Hutan Babi boleh mencapai 440paun (200kilogram) ([1] dengan laporan lebih berat yang tidak disahkan) untuk babi jantan dewasa, dan sehingga 6 kaki (1.8meter) panjangnya. Jika terperanjat atau terkepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya.
Babi Hutan pupus diGreat Britain padaabad ke-17, tetapi babi-babi yangmembiak di kawasan liar telah kembali ke sesetengah kawasan, khususnya diWeald, selepas melarikan diri daripada penternakan hutan babi.
Babi Hutan hidup dalam kawanan yang terdiri daripada sekitar 20 ekor babi, tetapi kawanan-kawanan sebesar 50 ekor pernah juga dilihat. Dalam kawanan yang biasa, terdapat dua atau tiga ekor babi betina dan anak-anaknya; babi jantan dewasa biasanya tidak merupakan sebahagian kawanan di luar musim pembiakan dan seringnya didapati seekor sahaja. Kelahiran biasanya berlaku padamusim bunga; seperinduk babi hutan biasanya terdiri daripada lima ekor anak babi, tetapi sehingga 13 ekor pernah juga ditemui.
Babi Hutan adalah haiwan nokturnal umumnya, dan mencari makanan dari senja sehingga subuh, dengan tempoh-tempoh rehat pada kedua-dua waktu malam dan siang. Ini adalah kerana para pemburu paling giat pada waktu siang. Babi Hutan makan hampir semua barang yang ditemui, termasukkacang,buah beri, akar, ubi, daging bangkai yang reput, sampah,serangga, danreptilia kecil, serta juga anak-anakrusa dankambing.