Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Armenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Armenia
Հայաստանի Հանրապետություն
Hayastani Hanrapetutyun
Bendera Armenia
Jata Armenia
Bendera Jata
Cogan kata
Մեկ Ազգ , Մեկ Մշակույթ
Mek Azg, Mek Mshakowyt
"Satu Negara, Satu Budaya"
Lagu kebangsaanMer Hayrenik
("Tanah Bapaku")
Lokasi Armenia
Ibu negara Yerevan1
Bandar terbesaribu kota
Bahasa rasmiBahasa Armenia
KerajaanRepublik berparlimen
Vahagn Khachaturyan (Վահագն Խաչատուրյան)
Nikol Pashinyan (Նիկոլ Փաշինյան)
Kemerdekaan 
• Diisytihar
23 Ogos1990
• Diiktiraf
21 September1991
• Dirasmikan
25 Disember1991
• Penubuhan tradisional
dari Negara Armenia
11 Ogos2492 SM
• Kerajaan Urartu ditubuhkan
1000 SM
• Kerajaan Armenia ditubuhkan
600 SM
• Agama Kristian diterima secara rasmi
301 M
28 Mei1918
• Perairan (%)
4.71
Populasi
• Perkiraan 2022
Neutral decrease 3,000,756[1] (ke-138)
101.5/km2 (262.9/sq mi)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
$57.740 bilion[2] (ke-115)
$19,489[2] (ke-81)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
$23.725 billion[2] (ke-115)
$8,008[2] (ke-85)
Gini (2019)positive decrease 29.9[3]
rendah
HDI (2021) 0.759[4]
tinggi · ke-85
Mata wangDram
(AMD)
Zon waktuUTC+4 (UTC)
• Musim panas (DST)
UTC+5 (DST)
Kod panggilan+374
Kod ISO 3166AM
DPT internet.am
1 Kadang kala dieja sebagai "Erevan", "Jerevan", atau "Erivan".
2 Kedudukan berdasarkan anggaran populasi PBB.

Armenia (Bahasa Armenia:ՀայաստանHayastan), atau nama rasminyaRepublik Armenia (Bahasa Armenia:Հայաստանի Հանրապետություն,Hayastani Hanrapetut'yun) ialah sebuah negara yang terletak di selatanPergunungan Kaukasus antaraLaut Hitam danLaut Kaspia diAsia Barat.[5][6] Keseluruhannyadikelilingi daratan. Negara ini bersempadan dengan negara-negara Asia lain iaituTurki di barat,Georgia di utara,Artsakh danAzerbaijian di timur, sertaIran danNakhichevan di selatan.[7] Namun begitu, negara ini bercita-cita untuk menyertaiKesatuan Eropah.

Armenia ialah sebuahnegara bangsa satuan demokratik dengan sistem berbilang parti dan mempunyai warisan budaya yang mendalam. Kerajaan Urartu diasaskan pada 860 SM dan menjelang abad ke-6 SM digantikan dengan Kesatrapan Armenia.Kerajaan Armenia mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahanTigran Agung pada abad pertama SM dan merupakan negara pertama di dunia yang memelukagama Kristian sebagai agama rasmi, pada akhir abad ke-3 atau awal abad ke-4 TM.[8][9][10] Tarikh rasmi pemelukan Kristian ialah 301 TM.[11] Kerajaan purba Armenia terpisah di bawahEmpayar Byzantium danSasan sekitar awal abad ke-5. Di bawah wangsa Bagratuni, Kerajaan Bagratuni Armenia dipulihkan pada abad ke-9. Apabila kerajaan tersebut merosot akibat perang menentang Empayar Byzantine, ia jatuh pada tahun 1045 dan Armenia kemudiannya dijajahEmpayar Saljuk. Sebuah kerajaan kecil Armenia, dan selanjutnya kerajaan Armenia Kilikia, bertempat di persisiranLaut Mediterranean antara abad ke-11 dan ke-14.

Antara abad ke-16 dan 19, tanah air didudukimasyarakat Armenia terdiri daripada Armenia Timur dan Armenia Barat yang disatukan di bawah pemerintahan kuasa-kuasaUthmaniyah danParsi, berbalik-balik antara deduanya selama berabad-abad lamanya. Setelah abad ke-19, Armenia Timur telah ditawan olehEmpayar Rusia, manakala kebanyakan bahagian barat Armenia kekal dalam tangan Uthmaniah. SemasaPerang Dunia Pertama,Lamender yang tinggal di tanah asal mereka dalam Empayar Uthmaniahdibunuh habis-habisan sehingga banyak yang melarikan diri. Pada tahun 1918, selepas peristiwaRevolusi Rusia, semua negara bukan milik Rusia mengisytiharkan kemerdekaan mereka berikutan penghapusan Empayar Rusia, sambil ini jugaRepublik Pertama Armenia diasaskan. Menjelang 1920, negara tersebut digabungkan ke dalamRepublik Sosialis Persekutuan Soviet Transkaukasia, dan pada tahun 1922 ia menjadi salah sebuah anggota pengasasKesatuan Republik Sosialis Soviet. Pada tahun 1936 pula, persekutuan Transkaukasia dibubarkan, mengubah negara-negaranya, termasuklahRepublik Sosialis Soviet Armenia, menjadirepublik Kesatuan penuh. Republik Armenia yang moden merdeka pada tahun 1991 semasapembubaran Kesatuan Soviet.

Armenia mengiktiraf suatu aliran agama Kristian yang tersendiri iaitu Gereja Hawari Armenia, gereja kebangsaan tertua di dunia, sebagai anutan rasmi negara mereka; walau bagaimanapun, pemerintah republik mengiktirafpemisahan di antara agama dan negara. Abjad Armenia dicipta oleh Mesrop Mashtots pada tahun 405 TM.

Armenia ialah anggotaKesatuan Ekonomi Eurasia,Majlis Eropah dan Pertubuhan Persetiaan Keselamatan Bersama (ODKB atau Pakatan Tashkent). Armenia juga menyokongArtsakh yang diisytiharkan bebas pada 1991.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Nama asal Armenia dalam bahasanya ialahՀայք ([[[wikt:Հայք|Hayk’]]]Error: {{Lang}}: Non-latn text (pos 8: Հ)/Latn script subtag mismatch (help)) namun ia jarang digunakan. Namanya kini ialahՀայաստան (Hayastan) dan menjadi popular semasaZaman Pertengahan dan ditambah imbuhan Parsi-stan yang bermaksud "tempat". Akan tetapi asal-usul nama Hayastan dijejak lebih jauh lag dan ada disebut sekitar abad ke-5 dalam karya-karya oleh Agathangelos,[12][13] Faustus dari Byzantium,[14][15] Ghazar Parpetsi,[16] Koryun,[17] dan Sebeos.[18]

Nama itu pada asalnya terbit daripada Hayk (Հայկ), seorang bapa agung Lamender yang dikatakan ialah cicitNuh, yang menurut seorang penulis dari abad ke-5 TM Movses Khorenatsi telah menewaskan raja Bel dariKerajaan Babilon pada 2492 SM dan mentadbirkan negeri itu diArarat.[19] Asal nama tersebut pula tidak diketahui. Ada yang mengandaikan[20][21] bahawa namaHay itu datang daripada dua negeri perlindungan Hit gabungan - Hayasya-Azzi (1600 - 1200 SM).

Nama asingArmenia diperakui dalam Inskripsi Behistun dalambahasa Parsi Kuno (515 SM) sebagaiArmina (). Perkataan Yunani Kuno Ἀρμενία (Armenía) dan Ἀρμένιοι (Arménioi, "orang Armenia") pertama kalinya disebut oleh Hekataios dari Miletos (s. 550 - s. 476 SM).[22]Xenophon, seorang jeneral Yunani yang berkhidmat dalam ekspedisi Parsi, menceritakan tentang pelbagai aspek hidup perkampungan Armenia dan layanan baik mereka sekitar tahun 401 SM.[23]

Sesetengah cendekiawan mengaitkan namaArmenia dengan negeriArmani (Armanum, Armi) dari Zaman Gangsa Akhir ataupun negeriArme (Syupria).[24] Hubungan ini tidak disepakati kerana bahasa yang digunakan dalam kerajaan-kerajaan ini tidak diketahui. Tambahan pula, walaupun Arme memang terletak di belah barat Tasik Can (makanya dalam wilayah Armenia besar), lokasi tapak lama Armani masih lagi diperbahaskan. Sesetengah pengkaji meneka ia di kawasan sama dengan Arme, kini berdekatanSamsat,[25] dan mengusulkan bahawa ia pernah diduduki, tidakpun sebahagiannya, oleh bangsa yang bertutur dalam bahasa Indo-Eropah.[26] BumiErmenen (terletak dalam atau berdekatanMannai), disebut oleh raja MesirThutmose III pada tahun 1446 SM, juga diduga merujuk kepada Armenia.

Menurut riwayat sejarah Movses Khorenatsi dan Michael Chamchian,Armenia terbit daripada nama Aram, seorang keturunan sezuriat Hayk.[27][28] Senarai Keturunan Nuh yang merujukKitab Kejadian 10 mendaftarkan Aram sebagai anak lelakiSem, di mana Kitab Yobel memperakui,

"Dan bagi Aram datang pula bahagian keempat, seluruh tanah Mesopotamia antara Sungai Dajlah dan Furat ke utara Khaldi ke sempadan pergunungan Asyur dan tanah Arara.[29][30]"

Yobel 8:21 juga membahagikan Pergunungan Ararat kepada Sem, di mana Yobel 9:5 menerangkan akan dibahagikan kepada Aram.[29][30] Sejarawan Flavius Josephus juga menulis dalamAntiquitates Iudaicae (Sejarah Kuno Orang Yahudi),

"Aram mempunyai keturunan Aram, yang orang Yunani panggil sebagai orang Suriah;... Daripada empat anak lelaki Aram, Uz mengasaskan Trakhonitis (Lajat) dan Damsyik: negeri ini terletak di antara Palestin dan Kelesuriah. Ul mengasaskan Armenia; dan Mengumpulkan orang Baktria; dan Mesa pula orang Mesanai; sekarang ia dipanggil Kharaks Spasini."[31]

Dalam bahasa Melayu, orang Armenia disebut sebagai Lamender.[32] DalamTata Bahasa Melayu tulisan D. Gerth van Wijk, diterbit oleh Penerbit Djambatan, ia mencatatkan asal-usul perkataan itu daripada pencemaran bunyi oleh orang Betawi, melalui bahasa Portugis:

"Dalam bahasa Portugis kata ini adalaharmario; perubahan dari bunyi r menjadi l dan sebaliknya sering kali terjadi dan ... peralihan suku kata pertamaal menjadila. Misalnya kataArmeniaan di Betawi (Jakarta) menjadiAlmender dan dari sini pula timbulLamender."[33]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Armenia

Legenda menyatakan bahawaorang Armenia berasal daripada keturunanHayk cicindaNuh yang terdampar bersamabahteranya diGunung Ararat selepas peristiwa banjir besar. Berikutan tradisi ini, orang Armenia memanggil nama negara mereka sebagai Hayastan. Sebaliknya, ahli sejarah menjejaki asal usul keturunan bangsa ini antara tahun 1500 dan 1200 SM apabila munculnya satu kumpulan puak yang dikenali sebagai Hayasa-Azzi. Puak tersebut telah mendiami kawasan yang pada hari ini terdapat di bahagian baratDataran Tinggi Armenia. Disebabkan oleh kedudukan lokasi kediaman mereka berhampiran denganEmpayar Hittite, konflik antara kedua-dua pihak ini sering berlaku sehingga akhirnya Hittite berjaya mengalahkan Hayasa-Azzi pada akhirZaman Gangsa.

Kerajaan Urartu

[sunting |sunting sumber]
Kerajaan Ararat (Urartu) pada zaman Sarduris II, 743 SM.

Antara 1200 dan 800 SM, sebahagian besar kawasan Armenia telah disatukan di bawah satu konfederasi kerajaan yang dikenali olehorang Assyria sebagai Nairi (Tanah Bersungai). Konfederasi ini kemudiannya diserap ke dalam Kerajaan Urartu, tamadun yang berkembang diKaucasus dan timurAsia Kecil antara tahun 800 dan 600 SM di samping melambangkan empayar Armenia yang pertama. Kerajaan ini disatukan buat pertama kali oleh Raja Aramu. Keluasan kerajaannya menjangkau dariLaut Hitam keLaut Kaspia termasuk sebahagian besar wilayah-wilayah yang berada di kawasan timur Turki. Kerajaan ini juga mencapai keluasan terbesar pada zaman pemerintahan Sarduri II yang telah mengembangkan sempadan kerajaannya hinnga ke wilayah-wilayah di sebelahSungai Tigris danEuphrates, Tasik Urmia danAleppo. Urartu juga sering kali disebut sebagai "Kerajaan Ararat" dalam banyak manuskrip kuno dan teks-teks suci daripada pelbagai bangsa yang silih berganti menggunakan istilah "Armenia" dan "Urartu" untuk merujuk kepada satu negara yang sama. Misalnya, pada Inskripsi Behistun yang diukir dalam tiga bahasa pada tahun 520 SM atas arahanDarius Agung dariParsi. Negara ini dirujuk sebagai Arminia dalamParsi Kuno, Harminuia dalam Elam dan Urartu dalamBabylon. Antara lewat kurun ke-7 dan awal kurun ke-6 SM, kerajaan Urartu telah digantikan oleh Kerajaan Armenia yang diperintah olehwangsa Arwand.

Pemerintahan Parsi, Makaduniah dan kelahiran kerajaan Armenia

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kerajaan Armenia
Utusan pembawa ufti Armenia kepadaEmpayar Achaemenid

Selepas kejatuhan tamadun Urartu sekitar 600 SM, kerajaan Armenia diperintah oleh dinasti Orontid yang mengukuhkan kekuasannya di Armenia pada masa seranganScythia danMedes. Tempoh ini juga menyaksikan orang Armenia mula menerima nama dan adat resamIran. Orontid berperanan sebagaisatrap kepadaEmpayar Parsi dengan membayar ufti kepadaRaja Parsi. Pada tahun 521 SM, apabila pertikaian meledak selepas kematianCambyses II dari Parsi, orang Armenia bangkit melancarkan pemberontakan tetapi berjaya dipatahkan olehDarius I dari Parsi yang telah mengalahkan pemberontak-pemberontak.

Selepas penyusunan semula struktur pemerintahan Empayar Parsi, Armenia telah dibahagikan kepada beberapa buah satrap. Satrap Armenia juga menghantar tentera-tentera untuk membantu kempen seranganXerxes ke atasYunani pada 480 SM. Pada 401 SM, jalinan rapat antara Armenia dan Parsi telah dileburkan oleh penaklukanMakaduniah. SeranganAlexander Agung telah memusnahkan kerajaan Parsi sekali gus memulakan perkembangan kebudayaan Yunanian yang pantas di seluruhTimur Tengah. Armenia berkongsi nasib yang sama dengan kawasan-kawasan yang lain yang sebelum ini tunduk kepada Parsi dan kini menjadi satrap kepada Empayar Makaduniah. Armenia telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Armenia Raya, Sophene (dibentuk di antara kawasan tengah Euphrates dan hulu Tigris sebelum ia dibahagikan lagi di Armenia sendiri dan di Sophene) dan Armenia Kecil atau Armenia Pontica. Takdir sejarah bagi ketiga-tiga kerajaan Armenia ini sangat berbeza. Armenia Kecil menghadapi bencana daripada Kerajaan Pontus yang lebih kuat dan lantas menjadi sebahagian daripadanya dalam jangka masa pendek pada kurun ke-2 SM manakala Sophene pula gagal untuk memperoleh kemerdekaan yang sebenar dengan hanya mampu bertahan pada tempoh masa yang singkat bersama sokongan daripada Kerajaan Cappadocia. Sejarah yang berbeza terlihat pada Armenia (Armenia Raya) yang berkembang dengan pesat dan berhasil untuk tidak bergantung kepada feudalEmpayar Seleucid lalu Armenia bangkit menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan hebat. Seleucid gagal untuk meluaskan pengaruhnya terhadap Armenia Raya kerana pertama sekali disebabkan oleh bentuk muka bumi semula jadi yang bergunung-ganang. Kelebihan ini dijadikan sebagai sistem pertahanan semula jadi untuk melawan orang-orang Yunani. Sebab kedua pula ialah orang Armenia mempunyai karakter Iran yang kukuh dan berakar umbi dalam budaya mereka. Perkara ini sangat bertentangan dengan pengaruh Yunani.

Kerajaan Armenia kedua

[sunting |sunting sumber]
Kemuncak keluasanKerajaan Armenia Raya zamanTigran Agung.

Pada masa itu, menurutStrabo, populasi Armenia mula berbicara dalam satu bahasa iaitubahasa Armenia. Semasabalatentera Rom memusnahkan kerajaan Seleukos, Armenia telah mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada kemuncak kegemilangannya antara 96 hingga 66 SM,Tigran Agung telah memerintah Armenia daripada Kaukasus hingga ke kawasan timur Turki pada hari ini, keSyria danLubnan, dari Laut Hitam ke Laut Kaspia danMediterranean sekali gus Armenia digelar sebagai "Kerajaan Tiga Laut." Empayar Armenia kedua telah pun muncul dan ibu kota kerajaan,Tigranakert masih diselubungi misteri oleh sebab arkeologi moden gagal untuk mencari lokasi sebenar yang tepat. Pada 66 SM, legiun Rom di bawah pimpinanPompey telah menyerang Armenia Raya sekali gus menyebabkan Tigran terpaksa untuk menyerah kalah dan baginda bersetuju menjadikan pemerintahannya dinaungi kuasa Rom.

Raja Tiridat III dibaptiskan oleh Santo Grigor.

Kempen ketenteraanParthia telah memaksa Armenia untuk tunduk di bawah kekuasaannya pada 37 M sebelum Armenia ditakluk oleh Rom sepuluh tahun kemudian. Namun, Rom kehilangan Armenia tidak lama kemudian. Di bawah pemerintahanNero, Rom melancarkan kempen lain (55-63 M) untuk menentang Parthia yang telah menceroboh Armenia. Legiun Rom sekali lagi menakluk kawasan itu pada 60 M sebelum tumpas semula pada 62 SM. Akhirnya, Rom menakluk Armenia pada 63 M berikutan kekalahan Parthia dalam Pertempuran Rhandeia. Raja Parthia dipaksa untuk menandatangani perjanjian yang membenarkan adinda baginda, Tiridat menaiki takhta Armenia. Tiridat telah ditabalkan oleh Nero sendiri sekali gus menandakan permulaan pemerintahanwangsa Arsyak.

Pengkristianan Armenia

[sunting |sunting sumber]

Pengkristianan Armenia bermula pada kurun ke-4 M dan secara tradisinya bertarikh 301 M. Perkara ini memberi kesedaran kepada orang Armenia yang secara rasminya menjadiorang Kristian yang pertama bahkan sebelum agamaKristian diiktiraf sebagai agama rasmiEmpayar Rom.

Mesrop Mashtots menerima ilham untuk menciptahuruf Armenia.

Agathangelos telah mengisahkan cerita penganutan agama Kristian ini dengan terperinci dan penuh simbolik. Kisah ini bermula dengan pertemuan dramatik antara dua karakter asas dalam peristiwa ini iaitu Grigor putera Anak dan Raja Tiridat III. Pada mulanya, Grigor telah dipinta sang raja untuk melakukan upacara korban kepada dewi Anahit tetapi dia menolak dengan tegas sambil menyatakan keimanannya kepada Tuhan Kristian. Legenda kemudian menyebut bahawa disebabkan oleh keputusannya itu, Grigor telah diseksa tetapi dengan kuasa Tuhan, ia tidak berjaya. Melihat Grigor bermati-matian mempertahankan keimanannya, raja telah melemparkannya ke dalam perigi yang dalam, gelap, tempat yang sempit dan penuh dengan ular yang mana sebelum ini tiada orang yang pernah terselamat. Namun, Grigor diberi pertolongan oleh seorang balu yang belas kasihan akan dirinya dan membolehkan beliau untuk bertahan di dalam perigi itu buat bertahun-tahun lamanya. Sementara itu, kisah ini seterusnya beralih kepada percubaan yang dibuat olehMaharaja Diocletianus untuk menggoda Hripsime yang masih lagi dara. Hripsime cuba mencari perlindungan dengan melarikan diri dari Rom bersama sahabatnya ke Armenia. Kecantikan gadis muda itu telah membuatkan Raja Tiridat tertarik lalu membuatkan raja itu jatuh hati dan ingin mendapatkan gadis dara itu. Hripsime berkeras menolak untuk memenuhi keinginan raja itu. Maka, raja bertindak berang lalu menyeksa dan membunuh Hripsime bersama sahabatnya dengan kejam. Sebagai balasan, Tiridat telah berubah menjadi seekorbabi hutan dan beliau tidak dapat kembali kepada bentuk manusia melainkan beliau membebaskan Grigor daripada perigi yang telah ditahan selama 13 tahun yang panjang. Akhirnya, raja itu kembali kepada bentuk manusia atas doa Grigor. Seterusnya, Tiridat mengambil keputusan untuk memeluk agama Kristian bersama keluarga dan tentera-tenteranya. Beliau juga bekerja keras untuk mengkristiankan seluruh rakyatnya. Jadi, orang Armenia telah dikristiankan manakala agama Kristian diangkat sebagai agama rasmi negara. Sementara itu, Grigor menjalani upacarapentahbisankeuskupan di Caesarea. Beliau kemudiannya bersama dengan Tiridat menjelajah ke seluruh negara untuk memusnahkan tempat penyembahanpagan dan membina gereja-gereja Kristian. Oleh kerana Grigor mempunyai gambaran terhadapYesus Kristus, sebuah gereja telah dibina di kampungVagarshapat. Tempat ini seterusnya mengambil nama Etchmiadzin iaitu tempat di mana "yang diperanakkan turun" merujuk kepada peristiwa keajaiban Yesus yang akan turun ke bumi.Paderi-paderi pagan dididik dengan agama baru dan menjadi menteri kerajaan manakala anak-anak mereka membentuk teras untuk menjadi paderi sebelum melangkah ke alam kebiaraan. Kemudian, Grigor mengundur diri menjadi seorang pertapa di kawasan terpencil. Anak bongsunya, Aristakes ditahbiskan menjadiuskup dan kemudiannya juga menjadi ketua Gereja Hawari dan mengambil bahagian dalamMajlis Nicea.

Penciptaanabjad Armenia dilakukan pada satu kurun berikutnya selepas pengkristian Armenia. Mesrop Mashtots telah memperkenalkan huruf Armenia pada 404 M dan dua peristiwa ini penting ini telah menyelamatkan identiti dan budaya Armenia selama berabad-abad lamanya meskipun menghadapi peristiwa sejarah yang pahit.

Byzantine, Arab dan Seljuk

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 591, balatentera Byzantium pimpinan Maharaja Mauricius telah menewaskan Parsi dan berjaya merebut sebahagian besar wilayah Armenia untuk digabungkan ke dalam empayar baginda. Kempen penaklukan Armenia telah disempurnakan berikutnya oleh MaharajaHeraclius pada tahun 629. Namun pada tahun 645, tenteraArab Muslim telah menyerang dan menakluk Armenia. Jadi, Armenia yang pernah berada di bawah pemerintahan Parsi dan Byzantine kini menjadi wilayah kekuasaanKhilafah. Dikenali sebagai Emiriah Armenia (Arminiya), kawasan itu diperintah oleh seorang putera yang diiktiraf oleh Byzantium. Kerajaan ini berpusat di Dvin yang tidak jauh daripadaYerevan (dalam kerajaan Bagarat). Sejak daripada itu, terdapat tekanan diterima oleh orang Armenia untuk memeluk agamaIslam. Namun, satu persetujuan telah disepakati bahawa orang Armenia dibenarkan untuk meneruskan pengamalan agama Kristian mereka.

Sevanavank terdiri daripadaSurp Arakelots (kiri) danSurp Astvatsatsin (kanan)

Pada tahun 884, putera Armenia dapat mengembalikan kemerdekaannya dan ia bertahan sehingga tahun 1045 apabila mereka akhirnya tunduk semula kepada kekuasaan Byzantine. Pada masa itu, Armenia menghadapi pembaharuan politik, ekonomi dan kebudayaan. Ibu kota baharu telah ditubuhkan di Ani yang memiliki populasi sebanyak 200 ribu orang dan mempunyai 1001 buah gereja. Malahan pada masa itu juga, populasi penduduk di ibu kota Eropah tidak mencecah 20 ribu orang. Hasil pembinaan kota Ani, Armenia menjadi sebuah negara yang makmur dan pesat sambil mempengaruhi negara-negara jiran terutamanya dalam bidang politik. Namun, sistemfeudal secara perlahan-lahan telah melemahkan negara dan menghakis kesetiaan kepada kerajaan pusat.

Pada tahun 1071, selepas kekalahan Empayar Byzantine kepadaTurk Seljuk pimpinanAlp Arslan dalamPertempuran Manzikert, kawasan Armenia Raya telah ditakluk. Untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh dan diperhambakan, ribuan keluarga telah meninggalkan Armenia untuk menetap di bumi asing seperti di Cilicia danPoland. Salah seorang daripadanya ialah Rupen, saudara kepada Gagik II iaitu raja terakhir Ani telah melarikan diri bersama rakyatnya melalui jurang sempitPergunungan Taurus untuk tiba di Cilicia.

Kerajaan Cilicia

[sunting |sunting sumber]
Kerajaan Armenia Cilicia pada abad ke-13.

Rupen sampai ke Teluk Alexandretta diLaut Mediterranean dan beliau menubuhkan Kerajaan Cilicia (juga dikenali sebagai Minor Armenia atau Armenia Kecil) pada tahun 1080. Secara tidak langsung, peristiwa ini ditandakan sebagai permulaan pemerintahan Rupenid yang berkongsi keturunan sama dengan dinasti Bagratid. Sis dijadikan sebagai pusat pemerintahan kerajaan. Kerajaan Kristian ini sukar menjalani pemerintahan yang aman kerana terletak di antara banyak kerajaan Islam dan juga bermusuhan dengan Byzantine. Namun, kerajaan ini berjaya menghadapi ancaman ini walaupun menerima tekanan hingga ke kawasan sempadan kerajaan. Bahkan, Armenia Cilicia juga menjalinkan hubungan perniagaan dengan negara kota maritimItali yang berkembang pesat selama kira-kira 300 tahun. Pisa,Genoa danVenice telah mendirikan koloni di kawsan perairan kerajaan Cilicia.Marco Polo meneruskan jelajahnya keChina melalui Laiazzo, sebuah koloni Venice yang terletak di kerajaan Cilicia pada 1271.

Pada penghujung abad ke-14, Cilicia telah ditakluk olehMamluk. Ibu kota kerajaan, Sis ditawan oleh Mamluk pada tahun 1375 lalu membawa kepada kejatuhan kerajaan. Raja terakhir, Leo VI telah melarikan diri mencari perlindungan diParis di mana beliau meninggal pada 1393 selepas gagal untuk menyeruPerang Salib berikutnya.

Kerajaan Cilicia merupakan entiti politik Armenia berdaulat yang terakhir. Semenjak itu, tiada lagi negara Armenia berdaulat yang wujud selama lebih enam kurun dengan tunduk kepada pelbagai dominasi kuasa asing.

Dominasi Uthmaniyah dan Parsi

[sunting |sunting sumber]
Taburan orang Armenia di timur Empayar Uthmaniyah (populasi lebih daripada 50 peratus di bahagian berwarna biru)

Kejatuhan kerajaan Cilicia sehingga penghujung abad ke-17 menandakan zaman kegelapan dan penghakisan budaya Armenia. Pada penghujung abad ke-14 di bahagian tengahAnatolia dan timur Eropah,Tamerlane telah mengukuhkan kekuasannya hampir diAnkara namunempayarnya akhirnya runtuh. Pada separuh kedua abad ke-15, dicatatkan kebangkitanEmpayar Uthmaniyah dan dinasti baru diIran,Safawiyah. Selama lebih 100 tahun, kedua-dua empayar ini berperang untuk merampas penguasaan di timur Anatolia dan kawasanCaucasus. Peperangan ini berakhir dengan kejayaan Uthmaniyah pada tahun 1585 yang dapat menakluk bahagian timur Armenia. Pada awal dekad abad ke-17, Shah Abbas I gagal dalam percubaannya untuk mengusir Uthmaniyah daripada wilayah Armenia. Pengunduran pemerintah Parsi itu telah memaksa penghijrahan orang Armenia dari kotaJulfa yang terletak di tebing Sungai Arax. Penghijrah kemudian menetap diEsfahan dan menubuhkan kota Julfa Baru yang seterusnya berkembang maju sebagai pusat komersial dan kebudayaan pada abad ke-17. Mereka juga menjalankan aktiviti ekonomi yang meluas dariIndia keItali danBritain. Permusuhan antara Parsi dan Uthmaniyah akhirnya menemui titik noktah pada tahun 1736 apabila Parsimenewaskan Uthmaniyah lalu menakluk seluruh kawasan selatan Transcaucasia termasuklah Armenia.

Mangsa pembunuhan beramai-ramai Erzurum, 1895.

Dari pertengahan abad ke-18, Armenia Parsi mula bertukar tangan kepadaRusia hasil Perjanjian Gulistan (1813) dan Turkmenchay (1828). Sejak daripada itu, wilayah Armenia itu mengikuti perkembangan Empayar Rusia sehinggarevolusi dan menjadi sebahagian daripadaSoviet. Bahagian Armenia yang berada di bawah pemerintahan Uthmaniyah pula kecewa akan harapan untuk mencapai kemerdekaan dan matlamat untuk menubuhkan negara diserahkan kepada gerakanrevolusi pada hujung abad ke-19. Jawatankuasa revolusi itu bermodelkan kepada gerakan nihilis Rusia. SultanAbdul Hamid II membalas tindakan tersebut dengan tekanan hebat. Pada bulan Ogos hingga September 1894, berlakunya pembunuhan beramai-ramai Armenia pertama diikuti oleh pembantaian pada tahun 1895 dan 1896. Antara tahun 1894 dan 1896, bilangan kira-kira 200 hingga 300 ribu orang Armenia telah dibunuh oleh tentera berkuda Hamidiye (batalionKurdi khusus arahan sultan).

Genosid Armenia

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Genosid Armenia
Konsep Armenia Raya yang dituntut olehDashnak.

Dengan kebangkitanJawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan untuk berkuasa, situasi orang Armenia di Turki menjadi bertambah buruk. Dalam pada itu,Turki Muda menyokong idea kemegahanbangsa Turki di dalam wilayah Empayar Uthmaniyah. Dilhamkan oleh dokrinsosialisme danMarxisme yang telah dibelajar di Eropah serta perasaan kecewa terhadap kehilangan penguasaan Uthmaniyah di Eropah, parti itu menerangkan bahawa satu-satunya cara yang boleh meluaskan kuasa ialah penyatuan semula bangsa Turk yang tinggal diAsia Tengah seperti orangTatar,Kazakh danUzbek. Hal ini disebabkan oleh dua acuan budaya yang membawa kepada kelahiran ideologi Pan-Turkisme. Pertama sekali ialah Marxisme yang menyemai idea kesamarataan kepada Turki Muda: semua warga Uthmaniyah mesti sama rata, jadi semua warga mesti orang Turk dan semua daripada mereka mesti Muslim. Seterusnya ialah disebabkan oleh kesukaran untuk mempertahankan dan mengembangkan kekuasaan di Eropah, jadi mereka mengalihkan perhatian kepada bangsa Turk yang tinggal di kawasansteppe Asia Tengah sekali gus menghasilkan Pan-Turkisme yang meluas dan menjangkau dariBosphorus hingga ke China. Halangan yang mereka lalui ialah minoriti Armenia, Kristian,Indo-Eropah dan Kurdi. Namun, minoriti Kurdi bukan satu cabaran asimilasi yang mustahil untuk diatasi kerana mereka sememangnya Muslim. Sebaliknya, orang Armenia dan Kristian menganut agama yang berbeza dan mengamalkan adat resam beratus-ratus tahun lamanya. Proses asimilasi bukan sahaja menjadi sukar tetapi kehadiran mereka telah menghalang penyatuan bangsa Turk. Jadi, mereka perlu dihapuskan.

Orang Armenia berpindah dariKars berikutan serangan Turki.

Pembunuhan beramai-ramai Adana telah berlaku pada tahun 1909. Namun, gerakan Turki Muda mengambil dasar penghapusan etnik ketika datangnya peluang keemasan. SemasaPerang Dunia Pertama tercetus, Turki Muda memulakan pembersihan etnik Armenia yang disebut sebagai "Metz Yeghèrn", Jenayah Besar atau lebih dikenali sebagaiGenosid Armenia. Dianggarkan dari tahun 1915 hingga 1923, sekitar 1.5 juta orang telah dibunuh atau diusir dan dibiarkan mati di Gurun Syria. Peristiwa ini merupakan kejadiangenosid pertama terdahsyat pada abad ke-20. Ramai mangsa mencari perlindungan keRepublik Armenia yang muncul selepas kejayaan Armenia ke atas Turki dalam Pertempuran Sardarapat. Republik itu bertahan selama dua tahun sahaja dan ramai juga orang Armenia mencari perlindungan diMesir,Syria,Lubnan,Israel,Iran,Eropah danAmerika Syarikat. Selepas tamatnya peperangan,Pihak Berikat telah menghukum Turki melalui pemeteraianPerjanjian Sèvres pada 1920 dengan memberi jaminan kemerdekaan kepada Armenia serta menyerahkan wilayah-wilayah Uthmaniyah kepada Armenia. Namun, perjanjian itu ditolak oleh Gerakan Kebangsaan Turki yang diketuai oleh JeneralMustafa Kemal. Beliau yang menggulingkan kesultanan Uthmaniyah telah mengisytiharkan penubuhan republiksekular dan menjadikanAnkara sebagai ibu negara. Pada 24 September 1920, dengan mengambil kesempatan atas peperangan Armenia danAzerbaijan, Turki bersama sokonganRusia telah memulakan Perang Turki-Armenia yang berakhir dengan Perjanjian Alexandropol pada 2 Disember 1920. Perjanjian itu ditandatangani di tempat yang dikenali sebagaiGyumri pada hari ini dan ia menandakan kejayaan Turki serta pembatalan penyerahan wilayah seperti yang dibuat di Sèvres. Tidak lama kemudian pada 4 Disember, Tentera Kesebelas Soviet telah memasuki Armenia dan menduduki Yerevan sekali gus menamatkan pemerintahan Republik Armenia yang merdeka di samping memulakan pemerintahan Soviet yang berlanjutan sehingga penghujung alaf yang pertama.

Pemerintahan Soviet

[sunting |sunting sumber]
WilayahSoviet Armenia.

Armenia digabungkan ke dalamKesatuan Soviet pada 4 Mac 1922 yang merupakan sebahagian daripadaRepublik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia termasuklahGeorgia danAzerbaijan. Tidak lama selepas itu, Perjanjian Alexandropol telah digantikan oleh Perjanjian Kars pada 11 September 1922 di mana Turki menyerahkan pelabuhan Batumi kepada Rusia dan sebagai balasan, Turki memperoleh kotaKars,Ardahan danIğdır. Armenia Soviet telah memanfaatkan sistem ekonomikomunis dengan menjalani perubahan daripada ekonomipertanian kepada ekonomiperindustrian. Pada masa itu, banyak kampung telah berkembang menjadi bandar. Pada tahun 1936, Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia telah dibubarkan manakala Armenia, Azerbaijan dan Georgia menjadi republik tunggal masing-masing tetapi tetap di bawah Soviet. Pada masa itu juga,Nagorno-Karabakh telah diberikan kepada Azerbaijan olehJoseph Stalin yang kemudiannya menjadi asas kepada peperangan yang meletus pada 1990-an.

Pada 24 April 1965, ribuan orang Armenia melancarkan protes di Yerevan semasa ulang tahun ke-50 memperingati peristiwa Genosid Armenia. Mereka meminta pengiktirafan peristiwa itu daripada kerajaan tetapi tentera Soviet bertindak memasuki kota itu dan menjelaskan arahan. Untuk mengelakkan protes yang berpanjangan,Kremlin telah bersetuju untuk membina sebuah monumen bagi mengenang mangsa-mangsa terkorban akibat kekejaman ini. Pada tahun 1967, sebuah memorial telah dibina di Yerevan yang direka oleh arkitek Sashur Kalashyan. Memorial itu terdiri daripada tugu peringatan setinggi 44 meter yang melambangkan kelahiran semula semangat kebangsaan Armenia dan sebanyak 12 buah monolit disusun dalam satu bulatan melambangkan 12 wilayah hilang yang kini berada diTurki. Di pusat bulatan itu, terdapat api menyala yang kekal sebagai simbol kepada memori bagi mereka yang terkorban. Di samping itu, terdapat laluan menuju ke monumen bersama dinding memorial sepanjang 100 meter yang memaparkan nama-nama kampung di mana pembunuhan tragis berlaku.

Kemerdekaan

[sunting |sunting sumber]

Pada 23 Ogos 1990, satu tahun sebelumkeruntuhan Kesatuan Soviet, Armenia telah mengisytiharkan kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, ia tidak diiktiraf sepenuhnya sehingga 21 September 1991 iaitu hari pengisytiharan Republik Armenia. Namun, pertikaian antara Armenia dan Azerbaijan terus menjadi tegang kerana perebutan wilayahNagorno-Karabakh. Pertikaian ini telah mencetuskan peperangan antara kedua-dua negara itu. Walaupungencatan senjata telah dipersetujui pada 1994, namun ia masih belum menyelesaikan konflik ini sepenuhnya.

Armenia mengalami kemajuan pembangunan negara yang luar biasa sejak kemerdekaannya biarpun menghadapi sekatan sempadan oleh Turki dan Azerbaijan. Sejak daripada itu, Armenia digelar "Harimau Caucasus" bersama kadar pertumbuhan digit berganda. Pembangunan negara ditaja oleh rangkaian antarabangsa diaspora Armenia yang membayar 1.5 biliondolar Amerika pada setiap tahun dan menyumbang kepada kira-kira 20% daripadaKDNK negara. Kerajaan berusaha melawan kadar kemiskinan yang masih lagi tinggi. Pihak kerajaan menggalakkan eksport negara berfokuskan kepada teknologi tinggi dan modal insan. Walaupun dalam jangka lima tahun terakhir ledakan ekonomi telah berubah ukurannya, Armenia masih lagi sebuah negara yang mengalami pertumbuhan yang kukuh hasil hubungan kerjasama yang dipelihara dengan negara-negara jiran sepertiGeorgia,Rusia danIran.

Politik

[sunting |sunting sumber]

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Wilayah di Armenia

Armenia dibahagikan kepada 10 buah wilayah, dengan ibu kota Yerevan mendapat status khas. Senarai wilayah di Armenia adalah seperti di bawah:

Peta pembahagian wilayah-wilayah Armenia
  1. Aragatsotn
  2. Provinsi Ararat
  3. Provinsi Armavir
  4. Geghark'unik'
  5. Kotayk'
  6. Lorri
  7. Shirak
  8. Syunik'
  9. Tavush
  10. Vayots' Dzor
  11. Yerevan

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Armenia memiliki anggaran jumlah penduduk sebanyak 2,951,745 pada 2018. Kelangsungan jumlah penduduk Armenia memiliki masalah, yakni pengurangan penduduk akibat peningkatan emigrasi selepas pembubaran Kesatuan Soviet. Sejak kebelakangan ini, kadar emigrasi telah menurun dan pertambahan penduduk mula jelas.

Bahasa

[sunting |sunting sumber]

Bahasa Armenia ialah satu-satunya bahasa rasmi negara, dengan bahasa-bahasa utama lain ialahbahasa Rusia danInggeris. Bahasa Rusia masih diajar di sekolah sebagai bahasa kedua.[34]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Templat:Cite CIA World Factbook
  2. ^abcd"World Economic Outlook Database, April 2023" (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C.:Tabung Kewangan Antarabangsa. 7 April 2023. Dicapai pada17 April 2023.
  3. ^"GINI index (World Bank estimate) - Armenia".Bank Dunia.Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2018. Dicapai pada17 Jun 2021.
  4. ^"Human Development Report 2021/2022"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).Rancangan Pembangunan PBB. 8 September 2022. Dicapai pada8 September 2022.
  5. ^Central Intelligence Agency (2014).The CIA World Factbook 2015. Skyhorse Publishing. m/s. 5241.ISBN 978-1-62914-903-5.
  6. ^TheUNclassification of world regionsDiarkibkan 25 Jun 2002 diWayback Machine places Armenia in Western Asia; theCIAWorld Factbook"Armenia".The World Factbook.CIA.Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2010. Dicapai pada2 September 2010."Armenia".National Geographic.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 August 2007. Dicapai pada16 April 2009.,"Armenia".Encyclopædia Britannica.Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2009. Dicapai pada16 April 2009.,Calendario Atlante De Agostini (dalam bahasa Italian) (ed. 111). Novara: Istituto Geografico De Agostini. 2015. m/s. sub voce.ISBN 9788851124908.CS1 maint: unrecognized language (link) andOxford Reference Online"Oxford Reference".Oxford Reference Online. Oxford Reference Online. 2004.doi:10.1093/acref/9780199546091.001.0001.ISBN 9780199546091. also place Armenia in Asia.
  7. ^The Oxford Encyclopedia of Economic History. Oxford University Press. 2003. m/s. 156.ISBN 978-0-19-510507-0.
  8. ^(Garsoïan, Nina (1997). R.G. Hovannisian (penyunting).Armenian People from Ancient to Modern Times.1.Palgrave Macmillan. m/s. 81.)
  9. ^Stringer, Martin D. (2005).A Sociological History of Christian Worship. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 92.ISBN 978-0-521-81955-8.
  10. ^Negara-negara yang lebih kecil yang telah mendakwa penerimaan rasmi agama Kristian sebelum ini termasuk Osroene, Silures, dan San Marino. Lihat Garis Masa penerimaan rasmi agama Kristian.
  11. ^Grousset, René (1947).Histoire de l'Arménie (ed. 1984). Payot. m/s. 122.. Estimated dates vary from 284 to 314. Garsoïan (op.cit. p. 82), following the research of Ananian, favours the latter.
  12. ^Ագաթանգեղոս §§ 13 (ի Հայաստան աշխարհէս), 16 (Հայաստան աշխարհիս 2x, ի Հայաստան աշխարհիս), 35 (Հայաստան աշխարհին), 160 (Հայաստան աշխարհիս), 249 (Հայաստան աշխարհիս), 715 (Հայաստան աշխարհիս), 776 (Հայաստան աշխարհին), 784 (Հայաստան աշխարհին), 796 (ի մէջ Հայաստան աշխարհի), 808 (հասանէին ի Հայաստան աշխարհն)։
  13. ^Ագաթանգեղոս § 885 (ի Հայաստան երկրին)
  14. ^Փաւստոս Բուզանդ 1883=1984, էջ 1 (Հայաստան աշխարհին)
  15. ^Փաւստոս Բուզանդ 1883=1984, 4.բ, էջ 56 (Հայաստան երկրին)
  16. ^904=1985, էջ 2 (Հայաստան աշխարհիս), 110 (կանայս ի Հայաստան աշխարհիս)
  17. ^Կորիւն 1994, էջ 83 (Հայաստան աշխարհի), 93 (Հայաստան աշխարհին), 103 (ի Հայաստան աշխարհին), 120 (ի Հայաստան աշխարհէս)
  18. ^ժը (սեռ. Հայաստանեայց, բացառ. ի Հայաստանեայց), տես Աբգարյան 1979, էջ 66, 90
  19. ^Razmik Panossian, The Armenians: From Kings And Priests to Merchants And Commissars,Columbia University Press (2006),ISBN978-0-231-13926-7, p. 106.
  20. ^Rafael Ishkhanyan, "Illustrated History of Armenia," Yerevan, 1989
  21. ^Elisabeth Bauer.Armenia: Past and Present (1981), p. 49
  22. ^"Χαλύβοισι πρὸς νότον Ἀρμένιοι ὁμουρέουσι (The Armenians border on the Chalybes to the south)".Chahin, Mark (2001).The Kingdom of Armenia. London:Routledge. m/s. fr. 203.ISBN 978-0-7007-1452-0.
  23. ^Xenophon.Anabasis. m/s. IV.v.2–9.
  24. ^Ibp Inc (2013-09-01).Armenia Country Study Guide Volume 1 Strategic Information and Developments. m/s. 42.ISBN 9781438773827.
  25. ^Archi, Alfonso (2016)."Egypt or Iran in the Ebla Texts?".Orientalia.85: 3.
  26. ^Kroonen, Guus; Gojko Barjamovic; Michaël Peyrot (9 May 2018)."Linguistic supplement to Damgaard et al. 2018: Early Indo-European languages, Anatolian, Tocharian and Indo-Iranian".Early Indo-European languages: 3.
  27. ^Moses of Chorene,The History of ArmeniaDiarkibkan 19 April 2003 diWayback Machine, Book 1, Ch. 12(dalam bahasa Rusia)
  28. ^History of Armenia by Father Michael Chamich from B.C. 2247 kepada Tahun Kristus 1780, atau 1229 era Armenia, Bishop's College Press, Calcutta, 1827, hlm. 19: "[Aram] adalah orang pertama yang menaikkan nama Armenia ke mana-mana tahap kemasyhuran; sehingga negara-negara kontemporari... memanggil mereka orang Aram, atau pengikut Aram, sebuah nama yang telah rosak menjadi orang Armenia; dan negara itu mereka didiami, dengan persetujuan sejagat, mengambil nama Armenia."
  29. ^ab"Charles, R.H. (1913). The Book of Jubilees 9:5 from The Apocrypha and Pseudepigrapha of the Old Testament. Clarendon Press".www.pseudepigrapha.com.Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2018. Dicapai pada13 Jun 2018.
  30. ^ab"Charles, R.H. (1913). The Book of Jubilees 8:21 from The Apocrypha and Pseudepigrapha of the Old Testament. Clarendon Press".digitalcommons.andrews.edu.Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2018. Dicapai pada13 Jun 2018.
  31. ^Josephus, Flavius.Antiquities of the Jews. m/s. Book 1, section 143.Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2017. Dicapai pada13 Oktober 2017.
  32. ^http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=lamender
  33. ^D. Gerth van Wijk (1985) "Pendahuluan".Tata Bahasa Melayu, terjemahanSpraakleer der Maleische Taal. T.W. Kamil (Penterjemah). Jakarta: Penerbit Djambatan.
  34. ^Suny, Glenn E."Education" (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2009.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangArmenia diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Asia Tenggara

Brunei ·Filipina ·Indonesia1 ·Kemboja ·Laos ·Malaysia ·Myanmar ·Singapura ·Thailand ·Timor Leste ·Vietnam

Asia Barat

Arab Saudi ·Armenia ·Azerbaijan2 ·Bahrain ·Cyprus ·Emiriah Arab Bersatu ·Georgia2 ·Iran ·Iraq ·Israel ·Jordan ·Kuwait ·Lubnan ·Mesir ·Oman ·Palestin ·Qatar ·Suriyah ·Turki2 ·Yaman

Asia Tengah danUtara

Afghanistan ·Kazakhstan ·Kyrgyzstan ·Rusia2 ·Tajikistan ·Turkmenistan ·Uzbekistan

Asia Timur

China ·Hong Kong3 ·Korea Selatan ·Korea Utara ·Macau3 ·Jepun ·Mongolia

Asia Selatan

Bangladesh ·Bhutan ·India ·Maldives ·Nepal ·Pakistan ·Sri Lanka

Wilayah tanggungan dan negeri dengan pengiktirafan terhadWilayah tanggungan :

Akrotiri dan Dhekelia,Wilayah Lautan Hindi British(United Kingdom) ·Kepulauan Cocos (Keeling),Pulau Krismas(Australia)
Negeri dengan pengiktirafan terhad :Abkhazia ·Cyprus Utara ·Nagorno-Karabakh ·Ossetia Selatan ·Republik China (Taiwan)

Ahli
CIS flag
Ahli bersekutu
Pemerhati
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan diEropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain
Denmark
Finland
Norway
United Kingdom
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Lain-lain
Ikon tunas

Rencana berkaitangeografi ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Armenia&oldid=6304596"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp