Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bahasa Melayu Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Melayu Kedah
بهاس ملايو قدح
Chakap Kedāh/Pelet Kedāh/Pelet Utaghā
Asli kepada Malaysia, Thailand (selatan), Myanmar (selatan)
KawasanKedah,Perlis,Pulau Pinang, utaraPerak (Malaysia),Trang danSatun (Thailand) juga serta Tanintharyi/Tanah Sari (Myanmar)
EtnikMelayu Kedah
Penutur bahasa
4,000,000
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-3meo

Bahasa Melayu Kedah atauPelat Utagha[1] merupakan sebuah bahasa Austronesia dan salah satu Varian Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di NegeriKedah,Pulau Pinang, utaraPerak, danPerlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaituSatun.

Seorang pemuda sedang bercakap dalam dialek Kedah

Penduduk diTrang,Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand[2] Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negari-negari tersebut, bahasa ini juga dituturkan di selatanMyanmar dan sebuah tempat di utaraSumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagailoghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) danpelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard),Bahasa Kedah Pattani ataupunKedah Hulu iaitu di Baling, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain-lain (Luar Malaysia).

Kosa kata dialek Kedah

[sunting |sunting sumber]

Contoh-contoh Bahasa Melayu Kedah:

Perbandingan Dialek Kedah dan Bahasa Melayu Piawai
KategoriDialek KedahBahasa Melayu PiawaiNota Tambahan
PronominaCekSayaDigunakan secara sopan.
DépāMerekaJamak
HangKamu, EngkauTidak formal
Hangpā / HampaKalianJamak bagi "Hang"
KamiSaya, AkuGanti diri pertama (umum di Kedah)
SépāKamiTerhad kepada sesetengah kawasan di Kedah
Sapaan dan Frasa HarianJomAyuh, MariDigunakan secara meluas
KotMungkin, BarangkaliBentuk tidak rasmi
Lā / LāniSekarang"Lāni" = waktu ini
Pa HabaqApa KhabarSapaan harian
SatSekejap, SebentarBiasa dalam perbualan santai
Tunggu satTunggu sekejapFrasa lengkap yang kerap digunakan
Kata KerjaAwat / PasepāMengapa"Pasepā" kurang digunakan
Buek / watBuatAm digunakan
Ghabat / GaghaihMemanjatBiasanya pokok atau tebing
KetitGigit kecil
LempaqBalingLazimnya dengan kuat
LiganKejar
MaiDatang, MariDiguna meluas
MengkalāBila, ApabilaKurang digunakan kini
PiPergiSangat lazim
TobengTembakKonteks memburu atau bermain
TokakGigitGigitan lebih kuat
Kata Adjektif dan SifatBelemuihComot, KotorBiasanya di muka, tangan, atau pakaian
CemuihBosanMuak atau jemu terhadap sesuatu
GataiGatalMerujuk pada fizikal atau sifat
KalutGelabah, PanikTidak tersusun atau cemas
KetegaqDegil, Keras kepalaSikap tidak mahu mengalah
Loq LaqTak senonohKurang sopan, tidak beradab
GhetiPandai, FahamContoh: “Hang reti ka?”
TegaqKukuh, KerasBoleh merujuk kepada objek atau prinsip
Kata NamaGeghékBasikalDiguna juga oleh masyarakat bandar
MertunTukulAlat untuk mengetuk
TobaqTong besarBekas air atau simpanan besar

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Bahasa Melayu Kedah diEthnologue
  2. ^Fasciculi Malayenses: Anthropological and Zoological Results of an Expedition to Perak and the Siamese Malay States, 1901-1902, Bhgn 1-2
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Melayu_Kedah&oldid=6565375"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp