Badak air[2] (Jawi: بادق اءير, nama saintifik:Hippopotamus amphibius) merupakan haiwan mamalia maun besar Afrika, satu dari dua spesies tambahan dalam pengelasan saintifikHippopotamidae selainbadak air kerdil. Ia merupakan antaramammalia darat terbesar selaingajah dan sesetengah jenisbadak sumbu tertentu.
Nama saintifik yang diberikan untuk haiwan ini,hippopotamus, berasal dari bahasa Latin menyerap kata gabung bahasa Yunani iaitu ἱπποπόταμοςhippopótamos menggabungkan kata ίπποςíppos "kuda" danποταμόςpotamós "sungai" secara harfiah bererti "kuda sungai". Terdapat juga istilah "kuda nil"[3] yang lebih dipakai di Indonesia menyerap dariBahasa Belanda,nijlpaard, menggabungkan kata-kataNijl "sungai Nil" danpaard "kuda" selari dengan penamaan saintifik ini.
Badan badak air berukuran antara 2.90 hingga 5.05 meter panjang depan ke belakang, tinggi 1.30-1.65 m dari bahu ke kaki dengan ekor berukuran sekitar 35 hingga 56 sm.[5][6][7] Purata berat dewasa adalah sekitar 1500 kg untuk jantan dan 1300 kg untuk betina,[8][9] badak jantan boleh mencapai berat paling maksimum 2000 kg.[8] Badan badak air berbentuk mirip tong dengan kaki kontot dan muncung panjang.[10]
Kulit badak mempunyai ketebalan 6 sm[10] mampu melindungi diri dari bahaman pemangsa sama kuat, lapisan lemak bawah kulit ia pula agak relatif nipis.[4]:3 Bahagian atas badan badak kelabu keunguan atau biru kehitaman manakala bahagian bawahnya serta kawasan keliling telinga dan mata tampak perang kejambuan.[11]:260
Gigi-gigikacip dantaring masing-masing boleh memanjang sehingga 40 dan 50 sm,[10] gigi-gigi ini digunakan sebagai senjata mempertahankan diri dari badak-badak lain yang menyerang merebut kawasan sendiri.[11]:260
Badak air banyak tertumpu di kawasan-kawasansavana dan hutan belantara.[1] meluangkan kebanyakan masa di sungai-sungai dan tasik danau[4]:3 yang cukup air untuk memandikan diri serta sesuai untuk tumbuhan makanan hidup subur.[10] Badak-badak air hanya menaiki darat untuk makan pada waktu senja sehingga sejauh 15 km[10] Sekawan badak air boleh mempunyai lebih seratus ekor.[4]:50 Jantan-jantan dan betina-betina sering menjauhkan diri. Seekor badak akan memandakan kawasan sendiri denganmenyahtinja kawasan sekelilingnya.
Terdapat suatu kawanan badak air yang diperkenalkan diColombia benua Amerika Selatan olehPablo Escobar yang membeli badak-badak iniNew Orleans sebagaihaiwan peliharaannya sendiri di estetHacienda Nápoles milik beliau 100km jauh timur dariMedellín pada tahun 1980-an. Kawanan ini sukar dipindahkan selepas kematian Escobar sehingga terpaksa dibiarkan begitu sahaja; populasi badak ini meningkat sebanyak 16 ekor dan mula mencari makanan berdekatansungai Magdalena.[12][13]
Badak-badak air memakan sepenuhnya rumput dengan sebilangan kecil aneka jenis tumbuhan akuatik.[14] Usus badak yang baru lahir steril tanpa bakteria pencernaan yang diperlukan maka perlu diperoleh dari tinja induk semasa disusukan dan dibesarkan.[15]
Badak betina boleh mencapai akli baligh seawal 3-4 tahun[16] sehingga 5-6 tahun.[17]
Pengawanan berlaku sesama pasangan jantan betina dalam air di mana sang betina dibenamkan sepanjang tempoh ini[4]:63 sambil berhenti seketika untuk mengambil nafas. Sang betinamembunting selama lapan bula;[17] apabila tempoh ini tamat, betina bakal induk ini mengasingkan diri untuk melahirkan anak.[10] Kelahiran anak baharu ini cenderung berlaku masa bermulanya musim hujan.[4]:60–61
Badak betina kembali kepada kawanannya selepas 10–14 hari,[10] ia tidak akan menelurkanovum lagi selama 17 bulan.[16]
Ukiran dari Kerajaan Baru Mesir, Dinasti ke-18/19, c. 1500-1300 SM, ketika badan air masih banyak diSungai Nil.
Interaksi manusia dengan badak air terawal dicatat pada tinggalan tulang badak yang dikesankan pisau daging di Mendakan Bouri.Lembah AwashHabsyah seawal 160,000 tahun dahulu.[18]Lukisan dan ukiran menggambarkan pemburuan badak turut dijumpai bertarikh 4,000–5,000 tahun dahulu pada dinding-dinding batu gua pergununganTassili n'Ajjer berdekatanDjanet tenggaraAlgeria.[4]:1
Badak air dikaitkan masyarakatMesir Purba dengan dewa gurun dan ributSutekh atau Set,[19] pasangannyaTaweret iaitu dewi kesuburan dan kehamilan turut digambarkan badannya separa haiwan ini.[20]
Gigi badak merupakan alat upacarapenilikan digunakan dalam kalangan masyarakatYoruba.[21]
"badak air".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
"badak air".Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
^"kuda nil".Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
^abcdefgEltringham, S.K. (1999).The Hippos. Poyser Natural History Series. Academic Press.ISBN978-0-85661-131-5.
^abKingdon, J. (1988).East African Mammals: An Atlas of Evolution in Africa, Volume 3, Part B: Large Mammals. University Of Chicago Press. m/s. 256–77.ISBN978-0-226-43722-4.
^Grey, J.; Harper, D.M. (2002). "Using Stable Isotope Analyses To Identify Allochthonous Inputs to Lake Naivasha Mediated Via the Hippopotamus Gut".Isotopes in Environmental Health Studies.38 (4): 245–250.doi:10.1080/10256010208033269.PMID12725427.S2CID216152807.
^abGraham L.H.; Reid K.; Webster T.; Richards M.; Joseph S. (2002). "Endocrine patterns associated with reproduction in the Nile hippopotamus (Hippopotamus amphibius) as assessed by fecal progestagen analysis".General and Comparative Endocrinology.128 (1): 74–81.doi:10.1016/S0016-6480(02)00066-7.PMID12270790.
^abBrown, C. Emerson (November 1924). "Rearing Hippopotamuses in Captivity".Journal of Mammalogy.5 (4): 243–246.doi:10.2307/1373731.JSTOR1373731.
^Clark, JD; Beyene, Y; WoldeGabriel, G; Hart, WK; Renne, PR; Gilbert, H; Defleur, A; Suwa, G; dll. (2003). "Stratigraphic, chronological and behavioural contexts of Pleistocene Homo sapiens from Middle Awash, Ethiopia".Nature.423 (6941): 747–52.Bibcode:2003Natur.423..747C.doi:10.1038/nature01670.PMID12802333.S2CID4312418.
^Blier, Suzanne Preston (2015).Art and Risk in Ancient Yoruba: Ife History, Power, and Identity, ca. 1300. Cambridge University Press. m/s. 328.ISBN978-1107021662.