Anuar Zain | |
---|---|
![]() Anuar Zain sewaktu membuat persembahan di Konsert Lelaki Ini diIstana Budaya | |
Kelahiran | Shahrul Anuar bin Zain (1970-02-15)15 Februari 1970 (umur 55) |
Pekerjaan | Penyanyi,pelakon |
Tahun aktif | 1985–kini |
Ibu | Robiah Abdul |
Bapa | Zain Abdullah |
Saudara | Ziana Zain (kakak) Arul Zain (adik) Ernie Zakri (anak saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop,Balada,R&B |
Alat muzik | Vokal |
Diskografi | Lihat:Anuar Zain discography(en)![]() ![]() |
Syarikat rakaman | Anuar Zain Network Sdn. Bhd. |
Kegiatan berkaitan | Camelia,Dayang Nurfaizah,Hetty Sarlene,Amy Mastura |
Laman web rasmi | www.anuarzain.com.my |
Shahrul Anuar Zain (lahir 15 Februari 1970) merupakan seorang penyanyi lelakiMalaysia. Beliau merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon,Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik serta bapa saudara kepada penyanyi,Ernie Zakri. Antara lagu-lagu beliau yang hits ialah seperti "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu", "Lelaki Ini", dan terbaru "Sedetik Lebih". Anuar dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi dengan nilai kira-kira RM50,000. Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar Zain mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.[1]
Beliau lahir diMerlimau tetapi membesar diShah Alam,Selangor. Adik kepada penyanyiZiana Zain ini merupakan orang terawal yang bergiat di dunia hiburan pada zaman remaja apabila beliau telah menghasilkan album duet bersama Ellina. Ketika itu lagu yang amat diminati ialah "Kain Pelikat".
Namun begitu, perjuangan pasangan duet ini akhirnya terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah kerjaya seni Anuar tidak dapat diteruskan, Anuar mengambil keputusan bekerja sebagai pramugara bersama syarikat penerbanganMAS, pada penghujung 80-an.
Hampir sepuluh tahun menyepikan diri, akhirnya pada1998 Anuar Zain muncul kembali apabila beliau menandatangani kontrak bersama syarikat Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. dan menghasilkan sebuah album yang bertajuk 'Anuar Zain' yang mengandungi lagu-lagu popular seperti "Bila Resah", "Jangan Bersedih Lagi", "Kita" dan "Musim Berlalu".
Beliau telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Vokal Lelaki Terbaik dalamAnugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1998. Walau bagaimanapun, perselisihan faham dengan syarikat Warner Music membuatkan beliau keluar dari syarikat itu lalu telah dilamar oleh syarikat Synchrosound Music Sdn. Bhd. Beliau menghasilkan album bersama syarikat berkenaan dengan lagu-lagu popular antaranya "Permata", "Mungkin", "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu".
Beliau turut cuba menonjolkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem "Bintang Hati" bersama dengan pelakon dan penyanyi sensasiAmy Mastura. Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni tanah air hingga menjulang namanya apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Kini, Anuar Zain masih diminati dan dikenali ramai.
Nama konsert ini diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari. Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain yang ke-43 tahun. Konsert ini telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.[2]
Selama 30 tahun, sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain dan pengalaman 30 tahun itu dikongsi bersama dengan peminat pada malam itu. Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.[3]
30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew dan dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra menjanjikan temasya sebenar meraikan Anuar Zain dan legasi muziknya.
Anuar Zain tampil dengan gaya klasik, turut mendendangkan 20 lagu termasuk yang memperkenalkannya di arena seni. Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar juga mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaanHatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.[4]
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan |
1999 (AIM6) | Artis Baru Lelaki Terbaik | Menang | ||
Kulit Album Terbaik | Anuar Zain | Tercalon | ||
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Menang | |||
Album Pop Terbaik | Tercalon | |||
2003 (AIM10) | Kulit Album Terbaik | Anuar Zain | Tercalon | |
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Menang | |||
Album Pop Terbaik | Tercalon | |||
Lagu Terbaik | Keabadian Cinta | Menang | ||
2008 (AIM15) | Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) | Tinggalkan Aku | Anuar Zain | Tercalon |
2011 (AIM18) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) | Sedetik Lebih | OST Hikayat Merong Mahawangsa | Menang |
Lagu Pop Terbaik | Menang | |||
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Tercalon | |||
Video Muzik Terbaik | Tercalon | |||
Lagu Terbaik | Menang | |||
2013 (AIM20) | Album Terbaik | Anuar & Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas(bersamaDayang Nurfaizah) | Tercalon | |
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu | Sedetik Lebih(bersamaDayang Nurfaizah) | Menang | ||
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Bila Resah(Penggubah: Jenny Chin) | Menang |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
1998 (AJL 13) | Bila Resah | Anuar Zain | Aznul Haidi | Aznul Haidi | Pop/Rock | Tercalon |
2003 (AJL 18) | Keabadian Cinta | Anuar Zain | Azlan Abu Hassan | Azalea | Balada | Tercalon |
2004 (AJL 19) | Semua Untukmu | Anuar Zain | Sharizan Salmi | Sharizan Salmi | Balada | Tercalon |
2011 (AJL 26) | Sedetik Lebih (digantikan olehJaclyn Victor) | OST Hikayat Merong Mahawangsa | Edry Abdul Halim | Edry Abdul Halim | Terbuka | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
1998 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2002 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2003 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2007 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2010 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2011 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2023 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Anugerah Planet Muzik 2017
Festival Filem Malaysia 2011 (FFM24)
Anugerah Planet Muzik 2008
Anugerah ERA 2005
Anugerah Planet Muzik 2005
Anugerah HYPE 2004
Anugerah Media Hiburan 03/04
Anugerah Planet Muzik 2004
Anugerah ERA 2003
Anugerah Planet Muzik 2003
Anugerah Media Hiburan 2002
Senarai lagu:
1. Kembali
2. Andainya Takdir
3. Cinta Takkan Berakhir
4. Karena Aku Cinta
5. Belahan Hati
6. Hujan
7. Kembali Padamu Ilahi
8. Selamat Malam
Tahun | Tajuk | Album | Posisi tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
MUZIK fm | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | Bursa Muzik Malaysia | |||||||
1998 | Bila Resah
| Anuar Zain (album 1998) | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
Jangan Bersedih Lagi
| 3 | 8 | - | - | - | ||||||
1999 | Kita
| 1 | 2 | - | 1 | - | |||||
Musim Berlalu
| 7 | 13 | - | - | - | ||||||
Tangisan Naluri
| 2 | 4 | - | - | - | ||||||
2000 | Demi Cinta Kita- duetHetty Sarlene
| "Rindu Aku Rindu" oleh Hetty Sarlene | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
Soal Hati- trio bersamaErra Fazira &Afdlin Shauki
| OST Soal Hati | 1 | 1 | - | 1 | - | |||||
2002 | Permata
| Keabadian Cinta | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
Keabadian Cinta
| 1 | - | - | - | - | ||||||
Kembalilah Kasih
| 11 | - | - | - | - | ||||||
2003 | Mungkin
| 4 | - | - | - | - | |||||
Sesucinya Cintamu
| 2 | 5 | - | - | - | ||||||
Kini Bebas - duet Camelia
| "Untukmu" oleh Camelia | 1 | 1 | - | 1 | - | |||||
2004 | Semua Untukmu
| Keabadian Cinta | 1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||
Andai duet Amy Mastura | OST Bintang Hati | 1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
Bersabarlah Sayang
| The Best of Anuar Zain & Dayang Nurfaizah | 1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
2006 | Perpisahan
| OST Cinta | 6 | - | 1 | - | - | ||||
2007 | Lelaki Ini
| Anuar Zain (album 2007) | 3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||
Ketulusan Hati
| 1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||
2008 | Bidadari
| 3 | 2 | 1 | 1 | - | |||||
I'm The Lucky One
| 1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||
Teman Terulung
| 3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||||
2009 | Tinggalkan Aku
| 1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
Kau Bunga Cintaku
| 3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||||
2010 | Ku Berjanji Karna Cinta
| Anuar Zainalbum | 1 | 2 | 1 | 1 | - | ||||
2011 | Sedetik Lebih
| OST Merong Mahawangsa | 3 | 1 | 1 | 1 | 1 | ||||
Cinta Harus Memiliki
| Anuar Zainalbum | ||||||||||
2012 | Sempurnakan Aku
| ||||||||||
Kisah Kita duetHunny Madu
| Pulau Janji (album Hunny Madu) | ||||||||||
Ajari Aku
| Anuar Zainalbum |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Soal Hati | Roslan | Filem pertama, penampilan khas |
2004 | Bintang Hati | Izad |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Puteri (Musim 1) | Dirinya sendiri | TV3 | Episod: "Penyanyi Pujaan" |