Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Arsenal F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arsenal F.C.
Nama penuhArsenal Football Club
GelaranThe Gunners
Diasaskan1886 sebagaiDial Square
StadiumStadium Emirates
(Kapasiti: 60,355[1])
PemilikKroenke Sports & Entertainment
PengerusiSir Chips Keswick
PengurusMikel Arteta
LigaLiga Perdana Inggeris
2020-21Premier League, ke-8
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Arsenal F.C. (dikenali sebagaiArsenal atauThe Gunners) ialah kelabbola sepak profesionalEngland yang berpusat di utaraLondon. Mereka bermain di dalamLiga Perdana Inggeris dan menjadi antara kelab yang paling berjaya di dalam sejarahbola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belasDivisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluhPiala FA dan telah sampai ke perlawanan akhirLiga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepadaFC Barcelona.

Arsenal telah diasaskan diWoolwich, tenggaraLondon, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu keStadium Arsenal,Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindahStadium Emirates bertempat duduk 60,000 diAshburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiranTottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja diTottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawananpertembungan London utara.

Arsenal ialah ahli kepada kumpulanG-14 yang terdiri daripada kelab-kelab terkemukaEropah, sebaris dengan kelab-kelabBarcelona,AC Milan andManchester United.

Sudah beberapa musim Arsenal hanya memberikan harapan kepada penyokong mereka untuk menjuarai EPL. Contohnya mereka konsisten pada awal musim namun, jatuh dari kejar-mengejar kejuaraan EPL apabila tewas dan tewas namun masih berbangga mengalahkan Chelsea 5-0

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Maklumat lanjut :Sejarah Arsenal F.C.


Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan namaDial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja diRoyal Arsenal yang terletak diWoolwich, tetapi ditukar namanya kepadaRoyal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepadaWoolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai ligaFootball League pada tahun 1893, bermula dengan ligaSecond Division, dan berjaya naik ke ligaFirst Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangiSungai Thames ke stadium baru Arsenal diHighbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi merekaTottenham Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.[2]

Pada tahun 1925, Arsenal telah melantikHerbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga denganHuddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka sepertiAlex James danCliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan pialaFA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakitradang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatanLondon Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.

Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasaWorld War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekasEngland kaptenBilly Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.

Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaituBertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir pialaLeague Cup,mereka telah memenangi pialaInter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir pialaCup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atasManchester United yang hingga kini dianggap sebagai klasik.

Pemain-pemain dan penyokong-penyokong Arsenal meraikan kejuaraan Liga 2004 mereka dengan sebuah perarakan bas tidak berbumbung

Kepulangan bekas pemainGeorge Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraanLiverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, pialaCup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejenRune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu,[3] dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau,Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.

Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurusArsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir pialaUEFA Cup 2000 (tewas penalti kepadaGalatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles";[4] keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, sebuahRekod negara England. Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama denganManchester United,Blackburn Rovers danChelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohananChampions League; bagaimanapun dalam2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetangBarcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.

Mercu

[sunting |sunting sumber]
Mercu pertama Arsenal dari 1888
Logo Arsenal dari tahun 1949 to 2002

Mercu Arsenal Diraja pertama, didedahkan pada tahun 1888, mengandungi tigameriam dilihat dari atas, menghala ke utara, menyerupai mercuBorough of Woolwich. Meriam ini kadangkala disalah tafsir sebagaiserombong asap, tetapi kewujudan ukiran kepala singa dan sebiji lada di setiap meriam adalah petanda jelas yang mereka adalah meriam. Pada tahun 1922, kelab ini telah menggunakan mercu satu meriam buat pertama kalinya, mengandungi sebuah meriam yang menghala ke timur. Mercu ini hanaya digunakan sehingga tahun 1925 di mana meriam itu dihala ke arah barat pula selepas itu, tongnya dikecilkan dan nama gelaran kelab ini, "The Gunners", telah ditatah dikiri mercu ini. Pada tahun 1949, kelab ini telah mendedahkan mercu yang telah dimodenkan yang nengandungi gaya meriam yang serupa, nama kelab dalam tulisanhuruf patah di atas meriam, dan sebuah gulungan yang diukir dengan moto Latin baru, "Victoria Concordia Cresit" (yang bermaksud "kemenangan hasil harmoni"). Buat pertama kalinya, mercu ini diberi warna- merah, hijau, dan emas - yang sedikit bervariasi semenjak kewujudan mercu tersebut.

Disebabkan pelbagai rujukan ke atas mercu ini, Arsenal tidak mampu untuk memberi hakcipta; meskipun kelab itu telah berjaya mendaftarkan mercu itu sebagaitrademark, dan telah berbalah (dan memenangi) sebuah perbicaraan dengan seorang peniaga tempatan yang menjual barangan-barangan 'tidak rasmi' Arsenal,[5] Arsenal mencari perlindungan undang-undang yang lebih melengkapi. Maka, pada tahun 2002 mereka memperkenalkan mercu baru yang mangandungi garisan-garisan lengkung moden dan gaya yang ringkas, yang mana boleh dihakciptakan.[6] Meriam tersebut sekali lagi menghala ke timur dan nama kelab ditulis dalam tulisansans-serif yang tersendiri di atas meriam itu. Hijau telah digantikan dengan biru gelap. Mercu baru in menerima respons yang pelbagai daripada para penyokong, denagn sesetengah daripada mereka mengatakan yang mercu ini telah mengabaikan sejarah dan tradisi Arsenal dengan rekaan moden yang radikal, dan penyokong kelab tidak diajak berbincang secara serius berhubungan dengan isu ini.[7]

Warna-warna

[sunting |sunting sumber]
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Warna asal Arsenal di tempat sendiri. Pasukan ini telah memakai kit yang serupa (tetapi dengan stokin merah "redcurrant") semasa musim2005–06.

Dalam sebahagian besar sejarah Arsenal, warna rumah mereka ialah baju merah terang dengan lengan putih dan seluar pendek putih, meskipun kadangkala situasi ini berubah. Pemilihan warna merah adalah sebagai menghargai sebuah sumbangan amal daripadaNottingham Forest, sejurus selepas penubuhan Arsenal pada tahun 1886. Dua daripada ahli penubuhan Dial Square,Fred Beardsley danMorris Bates, adalah bekas pemain Forest yang telah berpindah ke Woolwich untuk bekerja. Sedang mereka menubuhkan kesebelasan utama di kawasan itu, tiada kit yang boleh dijumpai, jadi Beardsley dan Bates telah mengirim surat ke rumah untuk mendapatkan bantuan dan menerima satu set kit dan sebiji bola. Baju itu lebih gelap merahnya berbanding dengan warna moden kelab ini sekarang, hampir ungu, dan telah dipakai dengan samada seluar pendek putih atau gelap.

Pada tahun 1933, Herbert Chapman, yang menghendaki pemain-pemainnya untuk berpakaian lebih segak, telah mengubahsuaikan kit tersebut, menambah lengan putih dan merubah merah gelap itu kepada merah yang lebih terang seperti merah peti pos. Pasukan ini telah serasi dengan kombinasi ini semenjak itu, selain daripada dua musim. Mula-mula, pada1963–64 kit tersebut telah diubah kepada semua merah, tetapi langkah ini didapati tidak popular dan lengan putih kembali pada musim berikutnya. Kali kedua, semasa2005–06 ialah musim terakhir Arsenal bermain di Highbury, baju pasukan telah diubah sementara kepada warna asli merah gelap, atau "redcurrant", untuk mengenang kembali warna yang telah dipakai semasa musim pertama di Highbury, pada tahun 1913. Kelab ini akan kembali ke warna kebiasaaan mereka untuk musim2006-07.

Warna rumah Arsenal telah menjadi inspirasi kepada sekurang-kurangnya dua buah kelab lain. Pada tahun 1909,Sparta Prague telah mengambil sebuah kit merah gelap seperti yang dipakai oleh Arsenal sewaktu itu; pada tahun 1930-an,Hibernian mengambil rekaan lengan Arsenal dalam warna baju hijau dan putih mereka. Kedua-dua kelab tersebut masih memakai rekaan itu hingga ke hari ini.

Warna tempat lawan Arsenal secara tradisinya adalah kuning dan biru, meskipun mereka telah memakai sebuah kit hijau dan biru tentera laut buat sementara ketika awal 1980-an. Sejak 1990-an dan ketibaan pasaran kit yang lumayan, warna tempat lawan mereka telah diubah setiap beberapa musim. Secara amnya, warna itu samada kuning dan biru, ataupun rekaan dua-ton biru, sungguhpun telah ada sebuah rekaan emas metalik dan biru tentera laut untuk musim2001–02. Bagaimanapun, ramai peminat Arsenal merasakan yang baju biru tersebut membawa nasib malang- kesemua tiga kejuaraan Premier League dicapai dalam musim di mana pasukan ini memakai kuning atau emas. Warna tempat lawan untuk2005–06 adalah kuning dan kelabu gelap.

Stadium

[sunting |sunting sumber]
Tempat duduk North Bank,Stadium Arsenal.
Stadium Emirates semasa pembinaan.

Stadium Arsenal, lebih dikenali sebagai Highbury, adalah rumah kepada Arsenal dari September 1913 hingga 7 Mei 2006. Stadium yang asal telah dibina oleh seorang arkitek bola sepak yang terkemukaArchibald Leitch, dan mempunyai rekaan serupa dengan kebanyakan padang-padang bola sepak di UK pada masa itu, dengan satu kawasan tempat duduk berbumbung dan tiga kawasan tempat duduk tidak berbumbung yangbertingkat. Pada tahun 1930-an, keseluruhan stadium telah diubahsuai secara besar-besaran,dengan pembinaan tempat dudukArt Deco Timur dan Barat yang serba baru, and bumbung-bumbungnya telah ditambah kepada teres-teres North Bank dan Clock End. Pada kemuncak, Highbury boleh diisi sebanyak 60,000 penonton, dan sudah mempunyai kapaciti 57,000 sehingga awal 1990s. Peraturan-peraturanLaporan Taylor danLiga Perdana telah memaksa Arsenal untuk menukarkan Highbury kepada keseluruhan tempat duduk dalam tahun 1992, mengurangkan kapasiti kepada 38,500; Kapasiti ini terpaksa dikurangkan lebih lagi semasa perlawanan-perlawananLiga Juara-Juara untuk menampung penambahanpapan iklan. Penambahan ini juga telah dihadkan kerana tempat duduk timur telah dirangka menjadiSenarai Bangunan Gred II dan bantahan daripada penduduk rumah yang sangat hampir dengan tiga tempat duduk lain stadium berkenaan.

Pemain

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Senarai para pemain Arsenal F.C.

Skuad Semasa

[sunting |sunting sumber]
Sehingga 1 July 2025[8]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawahperaturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos.NegaraPemain
1GKSepanyolDavid Raya
2DFPerancisWilliam Saliba
4DFEnglandBen White
6DFBrazilGabriel Magalhães
7FWEnglandBukayo Saka
8MFNorwayMartin Ødegaard(captain)[9]
9FWBrazilGabriel Jesus
11FWBrazilGabriel Martinelli
12DFBelandaJurriën Timber
13GKSepanyolKepa Arrizabalaga
15DFPolandJakub Kiwior
17DFUkraineOleksandr Zinchenko
No.Pos.NegaraPemain
18DFJepunTakehiro Tomiyasu
19FWBelgiumLeandro Trossard
21MFPortugalFábio Vieira
22FWEnglandEthan Nwaneri
23MFSepanyolMikel Merino
24FWEnglandReiss Nelson
29FWJermanKai Havertz
31GKEstoniaKarl Hein
33DFItaliRiccardo Calafiori
41MFEnglandDeclan Rice
49DFEnglandMyles Lewis-Skelly
MFBelgiumAlbert Sambi Lokonga

Out on loan

[sunting |sunting sumber]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawahperaturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos.NegaraPemain

Academy

[sunting |sunting sumber]
Maklumat selanjutnya:Arsenal F.C. Under-21s and Academy
Sehingga 1 July 2025[10]
Players with at least one first-team appearance for Arsenal.[11]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawahperaturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos.NegaraPemain
36GKEnglandTommy Setford
46FWBelandaIsmeal Kabia
47DFAlbaniaMaldini Kacurri
No.Pos.NegaraPemain
51DFEnglandJosh Nichols
64FWEnglandCharles Sagoe Jr
92GKEnglandJack Porter

Kejuaraan

[sunting |sunting sumber]
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawaiDewan Bahasa dan Pustaka. Silamembantu, bahan-bahan boleh didapati diArsenal F.C.(Inggeris).
Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak diterjemahan Google. Walau bagaimanapun,jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk.
Sumber-sumber bantuan:Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Maklumat lanjut :Musim-musim Arsenal F.C.

Domestik

[sunting |sunting sumber]
Juara (13):1930–31,1932–33,1933–34,1934–35,1937–38,1947–48,1952–53,1970–71,1988–89,1990–91,1997–98,2001–02,2003–04
Naib juara (8):1925–26,1931–32,1972–73,1998–99,1999–2000,2000–01,2002–03,2004–05
Naib juara (1):1903–04
Juara (11):1929–30,1935–36,1949–50,1970–71,1978–79,1992–93,1997–98,2001–02,2002–03,2004–05, 2013–14 , 2019-20
Naib juara (7):1926–27,1931–32,1951–52,1971–72,1977–78,1979–80,2000–01
Juara (2):1986–87,1992–93
Naib juara (4):1967–68,1968–69,1987–88,2006–07
Community Shield[13]( FA Charity Shield before 2002 )
Winners (13):1930,1931,1933,1934,1938,1948,1953,1991 (shared),1998,1999,2002,2004, 2014 , 2020
Runners-up (7):1935,1936,1979,1989,1993,2003,2005

Eropah

[sunting |sunting sumber]
Naib juara (1):2005–06
Juara (1):1993–94
Naib juara (2):1979–80,1994–95
Juara (1):1969–70
Naib juara (1):1999–2000
Naib juara (1):1994

Arsenal's tally of thirteen League Championships merupakan ketiga tertinggi dalam bola sepak Inggeris, selepasLiverpool danManchester United,[14] while the total of ten FA Cups is the second highest, after Manchester United.[15] Arsenal telah mencapai tiga liga dan FA Cup "Doubles" (pada 1971, 1998 and 2002), rekod bersama yang dikongsi dengan Manchester United,[16] and were the first side in English football to complete the FA Cup and League Cup double in 1993.[17] Mereka juga adalah yang pertama kelab bola sepakLondon untuk mencapai akhir UEFA Champions League pada tahun 2006.[18]

Arsenal mempunyai satu rekod top-flight yang terbaik dalam sejarah, setelah selesai di bawah empat belas kali hanya tujuh kali sahaja. Arsenal juga mempunyai purata liga tertinggi penamat kedudukan untuk tempoh 1900-1999, dengan liga purata meletakkan sebanyak 8.5.[19] Tambahan pula, mereka adalah salah satu daripada hanya lima kelab yang telah memenangi Piala FA sebanyak dua kali berturut-turut,2002 dan2003.[20]

Dalam Budaya Popular

[sunting |sunting sumber]

Sebahagian disebabkan oleh kedekatan mereka dengan pemancar Alexandra Palace, Arsenal telah muncul dalam beberapa "pertama" media. Pada 22 Januari 1927, perlawanan mereka di Highbury menentangSheffield United adalah perlawanan Liga Inggeris pertama yang disiarkan secara langsung di radio.[21][22] Seabad kemudian, pada 16 September 1937, satu perlawanan pameran antara pasukan pertama Arsenal dan pasukan simpanan adalah perlawanan bola sepak pertama di dunia yang disiarkan secara langsung di televisyen.[21][23] Arsenal juga muncul dalam edisi pertamaMatch of the Day dariBBC, yang menayangkan sorotan perlawanan mereka menentang Liverpool diAnfield pada 22 Ogos 1964.[21][24] Liputan Sky bagi perlawanan Arsenal pada Januari 2010 menentangManchester United adalah siaran awam langsung pertama acara sukan di televisyen 3D.[21][25]

Sebagai salah satu pasukan yang paling berjaya di negara ini, Arsenal sering muncul apabila bola sepak digambarkan dalam seni di Britain. Mereka menjadi latar belakang kepada salah satu novel berkaitan bola sepak yang paling awal,The Arsenal Stadium Mystery (1939), yang telah diadaptasi menjadi filem pada tahun yang sama.[26] Cerita tersebut berpusat pada satuperlawanan persahabatan antara Arsenal dan satu pasukan amatur, salah seorang pemainnya diracun semasa bermain. Ramai pemain Arsenal muncul sebagai diri mereka sendiri dalam filem tersebut dan pengurus George Allison diberi bahagian berucap.[27] BukuFever Pitch oleh Nick Hornby adalah akaun autobiografi tentang kehidupan Hornby dan hubungannya dengan bola sepak dan Arsenal khususnya. Diterbitkan pada tahun 1992, ia merupakan sebahagian daripada kebangkitan dan rehabilitasi bola sepak dalam masyarakat Britain pada tahun 1990-an.[28] Buku itu diadaptasi dua kali untuk filem – filem British1997 menumpukan kepada kemenangan gelaran Arsenal pada tahun 1988–89, dan versi Amerika 2005 menampilkan seorang penyokong pasukan bisbolBoston Red Sox.[29]

Arsenal sering disterotipkan sebagai pasukanpertahanan dan "bosan", terutamanya semasa tahun 1970-an dan 1980-an.[30] Dalam filem tahun 1997The Full Monty watak utama bergerak ke hadapan dalam satu barisan dan mengangkat tangan mereka, dengan sengaja meniru perangkapoffside pertahanan Arsenal, dalam cubaan untuk mengkoordinasikan rutin striptease mereka.[31] Lima belas tahun kemudian, satu adegan yang hampir sama dimasukkan dalam filem sains fiksyen 2012John Carter (arah dan penulis bersamaAndrew Stanton, penyokong luar negara yang ketara bagi kelab tersebut), bersama dengan petunjuk visual dan petunjuk dialog oblik serta rujukan kepada kelab itu sepanjang filem tersebut.[32] Rujukan filem lain kepada pertahanan kelab itu terdapat dalam filemPlunkett & Macleane, di mana dua watak dinamakan Dixon dan Winterburn mengikut bek penuh berkhidmat panjang Arsenal – Dixon di sebelah kanan Lee Dixon dan Winterburn di sebelah kiri Nigel Winterburn.[31]

Pada Ogos 2022, Amazon Prime Video mengeluarkan sebuahseri dokumentari berjudulAll or Nothing: Arsenal yang mengandungi lapan episod.[33][34] Ia mendokumentasikan kelab dengan menghabiskan masa bersama kakitangan jurulatih dan pemain di sebalik tabir pada dan di luar padang sepanjang musim 2021–22 mereka, di mana mereka adalah pasukan termuda dalam Liga Perdana dengan purata usia permulaan 24 tahun dan 308 hari – lebih dari setahun lebih muda daripada pasukan seterusnya.[35][36]

Notakaki

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Statement of Accounts and Annual Report 2006/2007"(PDF). Arsenal Holdings plc. May 2007. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2008-02-16. Dicapai pada2007-12-19.
  2. ^It has been alleged that Arsenal's promotion, on historical grounds rather than merit, was thanks to underhand actions by the then Arsenal chairman,Sir Henry Norris (seeHistory of Arsenal F.C. for more details). No firm proof has ever been offered, though Chapter Two ofRebels for the Cause (listed below) andthis webpage present plenty of supporting evidence.
  3. ^Graham was banned for a year by the Football Association for his involvement in the scandal after he admitted he had received an "unsolicited gift" from Hauge. As one of the few football corruption cases where wrongdoing was proven, it is often referenced in the press (e.g. in thisObserver article), and is given a detailed treatment inBroken Dreams by Tom Bower (ISBN 0-7434-4033-1).
  4. ^"Arsenal the Invincibles".BBC Sport.
  5. ^"Arsenal v. Reed in the Court of Appeal".Michael Simkins LLP.
  6. ^"Arsenal go for a makeover".BBC News.
  7. ^"Crestfallen"(PDF).Arsenal Independent Supporters' Association.
  8. ^"Squad: Men". Arsenal F.C. Dicapai pada31 January 2025.
  9. ^"Martin Odegaard named captain". Arsenal F.C. 30 July 2022.Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2023. Dicapai pada8 September 2023.
  10. ^"Squad: Academy". Arsenal F.C. Dicapai pada3 February 2025.
  11. ^"Arsenal FC, Players from A-Z".worldfootball.net. Dicapai pada3 February 2025.
  12. ^abUp until 1992, the top division ofEnglish football was theFootball League First Division; since then, it has been thePremier League. Similarly until 1992, theSecond Division was the second tier of league football, which is now known asThe Championship.
  13. ^The trophy was known as theCharity Shield until 2002, and as the Community Shield since then.
  14. ^"England - List of Champions".RSSSF. Dicapai pada2007-12-27.
  15. ^"England FA Challenge Cup Finals".RSSSF. Dicapai pada2007-12-27.
  16. ^"Doing the Double: Countrywise Records".RSSSF. Dicapai pada2007-12-27.
  17. ^"Football : Multiple Trophy Winners".KryssTal. Dicapai pada2007-12-27.
  18. ^"Arsenal Facts".Arsenal.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-11-13. Dicapai pada2007-12-27.
  19. ^Hodgson, Guy (January 2000). "Arsenal: Team of the Century 1900–1999".The Independent. Archive copy available at:"Arsenal: Team of the Century 1900–1999".Arseweb. Dicapai pada2006-12-08.
  20. ^"English FA Cup Trivia".phespirit.info. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-09-12. Dicapai pada2008-01-01.
  21. ^abcdFirsts, Lasts & Onlys: Football – Paul Donnelley (Hamlyn, 2010)
  22. ^"It Happened at Highbury: First live radio broadcast". Arsenal F.C. Diarkibkan daripadayang asal pada 24 July 2015. Dicapai pada11 August 2008.
  23. ^"Berlaku pada hari ini – 16 September".BBC Sport. 16 September 2002. Diarkibkan daripadayang asal pada 12 January 2016. Dicapai pada11 August 2008.
  24. ^"Sejarah Match of the Day".BBC Sport. 14 Februari 2003. Diarkibkan daripadayang asal pada 12 January 2016. Dicapai pada11 August 2008.
  25. ^"Peminat mencuba acara sukan 3D langsung pertama".The Sydney Morning Herald. Associated Press. 1 Februari 2010. Diarkibkan daripadayang asal pada 14 August 2014. Dicapai pada16 March 2010.
  26. ^Redfern, Simon (27 September 2008)."The Arsenal Stadium Mystery, oleh Leonard Gribble".The Independent. Diarkibkan daripadayang asal pada 6 August 2017. Dicapai pada13 September 2017.
  27. ^"Arsenal at the movies". Arseweb.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2008. Dicapai pada11 August 2008.
  28. ^"Nick Hornby".The Guardian. London. 22 July 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 June 2013. Dicapai pada7 September 2008.Dihargai oleh pengkritik dan dinamit komersial, Fever Pitch membantu menjadikan bola sepak menjadi trendi dan menjelaskan daya tariknya kepada yang tidak meminati bola sepak
  29. ^Levy, Glen (5 July 2010)."Fever Pitch".Time. Diarkibkan daripadayang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada13 September 2017.
  30. ^Noble, Kate (22 September 2002)."Boring, Boring Arsenal".Time. Diarkibkan daripadayang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada11 August 2008.
  31. ^ab"Arsenal di filem". Arseweb. Diarkibkan daripadayang asal pada 26 July 2008. Dicapai pada11 August 2008.
  32. ^Dörflinger, M.,Taschenbuch Fußball: 333x Fußball – Superlative & Kuriositäten. Spannende Fakten und Kurioses über Fußball – Geramond Verlag (2019).ISBN978-3964530530.
  33. ^Rogers, Jonathon (28 Jun 2022)."Tonton treler untuk All or Nothing: Arsenal".arsenal.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 5 Jul 2022. Dicapai pada5 Jul 2022.
  34. ^Fletcher, Alex (28 Jun 2022)."Arsenal: All or Nothing di Prime Video: Tarikh keluaran, treler dan segala yang anda perlu tahu, termasuk pencerita selebriti".bt.com.BT TV. Diarkibkan daripadayang asal pada 6 Jul 2022. Dicapai pada5 Jul 2022.
  35. ^James, Josh (23 Mei 2022)."Musim 2021/22 kami dalam angka".arsenal.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 26 Oktober 2022. Dicapai pada5 Jul 2022.
  36. ^Smith, Adam (24 Mei 2022)."Liga Perdana: Tren utama diperlihatkan untuk musim 2021/22".skysports.com.Sky Sports. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 November 2022. Dicapai pada5 Jul 2022.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • Hornby, Nick (1992).Fever Pitch. Indigo.ISBN 1-84018-900-2.
  • Soar, Phil & Tyler, Martin (2000).The Official Illustrated History of Arsenal. Hamlyn.ISBN 0-600-60175-7.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Spurling, Jon (2004).Rebels for the Cause: The Alternative History of Arsenal Football Club. Mainstream.ISBN 0-575-40015-3.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Dengar rencana (info/dl)
noicon
Spoken Wikipedia
Spoken Wikipedia
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2007-04-15, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)
Rencana bertutur lagi
Ia merupakan versi bantuan audio bagi rencana ini rencana. Klik ini untuk bantuan audio.
Ia merupakan versi bantuan audio bagi rencana ini rencana. Klik ini untuk bantuan audio.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanArsenal F.C.

{{#if:Arsenal F.C.|

Wikiberita mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Arsenal F.C.
Laman-laman rasmi
Laman-laman peminat kelab
Laman-laman berita
Majalah-majalah peminat kelab
Blog
Musim
Kelab
Bekas
Pertandingan bersekutu
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Arsenal_F.C.&oldid=6602670"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp