Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Bakteria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaBacteria)

Bakteria
Julat zaman:Archean or earlier – Recent
Escherichia coli
Pengelasan saintifik
Domain:
Bacteria

Woese et al., 1990[1]
Subsusunan

Actinobacteria
Aquificae
Bacteroidetes/Chlorobi
Chlamydiae/Verrucomicrobia
Chloroflexi
Chrysiogenetes
Cyanobacteria
Deferribacteres
Deinococcus-Thermus
Dictyoglomi
Fibrobacteres/Acidobacteria
Firmicutes
Fusobacteria
Gemmatimonadetes
Nitrospirae
Planctomycetes
Proteobacteria
Spirochaetes
Thermodesulfobacteria
Thermomicrobia
Thermotogae

Struktur selprokariot

Bakteria ialah satu kumpulan utamaorganisma unisel. Istilah "bakteria" telah digunakan dengan berbagai-bagai maksud untuk semuaprokariot serta untuk sekumpulan utamanya yang digelarkaneubakteria, tergantung kepada gagasan-gagasan mengenai hubungan antaranya. Istilah bakteria yang digunakan dalam rencana ini khusus untuk merujuk kepada eubakteria. Lagi satu kumpulan bakteria (digunakan secara umum dari segi bukantaksonomi) ialahArkea. Kajian bakteria digelarkanbakteriologi, satu subbidangmikrobiologi.

Bakteria adalah organisma yang paling banyak terdapat di dunia, dan sentiasa boleh didapati di dalamtanah serta di dalamair, dan sebagaisimbion bagi organisma yang lain. Banyakpatogen adalah bakteria. Kebanyakannya amat kecil, biasanya hanya 0.5-5.0μm pada ukuran yang paling panjang, walaupun bakteria gergasi sepertiThiomargarita namibiensis danEpulopiscium fishelsoni boleh bertumbuh melebihi saiz 0.5milimeter. Secara amnya, bakteria mempunyaidinding sel yang serupa denganseltumbuhan dankulat, tetap dinding sel bakteria biasanya diperbuat daripadapeptidoglikan dan bukannya daripadaselulosa (seperti untuk tumbuhan) ataukitin (seperti untukkulat), dan tidakberhomolog dengan dinding seleukariot. Banyak bakteria bergerak dengan menggunakanflagelum yang mempunyai struktur yang berbeza dengan flagelum kumpulan lain.

Biasanya terdapat 40 juta sel bakteria di dalam satu gram tanah dan sejuta sel bakteria di dalam satu mililiterair tawar; keseluruhannya, terdapat kira-kira lima nonilion (5×1030) bakteria di Bumi,[2] membentuk biojisim di Bumi, yang melebihi kesemua tumbuhan dan binatang.[3] Bakteria adalah penting dalam kitar semula nutrien, dengan banyak langkah dalam kitar nutrien bergantung pada organisma ini, seperti pembaikian nitrogen dariatmosfera dan kereputan. Walau bagaimanapun, kebanyakan bakteria tidak dicirikan, dan hanya kira-kira separuhfilum bakteria mempunyai spesies yang dapat dikulturkan di dalam makmal.[4]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Bakteria pertama dicerapkan olehAnton van Leeuwenhoek pada tahun1674 melalui penggunaanmikroskopkanta tunggal yang direka bentuk sendiri. Namabakteria diperkenalkan lebih lewat olehEhrenberg pada tahun1828 daripadaperkataan Greek βακτηριον yang bermaksud "kayu kecil". Disebabkan kesukaran untuk memerihalkan bakteria secara berasingan, serta kepentingan penemuan bakteria untuk bidang-bidang sepertiperubatan,biokimia, dangeokimia, sejarah bakteria telah diperihalkan secara amnya sebagai sejarahmikrobiologi.

Struktur sel

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Struktur sel bakteria

Sebagaiprokariot, semua bakteria mempunyai struktur sel yang agak sederhana, dan yang tidak mempunyainukleus sel atauorganel sepertimitokondrion dankloroplas. Kebanyakan bakteria adalah agak kecil dan mempunyai morfologi (bentuk) sel dan koloni tersendiri seperti yang diperihalkan di bawah. Ciri struktur bakteria yang terpenting ialahdinding sel. Bakteria boleh dibahagikan kepada dua kumpulan (positif Gram dan negatif Gram) berdasarkan perbezaan antara struktur dinding selnya sebagaimana yang didedahkan olehpewarna Gram. Bakteria yang positif Gram mempunyai dinding sel yang terdiri daripada lapisanpeptidoglikan yang tebal (digelarkan "Murein" dalam sumber yang lebih lama) sertaasid teikoik, sedangkan bakteria negatif Gram mempunyai selaput luar yang mengandungilipopolisakarida serta selapis peptidoglikan yang nipis yang terletak di dalam periplasma (kawasan antara selaput luar dan selaputsitoplasma).

Banyak bakteria mengandungi struktur luar sel sepertiflagelum danfimbria yang digunakan masing-masing untuk pergerakan, pelekatan, danpengkonjugatan. Sesetengah bakteria juga mengandungi kapsul ataulapisan lendir yang memudahkan pembentukanbiofilem dan pelekatan bakteria kepada permukaan. Bakteria mengandungi agak sedikit struktur intrasel berbandingeukariot, tetapi mengandungikromosom yang digelungkan dengan ketat,ribosom, dan banyak struktur yang khusus pada spesies seperti selaput intrasel, struktur storan nutrien, vesikel gas, danmagnetosom.

Sesetengah bakteria berupaya untuk membentukkanendospora yang membenarkan bakteria untuk hidup dalam tekananpersekitaran dankimia yang keterlaluan. Bagaimanapun, sifat ini hanya dihadkan kepada organisma positif Gram sepertiBasilus danKlostridium.

Kelajuan Sel

[sunting |sunting sumber]

Purata kelajuan sel bakteria menjankau kelajuan dari 50 µm/s - 200 µm/s atau 80 km/sejam mengikut kelajuan manusia.

Istilah

[sunting |sunting sumber]

Istilah 'kuman' juga digunakan untun terjermahan bahasa Melayu bagi konsep 'bacteria' dalam bahasa inggeris. Walau bagaimanapun istilah tersebut ditukar kerana perkataan kuman memiliki medan makna yang negatif sahaja berhubung hidupan seni. Ini berbeza daripada makna perkataan 'bakteria' yang merangkumi aspek positif kerana terdapat sesetengah bakteria yang digunakan bagi tujuan positif seperti dalam proses pembuatan yogurt, yis dan penapaian[5].

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Woese CR, Kandler O, Wheelis ML (1990)."Towards a natural system of organisms: proposal for the domains Archaea, Bacteria, and Eucarya".Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America.87 (12): 4576–9.Bibcode:1990PNAS...87.4576W.doi:10.1073/pnas.87.12.4576.PMC 54159.PMID 2112744.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^Whitman WB, Coleman DC, Wiebe WJ (1998)."Prokaryotes: the unseen majority".Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America.95 (12): 6578–83.doi:10.1073/pnas.95.12.6578.PMC 33863.PMID 9618454.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^C.Michael Hogan. 2010.Bacteria. Encyclopedia of Earth. eds. Sidney Draggan and C.J.Cleveland, National Council for Science and the Environment, Washington DC
  4. ^Rappé MS, Giovannoni SJ (2003). "The uncultured microbial majority".Annual Review of Microbiology.57: 369–94.doi:10.1146/annurev.micro.57.030502.090759.PMID 14527284.
  5. ^Hasuria, C.O. dan A. Rokiah. 2009.Kelestarian Bidang Penterjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. hlmn 278

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bakteria&oldid=6168015"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp