Antonio Lucio Vivaldi [Itali: [anˈtɔːnjo ˈluːtʃo viˈvaldi](listen) (4 Mac 1678 – 28 Julai 1741) merupakan seorang penggubah lagu, paderi, dan pemain biolavirtuoso (luar biasa hebatnya) bangsa Itali kelahiranRepublik Venezia.
Beliau banyak mengarang dan menggubahkonserto khusus dimainkan dalambiola dan alat lain dalam kumpulan anak yatimOspedale della Pietà diketuainya sebagai seorang paderi dan kakitangan di rumah tersebut dari 1703 hingga 1715 dan dari 1723 hingga 1740, beliau turut menggubahgita puja danopera. Mahakarya paling terkenal beliau ialah himpunankonserto biolaLe quattro stagioni.
Beliau dikenali sebagai salah seorang komposerBaroque teragung, dan pengaruhnya sepanjang hayatnya tersebar luas di Eropah. Namun, kemasyhurannya merudum selepas pemergiannya sehingga karya-karyanya ditemui semula awal abad ke-20.
Antonio Lucio lahir dalampusat kotaRepublik Venezia (kini dalamItali) pada 4 Mac 1678.[2] Beliau salah seorang anak daripada enam adik-beradik[3] kepada ayahnya Giovanni Battista Vivaldi, seorang pemain biola diKatedral San Marco, dan Camilla Calicchio;[4] beliau mewarisi kemampuan bermusik dari ayahnya ini. Dalam usia yang masih muda, Vivaldi telah diajarkan bermain biola oleh ayahnya. Mereka juga berkeliling di kota Venezia untuk membuat persembahan biola mereka kepada orang ramai.
Keadaan kemiskinan keluarganya mendorong Antonio menjadi seorang paderi yang menjaminkan pendidikan baik yang percuma pada zamannya, selain perasaan trauma dihadapi semasa kecil.[5] Beliau mengikuti pelatihan kependetaan pada 1693 di gereja lokal, S. Geminiano dan S. Giovanni diOleo. Beliau diteguhkan pada1703 dan sempat berkhdimat sebagai pendeta sampai akhirnya memutuskan mundur pada akhir 1706.
Ada kisah tersendiri di balik mundurnya Vivaldi dari posisinya sebagai seorang imam/pendeta. Vivaldi menyebutkan alasannya mundur dikarenakan penyakitasmanya. Meski demikian, ada juga yang mencurigai mundurnya Vivaldi dari posisi itu dikarenakan minat dan aspirasinya yang begitu besar akan muzik.
Setidaknya, ada empat tahap dalam karier Vivaldi, sebagaimana dikemukakan olehFrederic Delamea[3]. Tahapan pertama ialah ketika ia diakui sebagai seorang yang brilian dalam muzik instrumental. Pengakuan ini diperolehnya ketika salah satu penerbit di Italia, Sala, yang diikuti penerbit ternama asalBelanda, Roger, mencetak duaopus[4]sonata dan koleksi revolusioner konserto biola milik Vivaldi,Estro Armonico (1711) danLa Stravaganza (1714). Reputasinya yang mencapaiJerman ini membuatJohann Sebastian Bach memuji Vivaldi, bahkan Bach sendiri mendapatkan inspirasi dari karya Vivaldi.
Tahap kedua dalam kariernya ialah ketika ia mulai mengajar diOspedalle della Pieta[5]. Di sini Vivaldi bertugas sebagai guru muzik, membeli instrumen-instrumen muzik bagi murid-muridnya dan orkestra yang dipimpinnya ini. Dan Vivaldi berhasil membekali para penghuni Ospedalle della Pieta ini dengan kemampuan paduan suara dan kemampuan bermusik yang sangat baik. Di bawah arahannya, para penghuni Ospedalle della Pieta ini senantiasa menampilkan mutu muzik yang sangat tinggi.
Lalu pada tahap ketiga, Vivaldi mulai merambah duniateater denganopera-operanya. Opera pertamanya ditampilkan pada bulan Mei1713 diVicenza iaituOttone in Villa. Disebutkan pula bahwa setelah pertunjukan ini, Vivaldi seperti menaklukkan teater-teater di Venenzia , mengambil alih teaterSan Angelo danSan Moise. Ia juga menulisTeuzzone danTito Manlio pada1719. Pada salah satu lembar partitur, tertulis "muzik oleh Vivaldi, dibuat dalam lima hari". Lalu pada1720, giliranLa Conduce o siano Li veri amici yang ditampilkan.
Tahap keempat dari kariernya ialah perkembangan kegiatan musiknya sebagai seorang komposer pribadi. Dalam masa-masa ini, Vivaldi menerima pesanan komposisi muzik, biasanya dari kaumbangsawan. BahkanRaja Louis XV dari Perancis pernah memintanya menulis komposisi.Serenade La Sena Festeggiante (Festival diSungai Seine) yang ditulis setelah 1720 merupakan salah satunya.
Setelah kelesuan di bidang ekonomi pada tahun1740, Vivaldi mengundurkan diri dari Ospedalle della Pieta. Beliau menetap di Vienna untuk mendapatkan naungan dan sokongan penguasa sangat berpengaruh pada masa itu,Maharaja Charles VI. Namun, maharaja tersebut mangkat tidak lama selepas tibanya Antonio di Vienna lalu tidak berkesempatan, lalu, Antonio terjerumus dalam kemisikinan sehingga menjejaskan kesihatan beliau.[6][7] Beliau meninggal dunia semasa menumpang kediaman janda seorang tukang sanggul kuda pada 28 Julai 1741,[8] di mana ia diperkirakan kerana penyakit asmanya yang berpanjangan.
Beliau dimakamkan secara sangat sederhana dalam pekarangan gerejaKarlskirche, gereja tersebut kini dalamUniversiti Teknologi Vienna (Technische Universität Wien atauTU Wien).
Opus 13,Il pastor fido (The Faithful Sheperd), 6 sonata untuk musette, viela,rekorder, obo atau biola dan basso continuo (1737, spurious works by Nicolas Chédeville).
^Walter Kolneder,Antonio Vivaldi: Documents of his life and works (Amsterdam: Heinrichshofen's Verlag, Wilhelmshaven, Locarno, 1982), 46.
^Landon supplies this assertion and furthermore quotes the report of Vivaldi's death which reached Venice in theCommemorali Gradenigo: "Abbe Lord Antonio Vivaldi, incomparable virtuoso of the violin, known as the Red Priest, much esteemed for his compositions and concertos, who earned more than 50,000 ducats in his life, but his disorderly prodigality caused him to die a pauper in Vienna." Landon, p. 166
^Marc Pincherle,Vivaldi: Genius of the Baroque (Paris: W. W. Norton & Company, Inc., 1957), 53.
^Talbot (p. 69) gives the 27th as the day of death. Formichetti (p. 194) reports that he died during the night and his death was the first registered on the next day. Heller (p. 263) states: "The composer's death is noted in the official coroner's report and in the burial account book of St. Stephen's Cathedral Parish as having occurred on 28 July 1741". But the so-calledTotenbeschauprotokoll is not a reliable source, since the date can refer to when the entry was made, not to the actual time of death.