| Bahasa-bahasa Melayu | |
|---|---|
| Bahasa-bahasa Melayik | |
| Taburan geografi: | Asia Tenggara Maritim |
| Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
| Bahasa-proto: | Bahasa Melayu Purba |
| Pembahagian: |
|
| Glottolog: | mala1538[1] |
Taburan bahasa-bahasa Melayu di Asia Tenggara Maritim: Subkumpulanbahasa-bahasa Iban dan bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Kanayatn/Salako-Kendayan), juga dikenali himpunannya sebagai "bahasa-bahasa Dayak Melayik". Ragam Melayu lain; hubungan genetik masih tidak jelas. | |
Bahasa-bahasaMelayik[2][3] dalam bidang linguistik menerangkan suatu cabang bahasa di bawahrumpun Melayu-Polinesia dalam keluargabahasa-bahasa Austronesia. Bahasa yang terkenal dalam keluarga ini ialahbahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan diBrunei danSingapura serta asas kepada duabahasa baku iaitubahasa Malaysia untuk kegunaan peringkat kebangsaanMalaysia danBahasa Indonesia untuk kegunaan bahasa kebangsaanIndonesia dan bahasa yang popular dipelajari diTimor Leste.[4]
Cabang bahasa ini juga merangkumi bahasa-bahasa setempat dituturkan pelbagai sub-etnik Melayu (contohnya sepertibahasa Kutai,bahasa Melayu Kedah danbahasa Melayu Basemah). Bahasa kerabat yang mempunyai hubungan terdekat dengan bahasa Melayu diSumatera (sepertibahasa Minangkabau) danBorneo (sepertibahasa Iban), antara calon kawasan yang paling berkemungkinan sebagai titik daripada pemisahan bahasa-bahasa Melayik ialah di barat pulauBorneo.
IstilahMalayic pertama kali dicipta olehIsidore Dyen (1965) dalam klasifikasi leksikostatistik bahasa-bahasa Austronesia. "Kelekapan bahasa-bahasa Melayik" (Malayic hesion) oleh Dyen mempunyai skop yang lebih luas daripada subkumpulan bahasa-bahasa Melayik dalam bentuk yang diterima kini, dan juga merangkumibahasa Aceh,bahasa Lampung, danbahasa Madura.Bernd Nothofer (1988) menyempitkan rangkuman bahasa-bahasa Melayik, tetapi memasukkan bahasa-bahasa bukan Melayu sepertibahasa Rejang danbahasa Embaloh:
Skop subkumpulan bahasa-bahasa Melayik kini, yang telah diterima secara umum oleh pakar sebidang, pertama kali diusulkan olehKarl Alexander Adelaar (1992,1993), berdasarkan bukti fonologi, morfologi, dan leksikal.
Bahasa-bahasa Melayik dituturkan diBorneo,Sumatera,Semenanjung Tanah Melayu, dan di beberapa pulau yang terletak diLaut China Selatan danSelat Melaka.
Borneo
Semenanjung Tanah Melayu
Sumatera
Jawa
Laut China Selatan/Selat Melaka
Walaupun terdapat persetujuan umum tentang bahasa yang mana boleh dikelaskan dalam bahasa-bahasa Melayik , subkumpulan dalaman bahasa-bahasa Melayik masih dipertikaikan.
Adelaar (1993) mengelaskan bahasa-bahasa Melayik seperti berikut.[5]
Berdasarkan bukti tatabahasa, Ross (2004) membahagikan kumpulan bahasa-bahasa Melayik kepada dua cabang utama:[6]
Klasifikasi ini dicerminkan dalamGlottolog (Gubahan 3.4).
Mengikuti Tadmor (2002), Anderbeck (2012) membuat perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa-bahasa Melayik dalam perbincangannya tentang loghat-loghatOrang Laut diKepulauan Riau. Beliau secara tentatif mengklasifikasikan semua bahasa-bahasa Melayik di bawah subkumpulan "Melayu", kecuali subkumpulan bahasa-bahasa Iban, bahasa-bahasa Selako-Kendayan,bahasa Keninjal,bahasa Dayak Melayu, dan "kelainan yang agak berbeza" iaitubahasa Urak Lawoi danbahasa Duano.[7][a]
Klasifikasi Anderbeck telah diterima pakai dalam edisi ke-17Etnologue, dengan pengecualian tunggal bahasa Duano, yang disenaraikan dalamEtnologue di bawah pengelasan "bahasa Melayu".[b]
Dalam disertasinya tentang bahasa-bahasa di Borneo, Smith (2017) memberikan bukti untuk subkumpulan yang terdiri daripada isolek bahasa-bahasa Melayik di Borneo barat dan Sumatera selatan, yang dilabelnya sebagai "bahasa-bahasa Melayik Borneo Barat".[9] Walau bagaimanapun, beliau membiarkan isolek lain ternirkelas.
Kemasukan bahasa Melayu dalam subkumpulanbahasa-bahasa Melayu-Polinesia tidak dapat dipertikaikan, dan terdapat sepersetujuan umum bahawa keluargabahasa-bahasa Cam berkait rapat dengan keluarga bahasa-bahasa Melayik. Gabungan keluarga bahasa-bahasa Melayik yang lebih luas bagaimanapun menjadi kontroversi. Terdapat dua usulan utama: Adelaar (2005) meletakkan keluarga bahasa-bahasa Melayik dalam subkumpulanbahasa-bahasa Melayu-Sumbawa, yang terdiri daripada bahasa berikut:[10]
Blust (2010) danSmith (2017) mengumpukkan keluarga bahasa-bahasa Melayik kepada subkumpulanbahasa-bahasa Borneo Utara Raya:[11][9]
Hipotesis keluarga bahasa-bahasa Melayu-Sumbawa adalah berdasarkan bukti fonologi dengan beberapa inovasi leksikal yang dikongsi bersama, manakala hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya adalah berdasarkan korpus besar bukti leksikal.
| Bahasa Melayik Purba | |
|---|---|
| Rekonstruksi | bahasa-bahasa Melayik |
Leluhur direkonstruksi | |
Bahasa Melayik Purba[12] mempunyai jumlah 19 konsonan dan 4 vokal.[13]
| Bibir | Gusi | Lelangit | Velar | Glotis | ||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Hentian | Tanpa suara | p | t[d] | c | k | ʔ |
| Bersuara | b | d | ɟ | ɡ | ||
| Sengauan | m | n | ɲ | ŋ | ||
| Geseran | s | h | ||||
| Likuida | l | ʀ | ||||
| Aproksiman | w | y | ||||
| Ketinggian | Depan | Pusat | Belakang | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sempit | i/i/ | u/u/ | |||||
| Tengah | ə/ə/ | ||||||
| Luas | a/a/ |
Terdapat 2diftong :
Leksem bahasa Melayik Purba kebanyakannya berdwisukukata, walaupun ada yang mempunyai satu, tiga, atau empat sukukata. Leksem mempunyai struktur sukukata berikut:[13]
* [C V (N)] [C V (N)] [C V (N)] C V C
V = vokal, N =sengauan
Singapore has maintained the name Malay orbahasa Melayu...