Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bahasa Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Russia
русский языкrusskiy yazyk
Asli kepadaRussia,Indonesia (Jawa Timur),Alaska,bekas republik Soviet,Israel,Svalbard danAS.
Penutur bahasa
bahasa primer: kira-kira 145 juta
bahasa sekunder: 110 juta (1999 WA, 2000 WCD)
Indo-European
Huruf Cyrillic
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Russia,Belarus,Kazakhstan,Kyrgyzstan,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,Crimea,Abkhazia,Ossetia Selatan,Transnistria,Gagauzia danAlaska.
Dikawal selia olehAkademi Sains Russia
Kod bahasa
ISO 639-1ru
ISO 639-2rus
ISO 639-3
rus
Informasi penggunaan templat turunan
Sampel
Sampel teks
LogoWikipedia dalam bahasa Russia yang berisi transkripsi "Wikipedia" (atas) ke dalam ortografi masing-masing dan slogan "Ensiklopedia Bebas" (bawah) yang diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut.
Teks tidak ditampilkan dengan benar?
Sampel teks lainnya
Sampel suara

Sampel suara bahasa ini, diambil dariWikidata
noicon
Negara di mana bahasa Russia dituturkan.

Bahasa Russia (русский языкrusskiy yazyk) merupakan bahasa Slavik yang paling ramai penutur.Ia merupakan bahasa yang paling besar serakan secara geografinya diEurasia, paling ramai penutur di kalanganbahasa-bahasa Slav.

Bahasa Russia tergolong di dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. Berada di dalam kalangan keluarga bahasa Slav, bahasa Russia merupakan salah satu daripada tiga ahli kumpulan Slav timur yang masih wujud, yang lainnya adalah Belarus dan Ukraine.

Contoh-contoh tertulis Slavonic timur adalah didapati daripada abad ke-10 dan selepasnya. Manakala bahasa Russia mengekalkan kebanyakan struktur sintetic-infleksional Slavonic timurnya dan satu perkataan dasar Slavonic yang biasa, bahasa Russia yang moden mempamerkan satu stok pinjaman perbendaharan antarabangsa bagi politik, sains, dan teknologi. Satu bahasa yang mempunyai kepentingan politik yang besar dalam abad ke-20, bahasa Russia telah menjadi salah satu bahasa rasmiPBB.

Pengkelasan

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Russia merupakan satu bahasa Slav dalam keluarga Indo-Eropah. Daripada pandangan daripada bahasa percakapan, hubungan yang terdekat adalah bahasa Ukraine dan bahasa Belarusia, dua bahasa kebangsaan yang lain dalam kumpulan Slav timur. (Ada orang akademik juga mempertimbangkan Rusyn satu bahasa Slav timur; yang lain mempertimbangkan Rusyn sebagai sebuah dialek.) Dalam banyak tempat di Ukraine dan Belarus, bahasa-bahasa ini dituturkan secara berubah-ubah, dan dalam keadaan tertentu , bilinguisme menghasilkan percampuran bahasa, e.g. Surzhik dalam Ukraine timur danTrasianka diBelarus.

Suatudialek Novgorod tua dalam bahasa Slav timur, walaupun telah hilang semasa abad kelima belas atau keenam belas, kadangkala dianggap sebagai memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan bahasa Russia moden. Bahasa yang paling rapat seterusnya adalahbahasa-bahasa Slav barat, khasnyabahasa Poland danSlovakia; selepasnya adalahBahasa Slav selatan, tetapi khususnyaBulgarian mempunyai tatabahasa yang berbeza.[perlu rujukan]

Tatabahasa (terutamanya perkataan abstrak dan bersastera), prinsip-prinsip pembentukan perkataan, dan, sehingga satu peringkat, gaya sastera dan infleksi bahasa Russia juga dipengaruhi olehSlavonik Gereja, satu betuk bahasaSlav Selatan yang dibangunkan dan sebahagian digunakan olehGereja Ortodoks Russia. Bagaimana, prmbentukan Slav timur telah cenderung untuk digunakan secara ekslusif di dalam pelbagai dialek yang mengalami penurunan yang cepat. Di dalam beberapa kes, kedua-duaSlavik Timur dan betuk-bentukGereja Slavonik adalah di dalam kegunaan, dengan makna-makna berbeza.Untuk lebih terperinci, sila lihatfonologi bahasa Russia dansejarah bahasa Russia.

Fonologi bahasa Russia dan sintaksis (terutamanya di dalam dialek utara) juga telah dipengaruhi hingga ke satu peringkat oleh beberapa bahasa Fin darisubkeluarga Finno-Ugrik:Merya,Moksha,Muromian, bahasaMeshchera,Veps, dan lain-lain. Bahasa-bahasa ini, beberapa daripadanya sekarang ini sudah pupus, telah dituturkan di dalam kawasan tengah dan utara apa yang dikatakan sebagai bahagian Eropah di Russia. Mereka telah datang untuk berhubung dengan They came in contact with EasternSlav timur sejauh paling lama pada awal Zaman Pertengahan dan seterusnya berperanan sebagaisubstratum bagi bahasa Russia moden. Dialek Russia utara, timur laut danMoscow barat laut mempunyai sebilangan perkataan asal Finno-Ugrik.[1][2] Hingga berabad-abad lamanya, gaya tatabahasa dan sastera sudah dipengaruhi oleh bahasa Eropah barat dan tengah sepertiPoland,Latin,Holland,German,Perancis,[3] danbahasa England.[4]

Merujuk kepadaDefense Language Institute diMonterey, California, bahasa Russia ini diklasifikasikan sebagai bahasa paras III dalam terma kesusahan pembelajaran bagi penutur tempatanberbahasa England,[5] yang memerlukan kira-kira 780 jam untuk mendapat kefasihan pertengahan. Ia juga dirujuk sebagai satu "sasaran sukar/hard target" olehUnited States Intelligence Community, kerana kesukaran untuk menguasainya untuk penutur bahasa England dan peranan kritikal di dalam dasar dunia Amerika.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Academic credit". Вопросы языкознания. – М., № 5. – С. 18–28. 1982. Dicapai pada2006-04-29.
  2. ^"Academic credit". Прибалтийско-финский компонент в русском слове. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada2006-04-29.
  3. ^"Русско-французский словарь, переводы слов с русского на французский язык с примерами".frenchspeak.ru. Dicapai pada2025-02-19.
  4. ^"Encyclopaedia Britannica 1911".
  5. ^"Academic credit". Defense Language Institute Foreign Language Center. Dicapai pada2006-04-20.
WikipediaBahasa Rusia, ensiklopedia bebas
Rencana Rusia 
Sejarah
Garis masa
Mengikut topik
Geografi
Politik
Ekonomi
Masyarakat
Budaya
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Rusia&oldid=6675396"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp