Asabiyyah ataupun 'asabiya (Arab: عصبية,ʻaṣabīya) merujuk kepadaperpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dankejeleketan sosial (kepaduan sosial),[1] pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuknasionalisme moden, menyerupaisistem komunalisme. Ia perkataan yang dikenali sejak zamanJahiliah, tetapi menjadi terkenal dan masyhur dalamMuqaddimahIbnu Khaldun (Pengenalan Ibnu Khaldun), di mana "asabiyyah" diperikan sebagai ikatan asas masyarakat insani denagn daya asas penggerak sejarah. Asabiyyah tidak semestinya berasaskan cara hidupnomad atau pertalian darah; sebaliknya, ia menyerupai falsafahrepublikanisme klasik. Dalam zaman moden, perkataan ini secara amnya serupa denganperpaduan. Namun, perkataan ini sering dikaitkan secara negatif kerana kadangkala ia juga dapat menimbulkan anggapan kesetiaan kepada kumpulan seseorang itu tidak kira apa jua keadaan, atau sikappemihak.[2]
Ibn Khaldun menggunakan perkataan "Asabiyyah" bagi menggambarkan pertalian kepaduan antara manusia dalam kumpulanmasyarakat. Ikatan ini, Asabiyyah, wujud pada tamadun setiap tahap, daripada masyarakat nomad hinggalah ke tahap negara dan empayar.[3] Asabiyyah amat kuat dalam fasa nomad, dan berkurangan apabila tamadun itu bertambah maju.[3] Apabila Asabiyyah ini merosot, ianya mungkin diganti oleh satu lagi Asabiyyah yang lebih kuat; justeru, tamadun bangkit dan jatuh, dan sejarah memerikan kitaran Asabiyyah yang berlaku.[3]
Ibn Khaldun menyatakan bahawa setiapdinasti (ataupuntamadun) memiliki benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa dinasti yang memerintah cenderung muncul di pinggirempayar-empayar besar, dan menggunakan Asabiyyah yang lebih kuat yang terdapat di kawasan-kawasan itu untuk menukar kepimpinan. Ini membayangkan bahawa pemerintah baharu mula-mulanya merupakan "orang gasar" berbanding pemerintah lama. Dalam proses memantapkan kedudukan mereka di tengah-tengah empayar, mereka menjadi bertambah cuai, kurang selaras, berdisiplin dan berwaspada, dan lebih mementingkan pemeliharaan kuasa dan gaya hidup di tengah-tengah empayar — yakni, kejelekatan dalaman dan ikatan dengan kumpulan asal pinggiran, Asabiyyah, menjadi semakin lenyap dan bertukar menjadi faham kepuakan danindividualisme, mengurangkan kedayaan mereka sebagai sebuah unitpolitik. Justeru, akan terwujud satu suasana dalam mana satu dinasti baharu timbul di pinggir wilayah kawalan mereka, menjadi kuat, dan berdaya menukar kepimpinanan, dan dengan itu memulakan kitaran baharu.
Kejelekatan ini wujud secara spontan di kalangan puak dan kumpulan kecil yang memiliki pertalian persaudaraan; dan ia boleh diperbesar dan dikembangakan melalui ideologi keagamaan. Kupasan Ibn Khaldun melihat bagaimana kepaduan ataupun kejelekatan ini membawa kumpulan kepada pencapaian kuasa akan tetapi mengandungi di dalamnya benih-benih — psikologi, sosial, ekonomi, politik — kejatuhan kumpulan, bagi diganti oleh kumpulan, dinasti atau empayar baharu, yang terikat dengan kejelekatan yang lebih muda dan cergas, atau lebih kuat.
Kitaran Asabiyyah yang digambarkan Ibn Khaldun benar bagi hampir kesemua tamadun sebelumzaman moden. Penceroboh bangsa nomad lazimnya menyerapkan agama dan budaya tamadun-tamadun yang ditakluki mereka. Hakikat ini benar bagi pelbagai pencerobohArab,Berber,Turki danMongol yang menyerang alamIslam pada Zaman Pertengahan yang akhirnya menyerap agama dankebudayaanIslam.
Di luar dunia Islam, kitaran Asabiyyah juga benar bagi setiap tamadun pra-moden, sama ada diChina di mana kitaran dinasti menyerupai kitaran Asabiyyah Ibnu Khaldun, diEropah di mana terdapat beberapa gelombangorang gasar menganut agamaKristian dan kebudayaanYunani danRomawi, atau di negeriHindi atauParsi di mana penceroboh nomad diserapkan ke dalam tamadun-tamadun itu.