Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Athens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat:37°58′47″U,23°43′46″T

Dimos Athinaion (Δήμος Αθηναίων)

Αθήνα
Parthenon yang terletak di atas Akropolis Athens
Parthenon yang terletak di atasAkropolis Athens
Parthenon yang terletak di atasAkropolis Athens
Mohor bagi Dimos Athinaion (Δήμος Αθηναίων)
Mohor
Nama samaran:Kota Athena atau Tempat Bermulanya Demokrasi
Lokasi kota Athens (titik merah) di dalam Prefektur Athens dan pinggir Attica
Lokasi kota Athens (titik merah) di dalam Prefektur Athens dan pinggirAttica
Lokasi kota Athens (titik merah) di dalam Prefektur Athens dan pinggirAttica
Koordinat:Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah
NegaraYunani
PinggirAttica
PrefekturAthens
Pengasasank.k.2000 SM
Kerajaan
 - Datuk BandarNikitas Kaklamanis
Ketinggian229.67 kaki (70 m)
Kepadatan (2001)
 - Bandar745,514
 -Kaw. perbandaran3,130,841
 -Metro3,761,810
 [1][2]
Zon masaEET (UTC+2)
 - Musim panas (DST)+1 (UTC)
Kod-kod pos10x xx, 11x xx, 120 xx
Kod kawasan210, 211, 212
Kod plat nombor kereta: Yxx, Zxx, Ixx (tak termasuk INx)
Laman web:www.cityofathens.gr

Athens (bahasa Yunani: Αθήνα,Athína) ialahibu kota serta bandar raya terbesar negaraYunani dan tempat asaldemokrasi. Kota yang dinamai sempena nama dewiAthena berdasarkanmitologi ini ialah salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun. Pada hari ini, ibu kota ini merupakan sebuah metropolis kosmopolitan yang sibuk, dengan jumlah penduduk bandar sebanyak 3.1 juta orang dan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Kawasan metropolitan Athens merupakan pusatekonomi,kewangan,perindustrian,kebudayaan, danpolitik di Yunani. Dengan cepatnya, bandar raya ini juga telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang utama di dalamKesatuan Eropah. Keluasan kawasan bandar raya yang betul-betul adalah 39 km², manakala aglomerasi bandar Athens ialah 412 km².[5]

Athens Kuno merupakan sebuahnegara kota yang sangat kuat serta pusat pembelajaran yang terkenal, dan adalah tempat asalAkademiPlato danLyceumAristotle. Ia dirujuk secara meluas sebagai tempat bermulanyaperadaban Barat, disebabkan sebahagian besar oleh kesan pencapaian kebudayaan dan politiknya semasa abadke-5 SM danke-4 SM pada Benua Eropah yang diketahui pada masa itu. Warisan era klasiknya masih jelas di bandar raya ini, dan digambarkan melalui sebilangan monumen dan karya seni kuno. Yang termasyhur ialah bangunanParthenon di atasAkropolis yang merupakan mercu tanda epik untuk peradaban barat. Athens ialah tuan rumah untukSukan Olimpik moden yang pertama pada tahun1896, dan pada tahun2004, ia menyambutSukan Olimpik Musim Panas kembali dengan kejayaan yang cemerlang.


Nama

[sunting |sunting sumber]

Templat:NameWikt

Lihat juga:Nama bandar raya Eropah dalam bahasa berbeza § A

Dalambahasa Yunani, nama Athens ialahἈθῆναι (Athenai), dan adalah berkait denganἈθηνᾶ (Athena) danἈθήνη (Athene), masing-masing merupakan namaAttik danIonia untuk dewiAthena. Nama kota ini mungkin berbentukjamak, sepertiΘῆβαι (Thebai) danΜυκῆναι (Mykenai), kerana ia terdiri daripada banyak bahagian. Padaabad ke-19,Ἀθῆναι telah diterima semula secara rasmi sebagai nama bandar rayanya. Bagaimanapun, sejak penghentian penggunaan bahasa GreekKatharevousa secara rasmi pada dekad1970-an, bentuk umum Αθήνα (Athína) telah menjadi nama rasmi bandar raya ini.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Maklumat selanjutnya:Sejarah Athens

Geografi dan jumlah penduduk

[sunting |sunting sumber]

Athens berselerak ke semua arah dataran tengahAttica, sering dirujuk sebagaiLembangan Attica, yang dibatasi oleh GunungAegaleo di barat, GunungParnitha di utara, GunungPenteli di timur laut, GunungHymettus di timur, danTeluk Saronic di barat daya. Athens telah berkembang sehingga meliputi seluruh dataran dan mengakibatkan pertumbuhan selanjutnya lebih sukar pada masa hadapan. Geomorfologi Athens mengakibatkan apa yang dipanggil fenomenapenyongsangan suhu yang bertanggungjawab sebahagiannya untuk masalah-masalah pencemaran udara yang dihadapi oleh bandar raya baru-baru ini. (Los Angeles yang mempunyai geomorfologi yang serupa, juga menghadapi masalah yang sama).

Athens secara rasmi mempunyai jumlah penduduk sebanyak 745,514 orang, dengan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Bagaimanapun, jumlah penduduknya yang sebenar dipercayai adalah jauh lebih tinggi, kerana ketika banci (yang berlaku pada setiap sepuluh tahun), sesetengah penduduk Athens balik ke tempat asal mereka dan berdaftar sebagai warganegara tempatan di sana. Juga tidak dapat dikesan ialah sebilangan pendatang tak berdaftar yang berasal khususnya dariAlbania dan negara-negara Eropah Timur yang lain.[6][7]

Tapak kuno Athens berpusat di bukit akropolis yang berbatu-batan. Pada zaman kuno, pelabuhanPiraeus adalah sebuah kota yang berasingan, tetapi kini telah diserap ke dalam Athens yang lebih besar. Perkembangan bandar raya ini yang pesat yang dimulakan pada dekad 50-an dan 60-an masih diteruskan pada hari ini kerana peralihannya daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian.[8] Perluasan kini adalah khususnya pada arah timur dan timur laut (kecenderungan ini adalah amat berkait dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos yang baru danAttiki Odos, lebuh raya yang merentasi Attica). Melalui proses ini, Athens telah menyerap banyak bekas subbandar dan desa di Attica dan kini masih berbuat demikian.

Galeri gambar foto

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^http://www.statistics.gr/Athena2001/Athena2001.ASP?wcu=$cmd=4$id=6200612230201330780404
  2. ^http://web.archive.org/web/20080408183809/http://www.statistics.gr/eng_tables/hellas_in_numbers_eng.pdf
  3. ^http://www.gto.gr/athens/athens/athens.html
  4. ^http://www.gtp.gr/AthensTown
  5. ^http://www.ypes.gr/topiki.htm
  6. ^http://www.oecd.org/document/53/0,2340,en_33873108_33873421_35062645_1_1_1_1,00.html
  7. ^http://www.ce-review.org/99/21/vidali21.html
  8. ^http://www.gto.gr/athens/athens/athens.html

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]


Didahului oleh
Bandaraya Kebudayaan Eropah
1985
Diikuti oleh:
Florence
 Utara:Galatsi,Filothei 
Barat:Peristeri,Aigaleo,Tavros,KallitheaAthensTimur:Zografou
 Selatan:Dafni,Ymittos 
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Athens&oldid=6089502"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp