| Anugerah Akademi ke-71 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tarikh | Mac 21, 1999 | |||
| Tempat | Dorothy Chandler Pavilion Los Angeles, California, A.S. | |||
| Rangkaian | ABC | |||
| Pramajlis | Geena Davis Jim Moret[1] | |||
| Pengacara | Whoopi Goldberg | |||
| Penerbit | Gil Cates | |||
| Pengarah | Louis J. Horvitz | |||
| Tempoh | 4 jam, 2 minit[2] | |||
| Filem Terbaik | Shakespeare in Love | |||
| Anugerah terbanyak | Shakespeare in Love (7) | |||
| Pencalonan terbanyak | Shakespeare in Love (13) | |||
| ||||
MajlisAnugerah Akademi ke-71 dianjurkan olehAkademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 1998 dan berlangsung pada Mac 21, 1999 di Dorothy Chandler Pavilion, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkanAnugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat olehABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[3][4]Whoopi Goldberg mengacarakan majlis ini buat kali ketiga.[5] Beliau pertama kali mengacara semasaAnugerah Akademi ke-66 pada tahun 1994 dan kali terakhir semasaAnugerah Akademi ke-68 pada tahun 1996.[6] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire,Beverly Hills, California pada Februari 27, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan olehAnne Heche.[7]
Shakespeare in Love memenangi tujuh anugerah termasukFilem Terbaik.[8] Pemenang-pemenang yang lain termasukSaving Private Ryan dengan lima anugerah,Life Is Beautiful dengan tiga anugerah danAffliction,Bunny,Election Night,Elizabeth,Gods and Monsters,The Last Days,The Personals,The Prince of Egypt danWhat Dreams May Come dengan satu anugerah.
Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-71 diumumkan pada Februari 9, 1999 di Teater Samuel Goldwyn,Beverly Hills, California olehRobert Rehme, presiden Akademi dan pelakonKevin Spacey.[9]Shakespeare in Love mendapat pencalonan terbanyak dengan tiga belas;Saving Private Ryan di tempat kedua dengan sebelas pencalonan.[10]
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 21, 1999.[11]Life Is Beautiful merupakan filem kedua dicalonkan untuk Filem Terbaik dan Filem Bahasa Asing Terbaik pada tahun yang sama.[12]





Pemenang dinyatakan dalamhuruf tebal.[13]
| Filem Terbaik | Pengarah Terbaik |
|---|---|
| |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Pelakon Wanita Terbaik |
|
|
| Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik |
|
|
| Lakon Layar Asal Terbaik | Lakon Layar Adaptasi Terbaik |
|
|
| Filem Bahasa Asing Terbaik | Lagu Asal Terbaik |
|
|
| Filem Dokumentari Terbaik | Dokumentari Terbaik - Subjek Pendek |
|
|
| Filem Pendek Aksi Terbaik | Filem Pendek Animasi Terbaik |
|
|
| Skor Muzik Asal Dramatik Terbaik | Skor Muzik Asal Komedi atau Muzikal Terbaik |
|
|
| Suntingan Kesan Bunyi Terbaik | Bunyi Terbaik |
|
|
| Arahan Seni Terbaik | Sinematografi Terbaik |
|
|
| Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik | Rekaan Kostum Terbaik |
|
|
| Suntingan Filem Terbaik | Kesan Visual Terbaik |
|
|
19 filem berikut menerima pencalonan berganda: | Tiga filem berikut menerima anugerah berganda:
|