Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bahasa Melayu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaBahasa Malaysia)
Bahasa Melayu Piawai
بهاس ملايو ڤياواي
Bahasa Melayu Piawai
بهاس ملايو ڤياواي
Bahasa Melayu Standard
بهاس ملايو ستندرد
Bahasa Malaysia
بهاس مليسيا
Bahasa Melayu
بهاس ملايو
Sebutan[ba.ˈha.səmə.la.jupi.ja.waɪ]
Asli kepadaMalaysia,Singapura danBrunei
Penutur bahasa
B1: Sedikit
B2: Merangkumi keseluruhan penduduk Malaysia.[1] Bentuk baku bahasa Melayu Malaysia (zsm) ini digunakan secara diglosia dengan bahasa Melayu tempatan (zlm).
Austronesia
Bentuk awal
TulisanRumi (rasmi) danTulisan Jawi (separa rasmi)[2]
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Malaysia
 Singapura
 Brunei
Dikawal selia olehDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Majlis Bahasa Melayu Singapura
Kod bahasa
ISO 639-3zsm
Glottologstan1306
Map
Rencana ini mengandungi simbol fonetikIPA. Tanpa sokonganperisian tertentu, anda mungkin melihattanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askaraUnicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihatBantuan:IPA.

Bahasa Melayu Malaysia juga dikenali sebagaiBahasa Malaysia,Bahasa Melayu Piawai atau secara ringkasnya disebut sebagaiBahasa Melayu sahaja ialah bentuk piawaianbahasa Melayu di Malaysia sebagai bahasa rasmi mengikut piawaian yang ditetapkan olehDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Bahasa ini digunakan secara rasmi seperti yang dinyatakan dalamPerkara 152Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan (Malaysia) ialah bahasa Melayu".[3] Piawai bahasa ini juga digunakan di negaraSingapura danBrunei, dan turut berstatus rasmi di negara-negara tersebut.[4]

Seorang penutur bahasa Melayu piawai di Langkawi

Bahasa Melayu Malaysia mempunyai lebih daripada 65-75% perbendaharaan katanya berkognat dengan perbendaharaan kata daripadaBahasa Indonesia dan dituturkan oleh lebih daripada 20-25 juta orang di Malaysia sebagai bahasa sehari-hari dan lingua franca.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Pada era kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi bagi persekutuan, di samping bahasa Inggeris boleh digunakan selama 10 tahun, menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.[5] Pada 1 September 1967, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia.[6]

Petikan Perlembagaan menyatakan:

Perkara 152. Bahasa kebangsaan

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Polemik istilah "Bahasa Malaysia"

[sunting |sunting sumber]

istilah "Bahasa Malaysia" wujud sebagai kependekan bagi "bahasa kebangsaan dalam Malaysia" yang akan menjadi bahasa rasmi secara tunggal bermula 1967.[7] Pada 21 Oktober 1966, Perdana MenteriTunku Abdul Rahman telah mengusulkan supaya "bahasa kebangsaan" ditukar sebutannya kepada "Bahasa Malaysia".[8] Usul pertukaran sebutan turut disokong beberapa pertubuhan penulis dan kesatuan guru.[9][10] Walau bagaimanapun, tiada sebarang usaha yang berlaku untuk pemindaan undang-undang terhadap pertukaran sebutan "bahasa kebangsaan" sebagai "Bahasa Malaysia".

Pada 2007, berlaku sedikit kesilapan peringkat kerajaan persekutuan mengenai penggunaan istilah bahasa bagi bahasa rasmi negara sama ada "Bahasa Melayu" atau "Bahasa Malaysia".[11] Ada usaha dilakukan olehkabinet Malaysia pada 4 Jun 2007 bagi menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia" kerana ingin menanamkan semangat perpaduan antara kaum dalam kalangan rakyat walaupun usaha ini tidak membuahkan hasil ketara.[12][13][14] Kabinet mengarahkan semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jawatan serta agensi berkaitan bagi mengguna istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Namun perkara itu sebenarnya sukar untuk dilaksanakan secara menyeluruh kerana perkara 152 perlembagaan Malaysia jelas mengatakan bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu bukannya bahasa Malaysia.

Pada tahun 2022, isu nama bahasa rasmi mendapat kritik keras daripadaIndonesia sebab hasratPerdana Menteri Malaysia,Ismail Sabri Yaakob yang bercita-cita hendak menjadikanbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua dan lingua francaASEAN.[15][16] Cadangan ini mendapat cabaran keras daripadaMenteri Pendidikan Indonesia,Nadiem Makarim yang menyatakanBahasa Indonesia ialah lebih layak sebagai lingua franca ASEAN kerana mempunyai perbendaharaan kata yang lebih besar dan menyerap lebih banyak kata dari bahasa lain, baik bahasa-bahasa tempatan dan luar negara.[17][18][19][20]. Menurut Kamaruddin Mohd Said, "selagi Malaysia berkeras menamakan bahasa rasmi negara adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Malaysia selagi itu Indonesia tidak akan henti-hentinya mencabar kita"[21][22]. Perbincangan ini sekaligus menjejaskan status nama bahasa rasmi Malaysia yang jelas menyebut bahasa Melayu.[23][24][25]

Kaedah menulis

[sunting |sunting sumber]
Bahagian initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki bahagian ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam. (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Sebagai pewaris langsung daripadabahasa Melayu klasik danbahasa Melayu kuno, penulisan aksara bahasa Melayu Malaysia telah mengalami beberapa perubahan dan mengguna beberapa jenis sistem tulisan yang saling berganti. Sistem yang pertama dipakai ialahtulisan Pallava yang berasal dariIndia Selatan. Berdasarkan bukti bertulis padabatu bersurat Terengganu dan penyebaran dakwah agama Islam, penggunaan sistemtulisan Jawi telah berkembang di negeri-negeri Melayu seawal abad ke-12. Pada penghujung abad ke-19, disebabkanpenjajahan Inggeris sistemtulisan Rumi mula diguna dalam penulisan bahasa Melayu.

Dalam zaman pasca-moden, Bahasa Melayu Malaysia biasanya ditulis dalam tulisan Rumi dan tulisan Jawi. Tulisan Rumi merupakan sistem penulisan rasmi Bahasa Melayu Malaysia di pelbagai negeri Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Penggunaan Tulisan Jawi dirasmikan di negeri sepertiKedah,Kelantan,Pahang danTerengganu. Tulisan ini diguna bagi menunjukan pelbagai arah tempat, nama pejabat, papan pemasaran dan pelajaran yang wajib dikuasai bagiSPM.

Pada awal zaman kemerdekaan, bahasa Melayu Malaysia ditulis mengguna Ejaan Za'ba. Namun kemudian ejaan rumi bahasa Melayu beralih kepada sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu bermula 16 Ogos 1972 dengan pengisytiharannya oleh Perdana Menteri MalaysiaTun Abdul Razak dan Presiden IndonesiaSuharto secara bersama. Dengan persetujuan ini, bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama untuk sistem tulisan rumi bagi kedua-dua bahasa tersebut.

Skop penggunaan

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi tunggal Persekutuan dan negeri-negeri diSemenanjung Malaysia pada 1967.[6] Manakala diSabah danSarawak, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Inggeris.[26]

Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Bahasa Melayu § Pengaruh daripada bahasa asing

Sejak zaman kuno, Bahasa Melayu Malaysia telah lama banyak menyerap pengaruh bahasa-bahasa asing sepertiSanskrit,Cina,Inggeris,Portugis,Tamil,Arab dan lain-lain.

Pengaruh Portugis

[sunting |sunting sumber]

Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.[27] Beberapa contoh perkataanPortugis yang diserap dalam bahasa Melayu ialah:

Bahasa PortugisBahasa Melayu
ArmárioAlmari
BolaBola
CamisaKemeja
DadoDadu
GarfoGarpu
IgrejaGereja
LimãoLimau
ManteigaMentega
DomingoMinggu
PadrePaderi
ToalhaTuala
JanelaJendela
EscolaSekolah
SabadoSabtu
SabãoSabun
SapatoSepatu

Pengaruh Cina

[sunting |sunting sumber]
Bahasa CinaAksara CinaBahasa Melayu
tāu-hū豆腐Tauhu
miMi
kóe-tiâu粿条Kuetiau
bí-hún米粉Bihun
sîn-chháu仙草Cincau
chap-chhài杂菜Capcai
dím sām点心Dim sum
chi̍u-kóe炸粿Cakoi
Teh
tāu-ge豆芽Tauge
tāu-chiù豆酱Taucu
pô-piáⁿ薄饼Popia
kê-chiap酱油Kicap
mī-suàn面线Misoa
sù-hún粉丝Suhun
tāu-kua豆干Taukua
lài-chi荔枝Laici
liông-gán龙眼Longan
bah-kut-tê肉骨茶Bak kut teh
bah-chàng肉粽Bakcang
thâu-ke头家Tauke
samseng三牲Samseng
thô͘-peh-kong土地公Topekong
siâⁿ-phoà算盘Sempoa
têng-liong灯笼Tanglung
pīng-pāng qiú乒乓球Pingpong
sàam-fú衫裤Samfu
chèuhng-sàam长衫Ceongsam
chá wǎn茶碗Cawan
kòe-kóe粿粿Kuih
chhá-kóe-tiâu炒粿条Kuetiau goreng
bah-pau肉包Bakpau
bē-chhia马车Beca
chôngJong
shān bǎn舢板Sampan

Ragam tidak formal di Malaysia

[sunting |sunting sumber]

Zaman kontemporari telah memperlihatkan perkembangan perbendaharaan kata secara tidak formal dalam Bahasa Melayu Malaysia, terbentuk daripada pengubahsuaian terhadap perkataan-perkataan bersumber daripada Bahasa Melayu Piawai atau bahasa-bahasa lain, sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu.

Ekoran hal tersebut, wujudnya tiga jenis ragam bahasa tidak formal pada bahasa Melayu Malaysia, iaitu: bahasa basahan, bahasa pasar dan bahasa rojak. Berikut merupakan perbandingan ragam-ragam bahasa tersebut:

Ragam bahasaContoh ayat
Bentuk dan sebutan bahasa bakuTahukah encik biasanya berapa harga kain ini dijual? Empat belas ringgit untuk satu meter, memang mahal. Lebih baik encik beli kain ini dengan saya, harga pun baru sepuluh ringgit sahaja, lebih murah di kedai ini!
Sebutan bahasa Johor-Riau dan sebutan bahasa Melayu tetapi bentuk penulisan ikut contoh bakuTahukah encik biasanye berape harge kain ini dijual? Empat belas ringgit untuk satu mite, memang mahal. Lebih baik encik beli kain ini dengan Saye, harga pun baru sepuluh ringgit sahaje, lebih murah di kedai ini!
Bentuk dan sebutan bahasa basahan (loghat dan dialek umum Johor-Riau yang digunakan di Johor, Melaka, Selangor, sebahagian daerah Pahang dan sebahagian daerah Perak)Encik tahu tak biasenye harge kain ni berape? Empat belas semite, mahal tau... Baik beli dengan saye, harge pun baru sepuloh ringgit je, kat sini lagi murah!
Bentuk dan sebutan bahasa pasar (loghat Cina Malaysia yang digunakan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Georgetown, Pulau Pinang)Lu tau biasa ini kain jual halga belapa? Ampat balas samite, manyak mahal oh... Mali sini beli sama gua, halga sapulu saja, sini punya manyak mulah!
Bentuk dan sebutan bahasa rojak (loghat Inggeris-Melayu)Sir you tahu tak kain ni original price dia berapa? Fourteen ringgit per meter, mahal tau... Baik beli dengan I, harge baru ten ringgits, kat sini lagi cheap!

Bahasa basahan Melayu

[sunting |sunting sumber]

Bahasa basahan Melayu, juga dikenali sebagai bahasa percakapan Melayu, adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian[28] antara penutur-penutur asli bahasa Melayu. Laras percakapan wujud dalam mana-mana bahasa di dunia, tetapi dalam konteks Bahasa Melayu Malaysia, padanan laras basahannya adalah berpaksi kepada pemendekan kosa kata baku, penggunaan kosa kata bersumber utama dari loghat Melayu Johor-Selangor moden dan bersumber sampingan dari pelbagai dialek atau bahasa kerabat Melayu. Bahasa ini berubah mengikut peredaran zaman, maka wujudnya keadaan mereka yang bergenerasi lama tidak memahami ragam percakapan dari generasi baharu. Antara perkataan-perkataan yang seringkali dianggap sebagai bahasa basahan adalahawek (kekasih perempuan);balak (kekasih lelaki); tak (tidak);usya/usha (tinjau);skodeng (intai);cun (cantik);poyo/slenge (berlagak, perangai teruk, mutu rendah) dan lain-lain. Kata ganti nama majmuk baharu telah dibentuk daripada kata ganti nama asal dan perkataanorang. Contohnya,kitorang (kita +orang, gantikami);korang (kau +orang, "kamu semua");diorang atauderang (dia +orang, "mereka").

Antara perkataan yang digunakan pada abad ke-21 ialah:

Perkataan

Tidak Rasmi

Perkataan Rasmi
bleh/lehboleh/dapat
tak lehtidak boleh/tidak dapat
niini
tuitu
koengkau/kamu/awak
korang, diorang, kitorangkau orang (kamu semua), dia orang (mereka), kitorang (kita)
napekenapa
camnemacam mana/bagaimana
camtu/cegitumacam itu
camni/canni/ceginimacam ini
pi (ragam utara) /gi (ragam selatan)/pegipergi
katdekat/di
nemana
tautahu
je/ajesahaja
a'ahya
makwe/awekteman wanita
pakwe/balakteman lelaki
minahperempuan
mamatlelaki
skodengmengintai
cuncantik/lawa
jommari/ayuh
poyo/selengeteruk/buruk
blahberedar/berambus (bergantung kepada konteks dan nada)
mai (ragam utara)/mehmari
apesal/sal/pehalapa pasal/apa hal
tak yahtidak payah
pastuselepas itu/habis itu
amikambil
pekenamakan/minum
jap (ragam selatan) / sat (ragam pantai timur dan utara)sekejap
pisyang/pishangrasa bosan sampai tak tahu nak buat apa
bailah/sangat (contoh: aku pisyang bai)
bebweh kawan
ek (dialek Johor)eh
ke (bentuk tunggal)-kah (kata penegas yang hanya boleh berbentuk imbuhan akhir)
hampehtak guna
kekwatberlagak
membawangmengumpat
kencingmenipu
menganjingmemerli

Bahasa pasar di Malaysia

[sunting |sunting sumber]

Bahasa pasar didefinisikan sebagai salah satu ragam bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur bukan asli Melayu (biasanya orang Cina dan India dalam konteks Malaysia) yang tidak sepenuhnya menguasai penggunaan bahasa Melayu yang murni, atau seperti yang dituturkan antara penutur asli Melayu dengan penutur bukan asli Melayu.[29] Seperti namanya "bahasa pasar", ragam bahasa ini digunakan di tempat perdagangan terbuka seperti pasar pagi yang melibatkan kepelbagaian etnik, dan biasanya orang Melayu menggunakan ragam ini tanpa sedar dengan orang yang kurang mahir dalam bahasa Melayu supaya dapat mengurangkan kesalahfahaman dalam urusan harian.

Bahasa Melayu rojak

[sunting |sunting sumber]

Sebilangan penutur bahasa Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan bandar lain di Malaysia, menggunakan perkataan dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara serentak, yang seterusnya membentukbahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya,[30] terutamanya di kalangan penutur asli bahasa Melayu yang mempelajari dua atau lebih bahasa. Fenomena ini seringkali melibatkanperalihan kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tetapi perlu diingatkan bahawa bahasa rojak yang dimaksudkan di sini berbeza denganManglish, walaupun kedua-dua bahasa ini dikategorikan sebagai bahasa kreol tetapi bahasa rojak yang dimaksudkan sini masih lagi mempunyai kerangka bahasa Melayu tetapi Manglish pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai tunjang bahasanya.

Contoh pinjaman kata yang digunakan ialah:Bestlah tempat ni (Baguslah tempat ni);kau niterror lah (Kau ni hebatlah). Fenomena ini melahirkan rasa kurang senang di kalangan pencinta bahasa di Malaysia, yang sering memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Malay, Standard | Ethnologue Free".Ethnologue (Free All) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2023-11-05.
  2. ^"Kedah MB defends use of Jawi on signboards".The Star. 2008-08-26. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada2010-11-19.
  3. ^Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
  4. ^Steinhauer, Hein (2005)."Colonial History and Language Policy in Insular Southeast Asia and Madagascar". Dalam Adelaar, Alexander; Himmelamnn, Nikolaus (penyunting).The Austronesian languages of Asia and Madagascar. London: Routledge. m/s. 65–86.ISBN 9780700712861.
  5. ^Deraman, Murni."Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan: Satu perjuangan nasionalisme dari 1930 sehingga 1967".Cite journal requires|journal= (bantuan)
  6. ^abPeKhabar (2015-09-01)."Perisytiharan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara".PeKhabar. Dicapai pada2024-09-02.
  7. ^"MEREKA SA-PAKAT BAHASA MALAYSIA HARUS MELAYU".Berita Harian. 10 September 1962. m/s. 5. Dicapai pada2 September 2024 – melalui NewspaperSG.
  8. ^"English must continue —Tengku".The Straits Times. 22 Oktober 1966. m/s. 1. Dicapai pada2 September 2024.
  9. ^"Sasterawan2 Pahang sokong 'bahasa Malaysia'".Berita Harian. 4 November 1966. m/s. 6. Dicapai pada2 September 2024.
  10. ^"Bahasa Malaysia: KKGSK menyokong".Berita Harian. 31 Oktober 1966. m/s. 5. Dicapai pada2 September 2024.
  11. ^SAMY, FLORENCE A. (2007-11-05)."Bahasa Malaysia remains".The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2024-09-02.Unknown parameter|subscription= ignored (bantuan)
  12. ^https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/12/109757/kaum-cina-wajib-kuasai-bahasa-melayu
  13. ^https://www.utusan.com.my/rencana/2020/09/cakap-melayu-pun-masih-pelat/
  14. ^https://www.kosmo.com.my/2020/11/28/tidak-fasih-bahasa-melayu-memalukan/
  15. ^https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/443334/bahasa-melayu-boleh-jadi-bahasa-kedua-dalam-asean
  16. ^https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/941497/sokongan-indonesia-tingkat-peluang-bahasa-melayu-sebagai-bahasa-rasmi
  17. ^https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/04/942658/menteri-indonesia-tolak-bahasa-melayu-jadi-bahasa-rasmi-kedua-asean
  18. ^https://www.sinarharian.com.my/article/196438/GLOBAL/Menteri-Indonesia-tolak-cadangan-bahasa-Melayu-bahasa-rasmi-kedua-ASEAN
  19. ^https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/04/menteri-indonesia-bantah-bahasa-melayu-dijadikan-bahasa-asean/
  20. ^https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/948112/bantah-bahasa-melayu-jadi-bahasa-kedua-asean-bersifat-politik
  21. ^"Indonesia akan tolak selagi Malaysia guna istilah 'Bahasa Melayu'".www.astroawani.com. Dicapai pada2024-09-02.
  22. ^https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/948219/guna-bahasa-melayu-supra-untuk-bahasa-rasmi-kedua-asean
  23. ^https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/05/958132/sejarah-bahasa-melayu-akan-lenyap-jika-diganti-nama-lain
  24. ^https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/04/942682/pada-asasnya-bahasa-indonesia-adalah-bahasa-melayu
  25. ^"Bukan bahasa Malaysia, tapi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ASEAN - PM".www.astroawani.com. Dicapai pada2024-09-02.
  26. ^"Sarawak boleh guna bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris".www.dailyexpress.com.my. 2021-12-02. Dicapai pada2024-09-02.
  27. ^guusebumps (2008-03-01),Indonesian Words From Portuguese Language, dicapai pada2024-09-02
  28. ^"Bahasa basahan".Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2020.
  29. ^"Bahasa pasar".Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2020.
  30. ^"Bahasa rojak".Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2020.
AustraliaAustralia (Pulau
Cocos
danKrismas)
BruneiBrunei
IndonesiaIndonesia
MalaysiaMalaysia
ThailandThailand
SingapuraSingapura
Sri LankaSri Lanka
Sejarah perubahan bahasa Melayu
Ragam bahasa
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Melayu_Malaysia&oldid=6696742"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp