Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bahasa Carai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Carai
Jrai
Asli kepadaVietnam,Kemboja
KawasanTanahtinggi Tengah, Vietnam
Wilayah Ratanakiri, Kemboja
Penutur bahasa
260,000 (2007–2008)
Vietnam:Abjad Vietnam
Kemboja:Aksara Khmer
Status rasmi
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-3jra
Glottologjara1266
Map
Rencana ini mengandungi simbol fonetikIPA. Tanpa sokonganperisian tertentu, anda mungkin melihattanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askaraUnicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihatBantuan:IPA.

Bahasa Carai (/əˈr/;Vietnam:Cho-Rai,Chor,Chrai,Djarai,Gia-Rai,Gio-Rai,Jorai, atauMthur;Khmer:ចារ៉ាយ,Charay [caːraːj]) ialah salah satu bahasa di bawahbahasa-bahasa Polinesia-Melayu yang dituturkan olehorang Carai diVietnam danKemboja. Penutur bahasa Carai berjumlah kira-kira 262,800,[1] tidak termasuk komuniti Carai lain yang mungkin di negara selain Vietnam dan Kemboja seperti Amerika Syarikat. Mereka ialah puak pribumi tanahtinggi Vietnam terbesar diTanahtinggi Tengah yang dikenali sebagaiorang Degar atau Montagnard, dan 25 peratus daripada populasi di wilayahRatanakiri, Kemboja.

Bahasa ini berada dalam subkumpulanbahasa-bahasa Cam di bawah keluarga bahasa Polinesia-Melayu, dan dengan itu berkaitan denganbahasa Cam di tengah Vietnam.

Sebilangan orang Carai juga tinggal di Amerika Syarikat, setelah menetap di sana selepasPerang Vietnam.

Pengelasan

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Carai tergolong dalam cabangbahasa-bahasa Cam di bawahkeluarga bahasa Polinesia-Melayu. Walaupun sering dikelaskan sebagai ahli dalamkeluarga bahasa Austroasia sehingga abad ke-20, pertalian bahasa Carai dengan bahasa-bahasa Cam lain sepertibahasa Cam danbahasa Ede dan pertalian yang lebih luas kepadabahasa Melayu telah pun diiktiraf seawal tahun 1864.[2]

Taburan geografi dan loghat

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Carai dituturkan oleh kira-kira 262,800 orang di Kemboja dan Vietnam (Simons, 2017) di mana ia diiktiraf sebagai bahasa minoriti rasmi, namun di Kemboja ia tidak mempunyai penulisan dalamaksara Khmer. Selain itu, terdapat ratusan penutur bahasa Carai di Amerika Syarikat daripada pelarian orang Carai yang menetap di negara itu selepasPerang Vietnam. Loghat Carai boleh saling nirfaham. Đào Huy Quyền (1998)[3] menyenaraikan subkumpulanloghat Carai berikut dan lokasi masing-masing.

  • Bahasa Pleiku: di kawasanPleiku .
  • Bahasa Ceoreo: dalam Ajunpa (Phú Bổn).
  • Bahasa Arap: di barat lautPleiku, barat dayaKon Tum.
  • Bahasa Hedrung: di timur lautPleiku, tenggaraKon Tum.
  • Bahasa Tebuan: diPleiku barat.

Kumpulan lain yang berkaitan termasuklah:

Fonologi

[sunting |sunting sumber]

Disebabkan pengaruhbahasa-bahasa Austroasia sekelilingnya, pelbagai kosa kata dalambahasa-bahasa Cam di Asia Tenggara, termasuk bahasa Carai, telah menjadi dwisukukata dengantekanan pada sukukata kedua. Tambahan pula, bahasa Carai telah berkembang lebih jauh mengikut corak bahasa-bahasa Austroasia, dengan kehilangan hampir semua pembezaan vokal dalamsukukata seni pangkal. Walaupun perkataan trisukukata wujud, kesemuanya ialahkata pinjaman. Perkataan biasa dalam bahasa Carai boleh diwakili sebagai:

(C)(V)-C(C)V(V)(C)

di mana nilai dalam kurungan ialah mengikut pilihan dan "(C)" dalam kelompok "C(C)" mewakilikonsonan likuida/l/,/r/ atauseparavokal/w/,/j/. Dalam loghat-loghat bahasa Carai yang dituturkan di Kemboja, "(C)" dalam gugusan "C(C)" juga boleh menjadigeseran velar bersuara/ɣ/, suatu fonem yang digunakan oleh orang Carai di Kemboja, tetapi tidak dibuktikan di Vietnam. Vokal sukukata pertama dalam perkataan dwisukukata selalunya ialahvokal nirbundar pusat-tengah,/ə/, melainkan konsonan pangkalnya ialahhentian glotis/ʔ/. Vokal kedua bagi sukukata yang ditekankan menghasilkandiftong.

Sistem tulisan

[sunting |sunting sumber]

SemasaIndocina Perancis, mereka memperkenalkan abjad Carai menggunakanabjad Vietnam (aksara Rumi yang diubahsuai untuk bahasa Vietnam) pada awal abad ke-20. Dengan pengenalanAlkitab dalam bahasa Carai menggunakan aksara tersebut oleh mubaligh Kristian di Vietnam selepas Perang Vietnam, orang Carai dapat meningkatkan bilangan orang yang celik huruf dan kini terdapat banyak penerbitan untuk orang Carai Vietnam. Terdapat 40huruf - 21konsonan + 19vokal / 34fonem - 9 fonem vokal + 25 fonem konsonan.

Aksara Rumi untuk abjad bahasa Carai
1)AaĂăÂâBbɃƀC̆c̆/ ČčDdĐđEe
IPAaːaɨbʔbdʔdɛː
Km[4]អះអាអិអបឆដអេ
2)ĔĕÊêÊ̆ê̆/ĒēGgHhiiĬĭJjDJ dj
IPAɛeːeɡhiːiʔ
Kmអេអះអេអីះអីឌយអេឌយ
3)KkLlMmNnÑñNG ngOoŎŏÔô
IPAklmnɲŋɔːɔoː
Kmកាអុះអុ
4)Ô̆ô̆/ŌōƠơƠ̆ơ̆/ ỜờPpRrSsTtUuŬŭ
IPAoəːəprstuːu
Kmអូអឺះអឺអូះអូ
5)ƯưƯ̆ư̆/ ỬửWwYy
IPAɯːɯwj
Kmអ៊ូអូ

Vokal

[sunting |sunting sumber]

Terdapat 9 vokal:[5]

DepanPusatBelakang
Sempitiĩɯu
Tengaheəo
Separuh luasɛɔ
Luasaã

Konsonan

[sunting |sunting sumber]

Terdapat 24 konsonan:[5]

BibirGigi/GusiPascagusiLelangitVelarGlotis
Hentiannirsuaraptkʔ
terhembuspʰtʰkʰ
bersuarabdɡ
sedutanɓɗʄ
Letusannirsuara
bersuara
Geseransh
Sengauanbersuaramnɲŋ
terpraglotisʔm
Tamparanɾ
Sisianl
Aproksimanwj

Konsonan sedutan juga telah digambarkan sebagai hentian praglotis, tetapi Jensen (2013) menerangkan bahawa penyempitan glotis dan rongga mulut berlaku serentak.[5]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Simons, Gary F. and Charles D. Fennig (eds.). 2017. Jarai. Ethnologue: Languages of the World, Twentieth edition. Dallas, Texas: SIL International. Link retrieved on 05.06.17 fromhttps://www.ethnologue.com/language/jra
  2. ^David Thomas (1989). A 19th century perception of Chamic relationships. Mahidol University and Summer Institute of Linguistics. Link retrieved on 05.01.2017 fromhttp://sealang.net/archives/mks/pdf/16-17:181-182.pdf
  3. ^Đào Huy Quyền (1998).Nhạc khí dân tộc Jrai và Bahnar [Musical instruments of the Jrai and Bahnar]. Hanoi: Nhà xuất bản trẻ.
  4. ^Correlation withKhmer Alphabet usingIPA
  5. ^abcJensen (2013)

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Jensen, Joshua M. (2013).Struktur Klausa Carai dan Frasa Nama . Disertasi PhD, Universiti Texas di Arlington. 
  • Lafont, Pierre-Bernard & Nguyễn Văn Trọng (1968).Lexique Carai, français, viêtnamien, parler de la province de Plei Ku . Publications de l'Ecole française d'Extrême-Orient, v 63. Paris: École française d'Extrême-Orient.
  • Pittman, RS (1957).Carai sebagai ahli keluarga bahasa Melayu-Polinesia . Fargo, ND:Institut Linguistik Musim Panas, Universiti North Dakota.
  • Reed, R. (1976).Buku asas Jorai, panduan dan buku penulisan . siri mikrofiche pendidikan Vietnam, no. VE55-01/08/04. Pantai Huntington, Calif:Institut Linguistik Musim Panas .
  • Rơmah Dêl (1977).Từ Diển Việt - Gia Rai [Kamus Bahasa Vietnam - Carai] . Hà Nội: Nhà xuất bản khoa học xã hội.
  • Tong Nang, N. (1975).Garis besar tatabahasa Carai . siri mikrofiche data Vietnam, no. VD55-01. Pantai Huntington, Calif:Institut Linguistik Musim Panas .
  • Siu, Lap M. (2009).Membangunkan Kamus Awal Pertama Carai Amerika Utara . Tesis Sarjana Sastera dalam Antropologi, Texas Tech University .

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Bahasa rasmi
Bahasa
pribumi
Austroasia
Lain
Bahasa asing utama

Templat:Languages of Vietnam

Aceh
Cam Pesisir
Cam Tanahtinggi

Templat:Austronesian languages

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Carai&oldid=5694274"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp