Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bahasa-bahasa Cam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa-bahasa Cam
Bahasa-bahasa Cam-Aceh
Taburan
geografi:
Indonesia (Aceh),Kemboja,Vietnam,Thailand,China (PulauHainan), pelbagai negara berpendatang asing baru
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
ISO 639-2 /5:cmc
Glottolog:cham1327[1]

Bahasa-bahasa Cam ialah sekumpulan sepuluh bahasa yang dituturkan diAceh (Sumatera,Indonesia) dan di bahagianKemboja,Thailand,Vietnam, danHainan,China . Bahasa-bahasa Cam ialah subkumpulanbahasa-bahasa Sumbawa-Melayu dalamkeluarga Austronesia. Leluhur subkeluarga ini, bahasa Cam Proto, dikaitkan denganbudaya Sa Huỳnh, yang penuturnya tiba di kawasan yang kini dikenali sebagaiVietnam dariBorneo atau mungkinSemenanjung Tanah Melayu.[2]

Selepasbahasa Aceh, dengan 3.5 juta orang penutur,bahasa Carai danbahasa Cam merupakan bahasa-bahasa rumpun ini yang paling banyak digunakan, dengan kira-kira 230,000 dan 280,000 orang penutur masing-masing diKemboja dan Vietnam.Bahasa Ucat ialah bahasa yang paling utara dan paling kurang dituturkan dengan hanya 3000 orang penutur.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Cam mempunyai sejarah sastera tertua dari mana-mana bahasa Austronesia.Batu Bersurat Dong Yen Chau ditulis dalambahasa Cam Kuno bertarikh akhir abad ke-4 Masihi.

Peminjaman yang meluas hasil daripada hubungan jangka panjang telah menyebabkan bahasa-bahasa Cam danbahasa-bahasa Bana, cabangkeluarga Austroasia, mempunyai banyak kosa kata yang sama.[2][3]

Pengelasan

[sunting |sunting sumber]

Graham Thurgood memberikan pengelasan berikut untuk bahasa-bahasa Cam.[2] Bahasa individu ditanda denganhuruf condong.

Penutur bahasa Aceh.

Angka bahasa Cam Proto dari 7 hingga 9 dikongsi dengan angkabahasa-bahasa Melayu, memberikan bukti separa untuk subkumpulan bahasa-bahasa Cam-Melayu.[2]

Roger Blench[4] juga mengusulkan bahawa mungkin terdapat sekurang-kurangnya satu cabangbahasa-bahasa Austroasia lain di pesisir Vietnam yang kini telah pupus, berdasarkan pelbagai kata pinjaman bahasa-bahasa Austroasia dalam bahasa-bahasa Cam moden yang tidak dapat dikesan dengan jelas ke cabang bahasa-bahasa Austroasia yang sedia ada.[4][5]

Bahasa Cham Purba

[sunting |sunting sumber]

 

Bahasa Cham Purba
Rekonstruksi bahasa-bahasa Cham
Leluhur
direkonstruksi

Bahasa Cham Purba yang direkonstruksi berikut dipetik daripada penerbitan 1999Graham ThurgoodFrom Ancient Cham to Modern Dialects.[2]

Konsonan

[sunting |sunting sumber]

Jadual konsonan prasukukataan bahasa Cham Purba berikut adalah daripada Thurgood.[2] Terdapat sejumlah 13–14 konsonan prasukukataan bergantung kepada samada *ɲ dikira atau tidak. Konsonan bukan prasukukataan termasuklah *ʔ, *ɓ, *ɗ, *ŋ, *y, *w. Konsonan hembusan juga boleh direkonstruksi untuk bahasa Cham Purba.

Konsonan prasukukataan bahasa Cham Purba[2]
DwibibirGusiLelangitVelarGlotis
PlosifNirsuaraptck
Bersuarabdɟɡ
Sengauanmɲ[6]
Sisianl
Tamparan ataugetaranr
Geseransh

Gugusan konsonan berikut direkonstruksi untuk bahasa Cham Purba:[2] *pl-, *bl-, *kl-, *gl-, *pr-, *tr-, *kr-, *br-, *dr-.

Vokal

[sunting |sunting sumber]

Terdapat empat vokal (*-a, *-i, *-u, dan *-e, atau silihannya *-ə) dan tigadiftong (*-ay, *-uy, *-aw).[2]

Vokal Cam Proto
KetinggianDepanPusatBelakang
Sempiti/i/u/u/
Tengahe/e/([ə/ə/])
Luasa/a/

Morfologi

[sunting |sunting sumber]

Komponen morfologi bahasa Cham Purba yang direkonstruksi ialah:[2]

  • *tə-: awalan "tidak sengaja"; mirip imbuhan teR- dalam bahasa Melayu.
  • *mə-: awalan kata kerja lazim; mirip imbuhan meN- dalam bahasa Melayu.
  • *pə-: awalan penyebab; mirip imbuhan peN- dalam bahasa Melayu.
  • *bɛʔ-: awalan perintah negatif (dipinjam daripada bahasa-bahasa Austroasia); mirip imbuhan beR- dalam bahasa Melayu.
  • *-əm-: sisipan penamaan; mirip imbuhan -em- dalam bahasa Melayu.
  • *-ən-: sisipan perantian (dipinjam daripada bahasa-bahasa Austroasia); mirip imbuhan -in- dalam bahasa Melayu.

Kata ganti nama

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Cham Purba mempunyai kata ganti nama diri berikut:[2]

Tunggal

  • *kəu – aku
  • *hulun – saya (sopan); hamba
  • *dahlaʔ – saya (sopan)
  • *hã – awak; kamu; engkau
  • *ñu – dia; mereka

Jamak

  • *kaməi – kami
  • *ta – kita
  • *drəi – kami; refleksif
  • *gəp – lain-lain; kumpulan (dipinjam daripada bahasa-bahasa Austroasia)

Perbandingan kosakata bahasa Cham Purba dan bahasa-bahasa Cham Moden

[sunting |sunting sumber]

Jadual berikut membandingkan kata dalam bahasa Cham Purba, bahasa-bahasa Cham Moden, dan bahasa Melayu:

MelayuCham PurbaCham BaratCham TimurReglei
satu*sa/sa ha//tha//sa/
tujuh*tujuh/taçuh//taçŭh//tijuh/
api*ʔapuy/pui//apuy//apui/
langit*laŋit/laŋiʔ//laŋiʔ/ Lingik/laŋĩ꞉ʔ/
beras*bra꞉s/prah//prah-l//bra/
besi*bisεy/pasay//pithăy//pisǝy/
tebu*tabɔw-v/tapau//tapăw//tubəu/

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017)."Aceh–Chamic".Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^abcdefghijkThurgood 1999.
  3. ^Sidwell 2009.
  4. ^abBlench, Roger (2009)."Are There Four Additional Unrecognised Branches of Austroasiatic?".
  5. ^Sidwell, Paul (2006)."Dating the Separation of Acehnese and Chamic By Etymological Analysis of the Aceh-Chamic Lexicon"(PDF).Mon-Khmer Studies (dalam bahasa Inggeris).36: 187–206.doi:10.15144/MKSJ-36.187. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2013-06-05.
  6. ^Reflexes ofɲ are rare in modern Chamic languages.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • Sidwell, Paul (2009).Classifying the Austroasiatic Languages: History and State of the Art (dalam bahasa Inggeris). LINCOM Europa.
  • Thurgood, Graham (1999).From Ancient Cham to Modern Dialects: Two Thousand Years of Language Contact and Change: With an Appendix of Chamic Reconstructions and Loanwords. Oceanic Linguistics Special Publications (dalam bahasa Inggeris). University of Hawai'i Press. m/s. i, iii–vii, ix–xiii, xv–xvii, 1–259, 261–275, 277–397, 399–407.ISBN 0824821319.JSTOR 20006770.

Templat:Austronesian languages

Aceh
Cam Pesisir
Cam Tanahtinggi
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa-bahasa_Cam&oldid=5814285"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp