Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Arnab Amami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arnab Amami
ارنب امامي
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Pentalagus

Lyon, 1904
Nama binomial
Pentalagus furnessi
(Stone, 1900)

Arnab Amami (Tulisan Jawi: ارنب امامي) atauArnab Ryukyu (Tulisan Jawi: ارنب ريوکيو) (Pentalagus furnessi) merupakan sejenisarnab primitif berbulu gelap yang hanya dijumpai diAmami Ōshima danToku-no-Shima, dua pulau kecil di antaraKyūshū selatan danOkinawa diWilayah Kagoshima (tetapi lebih dekat dengan Okinawa) diJepun. Arnab Amami yang diperkatakan sebagaifosil hidup ini merupakan tinggalan arnab purba yang pernah tinggal di tanah besar Asia sehingga kepupusannya.

Arnab Amami mempunyai kaki yang pendek, tubuh yang agak besar, kuku yang besar dan melengkung, dan aktif pada waktu malam. Telinganya juga lebih kecil daripada jenis arnab yang lain. Arnab yang tinggal dalam hutan ini nampaknya melahirkan satu atau dua ekor anak sekali; si ibu menggali lubang dalam tanah untuk melindungi anaknya pada waktu siang. Pada waktu malam, si ibu membuka laluan masuk lubang, sambil berjaga-jaga akan pemangsa (sepertiular berbisa), kemudian menyusui anak-anaknya, selepas itu menutup lubangnya dengan menumbuk tanah dan bahan tumbuhan di atas lubang dengan kaki depannya. Arnab Amami tidur pada waktu siang di tempat yang tersembunyi, seperti gua. Arnab Amami juga terkenal kerana bunyi suaranya yang sekuat suarapika; cuma ada satu lagi daripada 50 spesies arnab yang boleh berbunyi sedemikian.

Arnab Amami semakin terancam bukan sahaja kerana kegiatan pemburuan (yang berakhir apabila arnab ini menerima perlindungan undang-undang daripada kerajaan Jepun pada tahun 1921), bahkan jugapembasmian hutan serta ancaman daripada anjing, kucing dan haiwan lain yang dibawa masuk oleh manusia yang masih berterusan hingga hari ini.Cerpelai yang dilepaskan oleh penduduk pulau untuk membasmi ular berbisa juga telah meragut nyawa banyak arnab Amami. Pembasmian hutan juga membahayakan arnab ini, kerana ia tidur pada waktu siang, dan akibatnya mudah terdedah kepada pemangsa kerana kekurangan tempat berlindung.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Pentalagus furnessi".Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.1996. 1996.Unknown parameter|downloaded= ignored (bantuan);Unknown parameter|assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)no identifier Listed as Endangered (EN A2b, B1+2bce, C1 v2.3)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
SpesiesLagomorpha yang maujud
AlamAnimalia · FilumChordata · KelasMammalia · InfrakelasEutheria · SuperorderEuarchontoglires
SubgenusPika:Pika Alp (O. alpina) ·Pika Helan Shan (O. argentata) ·Pika Berkolar (O. collaris) ·Pika Hoffmann (O. hoffmanni) ·Pika Utara (O. hyperborea) ·Pika Pallas (O. pallasi) ·Pika Amerika (O. princeps) ·Pika Turuchan (O. turuchanensis)
SubgenusOchotona:Pika Gansu (O. cansus) ·Pika Penara (O. curzoniae) ·Pika Dauria (O. dauurica) ·Pika Tsing-ling (O. huangensis) ·Pika Nubra (O. nubrica) ·Pika Steppe (O. pusilla) ·Pika Afghan (O. rufescens) ·Pika Moupin (O. thibetana) ·Pika Thomas (O. thomasi)
SubgenusConothoa:Pika Merah Cina (O. erythrotis) ·Pika Forrest (O. forresti) ·Pika Gaoligong (O. gaoligongensis) ·Pika Glover (O. gloveri) ·Pika Himalaya (O. himalayana) ·Pika Ili (O. iliensis) ·Pika Koslov (O. koslowi) ·Pika Ladak (O. ladacensis) ·Pika Bertelinga Besar (O. macrotis) ·Pika Muli (O. muliensis) ·Pika Hitam (O. nigritia) ·Pika Royle (O. roylei) ·Pika Merah Turkestan (O. rutila)
Sylvilagus
(Arnab ekor kapas)
Pronolagus
(Arnab batu merah)
Lepus
(Kelinci)
SubgenusMacrotolagus:Arnab Jack Antelop (L. alleni)
SubgenusPoecilolagus:Kelinci Kasut Salji (L. americanus)
SubgenusLepus:Arnab Artik (L. arcticus) ·Kelinci Alaska (L. othus) ·Kelinci Gunung (L. timidus)
SubgenusProeulagus:Arnab Jack Berekor Hitam (L. californicus) ·Arnab Jack Bertepi Putih (L. callotis) ·Kelinci Tanjung (L. capensis) ·Arnab Jack Tehuantepec (L. flavigularis) ·Arnab Jack Hitam (L. insularis) ·Kelinci Belukar (L. saxatilis) ·Kelinci Gurun (L. tibetanus) ·Kelinci Tolai (L. tolai)
SubgenusEulagos:Kelinci Castroviejo (L. castroviejoi) ·Kelinci Yunnan (L. comus) ·Kelinci Korea (L. coreanus) ·Kelinci Corsica (L. corsicanus) ·Kelinci Eropah (L. europaeus) ·Kelinci Granada (L. granatensis) ·Kelinci Manchuria (L. mandschuricus) ·Kelinci Berbulu (L. oiostolus) ·Kelinci Tanah Tinggi Habsyah (L. starcki) ·Arnab Jack Berekor Putih (L. townsendii)
SubgenusSabanalagus:Kelinci Habsyah (L. fagani) ·Kelinci Savana Afrika (L. microtis)
SubgenusIndolagus:Kelinci Hainan (L. hainanus) ·Kelinci India (L. nigricollis) ·Kelinci Burma (L. peguensis)
SubgenusSinolagus:Kelinci Cina (L. sinensis)
SubgenusTarimolagus:Kelinci Yarkand (L. yarkandensis)
Subgenusincertae sedis:Kelinci Jepun (L. brachyurus) ·Kelinci Abisinia (L. habessinicus)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Arnab_Amami&oldid=5215480"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp