Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bahasa Latin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Latin
lingua Latina
Asli kepadaWilayah Latium,Rom Kuno
PupusLatin Lewat diperkembangkan ke dalam pelbagaibahasa Romawi padaabad ke-9
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Kota Vatican
Digunakan untuk tujuan rasmi, tetapi tidak dituturkan dalam pertuturan harian
Kod bahasa
ISO 639-1laa
ISO 639-2lat
ISO 639-3
lat
Informasi penggunaan templat turunan
Sampel
Sampel suara

Sampel suara bahasa ini, diambil dariWikidata
noicon

Bahasa Latin (lingua Latina atauLatinum) ialahbahasa kuno yang mula dikembangkan dalam kalanganbangsa Latin di wilayahLatium (merangkumi wilayahLazio kini) di tengahSemenanjung Itali[1] dan mula-mula dipertuturkan pada zamanRom Kuno.

Bahasa ini dituturkan di banyak kawasan taklukan setempatEmpayar Rom sejak abad pertama SM mula menyimpang dari bentuk yang dibakukan dalam persuratan banyak penulis dan ilmuwan Rumawi;bahasa seharian ini mula dibezakan sebagai bahasa "kebanyakan" (sermo plebeius atausermo vulgaris) daripada bahasa yang "klasik".[2] Penuturan bahasa cakapan ini serata kawasan Rumawi mencirikan unsur setempat yang lama-kelamaan membentukbahasa-bahasa Romawi pada abad ke-6 hingga 9;[3]bahasa Itali yang berasaskan dialek Toscana serta dialekLogudorobahasa Sardinia paling dekat dan memelihara ciri bahasa Latin induk.[4]

Ia kini jarang sekali digunakan dalam zaman moden kecuali sebagai bahasa sebahagian pegawai rasmi diKota Vatican, negara terkecil di dunia diperintahTakhta Suci juga selaku ketuaGereja Katolik, malah upacara tertentu diamalkan badan gereja ini sepertiRitus Rom turut dibaca dalam bahasa Latin. Pengaruh kerajaan Romawi yang kuat pada zaman dahulu meninggalkan kesan bahasa Latin yang mendalam pada bahasa moden Eropah sepertibahasa Inggeris danbahasa Perancis, Oleh sebab inilah bahasa Latin ini juga diajarkan di banyak tahap pendidikan dasar, menengah, dan tinggidunia Barat:[5][6] bahasa Latin ada dalam 2.3% seluruh sekolah rendah negaraUnited Kingdom[7] manakala lebih 500,000 orang pelajar diJerman memilih belajar ini juga.[8]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Latin adalahbahasa Italik yang berasal dariLatium, sebuah daerah diItali sekeliling kotaRom. Bahasa ini menjadi penting kerana munculnyakerajaan Rom di mana bahasa Latin telah dinobatkan sebagai bahasa rasminya. Pada puncak kejayaan kerajaan ini, bahasa Latin dituturkan sejauh pulauBritain di barat laut sampaiPalestin di hujung tenggara Eropah.

Setelah runtuhnya kerajaan Rom, sekitar akhir abad ke 5, bahasa Latin tidak turut runtuh malah terus berkembang dengan pesatnya. Bahasa ini dipakai sebagai bahasalingua franca,bahasa liturgisgereja dan bahasa ilmu pengetahuan, bahkan juga di daerah-daerah yang tidak pernah ditaklukkan kerajaan Romawi.

Peninggalan

[sunting |sunting sumber]

Bahasa-bahasa Romawi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:bahasa-bahasa Romawi

Bahasa Latin Umum yang dituturkan oleh antara lain bala tentara Rom menjadibahasa pengantar di seluruh daerah kerajaan. Di beberapa tempat, bahasa ini bahkan menggantikan bahasa setempat. Bahasa-bahasa turunan dari bahasa Latin ini disebut "bahasaRomawi", tetapi bahasa Latin sendiri bukanlah bahasa Roman. Bahasa Latin termasukrumpun bahasa Itali.

Pengaruh dalam bahasa Melayu

[sunting |sunting sumber]

Dalam konteks sejarahbahasa Melayu, unsur bahasa Latin mula diserap dalam beberapa fasa:

  • fasa pertama - melaluibahasa Arab di mana para penuturnya bertembung dengan tamadun Romawi seawal abad pertama dan kedua Masihi menerapkan kosakatanya dalam lahjah-lahjah serumpun lagi-lagi dari orangNabati yang kemudiannya terpelihara dalam persuratan Arab termasuk pembukuan ayat-ayatal-Quran:[9]
bahasa Latinbahasa Arabbahasa Melayu
Caesarقَيصَر‎qayṣarkaisar
follis "kantung wang"فُلسfulsmufrad
فُلُوس‎fulūsjamak
fulus
sigillum "mohor"سِجِلّsijillsijil

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Kasus

[sunting |sunting sumber]

Kasus merupakan ciri utama bahasa Latin dan dalam bahasa ini, terdapatnya enam kasus:

  1. kasusablatif
  2. kasusakusatif
  3. kasusdatif
  4. kasusgenetif
  5. kasusnominatif
  6. kasusvokatif

Selain itu, terdapat juga kasuslokatif dalam beberapa kekecualian.

Abjad

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Abjad Rumi

Bahasa Latin ditulis dengan abjad Latin yang menjadi bentuk tulisan yang paling banyak dipakai didunia. LihatAbjad Latin untuk keterangan lebih lanjut.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Sandys, John Edwin (1910).A companion to Latin studies. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 811–812.
  2. ^Clark 1900, halaman 1–3
  3. ^Herman 2000, halaman 8
  4. ^Pei, Mario (1949).Story of Language. Lippincott. m/s. 28.ISBN 978-0-397-00400-3.
  5. ^Hu, Winnie (6 October 2008)."A Dead Language That's Very Much Alive".New York Times.CS1 maint: ref=harv (link)
  6. ^Eskenazi, Mike (2 December 2000)."The New case for Latin".TIME. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-08-14. Dicapai pada2015-01-30.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^Woolcock, Nicola (29 June 2023)."Latin is now fourth most-taught language in primary schools".The Times. Dicapai pada20 August 2023.
  8. ^Breitenbach, Dagmar (27 July 2023)."Why Latin should not become extinct in school".Deutsche Welle. Dicapai pada20 August 2023.
  9. ^König, Daniel G. König (2019).Latin And Arabic: Entangled Histories. m/s. 35-9. Heidelberg: Heidelberg University.ISBN 978-3-947732-25-8
  10. ^abKazuhito Uni (2018)."Benefits of English Vocabulary of Latin and Greek Origins for Learning Malay".The Journal of Social Sciences Research.4 (10) 207-9.doi:10.32861/jssr.410.205.211
  11. ^Carr, Denzel (1958)."Some Problems Arising from Linguistic Eleutheromania".The Journal of Asian Studies.17 (2): 213.doi:10.2307/2941467.
Sumber
  • Clark, Victor Selden (1900).Studies in the Latin of the Middle Ages and the Renaissance. Lancaster: The New Era Printing Company.
  • Herman, József (2000).Vulgar Latin. Diterjemahkan oleh Wright, Roger. University Park, PA:Pennsylvania State University Press.ISBN 978-0-271-02000-6.
WikipediaBahasa Latin, ensiklopedia bebas
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Latin&oldid=6142592"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp