Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Antibiotik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Antibiotik (daripada perkataanbahasa Yunani Kuno αντιβιοτικά,antiviotika, "menentang hidupan") merupakan sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganisma seperti kuman ataubakteria.

Antibiotik boleh diperolehi daripada sumberbiologi sepertikulat danmikroorganisma. Dengan kemajuan dalam kimia organik, antibiotik kini juga boleh dihasilkan melalui sintesis kimia. Ubat antiobiotik bertindak dengan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan. Contoh ubat antibiotik ialahpenisilin danstreptomisin.

Pengunaan

[sunting |sunting sumber]

Antibiotik digunakan untuk merawat atau mencegah bukan sahaja jangkitan bakteria,[1] tetapi kadangkalanya jugajangkitan protozoa.

Antibiotik boleh diberikan sebagai langkah penjagaan (profilaktik) terhad kepada populasi yang berisiko seperti individu yang mempunyaisistem imun lemah (terutamanya dalam kes penghidapanHIV bagi mencegahpneumonia), mereka yang mengambilubat imunosupresif, pesakitkanser dan mereka yang baru sahaja menjalanipembedahan.[1]

Semua ubat antiobiotik mesti dimakan sehingga habis. Ini adalah untuk memastikan semua mikroorganisma yang menyebabkan penyakit yang telah dibunuh untuk mengelakkan terdapatnya mikroorganisma yang akan rintang atau kebal kepada antibiotik tersebut.

Pemakaian

[sunting |sunting sumber]

Rawatan antibiotik dilakukan melalui beberapa kaedah pemakaian. Antibiotik biasanya diambil dengan mulut dalam bentuk ubat. Dalam kes-kes yang lebih parah pula sepertijangkitan sistemik yang berlarutan, antibiotik boleh diberikan secaraterapi dalam vena atau melalui suntikan.[2][3]

Di kawasan jangkitan yang mudah dicapai, antibiotik diberikan secara topikal dalam bentuktitisan mata kekonjunktiva untuk penyakitkonjunktivitis atautitisan telinga untuk jangkitan telinga dan kes-kesotitis externa yang mendadak. Penggunaan secara topikal juga merupakan pilihan rawatan untuk penyakit kulit tertentu sepertijerawat andselulitis.[4] Kaedah pemakaian antibiotik sebegini pada luka pembedahan tertentu juga dilaporkan mengurangkan risiko jangkitan yang diperolehi daripada lokasi pembedahan.[5]

Kesan sampingan

[sunting |sunting sumber]

Antibiotik diperiksa untuk sebarangkesan sampingan negatif sebelum ia boleh digunakan, di mana ia biasanya selamat dan boleh diterima pesakit. Walau bagaimanapun, ada pula sesetengah antibiotik yang telah dikaitkan dengankesan sampingan yang meluas daripada yang bertahap sederhana hinggalah ke tahap sangat parah bergantung kepada jenis antibiotik yang digunakan, mikroba sasaran dan keadaan pesakit yang menerima antibiotik ini.[6][7] Kesan-kesan ini barangkalinya boleh mencerminkan sifat farmakologi atau toksikologi antibiotik tersebut atau boleh melibatkan kehipersensitifan atau tindak balas badan persakit terhadapalahan.[8]

Kerintangan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Perintang antibiotik

Masalah kewujudan bakteria yang dapat merintang keberkesanan antibiotik kini menjadi perkara yang lazim. Kemunculan bakteria-bakteria perintang berlaku akibat proses evolusi yang berlaku dalam terapi antibiotik. Hal ini membawa kepada kemunculan strain dan spesies rintang antibiotik (superbug) yang membawa kepada perkembangan penyakit-penyakit yang semakin sukar dirawat. Punca lazim kerintangan antibiotik ialahpenyalahgunaan antibiotik seperti penggunaan sendiri antibiotik tanpa nasihat pihak bertauliah.[9]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abAntibiotics Simplified. Jones & Bartlett Publishers. 2011. m/s. 15–17.ISBN 9781449614591.
  2. ^"Antibiotics". NHS. 5 Jun 2014. Dicapai pada17 Januari 2015.
  3. ^Leekha, Surbhi; Terrell, Christine L.; Edson, Randall S. (1 Februari 2011)."General principles of antimicrobial therapy".Mayo Clinic Proceedings.86 (2): 156–167.doi:10.4065/mcp.2010.0639.ISSN 1942-5546.PMC 3031442.PMID 21282489.
  4. ^Pangilinan, Ronald; Tice, Alan; Tillotson, Glenn (1 Oktober 2009). "Topical antibiotic treatment for uncomplicated skin and skin structure infections: review of the literature".Expert Review of Anti-Infective Therapy.7 (8): 957–965.doi:10.1586/eri.09.74.ISSN 1744-8336.PMID 19803705.
  5. ^Heal, Clare F; Banks, Jennifer L; Lepper, Phoebe D; Kontopantelis, Evangelos; van Driel, Mieke L."Topical antibiotics for preventing surgical site infection in wounds healing by primary intention".Cochrane Database of Systematic Reviews 2016 (11).doi:10.1002/14651858.CD011426.pub2.
  6. ^Slama TG, Amin A, Brunton SA, et al. (Julai 2005). "A clinician's guide to the appropriate and accurate use of antibiotics: the Council for Appropriate and Rational Antibiotic Therapy (CARAT) criteria". Am. J. Med. 118 Suppl 7A (7): 1S–6S.PMID 15993671. doi:10.1016/j.amjmed.2005.05.007.
  7. ^"Antibiotics and Selective Toxicity – Boundless Open Textbook".Boundless. Diarkibkan daripadayang asal pada 2017-06-28. Dicapai pada12 Februari 2016.
  8. ^Chemical Analysis of Antibiotic Residues in Food(PDF). John Wiley & Sons, Inc. 2012. m/s. 1–60.ISBN 9781449614591.
  9. ^Larson E (2007)."Community factors in the development of antibiotic resistance".Annual Review of Public Health.28 (1): 435–47.doi:10.1146/annurev.publhealth.28.021406.144020.PMID 17094768.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanAntibiotik
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negaraSunting ini di Wikidata
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Antibiotik&oldid=6019459"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp