Kuching | |
|---|---|
| Koordinat:1°25′00″N110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E /1.41667; 110.08333 | |
| Negara | |
| Wilayah | |
| Pusat pentadbiran | Kuching |
| Pihak berkuasa tempatan |
|
| Pentadbiran | |
| • Pegawai Residen | Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 4,559.5 km2 (1,760.4 batu persegi) |
| Aras | 40 m (130 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 695,327 |
| • Kepadatan | 150/km2 (390/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Nombor plat kenderaan | QK, QA |
| Laman sesawang | kuching |
Bahagian Kuching ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di wilayahSarawak,Malaysia. Bahagian ini memiliki keluasan sebanyak 4,559.5 kilometer persegi.[1]
Bahagian Kuching juga disebut sebagai "Bahagian Pertama" kerana ia merupakan pusat dan titik permulaan pembentukan wilayahSarawak moden. Secara rasmi, Bahagian Kuching dibahagikan kepada tiga daerah dan dua daerah kecil, iaituKuching,Bau,Lundu,Padawan danSematan.
Bahagian Pertama mula dibentuk di bawah pentadbiranRajah Sarawak, melambangkan jajahan pertama mereka di Sarawak. Kawasan pentadbiran Bahagian Pertama ini merangkumi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kuala Sungai Samarahan, yang telah diambil daripadaKesultanan Brunei pada tahun 1846 dan kawasan Samarahan serta Sadong yang telah diambil pada tahun 1853.[2] Bahagian Pertama ini kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Kuching.
Semasa pemerintahan Jepun, Bahagian Pertama telah diletakkan di bawah pentadbiranKyūchin-shū (Provinsi Kuching) yang turut merangkumi Bahagian Kedua,Pontianak danKepulauan Natuna.[3]
Pada 24 Julai 1986, daerah Samarahan, Serian dan Simunjan telah dipisahkan daripada pentadbiran Bahagian Kuching bagi membentuk sebuah Bahagian baharu, iaitu Bahagian Samarahan.[2] Pada 1 Ogos 2015, daerah kecil Siburan telah dipisahkan daripada pentadbiran Bahagian Kuching setelah dipindahkan ke Bahagian Serian yang baru dibentuk.[4]
Bahagian Kuching ditadbir oleh Pejabat Residen Kuching dan diketuai seorang Residen. Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil juga ditubuhkan di setiap daerah dan daerah kecil, dengan setiap satunya diketuai seorang pegawai daerah. Bahagian Kuching juga berada di bawah pentadbiran limakerajaan tempatan.
| Daerah | Daerah Kecil | Kerajaan tempatan |
|---|---|---|
| Kuching | Padawan | Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) |
| Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) | ||
| Majlis Perbandaran Padawan (MPP) | ||
| Bau | - | Majlis Daerah Bau (MDB) |
| Lundu | Sematan | Majlis Daerah Lundu (MDL) |
Bahagian Kuching berada di bawah enam kawasanParlimen dan 17 kawasanDewan Undangan Negeri.
| Parlimen | DUN |
|---|---|
| P192Mas Gading | N01Opar |
| N02Tasik Biru | |
| P193Santubong | N03Tanjong Datu |
| N04Pantai Damai | |
| N05Demak Laut | |
| P194Petra Jaya | N06Tupong |
| N07Samariang | |
| N08Satok | |
| P195Bandar Kuching | N09Padungan |
| N10Pending | |
| N11Batu Lintang | |
| P196Stampin | N12Kota Sentosa |
| N13Batu Kitang | |
| N14Batu Kawah | |
| P198Puncak Borneo | N18Serembu |
| N19Mambong | |
| N20Tarat |
Berdasarkanbancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Bahagian Kuching ialah seramai 695,327 orang dengan kepadatan penduduk 150 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 162,802 isi rumah dengan 206,691 tempat kediaman. Daerah Kuching mempunyai jumlah penduduk paling ramai, dengan lebih 87.6 peratus penduduk di Bahagian Kuching tinggal di daerah tersebut. Daerah Kuching juga merupakan daerah paling padat di Bahagian Kuching, dengan kepadatan penduduk 410 orang perkilometer persegi.[5][6]
| Daerah/Daerah kecil | Populasi | Isi rumah | Tempat kediaman |
|---|---|---|---|
| Kuching | 609,205 | 142,732 | 180,026 |
| Padawan | 50,781 | 10,997 | 15,729 |
| Bau | 52,643 | 11,279 | 15,187 |
| Lundu | 33,479 | 8,791 | 11,478 |
| Sematan | 7,107 | 1,813 | 2,623 |
| Jumlah | 695,327 | 162,802 | 206,691 |
Berdasarkanbancian Malaysia 2010, dua kumpulan etnik terbesar di Bahagian Kuching ialahCina danMelayu, berlainan dengan komposisi etnik negeri Sarawak yang majoriti penduduknya beretnikIban. Sebahagian besar masyarakat Cina di daerah ini tinggal di daerah Kuching, dan menjadi kumpulan etnik terbesar di daerah tersebut. Masyarakat Melayu pula membentuk kumpulan yang besar di daerah Kuching dan Lundu.Bidayuh merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar di daerah ini, menjadi kumpulan etnik terbesar di daerah Bau dan Lundu. Antara kumpulan etnik lain yang tinggal di daerah ini termasuklahIban danMelanau yang sebahagian besarnya tinggal di daerah Kuching.[7]
| Daerah/Daerah kecil | Jumlah | Melayu | Iban | Bidayuh | Melanau | Bumiputera lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan warganegara |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Kuching | 598,617 | 213,011 | 65,105 | 74,147 | 3,810 | 8,152 | 219,587 | 3,086 | 2,093 | 9,626 |
| Padawan | 14,357 | 162 | 277 | 13,412 | 11 | 111 | 157 | 11 | 38 | 178 |
| Bau | 52,760 | 4,095 | 1,376 | 36,280 | 89 | 372 | 9,172 | 128 | 87 | 1,161 |
| Lundu | 32,568 | 11,203 | 4,344 | 11,679 | 79 | 221 | 3,554 | 36 | 96 | 1,356 |
| Sematan | 7,602 | 3,737 | 245 | 2,452 | 18 | 78 | 890 | 9 | 3 | 170 |
| Jumlah | 683,945 | 228,309 | 70,825 | 122,106 | 3,978 | 8,745 | 232,313 | 3,250 | 2,276 | 12,143 |