Allahyarham Tun Dato' Dr. Haji Arshad Ayub SSM, PSM; SPMS (Selangor); SPSK (Kelantan); SUNS (NS); PNBS (Sarawak); DPMJ (Johor); DSAP (Pahang); PGDK (Sabah); DPMT (Terengganu); DPMP (Perak); DSLJ (Brunei); JMN; PBE (Sarawak); Dip. in Agric, College of Agriculture (Malaya); B.Sc. (Hon), Wales; Dip. Bus. Admin (IMEDE), Laussane, Switzerland; LL.D(Hon) (Ohio); D.Ed (Hon) (USM); LLD(Hon) (Wales); D.Litt (UPM); Hon. Doktor Pengurusan Perniagaan (UiTM); Fellow (INTAN); Fellow U.C.W (Aberystwyth); Tokoh Ilmuan Pengurusan (KUSZA) | |
|---|---|
| Pro Canselor Universiti Teknologi MARA | |
| Dalam jawatan 31 Mac 2000 – 14 Jun 2022 Berkhidmat with Ahmadshah Abdullah Abdul Rahman Arshad* *(meninggal dunia ketika berkhidmat) Sallehuddin Mohamed Safri Awang Zaidell Zarinah Anwar | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1928-11-15)15 November 1928 Muar,Johor,Tanah Melayu (kiniMalaysia) |
| Meninggal dunia | 14 Jun 2022(2022-06-14) (umur 93) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempat semadi | Makam Diraja Shah Alam |
| Pasangan | Toh Puan Zaleha Mohd Arshad |
| Tempat belajar | University College of Wales, Aberystwyth |
AllahyarhamTunDato'Dr.HajiArshad bin Ayub (15 November 1928 – 14 Jun 2022) ialah seorang ahli akademik dan pendidik Malaysia. Beliau merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-CanselorUniversiti Teknologi MARA (UiTM). Di luar bidang pendidikan, Arshad berpengalaman luas dalam pentadbiran awam di negara ini dengan memegang jawatan-jawatan penting dalam pelbagai jabatan kerajaan mahupun kementerian, termasuk sebagai TimbalanGabenor Bank Negara Malaysia pada 9 Mac 1975 hingga 1977.
Tun Arshad memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit Keroma,Muar,Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kerajaan juga di Muar, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran keUniversiti Malaya,Singapura (1949-1951), Kolej Pertanian Serdang, Selangor (1951-1954) dan University College of Wales, Aberystwyth,United Kingdom (1954-1958).
Kerjaya beliau bermula seawal tahun 1951 apabila beliau bertugas diLembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA). Beliau banyak terlibat dalam perancangan agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara dan agenda pembangunan inilah juga yang menjadi teras pentadbiranTun Abdul Razak.
Beliau menjadi PengarahInstitut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1966. Beliau telah mewujudkan suatu institusi pengajian tinggi yang ulung kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada mereka yang institusi lain tidak mahu ambil kerana lemah keputusan peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika itu, pelajar ITM tiada tempat tinggal, bilik kuliah di Jalan Othman,Petaling Jaya yang terhad dan ketidakinginanJabatan Perkhidmatan Awam mengiktiraf diploma-diploma keluaran ITM. Arshad meletakkan mahasiswa ITM di merata tempat sekelilingPetaling Jaya dan Jalan Klang Lama, di Petaling Jaya di Seksyen 14, Seksyen 17, dan di Jalan Klang Lama.
Ketika itu mahasiswa menerima elaun RM15.00 sebulan dan kebanyakan pelajar yang tinggal diJalan Klang Lama. Konsep pelajar tinggal di luar kawasan kampus inilah yang telah banyak ditiru oleh lain-lain institusi pengajian tinggi.
Arshad dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembangunanUniversiti Teknologi MARA (UiTM), sebuah universiti yang ditubuhkan bagi memberikan peluang pendidikan tinggi yang lebih baik kepada golongan Melayu dan bumiputera. Sumbangan, peranan dan perjuangannya membangunkan pendidikan profesional dalam kalangan anak Melayu dan menjadikan merekaBumiputera yang mampu memajukan potensi diri. Beliaulah yang menjadi arkitek penubuhan UiTM yang menjadi gedung modal insanpribumi yang teragung di Malaysia. Beliau merupakan pengarah pertama universiti tersebut dari tahun 1967 hingga 1975 yang pada waktu itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA.[1]
Menteri PelajaranMahathir Mohamad meluluskan perpindahan beliau keBank Negara Malaysia. Tindakan ini dibantah oleh Kesatuan Mahasiswa Institut Teknologi MARA (KSITM) kerana bimbang merencatkan pembangunan ITM. Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pada 1975 bagi mengekang kegiatan demonstrasi dalam kalangan mahasiswa. Antara pelajar ITM yang aktif dalam demonstrasi ketika itu ialah DatukIbrahim Ali. Beberapa orang kakitangan dan pelajar menjadi tahanan polis dan Unit Simpanan Khas (FRU) keluar masuk kampus ITM.[2][3]
DiBank Negara, Tun Arshad bekerja di bawah TunIsmail Mohd Ali, suatu institusi terkenal selaku Gabenor Bank Negara yang lama berkhidmat diKomanwel.
Selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua SetiausahaKementerian Pertanian.
Walaupun usia beliau telah menjangkau usia melebihi 90 tahun, Tun Arshad masih berkecimpung dalam perniagaan dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah untuk beberapa syarikat awam dan badan-badan berkanun sepertiPerbadanan Johor sehinggalah beliau meninggal dunia.
Beliau telah dimasukkan ke unit kawalan rapi di sebuah hospital swasta diPetaling Jaya pada 7 Jun 2022 akibat masalah kesihatan dan doktor menyatakan keadaan kesihatan beliau adalah "separuh-separuh" sama ada akan bertambah baik keadaannya pada ketika itu.[4] Tun Arshad Ayub meninggal dunia pada 14 Jun 2022 pada usia 93 tahun dan jenazahnya disemadikan diMakam Diraja Shah Alam, Selangor.
Arshad dilakonkan olehFizz Fairuz dalam filem 2013,Tanda Putera arahanShuhaimi Baba.
Sultan Selangor telah menitahkan agar Persiaran Tun Arshad Ayub menjadi nama jalan baharu menggantikan Persiaran Institut yang menghubungkan kampus induk UiTM di Shah Alam, Selangor sempena menghargai jasa beliau sebagai Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini merupakanUniversiti Teknologi MARA (UiTM).[5]
Pada 20 Julai 2012, beliau dianugerahkan Bintang Pribumi Perkasa Negara dan dinobatkan sebagai "Bapa Modal Insan Pribumi Negara" oleh pertubuhan pro-Melayu,Pertubuhan Pribumi Perkasa. Sepanjang kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaysia, beliau telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah, antaranya:[6]