Sharon merupakan seorang komander dalamTentera Israel sejak penubuhannya pada 1948.[2]
Ketika kerjayanya yang panjang, Sharon dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luarIsrael. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Ramai warga Israel sedemikian menganggapnya sebagaiwira perang yang membantu mempertahankan negara itu ketika detik paling getirnya. Sebilangan pembangkangnya telah cuba mendakwanya sebagai penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitanpenyembelihan Sabra dan Shatila ketikaPerang Lubnan 1982, yang manaSuruhanjaya Kahan mendapatinya bertanggungjawab secara 'tidak langsung' dan 'persendirian'. Sementara tiada seorang pun orang Israel yang melakukan pembunuhan itu, siasatan mendapati bahawa Sharon secara persendiriannya bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai akibat kelekaan dan terlebih keyakinan. Akibatnya, Sharon dilucutkan jawatan sebagaiMenteri Pertahanan. Namun begitu, Sharon masih lagi merupakan tokoh penting dalam partiLikud, serta memegang pelbagai jawatan kanan dalamjemaah menteri dan parti, lalu menjadi pemimpin parti pada tahun 1999 dan Perdana Menteri pada tahun 2001.
Ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, dasar-dasar Sharon menyebabkan pertelingkahan dalam partiLikud, lalu Sharon sendiri meninggalkan Likud untuk membentuk parti baru,Kadima. Beliau menjadiPerdana Menteri Israel pertama yang tidak bernaung di bawahParti Buruh Israel atau Likud — kedua-dua parti inilah yang sering mendominasi politik Israel dalam sejarah. Parti baru yang ditubuhkan Sharon itu, dengan Olmert yang menampilkan diri sebagai pemimpinnya, memenangi bilangan kerusi terbanyak dalamKnesset pada pilihan raya 2006,[3] dan sekarang merupakan sahabat campuran kanan dalam kerajaan Israel.
Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, namun kuasa-kuasa jawatannya dilaksanakan oleh pemangku Perdana MenteriEhud Olmert berikutan angin ahmar Sharon pada 4 Januari 2006. Ketika itu, Sharon mula mengalamikeadaan vegetatif berterusan dan sehinggalah kematiannya lapan tahun kemudian.[4][5]