Apple Inc., dahulunya dikenali sebagaiApple Computer, Inc. (NASDAQ:AAPL), ialah perbadanan Multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produkelektronik pengguna danPerisian yang berkaitan. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan menyokong pelbagaikomputer peribadi danpemain media mudah alih, serta jugaperisian danperkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[9]
Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (sepertiiPhone, danApple TV), serta ciri-ciri untukMac OS X "Leopard",sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikankedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripadaiTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik,buku audio,permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadiMac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alihiPod, sertaiPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuksistem pengendalianMac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industriaudio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkaitan.
Diperbadankan pada 3 Januari 1977[10], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagaiApple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal dengan produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produkelektronik pengguna.[11] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentangtelefon pintariPhone dan sistem video digitalApple TV-nya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalamkomputer peribadi.[12]
Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.[13] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan sokongan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini mengupah lebih 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[14]
Berdasarkan alasan-alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar kesetiaan pelanggan tahap luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[15]
Sebelum menubuhkan Apple,Steve Wozniak ialah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja diHewlett-Packard dan membantu rakannyaSteve Jobs merekabentuk permainan video untukAtari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma sepertiTexas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.
Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.
Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaituIntel 8080 ($179), danMotorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.
Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.
Pada 2006, Syarikat Apple.inc telah pun mengumumkan perancangan mereka untuk mendirikan kampus kedua yang berkeluasan 50 ekar (200,000 meter persegi) yang dikumpulkan daripada sambungan plot (timur N Wolfe Road antara Pruneridge Avenue dan Vallco Parkway ). Kampus terbaru, iaitu di Cupertino, kira kira 1 batu (1.6 km) timur daripada kampus yang sedia ada. Kampus terbaru akan direka olehNorman Foster. Pada 7 Jun 2011, Steve Jobs memberikan satu pembentangan pada Persidangan Cupertino City, untuk menekankan tentang rekaan pembinaan bangunan barunya. Kampus baru dicadangkan untuk menempatkan 13,000 perkerja (beserta dengan kafe untuk menempatkan 3,000 tempat duduk) dikelilingi oleh landskap yang luas. Di situ juga akan didirikan bangunan tambahan seperti auditorium, kemudahan R&D, serta pusat kecergasan.
Semasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi.IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakanDOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.