B. S. Rajhans | |
|---|---|
| Kelahiran | Balden Singh Rajhans 1903 |
| Meninggal dunia | 31 Mei 1955 (umur 52) |
| Warganegara | India |
| Pekerjaan | Pengarah filem |
| Majikan | East India Film Company Malay Film Productions Ltd (MFP) Cathay-Keris Film Productions |
Karya terkenal | Laila Majnun Rachun Dunia Anjuran Nasib Antara Senyum dan Tangis Yatim Piatu |
| Kampung asal | Calcutta kini Kalkota |
B.S. Rajhans atau nama penuhnyaBalden Singh Rajhans (1903 – 31 Mei 1955) merupakan seorang pengarah filemMelayu yang menerbitkan filem dengan syarikatMalay Film Productions Ltd (MFP). Dia merupakan berketurunan Punjabi dan dilahirkan di Calcutta (Kalkota), India pada 1903. Pada tahun 1927, dia telah mengarahkan filem "Krishnabana Tirandaz". Kemudian dia bekerja dengan Syarikat East India Film yang dimiliki seorang jutawan di sana.
Dalam tempoh masa enam bulan B.S. Rajhans telah mengarah empat filem yang mendapat sambutan termasuk "King for a Day" (Raja Sehari). B.S. Rajhans kemudian telah dia datang keMalaya (Singapura). SyarikatMalay Film Productions telah membawa B.S. Rajhans bagi menghasilkan filem Melayu, berasaskan pengalamannya dalam bidang perfileman. Filem arahan pertamanya yang disahkan adalahSingapura di Waktu Malam,[1] lakonanSiput Sarawak danBakhtiar Affendi pada tahun 1947. Beliau dikatakan mengarah filem Melayu pertama, iaituLaila Majnun (1934) tetapi tiada salinan filem tersebut yang ada dengan itu tidak dapat disahkan dengan pasti.[2]
Bagaimanapun, disebabakan menghadapi masalah seperti ketiadaan studio dan peralatan perfileman yang tidak mencukupi dan sempurna, B.S. Rajhans kembali ke India. Disana dia terus menghasilkan beberaa buah filem termasuk filem "Chhostisi Duniya" (1939).
Pada bulan Oktober 1941, B.S. Rajhans kembali semula ke Malaya dan memulakan penggambaran filemMenantoe Doerhaka (Menantu Durhaka) keluaran Tan & Wong Film Co. (Indonesia). Penggambaran filem tersebut telah tergendala perlaksanaannya kerana meletusnya perang dunia kedua, bagaimanapun ia dapat disiap dan ditayangkan pada tahun 1946.
Pada tahun 1946 itu juga, S.M. Chesty bersama rakan-rakan seperniagaannya telah menubuhkan Malayan Arts Production dan telah menawarkan B.S. Rajhans sebagai pengarah filemSeruan Merdeka.
Kerana menghadapi masalah panggung wayang untuk tayangan filem tersebut, Malayan Arts Production terpaksa dibubarkan yang kemudiannya diambilalih olehShaw Brothers. Kedudukan B.S. Rajhans tidak tergugat kerana Shaw Brothers juga mahu mengeluarkan filem pertamanya dan dia dilantik sebagai pengarah filemSingapura di Waktu Malam.
FilemSingapura Di Waktu Malam telah mendapat sembutan hangat dan menaikkan namaSiput Sarawak danBachtiar Effendi. Berikutan dengan kejayaannya itu, Shaw Broters telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarahkan beberapa filem lagi termasuk filemChempaka danPisau Berachun.
Disamping mengarah filem dia juga bertindak sebagai pencari bakat (talent scout), dan ketika pergi kePulau Pinang, B.S. Rajhans telah tertarik dengan suaraP. Ramlee yang kemudian mempelawanya datang ke Singapura untuk menjadi penyanyi latar.
Itu tujuan asalnya, tetapi kerana P. Ramlee mempunyai bakat yang boleh dikatakan luar biasa, kejayaan yang dicapai oleh P. Ramlee melebihi apa yang dicapai oleh B.S. Rajhans yang membawanya ke dunia filem Malaysia.
B.S. Rajhans menggunakan suara P. Ramlee untuk S. Roomai Noor dalamChinta dan ternyata nyanyiannya menjadi minat ramai yang mana selepas itu dia menggunakan suara P. Ramlee untukS. Roomai Noor dalam filemNasib danNilam, kedua filem tersebut telah memperolehi mendapat kejayaan pecah panggung.
ApabilaL. Krishnan danS. Ramanathan diterima bertugas sebagai pengarah filem di Shaw Brothers, ini secara sedikit sebanyak telah mengurangkan sedikit beban B.S. Rajhans. Dia bagaimanapun terus mengarahkan beberapa filem lagi yang boleh dikatakan semuanya mencapai kejayaan pecah panggung sepertiRachun Dunia,Dewi Murni,Aloha,Bapa Saya,Sejoli danAnjoran Nasib.
Pada tahun 1953, selepas menyiapkan filemRaja Sahari,Ho Ah Loke telah menariknya ke Keris Film untuk mengarahkanBuloh Perindu yang boleh dinggap sebagai filemMalaysia pertama yang di warnawarnikan.
Sungguhpun filem tersebut kurang mendapat sambutan tetapi B.S. Rajhans terus mengarahkan dua filem lagi,Insaf danTerang Bulan Di Malaya.
Pada tahun 1955, B.S. Rajhans kembali semula keShaw Brothers mengarahkan filemEmpat Isteri yang merupakan filem terakhir yang diarahkannya.
B.S. Rajhans meninggal dunia dalam kereta (semasa hendak ke pejabatnya) kerana sakit jantung pada 31 Mei 1955. Mayatnya telah di bakar di Bidasari pada 9.30 pagi 1 Jun 1955.[3]