Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ankh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ankh mempunyai bentuk T yang ditutup dengan gelung berbentuk titisan.

Ankh ataukunci kehidupan (Jawi: عنخ) ialahlambang hieroglifMesir purba yang digunakan untuk mewakili perkataan "hidup" dan, secara tidak langsung, ialah simbolkehidupan.

Ankh mempunyai bentuk T yang ditutup dengan gelung berbentuk titisan. Ia digunakan dalam penulisan sebagai tanda triliteral, mewakili urutan tiga konsonan,Ꜥ-n-ḫ. Urutan ini ditemui dalam beberapa perkataan Mesir, antaranya perkataan untuk "cermin", "jambangan" dan "kehidupan". Lambang ini sering digunakan dalamseni Mesir sebagai objek fizikal yang mewakili kehidupan atau bahan-bahan pemberi kehidupan yang berkaitan, seperti udara atau air. Sering digambarkan di tangandewa-dewi Mesir purba dan kadangkala diberikan oleh mereka kepadafiraun, ia melambangkan kuasa para dewa untuk mengekalkan kehidupan dan menghidupkan semulajiwa manusia dialam akhirat.

Ankh merupakan motif hiasan yang meluas di Mesir purba, serta digunakan sebagai hiasan oleh budaya-budaya jiran.Kaum Qibti menyesuaikannya menjadicrux ansata, bentuk dengan gelung bulat yang menggantikan titisan, dan menggunakannya sebagai kelainansalib Kristian. Ankh mula digunakan secara meluas dalambudaya Barat pada 1960-an sebagai simbol identiti budaya Afrika, sistem kepercayaanNeopagan, dan kemudiannya,subbudaya goth.

Penggunaan dalam penulisan

[sunting |sunting sumber]
S34n
Aa1
 
atau
 
S34
[1]
Ꜥnḫ
dalamhieroglif Mesir

Dalamtulisan hieroglifMesir purba, ankh ialah tanda triliteral: satu tanda yang mewakili urutan tiga bunyikonsonan. Ankh mewakili urutanꜤ-n-ḫ, yang manan disebut seperti huruf Melayun, ialahgeseran farinks bersuara seperti huruf Arab'ain, dan ialahgeseran velartak bersuara atau bersuara sepertikh dalam perkataanakhbar.[2] Dalambahasa Mesir, konsonan-konsonan ini terdapat dalam kata kerja yang bermaksud "hidup", kata nama yang bermaksud "kehidupan, hayat", dan kosa perkataan yang berasal daripadanya, sepertisꜤnḫ, yang bermaksud "menghidupkan" atau "menyuburkan";[1]Ꜥnḫ berkembang menjadi ⲱⲛϩ (onh) setelah berevolusi menjadi bahasaQibti.[3] Tanda ini dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "ankh", berdasarkan sebutan hipotetikal perkataan Mesirnya, atau sebagai "kunci kehidupan", berdasarkan maksudnya.[4]

Salah satu kegunaan lazim perkataanꜤnḫ adalah untuk mendoakan seseorang hidup. Contohnya, frasa yang bermaksud lebih kurang seperti "semoga kamu sihat dan hidup" digunakan dalam ungkapan sopan, serupa dengan kata silaan seperti "jemput" atau "sila". Tambahan itu, frasaꜤnḫ wḏꜣ snb, yang bermaksud "hidup, sihat, dan sejahtera", digunakan sebagaigelaran hormat untukfiraun apabila baginda disebut dalam penulisan. Perkataan Mesir untuk "sumpah" jugaꜤnḫ, kerana sumpah di Mesir purba bermula dengan bentuk perkataan "hidup".[5]

Konsonan yang sama ditemui dalam perkataan untuk "cermin" dan perkataan untuk jambangan, maka tanda ini juga digunakan dalam menulis perkataan-perkataan ini.[6] Tiga konsonan ini juga membentuk perkataan untuk objek seperti tali bergelung yang ditemui dalam ilustrasi di banyak keranda dariKerajaan Pertengahan[4] (sekitar 2050 – 1650 SM).[7]Ahli MesirologiBattiscombe Gunn danAlan Gardiner, pada awal abad ke-20, percaya objek ini talisandal, kerana ia digambarkan berpasangan di kaki keranda dan teks-teksnya menyatakan objek-objek itu "di atas tanah di bawah kakinya".[4]

Asal-usul

[sunting |sunting sumber]
Dulang batuDinasti Pertama berbentuk ankh yang dipeluk oleh sepasang lengan yang mewakilika[8]

Contoh-contoh awal tanda ankh berasal dariDinasti Pertama[9] (sekitar abad ke-30 hingga ke-29 SM).[7] Objek fizikal apa yang tanda ini asalnya mewakili masih belum disepakati.[10] Ramai sarjana percaya tanda ini sejenis simpulan daripada bahan fleksibel seperti kain atau mensiang,[10] kerana versi-versi awal tanda ini menunjukkan palang bawah ankh sebagai dua jalur fleksibel yang berasingan yang sepadan dengan dua hujung ikatan.[6] Versi-versi awal ini menyerupai lambangtyet, tanda yang mewakili konsep "perlindungan". Atas sebab-sebab ini, ahli Mesirologi Heinrich Schäfer dan Henry Fischer berpendapat kedua-dua tanda ini mempunyai asal usul yang sama,[11] dan mereka menganggap ankh ialah simpulan yang digunakan sebagaiazimat dan bukannya untuk tujuan praktikal.[10][12]

Tulisan hieroglif menggunakan tanda bergambar untuk mewakili bunyi supaya, sebagai contoh hieroglif untuk rumah, boleh mewakili bunyip-r, yang ditemui dalam perkataan Mesir untuk "rumah". Hal ini, yang dipanggilprinsip rebus, membolehkan orang Mesir menulis perkataan untuk perkara-perkara yang tidak boleh digambarkan, seperti konsep abstrak.[13] Gardiner percaya ankh berasal daripada kaedah ini. Beliau menyatakan bahawa ilustrasi tali sandal pada keranda-keranda zaman Kerajaan Pertengahan menyerupai hieroglif ankh, dan beliau berhujah bahawa tanda itu asalnya mewakili simpulan seperti ini dan mula digunakan dalam menulis semua perkataan lain yang mengandungi konsonanꜤ-n-ḫ.[4]Senarai tanda hieroglif Gardiner melabelkan ankh sebagai S34, meletakkannya dalam kategori pakaian dan tepat selepas S33, hieroglif untuk sandal.[14] Hipotesis Gardiner kekal;James P. Allen, dalam buku pengantar bahasa Mesir yang diterbitkan pada 2014, menganggap tanda itu asalnya bermaksud "tali sandal" dan menggunakannya sebagai contoh prinsip rebus dalam tulisan hieroglif.[1]

Pelbagai pengarang telah berhujah bahawa tanda itu asalnya mewakili sesuatu selain simpulan. Ada yang mencadangkan ia ada maksud seksual.[15] Misalnya,Thomas Inman, seorang ahli mitologi amatur pada abad ke-19, berpendapat tanda itu mewakili organ pembiakan lelaki dan perempuan, digabungkan menjadi satu tanda.[16]Victor Loret, seorang ahli Mesirologi abad ke-19, berhujah bahawa "cermin" ialah makna asal tanda itu. Masalah dengan hujah ini, yang diakui oleh Loret, ialah dewa-dewi sering ditunjukkan memegang gelung ankh, dan tangan mereka menembusi tempat gelung di mana kaca cermin ankh itu sepatutnya berada. Andrew Gordon, seorang ahli Mesirologi, dan Calvin Schwabe, seorang doktor haiwan, berhujah bahawa asal usul ankh berkaitan dengan dua tanda lain yang asal usulnya tidak pasti yang sering muncul bersamanya:cokmarwas, mewakili "kuasa" atau "kekuasaan", dan tiangdjed, mewakili "kestabilan". Menurut hipotesis ini, bentuk setiap tanda berasal daripada anggota tubuh lembu jantan, seperti beberapa tanda hieroglif lain yang diketahui datang daripada tubuh haiwan. Dalam kepercayaan Mesir,air mani dikaitkan dengan kehidupan dan, hingga tahap tertentu, dengan "kuasa" atau "kekuasaan", dan beberapa teks menunjukkan orang Mesir percaya air mani berasal daripada dalam tulang. Oleh itu, Gordon dan Schwabe mencadangkan tanda-tanda ini ialah anggota lembu jantan yang dipercayai melalukan air mani: ankh ialahvertebra toraks,djed ialahsakrum danvertebra lumbar, danwas ialahzakar kering lembu jantan.[17]

Penggunaan dalam agama dan seni

[sunting |sunting sumber]

Dalam kepercayaan Mesir, hayat ialah daya yang tersebar di seluruh dunia. Setiap makhluk hidup, termasuk manusia, ialah manifestasi daya ini dan terikat kepadanya.[18] Kehidupan lahir semasapenciptaan dunia, dan peristiwa-peristiwa berkitaran seperti terbit dan terbenam matahari dianggap sebagai pengulangan kejadian penciptaan yang mengekalkan dan memperbaharui kehidupan di alam semesta. Dengan itu, memelihara kehidupan ialah fungsi utamadewa-dewi yang berkuasa ke atas kitaran alamiah ini. Oleh itu, ankh sering digambarkan dipegang di tangan dewa-dewi, mewakili kuasa mereka untuk memberi kehidupan.

Orang Mesir juga percaya maut bukannya penamat hidup seseorang. Sama seperti hidup berterusan dan diperbaharui dalam alam, hidup seseorang itu boleh diperbaharui selepas mati—dengan daya penghidup yang disimbolkan oleh ankh. Atas sebab ini, para dewa sering digambarkan dalam makam memberikan tanda ankh kepada manusia, biasanya firaun.[19] Kerana tanda tersebut melambangkan kuasa untuk menganugerahkan kehidupan, orang selain firaun jarang ditunjukkan menerima atau memegang ankh sebelum akhir Kerajaan Pertengahan, tetapi ini kurang lazim selepas itu. Firaun pada hingga tahap tertentu mewakili seluruh Mesir, jadi dengan memberikan ankh kepadanya, dewa-dewi memberikan hidup kepada seluruh negara.[20]

Meluaskan konsep "kehidupan", ankh boleh melambangkan udara atau air. Dalam seni, dewa-dewi memegang ankh ke hidung raja: memberinya nafas kehidupan.Kipas tangan ialah satu lagi simbol udara dalam ikonografi Mesir, dan hamba-hamba yang biasanya membawa kipas di belakang raja kadangkala digantikan dalam karya seni oleh tanda ankh yang dipersonifikasikan dengan lengan. Dalam gambaran upacara penyucian, apabila air dituangkan ke atas raja atau orang biasa yang telah meninggal, garis bengkang-bengkok yang biasanya mewakili air boleh digantikan dengan rantai tanda ankh.[21]

Ankh mungkin tanda hieroglif yang paling banyak digunakan sebagai hiasan. Cermin, sarung cermin, dan jambak bunga dibuat dalam bentuknya, kerana tanda itu digunakan untuk menulis nama semua objek ini. Beberapa objek lain, seperti bekascurahan dansistrum, juga berbentuk seperti tanda itu. Tanda itu biasa digunakan dalam hiasan bentuk seni bina seperti dinding dan keramat dalamkuil-kuil.[6] Dalam konteks begini, tanda itu sering hadir dengan tandawas dandjed, yang bersama-sama melambangkan "kehidupan, kekuasaan dan kestabilan". Dalam beberapafriz hiasan di kuil, ketiga-tiga tanda, atau ankh danwas sahaja, diletakkan di atas hieroglif untuk bakul yang mewakili perkataan "semua": "semua kehidupan dan kuasa" atau "semua kehidupan, kuasa, dan kestabilan". Sesetengah dewa, sepertiPtah danOsiris, boleh digambarkan memegang cokmarwas yang menggabungkan ankh dandjed.[22]

Azimat yang dibuat dalam bentuk hieroglif bertujuan untuk memberikan pemakainya sifat-sifat tanda itu. Orang Mesir memakai azimat dalam hidup seharian dan meletakkannya dalam makam untuk memastikan si mati sejahtera di akhirat. Azimat berbentuk ankh kali pertama muncul pada hujung zamanKerajaan Lama (s. 2700 hingga 2200 SM) dan digunakan sehingga akhir alaf pertama SM. Namun, ia jarang ditemui walaupun simbol itu penting. Azimat yang menggabungkan tanda-tanda ankh,was dandjed lebih meluas ditemui.[23]

Tanda ankh dalam seni dua dimensi biasanya dicat biru atau hitam.[24] Azimat ankh terawal selalunya dibuat daripada emas atausuasa, aloi emas dan perak.Faience Mesir, seramik yang biasanya biru atau hijau, ialah bahan paling lazim untuk azimat ankh pada zaman lewat, mungkin kerana warnanya mewakili kehidupan dan penjanaan semula.[25]

  • Ankh yang diperbuat daripada Faience Mesir
    Ankh yang diperbuat daripadaFaience Mesir
  • Dewa Horus menyuarkan hayat kepada raja, Ramesses II.
    DewaHorus menyuarkan hayat kepada raja,Ramesses II.
  • Sarung cermin berbentuk ankh dari makam Tutankhamun
    Sarung cermin berbentuk ankh dari makamTutankhamun
  • Dewa Banebdjedet dengan cokmar yang menggabungkan was dan djed dengan ankh
    DewaBanebdjedet dengan cokmar yang menggabungkanwas dandjed dengan ankh
  • Friz tanda ankh, djed dan was di atas hieroglif untuk "semua"
    Friz tanda ankh,djed danwas di atas hieroglif untuk "semua"
  • Rincian ankh yang dipegang dari KV2
    Rincian ankh yang dipegang dariKV2
  • Tulisan hieroglif di Deir el-Bahari menampilkan ankh
    Tulisan hieroglif di Deir el-Bahari menampilkanankh

Budaya purba lain

[sunting |sunting sumber]
Cap meterai RajaHezekiah dengan ankh

OrangSyam danKanaan menyerap banyak motif seni Mesir semasaZaman Gangsa Pertengahan (s. 1950–1500 SM), termasuk hieroglif, dengan ankh yang paling lazim. Ia sering diletakkan di sebelah pelbagai figura dalam seni atau ditunjukkan dipegang oleh dewa-dewi Mesir yang mula disembah diTimur Dekat purba. Ia kadangkala digunakan untuk mewakili air atau kesuburan.[26] Di tempat lain di Timur Dekat, tanda itu dimasukkan ke dalamhieroglif Anatolia untuk mewakili perkataan untuk "kehidupan", dan digunakan dalam karya senitamadun Minos yang berpusat diCrete. Karya seni Minoa kadangkala menggabungkan ankh, atau tandatyet yang berkaitan, dengan lambangkapak berganda Minos.[27]

Karya seni diKerajaan Meroitik, yang terletak di selatan Mesir dan banyak dipengaruhi agamanya, menampilkan ankh dengan ketara. Ia ada di kuil dan seni pengebumian dalam banyak konteks yang sama seperti di Mesir. Ia juga salah satu motif yang paling lazim dalam hiasan tembikar Meroitik.[28]

Penggunaan ankh berterusan di Israel hinggaZaman Besi. Pada tahun 2015, meterai tanah liat milik RajaHezekiah dariJudah (s. 700 SM) ditemui diBaitulmuqaddis, yang menggambarkan ankh mengapit matahari bersayap.[29]

Agama Kristian

[sunting |sunting sumber]
Crux ansata dalamKodeks Glazier, manuskripPerjanjian Baru Qibti, abad ke-4 hingga ke-5 Masihi
Tandacrux ansata pada sekeping kain, abad ke-4 hingga ke-5 Masihi

Ankh antara motif seni Mesir purba yang terus digunakan selepaspengkristianan Mesir pada abad ke-4 dan ke-5 Masihi.[30] Tanda itu menyerupaistaurogram, tanda yang menyerupaisalib Kristian dengan gelung di sebelah kanan palang atas dan digunakan oleh orang Kristian awal sebagaimonogram untukJesus,[31] sertacrux ansata, atau "salib berpegang", yang berbentuk seperti ankh dengan gelung bulat, bukannya bujur atau berbentuk titisan air mata.[32] Simbol staurogram dicadangkan dipengaruhi simbol ankh, tetapi Kristian terawal menggunakannya sekitar 200 Masihi, lama sebelum orang Kristian mengguna pakai ankh.[33] Contoh terawalcrux ansata yang diketahui datang daripada salinanInjil Yudas dari abad ke-3 atau awal ke-4 Masihi. Penggunapakaian tanda ini mungkin dipengaruhi oleh staurogram, ankh, atau kedua-duanya.[32]

MenurutSocrates dari Constantinople, ketika orang Kristian membongkarkan kuil terbesarAlexandria,Serapeum, pada 391 Masihi, mereka perasan tanda seperti salib tertera pada blok-blok batu. Orang pagan yang hadir mengatakan tanda itu bermaksud "kehidupan akan datang", petunjuk bahawa tanda yang Socrates maksudkan ialah ankh; orang Kristian menjadikan tanda itu milik mereka, menunjukkan bahawa mereka mudah menganggap ankh sebagaicrux ansata.[34]

Terdapat sedikit bukti untuk penggunaancrux ansata di bahagian baratEmpayar Rom,[35] tetapi orang KristianQibti Mesir menggunakannya dalam banyak media, terutamanya dalam hiasan tekstil.[30]

Beberapa tafsiran moden menyatakan bahawa ankh tetap digunakan dalam konteks-konteks Qibti di Mesir, disesuaikan gambarnya dalam seni dan budaya material Kristian, terutamanya dalam bentuk hiasan yang menggema simbolisme lama Mesirnya.[36]

Penggunaan moden

[sunting |sunting sumber]

Lebih kini, ankh telah menjadi simbol popular dalambudaya Barat moden, terutamanya sebagai barang kemas dan tatu.[16] Kebangkitannya bermula apabilakontrakebudayaan 1960-an membangkitkan minat terhadap agama-agama purba. Pada abad ke-21, ia simbol yang berasal dari Afrika yang paling luas dikenali di dunia Barat, dan kadangkala digunakan olehorang berketurunan Afrika di Amerika Syarikat dan Eropah sebagai simbol identiti budaya Afrika. Ankh juga melambangkanKemetisme, kumpulan gerakan agama berdasarkan agama Mesir purba.[37]

Tanda ini juga popular dalamsubbudaya goth, dikaitkan terutamanya denganvampir, kerana loket ankh banyak muncul dalam filem vampir 1983,The Hunger.[38]

Tanda ini digabungkan dua kali dalam piawaianUnicode untuk pengekodan teks dan simbol dalam pengkomputeran. Ia muncul sebagai U+2625 (☥) dalam blokSimbol Pelbagai,[39] dan sebagai U+132F9 (𓋹) dalam blokHieroglif Mesir.[40]

Maklumat aksara
Pratonton𓋹
Nama UnicodeANKHEGYPTIAN HIEROGLYPH S034
Pengekodandecimalhexdechex
Unicode9765U+262578585U+132F9
UTF-8226 152 165E2 98 A5240 147 139 185F0 93 8B B9
UTF-169765262555308 57081D80C DEF9
Rujukan aksara berangka☥☥𓋹𓋹

Petikan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcAllen 2014, m/s. 30.
  2. ^Allen 2014, m/s. 18–19, 30.
  3. ^Gardiner 1915, m/s. 20.
  4. ^abcdGardiner 1915, m/s. 20–21.
  5. ^Allen 2014, m/s. 34, 317–318.
  6. ^abcWilkinson 1992, m/s. 177.
  7. ^abWilkinson 1992, m/s. 13.
  8. ^Fischer 1972, m/s. 5.
  9. ^Fischer 1972, m/s. 12–13.
  10. ^abcGordon & Schwabe 2004, m/s. 102–103.
  11. ^Fischer 1972, m/s. 13.
  12. ^Baines 1975, m/s. 1.
  13. ^Allen 2014, m/s. 3–4.
  14. ^Allen 2014, m/s. 496.
  15. ^Gordon & Schwabe 2004, m/s. 104.
  16. ^abWebb 2018, m/s. 86.
  17. ^Gordon & Schwabe 2004, m/s. 104, 127–129.
  18. ^Finnestad 1989, m/s. 31–32.
  19. ^Tobin 1989, m/s. 197–198, 206–208.
  20. ^Hill 2010, m/s. 240, 242.
  21. ^Wilkinson 1992, m/s. 177–179.
  22. ^Wilkinson 1992, m/s. 181, 199.
  23. ^Andrews 1994, m/s. 6, 86, 107.
  24. ^Baines 1975, m/s. 18–19.
  25. ^Andrews 1994, m/s. 86–87.
  26. ^Teissier 1996, m/s. 12, 104–107.
  27. ^Marinatos 2010, m/s. 122–123.
  28. ^Elhassan 2004, m/s. 11–12.
  29. ^Fridman, Julia (4 January 2016)."Meterai Hezekiah Membuktikan Jerusalem Purba Adalah Ibu Kota Judah yang Utama".Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada22 September 2023.
  30. ^abDu Bourguet 1991, m/s. 1.
  31. ^Hurtado 2006, m/s. 136.
  32. ^abBardill 2012, m/s. 166–167.
  33. ^Hurtado 2006, m/s. 140, 143–144.
  34. ^Bardill 2012, m/s. 167–168.
  35. ^Bardill 2012, m/s. 168.
  36. ^"The Ankh – The Key of Life in Ancient Egypt", Egyptra Travel,https://egyptra.com/the-ankh-the-key-of-life-in-ancient-egypt/.
  37. ^Issitt & Main 2014, m/s. 328.
  38. ^Ladouceur 2011, m/s. 7.
  39. ^Unicode 2020b.
  40. ^Unicode 2020a.

Karya dirujuk

[sunting |sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Fischer, Henry G. (1973). "An Eleventh Dynasty Couple Holding the Sign of Life".Zeitschrift für Ägyptische Sprache und Altertumskunde.99 (2): 16–28.doi:10.1524/zaes.1973.99.2.16.S2CID 195039128.(langganan diperlukan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
  • Kategori berkaitanAnkh di Wikimedia Commons
Kepercayaan
Upacara
Dewa-dewi
Ogdoad
Ennead
Makhluk
Watak
Lokasi
Simbol
dan Benda
Tulisan
Agama berkaitan
Kebangsaan
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ankh&oldid=6756071"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp