Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Assam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Assam
—  state  —
Lokasi Assam diIndia
Koordinat
Negara India
Daerah25
Tarikh ditubuhkan15 Ogos1947
Ibu negeriDispur
Bandar terbesarGuwahati
GabenorAjai Singh
Ketua MenteriTarun Gogoi
Perundangan (kerusi)Tunggal (126)
Penduduk

Kepadatan

26,655,528 (14th)

340/km2 (881/sq mi)

Bahasa rasmiAssam,Bengali,Bodo,Mishing,Karbi
Zon masaIST (UTC+5:30)
Keluasan78438 km2 (30285 sq mi)
ISO 3166-2IN-AS
Nota kaki
  • † Assam mempunyai sebuah perundangan sejak tahun 1937
Laman webassam.gov.in

Assam ([aˈsam]Mengenai audio inisebutan (bantuan·maklumat)) (Assam:অসমÔxôm) ialah sebuah negeri di kawasantimur lautIndia yang beribunegerikanDispur, sebuah pinggir bandar berhampiranGuwahati. Assam bersama negeri-negeri timur laut yang lain di India (juga dikenali sebagai tujuh bersaudari) ialah satu-satunya negeri India merdeka yang tidak pernah menjadi sebahagian India sebelum kedatangan British. Assam yang terletak di selatan banjaranHimalaya timur ini terdiri daripada lembah sungaiBrahmaputra danBarak serta Bukit-BukitKarbi Anglong danCachar Utara. Dengan keluasan sebanyak 78,438kilometer persegi (30,285 bt2), kini Assam hampir sama saiznya denganIreland atauAustria. Assam dieklilingi enam daripadaSeven Sister States yang lain:Arunachal Pradesh,Nagaland,Manipur,Mizoram,Tripura danMeghalaya. Negeri-negeri ini bersambungan dengan tanah besar India melalui sebatang jalur sempit diBengal Barat yang bergelar "Leher Ayam".[1] Assam juga berkongsi sempadan antarabangsa denganBhutan dandBangladesh; serta kebudayaan, bangsa dan iklimnya bersamaAsia Tenggara—unsur-unsur penting dalam Dasar Pandang Timur India.

Teh Assam

Assam terkenal keranateh Assam, sumberpetroleum,sutera Assam dan kekayaanbiodiversitinya. Assam telah berjaya memuliharabadak sumbu India yang bertanduk satu dari ambang kepupusan diKaziranga,harimau diManas dan menyediakan salah sebuah habitat liar yang terakhir untukgajah Asia. Assam semakin menjadi destinasi popular untuk pelancongan hidupan liar dan terutama sekali, Kaziranga dan Manas merupakanTapak Warisan Dunia.[2] Assam juga pernah dikenali keranahutan-hutan dan keluaran hutan pokokSalnya yang kini sudah kekurangan. Asaam yang mengalami curahan hujan banyak ini dikurniakan tumbuh-tumbuhan subur danSungai Brahmaputra agung yang cawang-cawang dantasik-tasik ladamnya memberikan persekitaran hidro-geomorfik dan estetik yang unik kepada rantau ini.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Assam dipanggil Pragjyotishpura dalamMahabharata; danKamarupa padaalaf pertama. Setelah Kamarupa berpecah-belah pada abad ke-12,kerajaan Ahom diasaskan pada abad ke-13 olehSukaphaa, seorang puteraShan yang menyatukan tatenegara tersebut dan kerajaan ini berkekalan selama 600 tahun berikutnya. Meskipunasal-usul namaAssam yang setepatnya masih tidak jelas, konsensus akademik bersetuju bahawa nama ini berkait rapat dengankerajaan Ahom (asalnya dipanggilKerajaan Assam).[3] Assam mempunyai tradisi fahaman Buddha yang kuat.

Wilayah British selepas tahun 1838 dan negeri India selepas tahun 1947 dikenali sebagaiAssam. Pada27 Februari2006,Gabenor Assam memulakan proses menukar nama negeri ini kepadaAsom,[4] dalam satu langkah kontroversi yang ditentang oleh rakyat dan pertubuhan politik.[5]

Nota dan rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Dixit 2002
  2. ^World Heritage Centre 2007
  3. ^Sarma, Satyendra Nath (1976)Assamese Literature, Harrassowitz, Wiesbaden, p2."While the Shan invaders called themselvesTai, they came to be referred to asĀsām,Āsam and sometimes asAcam by the indigenous people of the country. The modern Assamese wordĀhom by which the Tai people are known is derived fromĀsām orĀsam. The epithet applied to the Shan conquerors was subsequently transferred to the country over which they ruled and thus the name Kāmarūpa was replaced by Āsām, which ultimately took the Sanskritized formAsama, meaning "unequalled, peerless or uneven"
  4. ^Times News Network, February 28, 2006
  5. ^Editorial, The Assam Tribune, 6 Januari 2007.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Negeri
Bendera India
Wilayah kesatuan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Assam&oldid=5488504"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp