Ensiklopedia Bebas" (bawah) yang diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut.
Sampel teks lainnya

Telugu (తెలుగు) tergolong dalam keluargabahasa Dravidian dan adalahbahasa rasmi di negeriAndhra Pradesh,India. Ia adalah bahasa Dravidian dengan nombor penutur yang terbesar di dunia,dan bahasa kedua terbesar yang dituturi di India selepasHindi dan satu daripada 24bahasa rasmi kebangsaan di India. Orang Inggeris abad ke-19 memanggil iaItali Timur laksana semua perkataan dalam Telugu diakhiri dengan bunyivokal, tetapi ia dipercayai yang penjelajahPortugisNiccolò Da Conti datang dengan formulasi itu pada abad ke-15.Diluar india bahasa Telugu dituturkan oleh kaum india berketurunan Telugu di Fiji,United Kingdom,Amerika Syarikat,Malaysia dan Afrika Selatan.

Penjajah inggeris telah membawa buruh-buruh Telugu berhijrah dari Andhara Pradesh ke Malaysia dan Singapura untuk berkerja disektor perladangan, perniagaan dan penternakan. Segelintir lagi berhijrah ke Burma untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Bahasa Telugu masih wujud dinegeri-negeri ini hingga kegenerasi hari ini. Banyak persatuan serta syarikat persendirian hari ini berusaha untuk mengekalkan bahasa ini yang dikategorikan minoriti. Walau bagaimanapun, hari ini bahasa Telugu boleh dikatakan tersebar ke seluruh dunia terutamanya negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Swizerland, Australia, New Zealand dan banyak lagi. Banyak majlis serta hari-hari kebudayaan Telugu dirayakan diserata dunia.

Ikon tunas

Rencana berkaitanbahasa ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

WikipediaBahasa Telugu, ensiklopedia bebas
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Telugu&oldid=4304063"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp