Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Anjing pemburu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihatAnjing pemburu (nyahkekaburan).
Anjing pemburu
Anjing pengutip Labrador hitam yang berdiri di ladang jagung sambil memburupheasant di Dakota Selatan

Anjing pemburu ialahanjing yang berburu dengan pemburu atau untuk pemburu. Terdapat beberapajenis anjing pemburu berlainan yang dikembangkan untuk pelbagai tugas dan tujuan. Kategori utama anjing pemburu termasukhound,terier, anjing jeniscur, dangundog. Pembezaan lanjut dalam kategori-kategori ini dapat dibuat, berdasarkan kemahiran dan keupayaan anjing. Ia biasanya lebih besar dan mempunyai bau lebih sensitif daripada anjing biasa.

Baka dan kemampuan yang digunakan dalam perburuan

[sunting |sunting sumber]

Untuk senarai baka setiap jenis, lihat rencana terperinci untuk setiap kategori:

Kategori utamaSubkategoriContohRingkasan
HoundHound terbahagi selanjutnya kepadaanjing pemburu penglihatan dananjing pemburu bau bergantung pada deria primer yang digunakan untuk mengesan buruan. Banyakmamalia sepertikelinci,rakun,koyote,rusa, dan pemangsa besar lain diburu denganhound.
Anjing pemburu penglihatan
Whippet
Anjing pemburu penglihatan ialahhound berlari tinggi dan langsing, yang teradaprasi untuk ketajaman visual dan kelajuan. Kaedah perburuannya dipanggilcoursing, iaitu apabila mangsa dikesan melalui penglihatan dari jarak jauh, dikejar, dan ditangkap.[1]:36, 102
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu rakun Redbone
Anjing pemburu bau ialahhound yang terutamanya berburu denganbau. Anjing pemburu bau digunakan untuk menjejak dan kadang-kadang membunuh buruan. Ia berburu dalam kawanan dan memimpin pemburu dalam pengejaran yang mungkin berakhir apabila buruan dikejar ke atas pokok atau dibunuh. Sesetengah baka ini mempunyai salakan dalam dan meledak dan menggunakan salakan itu apabila mengikutijejak bau.
Dachshund
Dachshund
Dachshund piawai dibiakbakakan untuk menghidu, mengejar, dan menggarah bejar, rubah, dan haiwan berkorok lain, sementaradachshund kerdil ataudachshund katik dikembangkan untuk memburu mangsa lebih kecil sepertiarnab. Di Barat Amerika, ia juga telah digunakan untuk memburuanjing prairie. Di Eropah,dachshund digunakan secara meluas untuk pemburuanrusa,babi hutan, dan buruan lebih kecil seperti arnab dankelinci. Ia juga anjing penghidu cemerlang dan kerap digunakan untuk menjejak haiwan tercedera selepas kemalangan kereta, sebagai contoh.Dachshund juga merupakan satu-satu baka anjing untuk berburu di atas tanah dan di bawah tanah.
GundogGundog digunakan terutamanya oleh pemburuburuan kecil yang menggunakansenapang patah.Gundog dikelaskan sebagaianjing pengutip,spaniel, dananjing penuding.
Anjing air
Pudel
Anjing air ialah subkelas bagi anjing pengutip. Biasanya, ia merupakan perenang kuat dengan stamina hebat dan dibiakbakakan untuk memburu segala ragam unggas air.
Anjing pengutip
Anjing pengutip Teluk Chesapeake
Setelah pernah dikelaskan sebagai spaniel air, peranan primer anjing pengutip ialah mencari dan mengembalikan buruan tertembak kepada pemburu. Anjing pengutip dapat meluangkan masa berjam-jam di dalamsamaran itik dan melalui penglihatan mengesan dan mengingati lokasi burung rebah. Menurut perintah, ia mengutip burung. Ia mungkin dapat mengikuti arahan tangan, perkataan, dan wisel ke arah burung rebah. Ia biasanya mempunyai muncung besar dan lemah lembut.
Anjing penuding
Anjing penuding berbulu pendek Jerman
Anjing penuding ialah anjing yang dilatih untuk mengesan dan menuding ke arah buruan kecil, lalu membolehkan pemburu mendekati dan menggarah buruan. Baka anjing penuding mempunyai jarak tempuh lebih jauh berbanding dengan spaniel.
Seter
Seter Inggeris
Seter mempunyai sejarah panjang sebagaigundog tanah tinggi. Ia kelihatan mempunyai kebolehan semula jadi untuk mengesan dan menuding ke arah burung buruan tanah tinggi. Ia menggarah burung atas perintah pemburu.
Spaniel
Kokerspaniel Inggeris
Spaniel telah digunakan sebagai anjing pemburu. Spaniel penggarah digunakan untuk mengesan dan menggarah buruan untuk pemburu.
Cur
Anjing harimau bintang Catahoula
Cur berburu serupa dengan terier, namun biasanya buruan lebih besar.Cur digunakan untuk membururakun, sertababi jalang,kugar, dan mamalia besar lain.
Feist
Feist
Feist ialah anjing kecil yang memburu buruan kecil, terutamanyatupai, dengan cara serupa sepertihound besar yang memburu rakun dan buruan besar.Feist mungkin berburu dalam kawanan dan menyalak ke arah pokok untuk memaklumkan pemburu.
LaikaAnjing beruang KareliaLaika ialah anjing pemburu dariRusia utara, dengan asal usul diSiberia. Baka laika ialah anjing primitif yang berkembang subur dengan penjagaan minimal malah dalam cuaca keras dan berburu dengan pelbagai cara bergantung pada saiz buruan: ia mengejar buruan kecil ke atas pokok, menuding dan mengepung buruan lebih besar, dan bekerja secara berpasukan untuk mengepungberuang dan babi hutan.[2] Beberapa anjing lain jenisspits, seperti anjing pemburu elk Norway,shiba inu, dan anjing Taiwan juga digunakan untuk perburuan.
LurcherLurcherLurcher ialah anjing pemburu penglihatan yang disilangkan dengan baka anjing pekerja—biasanya anjing pastoral atau terier yang dibiakbakakan secara terpilih untuk kerja.
Terier
Terier Lakeland
Terier digunakan untuk memburumamalia kecil, sepertitikus. Terier mengesansarang haiwan sasaran dan kemudian meluru ke arah haiwan itu, menangkap haiwan itu, atau membunuh haiwan itu.Terier pekerja mungkin memasuki bawah tanah untuk membunuh atau mendesak buruan ke luar. Anggota lebih besar daripada jenis ini, seperti anjing daripada keluargabull and terrier, kadang-kadang digunakan untuk memburu buruan lebih besar, sepertibabi jalang: pemburu mengutus anjing pemburu bau untuk mengepung babi dananjing tangkap dengan binaan lebih berat meluru ke arah babi itu, menggigit babi itu, dan menahan babi itu sehingga pemburu dapat datang untuk membunuh babi itu.

Galeri

[sunting |sunting sumber]
  • Medieval women hunting ("Wanita zaman pertengahan yang berburu"), ilustrasi daripada manuskrip zaman
    Medieval women hunting ("Wanita zaman pertengahan yang berburu"), ilustrasi daripada manuskrip zaman
  • Anjing Pemburu oleh Li Di, lukisan Cina abad ke-12
    Anjing Pemburu olehLi Di, lukisan Cina abad ke-12
  • Pemburuan babi hutan, tacuinum sanitatis casanatensis (abad ke-14)
    Pemburuanbabi hutan,tacuinum sanitatis casanatensis (abad ke-14)
  • Fila Brazil yang memburu seekor jaguar.
    Fila Brazil yang memburu seekorjaguar.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Fogle, Bruce (2000).The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat:Dorling Kindersley Publishing.ISBN 9780751304718.OCLC 1442269308.
  2. ^Beregovoy, Vladimir."Hunting With Laika" [Berburu dengan Laika] (dalam bahasa Inggeris). Hunting Laika Breeds of Russia. Diarkibkan daripadayang asal pada 31 Ogos 2021. Dicapai pada26 Mei 2024.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Deeley, Martin (Disember 1992).Working Gundogs: An Introduction to Training and Handling [Gundog Pekerja: Pengenalan kepada Pelatihan dan Pengendalian] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press.ISBN 9781852237646.OCLC 30514091.
  • Fergus, Charles (1 Ogos 2002).Gun Dog Breeds: A Guide to Spaniels, Retrievers, and Pointing Dogs [BakaGundog: Panduan untuk Spaniel, Anjing Pengutip, dan Anjing Penuding] (dalam bahasa Inggeris). Guilford, Connecticut, Amerika Syarikat:The Lyons Press.ISBN 9781585746187.OCLC 50243124.
  • Roettger, Anthony Z.; Schleider, Benjamin H. III (Julai 2004).Urban Gun Dogs: Training Flushing Dogs for Home & Field [Gundog Bandar: Melatih Anjing Penggarah untuk Rumah dan Padang] (dalam bahasa Inggeris). Cranston, Rhode Island, Amerika Syarikat: Writers' Collective.ISBN 9781594110504.OCLC 59132069.
Tingkah laku
Kesihatan
Pelatihan
Jenis
Baka
Kerja
Interaksi
manusia–anjing

Templat:Haiwan pekerjaTemplat:Topik perburuan

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anjing_pemburu&oldid=6636506"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp