Loke Siew Fook | |
|---|---|
| 陆兆福 | |
| Menteri Pengangkutan | |
| Menyandang jawatan 3 December 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022–2024) Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar (sejak 2024) |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Hasbi Habibollah |
| Didahului oleh | Wee Ka Siong |
| Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Sultan Muhammad V Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
| Timbalan | Kamarudin Jaffar |
| Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
| Digantikan oleh | Wee Ka Siong |
| Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik ke-6 | |
| Menyandang jawatan 20 Mac 2022 | |
| Timbalan | Sivakumar Varatharaju (2022–2025) Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (2022–2025) Liew Chin Tong (2022–2025) Steven Sim Chee Keong (sejak 2025) Hannah Yeoh Tseow Suan (sejak 2025) Ramkarpal Singh (sejak 2025) |
| Pengerusi Kebangsaan | Lim Guan Eng (2022–2025) Gobind Singh Deo (sejak 2025) |
| Didahului oleh | Lim Guan Eng |
| Ketua Parlimen Parti Tindakan Demokratik ke-2 | |
| Dalam jawatan 11 Julai 2018 – 20 Mac 2022 | |
| Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
| Didahului oleh | Lim Kit Siang |
| Digantikan oleh | Nga Kor Ming |
| Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 6 Disember 2008 – 9 Disember 2012 | |
| Timbalan | Lee Ying Ha |
| Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
| Didahului oleh | Nga Kor Ming |
| Digantikan oleh | Teo Kok Seong |
| AhliParlimen Malaysia bagiSeremban | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | John Fernandez (PR–DAP) |
| Majoriti | 12,553 (2013) 30,694 (2018) 30,841 (2022) |
| AhliParlimen Malaysia bagiRasah | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Goh Siow Huat (BN–MCA) |
| Digantikan oleh | Teo Kok Seong (PR–DAP) |
| Majoriti | 13,151 (2008) |
| AhliDewan Undangan Negeri Sembilan bagiChennah | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Siow Chen Pin (BN–MCA) |
| Majoriti | 1,098 (2013) 1,155 (2018) 2,200 (2023) |
| AhliDewan Undangan Negeri Sembilan bagiLobak | |
| Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Khoo Seng Hock (BN–MCA) |
| Digantikan oleh | Siow Kim Leong (PR–DAP) |
| Majoriti | 1,842 (2004) 6,928 (2008) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Loke Siew Fook (1977-04-28)28 April 1977 (umur 48) |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (sejak 1994) |
| Gabungan politik lain | Gagasan Rakyat (1994–1996) Barisan Alternatif (1999–2004) Pakatan Rakyat (2008–2015) Pakatan Harapan (sejak 2015) |
| Pasangan | Ng Chi Ling |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (BSc) Universiti Malaya (MPA) |
| Laman web | lokesiewfook |
Loke Siew Fook (Cina ringkas:陆兆福; Cina tradisional:陸兆福; pinyin:Lù Zhàofú; Yale Kantonis: Luhk Siuh-fūk; lahir 28 April 1977), juga dikenali sebagaiAnthony Loke, merupakan seorang ahli politikMalaysia yang berkhidmat sebagaiMenteri Pengangkutan untuk penggal pertama dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana MenteriAnwar Ibrahim sejak Disember 2022 dan sebelum ini dalam pentadbiranPakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana MenteriMahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020. Beliau juga merupakan AhliDewan Rakyat bagiSeremban sejak Mei 2013, serta pernah mewakiliRasah dari Mac 2008 hingga Mei 2013. Di peringkat negeri, beliau merupakan AhliDewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) bagiChennah sejak Mei 2013, dan sebelum itu ADUN bagiLobak dari Mac 2004 hingga Mei 2013. Beliau merupakan ahliParti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH dan sebelum iniPakatan Rakyat (PR). Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung DAP ke-6 sejak Mac 2022, Ketua Parlimen DAP ke-2 dari Julai 2018 hingga Mac 2022 dan sebelum itu sebagai Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP serta Ketua Pemuda DAP atau Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY). Beliau juga pernah menjadiKetua Pembangkang Negeri Sembilan dan Pengerusi Negeri PR bagiNegeri Sembilan.
Loke Siew Fook dilahirkan diSeremban,Negeri Sembilan,Malaysia. Beliau menerima pendidikan diSekolah Menengah Kebangsaan St Paul dan Sekolah Menengah Seri Ampangan. Beliau menamatkan pengajian diUniversiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000 denganIjazah Sarjana Muda Sains dalam bidang sains pembangunan.[1]
Datuk beliau, Loke Ching Fatt (Cina Tradisional:陸禎发), merupakan pemilik restoran Loke Ching Kee (Cina Tradisional:陸禎記), tempat hidangan terkenal sempenaTahun Baru Cina, iaituyee sang mula mendapat perhatian dan menjadi popular.[2][3] Beliau telah mempersembahkan sebuah buku sejarah mengenai hidangan tersebut dalam satu majlis menghadapYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz pada 31 Januari 2020.[4]
Anthony Loke menganut agamaBuddha.[5]
Pada tahun 1994, Loke menyertaiParti Tindakan Demokratik (DAP) pada usia 17 tahun, iaitu umur minimum yang dibenarkan untuk menjadi ahli parti tersebut.
DalamPilihan raya negeri Negeri Sembilan 2004, Loke membuat penampilan sulung dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh DAP untuk bertanding di kerusiLobak. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai AhliDewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) Lobak untuk penggal pertama. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan terpilih semula bagi penggal kedua dalamPilihan raya negeri Negeri Sembilan 2008.
DalamPilihan raya umum Malaysia 2008, Loke turut bertanding dan berjaya memenangi kerusiParlimen Rasah, sekaligus menjadiAhli Parlimen buat pertama kali.
DalamPilihan raya umum Malaysia 2013, beliau beralih kerusi di peringkat negeri dan persekutuan, bertanding dan memenangi kerusi negeriChennah serta kerusi parlimenSeremban.
Loke pernah memohon maaf kepadaMahathir Mohamad selepas lebih 40 papan iklan yang memaparkan wajah bekas Perdana Menteri itu diarahkan untuk ditutup olehSuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[6]
DalamPilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Loke mempertahankan kedua-dua kerusinya di peringkat negeri dan parlimen, iaitu Chennah dan Seremban, dengan menewaskan calonPersatuan Cina Malaysia (MCA),Chong Sin Woon di peringkat parlimen dan Seet Tee Gee di peringkat negeri, masing-masing dengan majoriti sebanyak 30,694 undi dan 1,115 undi.[7][8]
Selepas kemenangan PH dalam PRU14, Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai kerajaan baharu. Pada 21 Mei 2018, Loke telah dilantik sebagaiMenteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri Mahathir.[9][10] Namun, pada 24 Februari 2020, beliau digugurkan daripada jawatan tersebut berikutan kejatuhan kerajaan PH dalamkrisis politik 2020.
Pada 20 Mac 2022 semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Loke telah dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dengan 1,625 undi — undi ketiga tertinggi selepasGobind Singh Deo, yang dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan, danChow Kon Yeow yang kekal sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan.[11] Loke kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP ke-6, menggantikanLim Guan Eng yang telah memegang jawatan itu selama 17 tahun.[12]
Loke sekali lagi mempertahankan kerusi parlimennya diSeremban dalamPilihan raya umum Malaysia 2022. Selepas pilihan raya itu, Pengerusi PHAnwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai sebuahkerajaan perpaduan yang merangkumi PH,Barisan Nasional (BN),Gabungan Parti Sarawak (GPS),Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti lain. Pada 3 Disember 2022, Anwar telah melantik semula Loke sebagai Menteri Pengangkutan, hampir tiga tahun selepas beliau meninggalkan jawatan itu.
Sepanjang penggal keduanya sebagai Menteri Pengangkutan, Loke telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk mendigitalkan sistem pengangkutan negara.
DalamPilihan raya negeri Negeri Sembilan 2023, Loke berjaya mempertahankan kerusi DUN Chennah untuk penggal ketiga selepas menewaskan calonPerikatan Nasional (PN).
Pada Februari 2019, isteri Loke duduk di sebelah beliau semasa satu mesyuarat rasmi dengan rakan sejawatannya dari China, sekali gus mencetuskan kontroversi. Tee Ching Seng, Ketua Biro Komunikasi dan Diplomasi AntarabangsaPersatuan Cina Malaysia (MCA), mempersoalkan kehadiran isteri Loke dalam mesyuarat rasmi tersebut.[13]
| Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | N11Lobak | Loke Siew Fook (DAP) | 5,991 | 59.08% | Khoo Seng Hock (MCA) | 4,149 | 40.98% | 10,338 | 1,842 | 70.87% | ||
| 2008 | Loke Siew Fook (DAP) | 9,244 | 80.00% | Siow Koi Loon (MCA) | 2,316 | 20.00% | 11,714 | 6,928 | 77.26% | |||
| 2013 | N01Chennah | Loke Siew Fook (DAP) | 5,128 | 55.99% | Siow Foo Wen (MCA) | 4,030 | 44.01% | 9,372 | 1,098 | 83.75% | ||
| 2018 | Loke Siew Fook (DAP) | 5,031 | 50.91% | Seet Tee Gee (MCA) | 3,876 | 39.22% | 10,051 | 1,155 | 82.94% | |||
| Jamalus Mansor (PAS) | 975 | 9.87% | ||||||||||
| 2023 | Loke Siew Fook (DAP) | 5,888 | 61.49% | Rosmadi Arif (BERSATU) | 3,688 | 38.51% | 9,576 | 2,200 | 65.80% | |||
| Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | P130Rasah | Loke Siew Fook (DAP) | 34,271 | 61.87% | Yeow Chai Thiam (MCA) | 21,120 | 38.13% | 56,654 | 13,151 | 78.56% | ||
| 2013 | P128Seremban | Loke Siew Fook (DAP) | 45,628 | 53.12% | Yeow Chai Thiam (MCA) | 33,075 | 38.52% | 87,617 | 12,553 | 85.64% | ||
| Abd Halim Abdullah (BERJASA) | 6,866 | 8.00% | ||||||||||
| John Fernandez (BEBAS) | 221 | 0.26% | ||||||||||
| Bujang Abu (BEBAS) | 83 | 0.10% | ||||||||||
| 2018 | Loke Siew Fook (DAP) | 55,503 | 60.45% | Chong Sin Woon (MCA) | 24,809 | 27.02% | 93,254 | 30,694 | 84.65% | |||
| Shariffuddin Ahmad (PAS) | 11,506 | 12.53% | ||||||||||
| 2022 | Loke Siew Fook (DAP) | 63,920 | 51.85% | Mohd Fadli Che Me (PAS) | 33,076 | 26.83% | 124,729 | 30,844 | 79.32% | |||
| Wong Yin Ting (MCA) | 24,584 | 19.94% | ||||||||||
| Mohamad Jani Ismail (PEJUANG) | 1,336 | 1.08% | ||||||||||
| Izat Lesly (BEBAS) | 373 | 0.30% | ||||||||||
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanAnthony Loke |
| Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Loke Siew Fook |
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Liow Tiong Lai | Menteri Pengangkutan Malaysia 21 Mei 2018–24 Februari 2020 | Diikuti oleh: Wee Ka Siong |
| Parlimen Malaysia | ||
| Didahului oleh John Fernandez | Ahli ParlimenSeremban 5 Mei 2013–kini | Pemegang jawatan kini |
| Didahului oleh Goh Siow Huat | Ahli ParlimenRasah 8 Mac 2008–5 Mei 2013 | Diikuti oleh: Teo Kok Seong |
| Jawatan parti politik | ||
| Didahului oleh Lim Kit Siang | Ketua ParlimenParti Tindakan Demokratik 11 Julai 2018–20 Mac 2022 | Diikuti oleh: Nga Kor Ming |