Lee Kuan Yew mantan presiden Singapura yang memerintah secara autoritarianKerajaan autoritarianisme mungkin mengambil tindakan ekstrem untuk menghalang kemaraan pembangkang. Senator Benigno Aquino, Jr. pembangkang regim Marcos di Filipina ditembak mati sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Manila
Autoritarianisme bermaksud fahaman yang menyokong campur tangan pihak berkuasa (authority dalambahasa Inggeris) secara total dalam pentadbiran negara. Biasanya, kerajaan yang mengamalkan sistem ini adalah kerajaandiktator di mana pemimpinnya mempunyai kuasaeksekutif penuh untuk mengawal pihak berkuasa sepertipolis danpenguasa tempatan. Namun demikian, sistem ini boleh juga wujud dalam sebuah negarademokrasi.
Sebuah masyarakat autoritarian adalah setia kepada pihak berkuasa dan percaya kepada mereka dan kurang memberi keutamaan kepada hak individu, sehinggakan rakyat sanggup menjadi hamba kepada kerajaan. Ini biasanya menghasilkan kerajaan yang kuku besi,diktator, despot, dantotalitarianisme.
Autoritarianisme adalah dikaitkan dengan positivis yang berlogik danfalsafahutilitarian (kebaikan awam). Pandangan tersebut meletakkan beberapa nilai ditempat tertinggi seperti pengstrukturan sosial yang rasional (rational social engineering),undang-undang dan kestabilan, dan keberkesanan sumber. Masyarakat antara lain dianggap tidak berpelajaran, tidak boleh diharap, kacau-bilau, dan/atau tidak bemoral. Untuk kebaikan mereka, kerajaan mesti mengenakan kawalan ketat kepada rakyat yang tidak stabil ini. Sistem ini biasanya digunakan di negara-negara Asia yang pernah dijajah oleh kuasa Barat. Apabila negara itu mencapai kemerdekaan, rakyatnya yang selama ini ditindas memerlukan sebuah kerajaan atau pemimpin yang berkuasa untuk memandu mereka ke arah kejayaan. Mantan Presiden SingapuraLee Kuan Yew sering dianggap sebagai seorang yang autoritarian tetapi usahanya yang gigih telah membawa kepada kemajuanSingapura. Sistem ini juga telah digunakan diKorea Selatan,Taiwan,Filipina danIndonesia.
Di samping itu, andaian dari perspektif autoritarian ialah terdapatnya segolongan manusia yang lebih baik (superior) dari segi kebijaksanaan danmoral. Dalam ideologi-ideologi yang lain, kelebihan mereka datang dari pelbagai sumber, seperti hak unggul raja-raja,ketententeraan,kuasa mistik, apa yang dipanggil olehMachiavelli sebagaivirtú atauhikmah,kuasa intelek, kebolehanteknikal,kebijaksanaan politik, "demagogery", dan/atau popular secara umum. Manusia tersebut diterima sebagai orang yang paling sesuai untuk membuat keputusan untukrakyat, dengan kawalan dan imbangan yang minimum.
Secara luaran, autoritarianisme dantotalitarianisme kelihatan hampir sama. Kerajaan kedua-dua sistem ini biasanya berkuasa untuk menyekathak asasi manusia dan menindas rakyatnya secara kejam. Namun, menurut beberapa penganalisa politik sepertiJeane Kirkpatrick, terdapat banyak perbezaan di antara kedua-dua fahaman ini. Misalnya dalam kerajaan autoritarian pemerintahnya akan menumpukan perhatian kepada pembangkang politik. Suatu masa dahulu,Singapura hanya mempunyai satu parti yang berkuasa iaituPAP dan parti pembangkang tidak diberi ruang untuk bergerak. Di setengah negara pula, tindakan ekstrem akan diambil terhadap pihak pembangkang. Contohnya, pada 21 Ogos 1983, sewaktu pemerintahanFerdinand Marcos, pembangkangnya yang utama SenatorBenigno Aquino, Jr. telah mati dibunuh. Walaupun begitu, kerajaan ini tidak berkuasa untuk mengawal kesemua aspek kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, kerajaan Marcos telah dijatuhkan oleh balu Senator Aquino iaituCorazon Aquino.
Manakala dalam sistem totalitarian, kerajaannya mempunyai penguasaan total terhadap rakyatnya. Setiap aspek kehidupan berada di bawah telunjuk parti pemerintah, termasuklah pekerjaan, gaji, dan hak beragama. Malah, survival setiap rakyatnya adalah dikaitkan dengan survival regim yang memerintah.
Negara-negara tersebut boleh dianggap autoritarian kerana sama ada ditadbir olehkerajaan satu parti atau tidak membenarkan wujudnyaparti pembangkang yang popular dan berkesan[2]:
Muammar al-Gaddafi telah memerintah Libya selama 40 tahun
Afrika
Algeria (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)