![]() | |
Nama dagang | BT |
---|---|
Nama dahulu | British Telecom |
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam berhad |
Didagangkan sebagai | LSE:BT.A NYSE:BT Komponen FTSE 100 |
ISIN | GB0030913577 ![]() |
Industri | Telekomunikasi |
Pendahulu |
|
Ditubuhkan | 1969; 56 tahun yang lalu (1969) |
Pengasas | John Lewis Ricardo William Fothergill Cooke ![]() |
Ibu pejabat | BT Centre, London,, United Kingdom |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting |
|
Keluaran |
|
Hasil | ▼£23.746 bilion(2018)[1] |
Pendapatan kendalian | ▲ £3.381 bilion(2018)[1] |
Pendapatan bersih | ▲ £2.032 bilion(2018)[1] |
Pemilik | Deutsche Telekom,BlackRock ![]() |
Bilangan kakitangan | 106,700(2019)[2] |
Pembahagian |
|
Anak syarikat |
|
Tapak web | btplc![]() ![]() |
sunting ·sunting di Wikidata![]() |
BT Group plc (didagangkan sebagai BT dan dahuluBritish Telecom) ialah syarikat induktelekomunikasimultinasional British yang beribu pejabat diLondon,United Kingdom. Ia mempunyai operasi di sekitar 180 negara dan merupakan penyedia perkhidmatantalian tetap,jalur lebar dan mudah alih yang terbesar di UK, dan juga menyediakan langganan perkhidmatantelevisyen danIT.[3]
Asal-usul BT bermula pada penubuhan Syarikat Telegraf Elektrik pada 1846 yang membangunkan rangkaian komunikasi di seluruh negara. Pada tahun 1912,Pejabat Pos Besar, sebuah jabatan kerajaan, menjadi pembekal telekom monopoli di United Kingdom. Akta Pejabat Pos 1969 membawa kepada GPO menjadi sebuah perbadanan awam. British Telecommunications didagangankan sebagai British Telecom, ditubuhkan pada tahun 1980, dan menjadi bebas daripada Pejabat Pos pada tahun 1981. British Telecommunications telah diswastakan pada tahun 1984, menjadi British Telecommunications plc, dengan sekitar 50 peratus sahamnya dijual kepada pelabur. Kerajaan menjual baki kepentingannya dalam penjualan saham selanjutnya pada tahun 1991 dan 1993. BT merupakan pemegang Waran Diraja Keluarga Diraja British dan mempunyai penyenaraian utama diBursa Saham London, penyenaraian sekunder diBursa Saham New York, dan merupakan penyususn Indeks FTSE 100.
BT mengawal sejumlah anak syarikat besar. Bahagian Perkhidmatan Global BT membekalkan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggan korporat dan kerajaan di seluruh dunia,[4] dan bahagian Pengguna BT membekalkan perkhidmatan telefon, jalur lebar, dan perkhidmatan televisyen berlangganan di Great Britain kepada sekitar 18 juta pelanggan.[5] Pada Januari 2016, BT memperoleh EE untuk £ 12.5 bilion.
JenamaBritish Telecom mula diperkenalkan pada 1980. Pada 1 Oktober 1981, ia menjadi nama rasmi Telekomunikasi Pejabat Pos, yang menjadi perbadanan milik negeri bebas Pejabat Pos di bawah kelulusan Akta Telekomunikasi British 1981. Pada tahun 1982 monopoli BT dalam telekomunikasi telah dipecahkan dengan pemberian lesen oleh Mercury Communications.[6]
Pada 19 Julai 1982, Kerajaan mengumumkan hasratnya untuk menjual saham dalam British Telecom kepada umum. Pada 1 April 1984, British Telecommunications telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat awam terhad (plc) dengan jangkaan berlakunya Rang Undang-Undang Telekomunikasi. Rang Undang-Undang ini menerima Perakuan Diraja pada 12 April, dan pemindahan ke British Telecommunications plc dari British Telecom sebagai perbadanan berkanun perniagaannya, harta, hak dan liabilitinya berlaku pada 6 Ogos 1984.[7]
Pada mulanya semua saham dalam plc baru dimiliki oleh Kerajaan. Pada November 1984, 50.2% syarikat baru ditawarkan untuk dijual kepada umum dan pekerja. Saham-saham ini disenaraikan diLondon,New York, danToronto dan hari pertama dagangan pada 3 Disember 1984. Kerajaan menjual separuh kepentingannya pada Disember 1991 dan separuh lagi pada Julai 1993. Pada Julai 1997, Kerajaan Buruh baru melupuskan Saham Khasnya ("Saham Emas"), ditahan pada masa pengapungan, dengan berkesan memberikan kuasa untuk menghalang pengambilalihan syarikat, dan melantik dua pengarah bukan eksekutif ke Lembaga Pengarah.[8]
Syarikat ini menukar nama perdagangannya kepada "BT" pada 2 April 1991. Pada tahun 1996 Peter Bonfield dilantik sebagai CEO dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekuif sehingga perletakan jawatannya pada Oktober 2001.[9]
Pada tahun 1990-an, BT memasuki pasaran telekomunikasiIreland melalui usaha sama dengan Lembaga Pembekalan Elektrik, pembekal kuasa kerajaan Ireland milik negara. Usaha ini, dikenali sebagai Ocean, mendapati kejayaan utamanya melalui pelancaran pangganan ISP percuma pertama Ireland, oceanfree.net. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang mendapati kejayaan yang kurang, terutamanya mensasarkan pelanggan korporat. BT memperoleh 100% usahasama ini pada tahun 1999.[10]
![]() | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanBT Group |