18 Oktober 1922; 103 tahun yang lalu (1922-10-18) (sebagai Syarikat Penyiaran British) 1 Januari 1927; 98 tahun yang lalu (1927-01-01) (sebagai Perbadanan Penyiaran British)
Perbadanan Penyiaran British (bahasa Inggeris:British Broadcasting Corporation, disingkatkan kepadaBBC) ialahpenyiar perkhidmatan awam British. Beribu pejabat diLondon, ia merupakan penyiar kebangsaan tertua di dunia, dan penyiar terbesar di dunia mengikut bilangan pekerja, menggaji lebih 21,000 kakitangan secara keseluruhan, di mana kira-kira 17,900 daripadanya berada dalam penyiaran sektor awam.[1][2][3][4][5]
BBC ditubuhkan di bawahpiagam diraja[6] dan beroperasi di bawah perjanjiannya bersama Setiausaha Negara bagi Kebudayaan, Media dan Sukan.[7] Hasil kerjanya dibiayai terutamanya oleh yuran lesen televisyen tahunan[8] yang dikenakan caj kepada semua isi rumah, syarikat dan pertubuhan British menggunakan sebarang jenis peralatan untuk menerima atau merakam siaran televisyen secara langsung atau menonton menggunakaniPlayer.[9] Yuran itu ditetapkan olehKerajaan British, dipersetujui olehParlimen,[10] dan digunakan untuk membiayai radio, TV, dan perkhidmatan dalam talian BBC yang meliputi negara dan wilayah di UK. Sejak 1 April 2014, ia juga telah membiayaiBBC World Service (dilancarkan pada 1932 sebagai BBC Empire Service), yang menyiarkan dalam 28 bahasa dan menyediakan perkhidmatan TV, radio dan dalam talian yang komprehensif dalam bahasa Arab dan Parsi.
Kira-kira satu perempat daripada hasil BBC datang daripada anak syarikat komersialnyaBBC Studios (dahulunyaBBC Worldwide), yang menjual rancangan dan perkhidmatan BBC di peringkat antarabangsa dan juga mengedarkan perkhidmatan berita antarabangsa 24 jam berbahasa InggerisBBC World News, dan daripada BBC.com, yang disediakan oleh BBC Global News Ltd. Pada tahun 2009, syarikat itu telah dianugerahkan Anugerah Ratu untuk Perusahaan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian antarabangsanya.[11]
Sejak penubuhannya pada 1922, BBC telah memainkan peranan penting di dalam kehidupan dan budaya British.[12] Ia secara lazimnya dikenali sebagaithe Beeb,Auntie, atau gabungan kedua-duanya (Auntie Beeb).[13][14]
Syarikat Penyiaran British, dengan John Reith sebagaipengurus besarnya, kemudian menjadiPerbadanan Penyiaran British pada tahun 1927 apabila ia diiktiraf sebagaiperbadananPiagam Diraja dan tidak lagi merupakan sebuahsyarikat persendirian. BBC memulakan penyiaran televisyen percubaan pada tahun 1932 dengan menggunakan sistem 30-talian mekanik penuh. Sistem ini diperkembangkan olehJohn Logie Baird. BBC kemudian membekalkan perkhidmatan yang tetap (dikenali sebagai Perkhidmatan Televisyen BBC) pada tahun 1936. Ketika itu, sistem BBC bersilih ganti antara sistem 240-talian mekanik Baird dan sistem 405-talian EMI elektronik penuh. Keunggulan sistem elektronik memperlihatkan sistem mekanik ditamatkan pada akhir tahun tersebut.
Penyiaran televisyen tergendala antara 1 September 1939 hingga 7 Jun 1946 semasaPerang Dunia II. Sebuah mitos bandar yang dilaporkan secara meluas mengatakan bahawa apabila perkhidmatan disambung semula,juruhebah Leslie Mitchell bermula dengan berkata: "Seperti yang saya berkata sebelum saya diganggu dengan biadab..." Sebenarnya, orang pertama yang muncul apabila siaran disambung semula ialah Jasmine Bligh, dan perkataan-perkataannya ialah: "Selamat petang para penonton. Apa khabar? Adakah kamu ingat akan saya, Jasmine Bligh...?"[16]
Persaingan terhadap BBC diperkenalkan pada tahun 1955 dengan kemunculanITV, sebuah televisyen komersil yang bebas. Disebabkan oleh laporan Pilkington pada tahun 1962 yang memuji BBC dan membidas ITV kerana tidak memberikan rancangan bermutu yang cukup,[17] BBC diberikan kebenaran untuk memulakan saluran TV yang kedua (BBC 2) pada tahun1964. Dengan itu, salurannya yang lama dinamai semula sebagaiBBC 1. BBC 2 disiarkan dengan warna mulai daripada1 Julai1967, diikuti oleh BBC 1 dan ITV pada15 November1969.
Pada tahun1974,CEEFAX, perkhidmatanteleteks, diperkenalkan tetapi tidak disiarkan secarain-vision sehingga awal April 1980. Pada tahun 1978, BBCmogok sejurus sebelumHari Krismas dan dengan itu, menyekat semua penyiaran kedua-dua saluran televisyen dan menyatukan keempat-empat stesen radionya.
Bahagian Penyelidikan BBC telah memainkan peranan yang utama dalam pengembangan teknik-teknik penyiaran dan perakaman. Pada masa awal, ia menjalankan penyelidikan yang penting dalamakustik, tingkat penyiaran rancangan, dan pengukuranhingar.
BBC merupakansyarikat awam separa berautonomi yang beroperasi sebagaisyarikat penyiaran awam yang ditubuhkan di bawah Piagam Diraja yang dikaji semula setiap 10 tahun; maka secara teknikal BBC merupakan separa pertubuhan bukan kerajaan (quango) danperbadanan awam tidak berjabatan, sungguhpun jarang dianggap sedmikian kerana perbadanan ini ditubuhkan lama sebelum wujudnya istialh ini. Sehingga 2007, Perbadanan ini dikendali oleh sebuah lembaga gabenor yang dilantik oleh Raja atau Ratu British atas nasihatkerajaan untuk satu penggal empat tahun, tetapi mulai 1 Januari 2007 Lembaga Gabenor-Gabenor ini diganti olehBBC Trust. BBC dikehendaki oleh piagamnya untuk memastikan dirinya bebas dari pengaruh politik dan komersial serta hanya menyambut kehendak penonton dan pendengarnya.
^Andrews, Leighton (2005). Harris, Phil; Fleisher, Craig S. (penyunting). "A UK Case: Lobbying for a new BBC Charter".The handbook of public affairs. SAGE. m/s. 247–48.ISBN978-0-7619-4393-8.
^Potter, Simon J. (2022).This Is the BBC Entertaining the Nation, Speaking for Britain, 1922-2022. Oxford University Press.the significant impact that the BBC has had on the social and cultural history of Britain
Coulton, Barbara.Louis MacNeice in the BBC – penulis dan penerbit dalam Jabatan Rencana radio BBC dari 1941 hingga 1961.Faber & Faber, 1980.ISBN 0-571-11537-3
Gilder PhD., Eric.Mass Media Moments in the United Kingdom, the USSR and the USA – Latar belakang sejarah yang berkait dengan British Broadcasting Company Ltd, syarikat-syarikat pengasas, hubungan rentas Atlantik; sistem pelesen Pejabat Pos Besar; pesaing-pesaing komersil dari Eropah sebelum Perang Dunia II dan luar pesisir pada 1960-an. "Lucian Blaga" Percetakan Universiti Sibiu, Romania. 2003.ISBN 973-651-596-6
Milne, Alasdair.Memoirs of a British broadcaster – Sejarah peristiwa satelit perisikan Zircon yang ditulis oleh seorang bekas Ketua Pengarah BBC. Sebuah siri rancangan radio BBC yang dipanggil "Kongsi Gelap" (The Secret Society) menyebabkan pihak polis di kedua-dua England dan Scotland menyerang dan merampas dokumen-dokumen BBC sebagai sebahagian kempen penapisan kerajaan. Coronet, 1989.ISBN 0-340-49750-5
Moran, Lord. -Churchill at War 1940 to 1945 - The Memoirs of Churchill's Doctor, dengan pendahuluan oleh anak Lord Moran, John, Lord Moran kini. Diari ini yang memberikan gambaran Churchill yang mendalam ditulis oleh Sir Charles Watson (Lord Moran yang tua), pakar perubatan peribadi kepada Churchill, yang menghabiskan tahun-tahun perang dengan Perdana Menteri. Dalam diarinya, Moran juga mencatat wawasannya terhadap perangai Churchill, termasuk saat-saat apabila Churchill tidak hemat, dan pandangannya terhadap peristiwa BBC disusupi anggota komunis. Carroll & Graf, 2002. Penerbitan semulaISBN 0-7867-1041-1
Parker, Derek.David & Charles.Radio: The Great Years – Sejarah rancangan radio BBC sejak dari permulaan sehingga tarikh penerbitan. 1977.ISBN 0-7153-7430-3
Spangenberg, Jochen.The BBC in Transition. Reasons, Results and Consequences – Merangkumi huraian tentang BBC dan faktor-faktor mempengaruh dari luar sehingga 1996. Deutscher Universitaetsverlag. 1997.ISBN 3-8244-4227-2
Wilson, H.H.Pressure Group – Sejarah perjuangan politik untuk memperkenalkan televisyen komersil di United Kingdom. Percetakan Universiti Rutgers, 1961.