Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Argentina

Koordinat:26°15′S53°38′W / 26.250°S 53.633°W /-26.250; -53.633 (Argentina's easternmost continental point)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

26°15′S53°38′W / 26.250°S 53.633°W /-26.250; -53.633 (Argentina's easternmost continental point)

Republik Argentina
ريڤوبليك ارݢينتينا
República Argentina (Sepanyol)
Bendera Argentina
Jata Argentina
BenderaJata
Cogan kataEn unión y libertad  (Bahasa Sepanyol)
"Dalam Penyatuan dan Kebebasan"
Lagu kebangsaanOid, Mortales
Sol de Mayo
Lokasi Argentina
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Buenos Aires
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol
Bahasa umum
KerajaanPersekutuanrepublik berpresiden
Javier Milei
Victoria Villarruel
• Ketua Jemaah Menteri
Juan Luis Manzur
• Presiden Dewan Rakyat
Martín Menem
Horacio Rosatti
Badan perundanganKongres Kebangsaan
Senat
Dewan Rakyat
Kemerdekaan 
daripadaSepanyol
25 Mei 1810
9 Julai 1816
1 Mei 1853
Keluasan
• Jumlah
2,780,400 km2 (1,073,500 bt2)[A] (ke-8)
• Perairan (%)
1.57
Populasi
• Bancian Penduduk 2022
47,327,407[6] (ke-32)
14.4/km2 (37.3/sq mi)[5] (ke-214)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$1.207 trilion[7] (ke-29)
$26,074[7] (ke-63)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$630.698 bilion[7] (ke-24)
$13,622[7] (ke-62)
Gini (2025)negative increase 40.2[8][9]
sederhana
HDI (2025) 0.898[10]
sangat tinggi · ke-47
Mata wangPeso Argentina ($)
(ARS)
Zon waktuUTC−3 (ART)
Format tarikhdd/mm/yyyy (CE)
Arah memandukanan[a]
Kod panggilan+54
Kod ISO 3166AR
DPT internet.ar
  1. ^Tidak termasuk wilayahAntartika (965,597 km2, termasukKepulauan Orkney Selatan),Kepulauan Falkland (11,410 km2),Georgia Selatan (3,560 km2) danKepulauan Sandwich Selatan (307 km2) yang dipertikai.[5]
[a]

Argentina ialah sebuah negara Amerika Latin yang terletak di selatan benua Amerika Selatan dan berada di antaraBanjaran Andes di barat danLautan Atlantik di selatan. Argentina pada kedudukan permukaannya berada di tempat kelapan.  Ia adalah negara terbesar yang menggunakan bahasa Sepanyol. Oleh sebab lokasinya ia juga dikenali sebagai "Sur del sur" (dalambahasa Sepanyol bermaksud paling selatan di selatan). Argentina mempunyai kawasan yang luas dan merupakan negara kelapan terbesar di dunia, manakala ibu negaranyaBuenos Aires adalah salah satumetropolitan yang terpadat di dunia. Negara ini bersempadan denganParaguay danBolivia di sebelah utara,Brazil danUruguay di timur-laut danChile di sebelah barat. Ia dipanggilRepublik Argentina (Sepanyol:República Argentina), tetapi nama rasminya ialahNegara Argentina (Nacion Argentina).

Negara ini mula dijajah olehkuasa Sepanyol pada abad ke-16. Argentina bangkit sebagai negara penerus wizuraiRío de la Plata, seorang wakil dari Sepanyol di luar negara yang ditubuhkan pada tahun 1776. Deklarasi dan perjuangan untuk kemerdekaan (1810-1818) diikuti oleh perang saudara yang berlanjutan hingga tahun 1861, yang memuncak dengan penyusunan semula negara itu sebagai wilayah persekutuan denganBuenos Aires sebagai ibu kotanya. Negara selepas itu menikmati keamanan dan kestabilan yang relatif, dengan beberapa gelombangpenghijrahan orang Eropah, terutamanya dariItali danSepanyol, secara radikal mengubah budaya dan demografi negara; 62.5% penduduk di sini berketurunan Itali penuh atau sebahagian[11], danbudaya Argentina mempunyai hubungan yang rapat denganbudaya Itali.

Sejarah nama asal negara

[sunting |sunting sumber]

NamaArgentina diambil daripada bentuk muanas kataargentino[12] turunan Latinargentum (perak).[13] Apabila penakluk Sepanyol mula berlayar ke Río de la Plata, kapal mereka telah karam. Antara mereka yang terselamat termasuklahJuan Díaz de Solís dan beliau telah bertemu dengan beberapa orang pribumi yang menghadiahkannya barangan buatanperak. Berita tentang Sierra del Plata yang kaya dengan perak "setinggi gunung" telah sampai keSepanyol pada sekitar 1524. Sejak itu, pihak Sepanyol menamakan sungai tersebutSolís, Río de la Plata (Sungai Perak).

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Argentina

Penjelajah Eropah yang pertama telah tiba di sini pada awal abad ke-16 (yang pertama untuk melihat dan menjelajah tanah air ini ialah seorang pelayar Sepanyol bernamaJuan Díaz de Solís pada 1516 tetapi terbunuh pada tahun yang sama). Ini diikuti denganpenjajahan Sepanyol yang lain dan berakhir dengan penempatan mereka diBuenos Aires dalam tahun 1580. SelepasRevolusi Mei 1810 dan kemerdekaan daripada Sepanyol pada 1816, suatu konflik telah tercetus antara puak-puakcentralista danfederalista dan ia berlarutan hinggalah diisytiharkan perlembagaan baru pada 1853.

Pada awal abad ke-20 Argentina merupakan salah satuekonomi termaju di dunia dan berada di tangga ke-10 negara paling kaya di dunia.

Selepas berakhirnyaPerang Dunia Kedua, berlaku pula kebangkitan gerakan populisPerónisme satu gerakan yang diasaskan olehJuan Perón, tokoh terkemuka di Argentina dan di Amerika Selatan pada abad ke-20. Beliau telah menyokong gerakan buruh di Argentina tetapi akhirnya telah mempolarisasikan negara itu. Pada tahun 1955, beliau digulingkan oleh pihaktentera. Sejak itu, pihak ini telah mentadbir negara Argentina dan saling tukar menukar dengankerajaan yangdemokratik.Rejim tentera yang paling zalim sekali telah memerintah Argentina di antara tahun 1976 dan 1983. Rejim tersebut kerap melanggarhak asasi manusia dan membunuh beribu-ribu orang yang dikenali sebagai "desaparecidos" (Bahasa Sepanyol untuk “mereka yang lesap”)—dalam satu peristiwa yang dipanggil “Perang Kotor”. Pada awal tahun 80-an, rakyat semakin bosan dengan kerajaan kerana masalah ekonomi yang semakin meruncing,korupsi berleluasa dan kekalahan di tangan tenteraUnited Kingdom dalam "Perang Falkland" (di Argentina dikenali sebagai Perang Malvinas iaitu nama Argentina untuk pulau tersebut) pada tahun 1982. Selepas kerajaan tentera jatuh pada 1983, Argentina telah berusaha untuk menjadi kerajaan demokratik tetapi terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi yang teruk.

Politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Politik Argentina

Perlembagaan Argentina 1853, yang dipinda pada 1994, memberi mandatpembahagian kuasa antara badan-badaneksekutif,legislatif dankehakiman di peringkat kebangsaan dan negeri. Presiden dan Naib Presiden dipilih secara langsung setiap 4 tahun. Kedua-duanya boleh menyandang jawatan selama tidak lebih dua penggal; mereka hanya dibenarkan bertanding untuk kali ketiga selepas satu penggal tidak bertanding.Presiden melantik ahlikabinet danperlembagaan memperuntukkan banyak kuasa kepadanya sebagai ketuanegara dan ketuakerajaan, termasuk kuasa untuk menggubalundang-undang dibawahperintah presiden dengan syarat ia "terdesak dan perlu" dan jugakuasa veto yang terhad.

Ibu negara Argentina,Buenos Aires berlatarbelakangkan Plaza del Congreso

Kongres Argentina adalah dikenali sebagai Kongres Kebangsaan atauCongreso Nacional. Ia menggunakan sistem Kongresdwidewan iaitu terbahagi kepada dua dewan yang utama: Dewan Senat atauSenado dengan 72 kerusi dan Kamar Perwakilan atauCámara de Diputados dengan 257 ahli. Sejak 2001, parasenator dipilih secara langsung, dengan setiap negeri, termasuk PusatPersekutuan, diwakili oleh tiga senator. Para senator berkhidmat selama 6 tahun. Satu pertiga ahli Senat akan bertanding sekali lagi setiap 2 tahun. Ahli Kamar Perwakilan adalah dipilih secara langsung dan akan berkhidmat selama 4 tahun. Pengundi mengundi separuh dari ahli Kamar Perwakilan setiap dua tahun dan setiap dewan dipilih mengikut sistempilihan rayaperwakilan berkadar.

Dasar Luar Negara

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1991, Argentina merupakan negara tunggal dari Latin Amerika yang menyertaiPerang Teluk di bawah mandatPPB. Negara ini juga turut terlibat di dalam beberapa operasi keamanan seperti di El Salvador-Honduras-Nicaragua, Guatemala, Ecuador-Peru, Sahara Barat, Angola, Kuwait, Cyprus, Croatia, Kosovo, Bosnia dan Timor Leste. Sebagai menghormati sumbangannya kepada sekuriti antarabangsa, Presiden ASBill Clinton telah mengiktiraf Argentina sebagai rakan bukan-NATO pada Januari 1998. Argentina juga dipilih sebagai anggota sementara Majlis Keselamatan PBB pada 2005.

Atas daya usaha Argentina, pasukan White Helmets anjuran PBB, iaitu satu pasukan keamanan dan kemanusiaan telah mula diatur pada tahun 1994.

Buat sekian lama, Argentina telah menuntut kedaulatan bagiKepulauan Falkland (Islas Malvinas), Kepulauan Selatan Shetland, Kepulauan Selatan Sandwich dan hampir 1 juta km² di Antartika, di antara meridian 25°B dan 74°B dan paralel 60°S. Kepulauan-kepulauan ini turut dituntutUnited Kingdom, yang telah mendudukinya sejak 1833. Walaupun begitu, sejak 1904 Orcadas Base, sebuah bes saintifik milik Argentina, kekal di bawah negara itu melalui perjanjian bersama.

Pertubuhan antarabangsa

[sunting |sunting sumber]

Argentina adalah ahli kepada beberapa pertubuhan antarabangsa, antaranya:

Bahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Provinsi Argentina
Peta Argentina dan provinsi-provinsinya

Argentina terbahagi kepada 23 provinsi dan 1 daerah persekutuan bertanda *:

  1. Buenos Aires *
  2. Buenos Aires
  3. Wilayah Catamarca
  4. Wilayah Chaco
  5. Wilayah Chubut
  6. Wilayah Córdoba
  7. Wilayah Corrientes
  8. Wilayah Entre Rios
  9. Wilayah Formosa
  10. Wilayah Jujuy
  11. Wilayah La Pampa
  12. La Rioja
  13. Wilayah Mendoza
  14. Wilayah Misiones
  15. Wilayah Neuquen
  16. Wilayah Rio Negro
  17. Wilayah Salta
  18. Wilayah San Juan
  19. Wilayah San Luis
  20. Wilayah Santa Cruz - Argentina
  21. Wilayah Santa Fe
  22. Wilayah Santiago del Estero
  23. Wilayah Tierra del Fuego - Antartika & Kepulauan Atlantik Selatan
  24. Wilayah Tucuman

Bandar-bandar utama

[sunting |sunting sumber]

Buenos Aires merupakan ibu negara Argentina dan bandar yang terbesar dan di wilayah persekutuannya penduduknya ialah seramai 2,776,138 (2001); termasuk kawasan bandar di sekitarnya penduduknya dianggarkan seramai 12 juta orang (2000). Di samping itu, bandar-bandar utama yang lain termasuklahCórdoba (penduduk pada 1991 seramai, 1,157,507);La Plata (penduduk 676,128), ibu negeri provinsi Buenos Aires; Mar del Plata (512,880), sebuah pusat peranginan di pantai Atlantik; San Miguel de Tucumán (470,809), suatu pusat pelbagai industri; Salta (367,550), terkenal dengan bangunan seni reka kolonial; dan Mendoza (121,620), pusatpertanian yang penting dan juga pengeluarwain utama di Argentina.

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Argentina
Salta

Secara kasarnya Argentina boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama: tanah pamah subur di kawasanPampas di sebelah utara yang terkenal dengan sektor pertaniannya serta kaumgaucho; tanah pamah beralun diPatagonia di sebelah selatan sehinggalahTierra del Fuego; dan banjaranAndes di barat bersebelahan dengan negaraChile, dimana aras tertingginya ialahCerro Aconcagua pada ketinggian 6,960 m.

Sungai-sungai yang utama termasuklahSungai Paraguay,Bermejo,Colorado,Uruguay dan sungai terbesar iaituSungai Paraná. Dua sungai yang terakhir itu mengalir bersama-sama sebelum bertemu denganLautan Atlantik untuk membentuk muaraRio de la Plata (Sungai Perak). Iklim di Argentina secara keseluruhannya adalah sederhana dengan iklim-iklim bertentangan yang meliputi iklim subtropika di utara sehinggalah tandus atau gersang (sub-Antartika) jauh di selatan.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Argentina

Argentina adalah sebuah negara yang kaya dengansumber semula jadi,kadar literasi yang tinggi, sektorpertanian yang maju sertaindustri yang pelbagai. Malangnya, sejak akhir 1980-an negara ini telah menimbun hutang luaran yang tinggi,inflasi sehingga 200% sebulan, dan pengeluaran yang merudum. Dalam mengatasi krisis ekonomi tersebut, kerajaan telah mengambil langkah-langkah sepertiliberalisasi perdagangan,pembatalan kawal selia danpenswastaan. Pada 1991, kerajaan telah melaksanakan reformasikewangan yang radikal dengan menambatkanpeso kepadaDolar Amerika Syarikat dan menghadkan pertumbuhan kewangan ke rizab kewangan secara undang-undang.

Walaupun pada mulanya ia berjaya dengan penurunan kadar inflasi dan pertumbuhan KDNK yang semakin pulih, krisis ekonomi yang melandaMexico,Asia,Rusia danBrazil pada 1999 telah mengeruhkan keadaan ekonomi negaranya.

Keadaan ekonominya semakin meruncing pada 2001 dengan "widening of spreads" pada Bon Argentina, pengeluaran secara besar-besaran daripada bank serta kejatuhan keyakinan pengguna dan para pelabur. Usaha kerajaan untuk mencapai defisit sifar, menstabilisasikan sistem perbankan, dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi tidak mampu membendung masalah ekonomi yang semakin meningkat itu. Pada 21 Disember, PresidenDe La Rua telah disingkirkan akibat rusuhan rakyat kelas pertengahan dan Kongres melantikEduardo Duhalde sebagai ketua negara sementara. Duhalde kemudiannya bertemu dengan pegawaiIMF untuk mendapat pinjaman tambahan $20 bilion. Tambatan peso kepadadolar telah digugurkan pada Januari 2002, dan peso telah diapung dari dolar pada Februari yang mengakibatkan majoriti rakyatnya kehilangan kesemua simpanan hidup mereka sewaktu kejatuhan ekonomi 2001 (Pada 2002 GDP adalah negatif 11%, Inflasi mencecah 41% dan lebih 37% penduduknya hidup dibawah garis kemiskinan).

Pada 23 Disember,2001, presiden sementaraAdolfo Rodriguez Saa telah mengisytiharkan suatu moratorium hutang di Argentina.

Menurut pakaragronomi Alberto Lapolla, yang telah banyak menulis tentang transformasi Argentina daripada sebuah negara bijian kepada "republik soya," 450,000 rakyatnya mati kebuluran di antara 1990 dan 2003. Berdasarkan kajianInstitut d'études sur l'État et la participation (IDEP), beliau menambah bahawa setiap hari 55 kanak-kanak, 35 dewasa dan 15 warga tua di negara ini mati akibat penyakit yang berkaitan dengan kebuluran.

Namun demikian pada Januari2004, keadaan ekonomi telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan disebabkan pertumbuhan dalaman yang memberangsangkan pada tahun2003. Pembaikpulihan ekonomi negara dijangka berterusan untuk beberapa tahun yang akan datang dengan kadar pertumbuhan dalaman yang konstan. Walaupun begitu, sewaktu perjumpaan tahunan yang dihadiri ahliTabung Kewangan Antarabangsa (IMF)/Bank Dunia, ketua-ketua IMF,Kesatuan Eropah,Kumpulan Tujuh negara industri danInstitut Kewangan Antarabangsa (IIF) yang diadakan pada Oktober 1-2, PresidenNéstor Kirchner telah diberi amaran untuk segera mengstrukturkan semula hutang negara, menambah belanjawan surplusnya untuk membayar lebih banyak hutangnya serta mengenakan reformasi struktur "structural reform" untuk membuktikan kepada komuniti kewangan sedunia bahawa Argentina layak menerima pinjaman serta pelaburan daripada mereka.

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Argentina

Argentina merupakan negara bermasyarakat majmuk dengan pelbagaibudaya. Berbanding negara Amerika Latin yang lain, kaumMestizo bukanlah kaum majoriti di negara ini. Majoriti penduduknya berasal dariItali danSepanyol. Tetapi ramai juga dariTimur Tengah sepertiLubnan danSyria, dengan jumlah sekitar 500,000 orang. Di Argentina terdapat komunitiYahudi terbesar di rantauAmerika Selatan iaitu seramai 300,000 orang.Di sebelah persisiran pantai paling selatan, terdapat beberapa golongan pendatang dariWales yang menternak kambing biri-biri disana.

Sebahagian besar penduduk negara ini beragamaKatolik Roman, tetapi ramai juga penganutagamaIslam,Protestan danYahudi.Carlos Saúl Menem, presiden Argentina yang terkenal dengan dasar ekonominya adalah seorang yang berasal daripada keluarga Islam dariSyria.

Penduduk asli, sukuIndian berjumlah sekitar 700.000, dan tinggal di daerah-daerah di utara, barat laut dan selatan negara ini.

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Walaupun ekonomi negara ini agak mundur, Argentina mempunyaikadar literasi yang tinggi berbanding dengan kebanyakan negara lain di Amerika Selatan. Selain itu, negara ini boleh berbangga kerana melahirkan tiga pemenangHadiah Nobel dalam bidang sains:Luis Federico Leloir,Bernardo Houssay danCésar Milstein.

Pendidikan awal di Argentina bermula pada usia lima tahun di mana seorang itu akan belajar di tahapprasekolah. Selepas itu, pelajar akan melalui tiga tahap pendidikan wajib selama tiga tahun bagi setiap tahap.

Tahap pertama dan kedua yang dipanggil EGB1 dan EGB2 ialah disekolah rendah pada usia 6 hingga 11 tahun. Kemudian tahap ketiga ialah disekolah menengah rendah atau EGB3 (pada usia 11 hingga 14 tahun). Di Argentina, rakyatnya tidak wajib melalui pendidikan menengah tinggi.

Oleh sebab faktor ekonomi, ramairakyat Argentina terutamanya daripada kelas bawahan tidak melanjutkan pelajaran mereka keuniversiti. Namun, pada tahun 1930an, negara ini terkenal dengan sistem pendidikannya yang maju. Kini, di ibu negaranya sahaja terdapat lebih kurang 50 buahuniversiti dan kebanyakannya adalah universiti swasta.

Pada 1996, dalam usaha dalam usaha merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin,kerajaan Argentina telah memulakan program dipanggil “Programa Nacional de Becas Estudiantiles” (PNBE), yang memberisubsidi kepadapelajar-pelajar miskin yang ingin meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Antara 1997 dan 2000, program ini telah memberibiasiswa kepada 170,000 pelajar sekolah menengah termiskin yang menerima ASD$600 setahun.

Baru-baru ini,Bank Dunia telah memberipinjaman sebanyak ASD$56.99 juta untuk memperbaiki ekuiti, kualiti dan peluang melanjutkanpelajaran kependidikan menengah di provinsiBuenos Aires, yang memanfaatkan lebihkurang 60,000 pelajar dari kawasan termiskin di sana. Pinjaman ini tertumpu kepada projek dipanggil "The Buenos Aires Second Secondary Education Project" atau (BASSEP) yang ingin memperkenalkan Jadual Sepenuh Hari (“Jornada Completa”). Projek ini mensasarkan pelajar darisekolah menengah rendah yang miskin yang kerap meninggalkan alam persekolahan apabila mencapai usia 15 tahun. Dianggarkan 50% pelajar miskin dari sekolah menengah rendah akan menjadi pelajar tercicir.[1]

Berdasarkan projek yang baru ini, waktu pengajian sekolah ditambah dari empat jam ke tujuh hingga lapan jam sehari. Ini bermakna parapelajar akan mempelajari lebih banyakmatapelajaran berbanding dengan masa lalu. Di samping itu, sekolah di Buenos Aires mendapat bantuan dari segi bahan rujukan,perpustakaan,makmal sains danteknologi dan sebagainya. Lebih kurang 200 sekolah terlibat dalam projek ini.

Budaya

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kebudayaan Argentina
Tariantango tak mengira usia

Argentina merupakan sebuah negara yang unik kerana ia adalah salah satu negara di Amerika Latin di mana orang Eropah diterima dan tidak terasa terpinggir. Ini adalah kerana pengaruh budaya Sepanyol dan Itali yang kuat.Sepanyol adalah bahasa rasminya tetapi bahasa lain juga ditutur di sini termasuklah bahasa Jerman, Inggeris, Itali dan Perancis. Ahliperniagaan di sini menggunakanbahasa Inggeris dengan meluas.

Walaupun, pengaruh Eropah telah sebati dengankesenian,seni reka,penulisan serta gaya hiduprakyat Argentina, negara ini masih dapat mengekalkan identitinya yang tersendiri. Ini jelas kelihatan daripada tulisan karyawan Argentina yang tersohor sepertiJorge Luis Borges danManuel Puig, dan pemain bolasepaknya yang artistik sepertiDiego Maradona,Mario Kempes,Gabriel Batistuta,Hernan Crespo danLionel Messi.

Dari segi makanan, daging lembu merupakan makanan yang utama dan terdapat dalam hampir semua jenis makanan. Teh pula ialah minuman yang popular dan salah satu budaya Argentina ialah pemberian teh daun khas iaitumate untuk menyambut tetamu yang datang.

Argentina juga cukup terkenal dengan tarian 'tango'nya, terutamanya di bandar-bandar sepertiBuenos Aires. Tarian yang memberahikan ini amat terkenal di seluruh dunia.

Sepanyol merupakan bahasa rasmi negara tetapi kaum pendatang masih mengekalkan bahasa mereka masing-masing. Di samping itu terdapat 17 bahasa orang asli yang utama, termasukQuechua,Mapuche,Guaraní,Tobas danMatacos.

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abSejak 10 Jun 1945, tetapi kereta api masih bergerak di sebelah kiri.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Argentina.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Templat:Cite Argentine law
  2. ^La educación intercultural bilingüe en Santiago del Estero, ¿mito o realidad? [La cámara de diputados de la provincia sanciona con fuerza de ley.] (dalam bahasa Sepanyol). Cámara de Diputados de la Nación. m/s. 1.Declárase de interés oficial la preservación, difusión, estímulo, estudio y práctica de la lengua Quíchua en todo el territorio de la provincia [..]
  3. ^Templat:Cite Argentine law
  4. ^Enseñanza y desarrollo continuo del idioma galés en la provincia del Chubut. Expresión de beneplácito. Menna, Quetglas y Austin [Teaching and continuous development of the Welsh language in the province of Chubut. Expression of approval. Menna, Quetglas and Austin.](PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Cámara de Diputados de la Nación. m/s. 1. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 11 May 2020. Dicapai pada17 December 2019.Declarar de interés de la Honorable Cámara de Diputados de la Nación la enseñanza y desarrollo continuo del idioma galés en la provincia del Chubut...
  5. ^ab"Población por sexo e índice de masculinidad. Superficie censada y densidad, según provincia. Total del país. Año 2010".Censo Nacional de Población, Hogares y Viviendas 2010 (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires: INDEC – Instituto Nacional de Estadística y Censos. 2010. Diarkibkan daripadayang asal(XLS) pada 8 Jun 2014.
  6. ^"Primeros datos provisorios del Censo 2022: Argentina tiene 47.327.407 habitantes". Infobae. 19 May 2022. Dicapai pada2022-05-20.
  7. ^abcd"World Economic Outlook Database, October 2022".IMF.org.Tabung Kewangan Antarabangsa. October 2022. Dicapai pada23 November 2022.
  8. ^"GINI index (World Bank estimate) – Argentina". Bank Dunia.Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2016. Dicapai pada22 Mac 2020.
  9. ^"Índice de Gini | Data".
  10. ^"Human Development Report 2021/2022"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 8 September 2022. Dicapai pada8 September 2022.
  11. ^Departamento de Derecho y Ciencias Políticas de laUniversidad Nacional de La Matanza (14 November 2011)."Historias de inmigrantes italianos en Argentina" (dalam bahasa Sepanyol). infouniversidades.siu.edu.ar.Se estima que en la actualidad, el 90% de la población argentina tiene alguna ascendencia europea y que al menos 25 millones están relacionados con algún inmigrante de Italia.
  12. ^https://dle.rae.es/argentino?m=form
  13. ^Góamez de Silva, Guido (2009). "Argentina". (dalam bahasa Sepanyol) (ed. 2).ISBN 978-968-16-5543-3.Unknown parameter|book= ignored (bantuan);Missing or empty|title= (bantuan)
Negara berdaulat
Wilayah tanggungan
Belanda
Perancis
United Kingdom
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Pangkalan data saintifik
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Argentina&oldid=6687130"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp