Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Awan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Awan" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Jun 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Awan kumulus

Awan (Jawi: اون) ialahjisim yang terbentuk daripadawap air yang naik dan berkumpul menjadi gumpalan titisan air yang terapung diatmosfera.[1] Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.

Sebahagian daripada sirialam semula jadi
Cuaca
Kalendar musim
Musim tropika
Ribut
Kerpasan
Topik
Ikon portalPortal Cuaca

Pembentukan awan

[sunting |sunting sumber]

Udara selalu mengandungi wapair. Apabila wap air inimemeluwap menjadi titisan, terbentuklah awan. Pemeluwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:

  1. Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengansuhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
  2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalahlembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.

Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlahhujan.

Awan di Gunung Kinabalu

Namun jika titisan air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa jutatan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkanangin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

Pengelasan awan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Jenis-jenis awan

Awan dibahagikan kepada dua kategori umum: lapisan dan perolakan. Awan-awan ini dinamakanawan stratus (awan berlapis) danawan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ketinggian.

Klasifikasi awan mengikut ketinggian
Keluarga A - Awan tinggi (6,000 m ke atas)
Keluarga B - Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m)
Keluarga C - Awan rendah (2,000 m ke bawah)
Keluarga D - Awan menegak

Hubungan dengan manusia

[sunting |sunting sumber]

Motif awan sering dinampakkan padaukiran kayu rumah-rumahorang Melayu.[2]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"What are clouds and how do they form?".Weather & climate. Met Office. Dicapai pada30 Mei 2025.
  2. ^Nila Inangda Manya Keumala Daud; Ezrin Arbi; Mohammad Faisal (Disember 2012)."Pengaplikasian ukiran Melayu dalam seni bina Malaysia".Journal of Design and Built Environment. Universiti Malaya.11 (1): 1–14.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Awan.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Awan&oldid=6774886"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp