Anjing Jindo ialah anjing jenisspits berlapis bulu ganda. Penampilan tajam dan berwaspada bagi anjing Jindo memberikan kesan kecerdasan, kekuatan, kesetiaan, dan ketangkasan. Ciri-ciri lain termasuk telinga tegak ke atas dan ke hadapan.
Pemilik anjing Jindo Korea secara tradisinya telah membahagikan anjing Jindo kepada dua jenis tubuh:
Tonggol ataugyeopgae: Jenis ini lebih berotot dan gempal dengan pengiktirafan Persatuan Anjing Kebangsaan Korea (KNDA) bagi perkadaran sama bagi tinggi pada paras kelasa dengan panjang (10:10). Kedalaman dada adalah hampir-hamapir sama dengan setengah ketinggian pada paras kelasa. Loinnya juga biasanya lebih pendek.
Hudu atauhotgae: Jenis ini lebih langsing dengan kedalaman dada agak kurang dan loin lebih panjang sedikit. Selain itu, ciri-ciri fizikal lain cenderung mempunyai panjang meningkat, seperti telinga, muncung, dan kepala. Ini menghasilkan penampilan yang lebih panjang daripada tingginya dengan saranan KNDA bagi nisbah ketinggian pada paras kelasa dengan panjang sebanyak 10:11.
KNDA juga mengiktiraf jenis tubuh ketiga yang dipanggilgakgol yang merupakan gabungan beransur-ansur muncul daripada dua jenis tradisional tersebut, yang mengekalkan panjang tubuh padahudu dan kedalaman dada padatonggol.
Berkenaan dengan penampilan tubuh anjing Jindo, United Kennel Club buat masa ini menyatakan, "anjing Jindo dengan tubuh segi empat sama mempunyai dada yang sederhana dalam tetapi tidak terlalu lebar. Pada titik terdalamnya, dadanya mencapai paras siku ataupun betul-betul di atas paras siku. Brisketnya cukup terbentuk dan rusuknya cukup melengkung. Belakangnya kuat dan lurus dan loinnya cukup berotot, tegang, ramping, dan lebih sempit daripada sangkar rusuk. Terdapat banyak lipatan."[5]
Putih (Baekgu/백구, "anjing putih") - Warna ini sebenarnya putih pudar atau warna gading dengan sawo matang atau perang muda di sekeliling hujung telinga, di belakang tungkai belakang, dan di hujung ekor. Sesetengah bahagian putih mungkin mempunyai jalur sawo matang halus dari kepala, menuruni garis atas, ke ekor.
Perang kekuning-kuningan (Hwanggu/황구, "anjing kuning") - Warna gandum cukup masak.
Kelabu serigala (Jaegu/재구, "anjing abu, anjing kelabu") - Lapis bulu ini terlihat sebagai kelabu dari jauh tetapi sebenarnya terdiri daripada helaian bulu individu berwarna putih, hitam, dan perang kekuning-kuningan.
Hitam dan sawo matang (Naenunbagi/네눈박이 ataublack-tan/블랙탄, "hitam dan sawo matang") - Hitam dengan sawo matang padamuncung, tungkai, dan kaki, dan tompok sawo matang berbentuk mata pada setiap mata.
Brindle (hogu/호구, "anjing harimau belang") - Juga dikenali sebagai corak "harimau belang". Belang perang gelap atau hitam nipis seperti harimau belas dengan warna dasar perang kekuning-kuningan. Belang-belang ini muncul pada usia muda.
Hitam (heukgu/흑구, "anjing hitam") - Hitam legam, sangat jarang.
Sesetengah penghuniPulau Jindo menghargai anjing Jindo hitam, hitam/merah, dan merah/putih sebagaipemburu bagus.United Kennel Club mengiktiraf enam warna lapis bulu berlainan: putih, merah rusa, serigala kelabu, hitam, hitam dan sawo matang, danbrindle (corak harimau belang).[9]
Tengkorak atas anjing dewasa patut lebar dan membulat di antara telinga dan bebas daripadakedutan.
Rahang bawah cukup terbentuk dan membantu memberikan rupa bentuk bulat atau segi lapan kepada kepala apabila dipandang dari hadapan. Bulu kasar mencacak menjauh dari pipi.
Telinganya berbentuk segi tiga dan tegak (condong ke hadapan melepasi menegak), namun unik sesama baka spits lain untuk telinga yang kembang ke sisi, lalu menghasilkan rupa bentuk yang serupa dengan sayap kapal terbang. Bahagian dalaman telinganya patut cukup berbulu dan rawan tebal diingini. Telinga pada anak anjing biasanya terletak rata sehingga berusia lebih daripada 5–6 bulan.
Matanya berbentuk badam dan patut bercahaya warna perang gelap. Sesetengah anjing mempunyai mata perang muda tetapi warna ini tidak diingini menurut Persatuan Anjing Jindo Korea.[10] Anjing Jindo tidak mempunyai mata biru.
Hidungnya patut hitam pada anjing bukan putih. Anjing putih mungkin mempunyai hidung berwarna daging.
Muncungnya berperkadaran baik tanpa bersaiz besar. Bibirnya patut tegang dan hitam. Warna pilihan untuk lidah adalah merah jambu padu.
Anjing Jindo mempunyai set lengkap bagi gigi putih berjarak sekata dengan gigitan gunting.
Biasanya, jantan mempunyai kepala yang lebih besar dan betina mempunyai lebih banyak ciri miriprubah.
Ketinggian yang diingini pada kebalighan, yang diukur pada paras kelas, berjulat 19.5–21 inci (50–53 cm) untuk jantan dan 18.5–20 inci (47–51 cm) untuk betina.[11]
Beratnya patut berperkadaran dengan ketinggian, yang memberikan penampilan cukup berotot dan langsing tanpa kelihatan terlalu ringan atau terlalu berat. Julat tipikal berat untuk anjing Jindo jantan dalam keadaan baik ialah 40–60 paun (18–27 kg); untuk betina, 35–55 paun (16–25 kg).
Ekornya tebal dan kuat dan terletak di hujung garis atas. Ekornya patut sekurang-kurangnya cukup panjang untuk mencapai sendi keting. Ekornya mungkin melingkar longgar-longgar di atas belakangnya atau terangkat ke atas belakang dalam kedudukan sabit. Bulu di bahagian bawah bagi ekor adalah tebal, kaku, lebat, dan dua kali lebih panjang daripada lapis bulu di bahu, yang menyebabkan bulunya bertebar ke arah luar apabila ekornya dinaikkan.
Anjing Jindo cukup terkenal kerana kesetiaannya dan sifat lembutnya. Oleh sebab anjing Jindo adalah aktif, ia memerlukan ruang hidup, sesi berjalan, penjagaan, dan perhatian yang sesuai. Terdapat juga persepsi jelas tentang tatatingkat keluarga.[12]
Ia mempunyai paras tenaga sederhana hingga tinggi. Jika dibela di laman, pagar mestilah sekurang-kurangnya setinggi 6 kaki oleh sebab tungkai belakang kuatnya yang membolehkannya melompat tinggi-tinggi. Oleh sebab anjing Jindo aktif dan cerdas, ia memerlukan interaksi kerap dengan orang atau anjing lain.
Pada tahun 1993, seekor anjing Jindo betina berusia 7 tahun bernama Baekgu (백구; 白狗; "Anjing Putih"), yang dibesarkan oleh Park Bok-dan (박복단), seorang wanita berusia 83 tahun diPulau Jindo, dijual kepada pemilik baharu di bandar rayaDaejeon yang terletak kira-kira sejauh 300 km (190 bt) dari pulau itu. Anjing itu melarikan diri dari rumah baharunya dan kembali kepada pemilik asalnya, Park, selepas tujuh bulan, dalam keadaan lesu dan letih. Baekgu kekal bersama pemilik asalnya, yang membuat keputusan untuk memelihara anjing setia itu, sehingga anjing itu mati secara semula jadi pada tujuh tahun kemudian. Kisah ini menjadi sensasi nasional di Korea Selatan dan dijadikan kartun, dokumentari televisyen, dan buku cerita kanak-kanak.[13] Pada tahun 2004,Kaunti Jindo mendirikan sebuah patung Baekgu di kampung halamannya untuk menghormati anjing itu.[14]
Seekor lagi anjing Jindo, juga bernama Baekgu, iaitu seekor jantan berusia empat tahun pada masa itu yang tinggal bersendirian dengan pemiliknya Park Wan-suh (박완서) yang tinggal di Pulau Jindo, tidak makan apa-apa dan meratapi pemiliknya yang telah meninggal dunia selama tujuh hari selepas pemiliknya meninggal dunia akibat penyakit hati pada Jun 2000.[15] MenurutChosun Ilbo, anjing itu menemani pemiliknya yang telah meninggal dunia selama tiga hari sehingga orang lain menemukan jenazah, mengikuti pemiliknya ke pengebumiannya, dan pulang ke rumah, lalu tidak makan apa-apa selama empat hari. Institut Penyelidikan Anjing Jindo Korea (진돗개 시험연구소) mengambil alih penjagaannya, tetapi seseorang yang berkaitan dengan institut itu mengumumkan bahawa anjing itu tidak akan berinteraksi dengan sesiapa kecuali untuk pemberi makanan setakat tahun 2005.[16]
Anjing Jindo berjaya bertahan diKorea di bawah pemerintahan Jepun pada antara tahun 1910 dengan tahun 1945 kerana ahli biologi Jepun mengiktiraf keserupaannya dengan anjing asli Jepun, manakala baka anjing lain Korea dibunuh oleh pihak Jepun.[17] Pada tahun 1962,Pemerintah Korea Selatan menetapkan anjing Jindo sebagaiKhazanah Alam Semula Jadi ke-53 (atau diterjemahkan sebagai 'Monumen Semula Jadi') (천연기념물; 天然記念物),[18] lantas dilindungi bersama-sama dengan semua Khazanah Alam Semua Jadi yang ditetapkan di bawah Akta Perlindungan Warisan Kebudayaan pada tahun sama.[19] Oleh sebab status istimewa anjing Jindo, pengeksportan anjing Jindo Pulau Jindo tulen ke luar Korea adalah sangat sukar.[20] Anjing Jindo berarak dalam upacara pembukaanSukan Olimpik Musim Panas 1988 diSeoul, Korea.
Persatuan Anjing Jindo Korea (Korea:한국 진돗개 조합), setakat tahun 2008, mengeluarkan sijil ketulenan anjing Jindo Korea, yang menyatakan nombor pendaftaran bagi ibu, jantina, dan tarikh lahir anjing berkenaan, serta alamat pembiak baka, dan memperakui bahawa anjing berkenaan setulennya berasal dari Pulau Jindo.[21]
Anjing Jindo pertama kali muncul di Barat di Perancis, dan sebilangan kecil sejak itu telah diperkenalkan ke United Kingdom dan ke Amerika Syarikat, kedua-duanya secara rasmi dan oleh pendatang Korea. Anjing Jindo sebagai baka diiktiraf olehUnited Kennel Club pada 1 Januari 1998.[9] Setakat tahun 2016, hanya terdapat dua ekor anjing Jindo berdaftar[17] di Amerika Syarikat: seekor di kawasan Los Angeles dan seekor lagi di Seattle. Terdapat 25 ekor anjing berdaftar di United Kingdom.[22]
Sebuah kajian pada tahun 2020 menunjukkan bahawa anjing Jindo dan anjing Asia Timur dan Asia Tenggara lain mengongsi sesetengah keleluhuran bersama dengananjing menyanyi New Guinea.[23] Anjing-anjing ini ditunjukkan dalam kajian sama ini sebagai anjing yang lebih berkaitan secara filogenetik antara satu sama lain berbanding denganbaka anjing lain yang dibiakbakakan secara terpilih, kebanyakannya mengandungi peratusan jauh lebih tinggi bagi susur galur Eropah moden.[23] Analisis DNA menunjukkan seekor lagi leluhur bersama pada sekitar 900 tahun lalu yang daripadanyaanjing Donggyeong dan anjing Jindo Korea berpisah.[24]
Dalam analisis genomik tahun 2012 bagi anjing Jindo, beberapa genotipDNA mitokondrion yang unik pada anjing Jindo dicatatkan.[25] Dalam kajian sama, genom DNA mitokondrion unik anjing Jindo dicerminkan dalam keserupaannya dengan anjing lain namun pada cawangan distingtif pada pokok filogenetik anjing berpeta.[25]
Pada tahun 2025, suatu analisis genomik menunjukkan bahawa warna lapis bulu hitam dan sawo matang berasal daripada populasi asli yang diasaskan di Pulau Jindo, yang sejajar dengan sejarah baka. Anjing Jindo mengongsi haplotip dengan anjing Akita Jepun, yang menunjukkan keleluhuran bersama melalui penghijrahan awal manusia dan anjing dari Korea ke Jepun. Anjing Jindo juga menunjukkan pengongsian haplotip dengan baka-baka Eurasia Barat seperti anjing gembala Jerman, kerana aliran gen anjing Eurasia Barat ke Penara Tibet pada sekitar 3,600 tahun lalu.[26]
Di peringkat antarabangsa, anjing Jindo diiktiraf sepenuhnya olehPersekutuan Kinologi Antarabangsa danUnited Kennel Club.[6][9] Ia tergolong dalam Khidmat Ternakan Asasi dalamAmerican Kennel Club, yang merupakan langkah pertama dalam mencapai pengiktirafan, dan dalam kategori Import bagi The Kennel Club.[27][28] Di negara asalnya, ia diiktiraf oleh Persekutuan Kenel Korea (Kelab Kenel Korea) dan pertunjukan khas anjing Jindo diadakan secara bermusim oleh kelab-kelab anjing Jindo tempatan.[29][30]
Seekor anjing Jindo putih yang menggayakan diri untuk anugerah pada sebuah acara American Kennel Club
Dengan dorongan pemangsa kuat semula jadi,[31] anjing Jindo secara tradisinya digunakan oleh pelbagai penghuniPulau Jindo untuk memburu haiwan buruan, termasukrusa air danbabi hutan.[32] Pada zaman lebih moden, anjing Jindo biasanya dibela oleh manusia sebagai anjing teman setia dan anjing penjaga.[28]Tentera Korea diketahui menggunakan anjing Jindo sebagai anjing penjaga di pangkalan-pangkalan utama. Tambahan pula, anjing Jindo berwaspada mengikut naluri terhadap orang asing dan tidak mengambil makanan daripada sesiapa selain pemiliknya.[21]
Dalam temu bual tahun 2009 denganThe Korea Economic Daily (한국경제), Park Nam-sun (박남순), pakar pengendali anjing pencarian di Korea Selatan, memberikan keterangan bahawa anjing Jindo tidak sesuai sebagai anjing penyelamatan dan anjing pencarian. Ini adalah kerana naluri perburuan anjing Jindo adalah terlalu kuat, sehingga dapat melupakan misinya, dan ia biasanya memberikan kesetiaannya hanya kepada pemilik terlebih dahulu, manakala pengendali anjing pencarian dan anjing penyelamatan dapat kerap berubah.[33]
Pada tahun 2010, Son Min-suk (손민석), seorang ahli Forum Keselamatan Korea, menulis bahawa kebanyakananjing ketenteraan Korea merupakananjing gembala Jerman dan bahawa anjing Jindo tidak sesuai sebagai anjing ketenteraan kerana ia berkemungkinan besar melepaskan diri daripada tugasnya untuk mencari pengendali pertamanya, yang mungkin telah diberhentikan daripada perkhidmatan tentera, atau kembali ke rumah asalnya.[34]
Walau bagaimanapun, usaha untuk melatih anjing Jindo sebagai anjing pencarian dan penyelamatan diteruskan. Pada Oktober 2010,Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengumumkan hasrat mereka untuk menilai baka anjing Jindo untuk perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang, khususnya untuk perkhidmatan rondaan dan pengesanan. Empat ekor anak anjing Jindo terpilih diedarkan kepada LAPD dan Jabatan Polis CaliforniaGlendale untuk dilatih sebagai unit K9.[35] Selepas mencuba selama setahun, para jurulatih mendapati bahawa anjing-anjing itu tidak mempunyai pembawaan betul untuk kerja polis kerana anjing-anjing itu terlalu mudah terganggu dan terlalu bersemangat untuk menggembirakan tuan.[36]
^한국진 (2 Julai 2018)."표준체형" [Badan Piawai] (dalam bahasa Korea). Persatuan Anjing Jindo Korea. Dicapai pada6 Januari 2024.
^"Appearance" [Penampilan] (dalam bahasa Inggeris). jindo.go.kr. Diarkibkan daripadayang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada6 Januari 2024.
^"한 번 빠지면 못 헤어 나오는 대한민국 토종견 '진돗개'의 매력 5" [5 daya tarikan anjing asli Republik Korea 'anjing Jindo' yang sekali tertarik kepadanya tidak dapat dilupakan] (dalam bahasa Korea).Insight. 3 Mac 2019. Diarkibkan daripadayang asal pada 27 Mac 2019. Dicapai pada6 Januari 2024.
^Song, Jae-chan (Disember 2000).돌아온 진돗개 백구 [Baekgu si Anjing Jindo yang Kembali] (dalam bahasa Korea). Seoul, Korea: 대교출판.ISBN9788939514133.OCLC893562575.
^"'돌아온 백구' 동상으로 우뚝 섰다" [Berdiri Setinggi 'Baekgu yang Kembali'] (dalam bahasa Korea).Naver. 25 November 2004. Diarkibkan daripadayang asal pada 29 Januari 2013. Dicapai pada6 Januari 2024.
^"A moving story of Jindo dog" [Kisah menyayat hati tentang anjing Jindo] (dalam bahasa Inggeris). jindo.go.kr. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 Februari 2010. Dicapai pada6 Januari 2024.
^abKim, Nam-seok (27 Julai 2008)."[민족 문화 상징 100] 주인 잘 섬기는 '충견'" [100 Lambang Budaya Kebangsaan: 'Anjing Setia' yang Berjasa dengan Baik kepada Tuannya] (dalam bahasa Korea).Hankook Ilbo. Diarkibkan daripadayang asal pada 31 Mei 2014. Dicapai pada6 Januari 2024.
^"견종표준" [Piawaian Baka Anjing] (dalam bahasa Korea).Kelab Kenel Korea. Diarkibkan daripadayang asal pada 21 November 2023. Dicapai pada6 Januari 2024.
^"Korean Jindo" [Anjing Jindo Korea] (dalam bahasa Inggeris). Dog Breeds Worldwide. 21 Mac 2021. Diarkibkan daripadayang asal pada 21 Mac 2021. Dicapai pada6 Januari 2024.
^"[생생인터뷰] "한 주인만 섬기는 진돗개, 특수견으론 안 맞더라고요"" [[Temu duga langsung] "Anjing Jindo yang Berkhidmat kepada Hanya Seorang Adalah Tidak Sesuai sebagai Anjing Keperluan Khas"] (dalam bahasa Korea).The Korea Economic Daily. 11 September 2009. Dicapai pada6 Januari 2024.
^""우리 군견 80% 셰퍼드...진도개는 탈영견 신세 될 것 뻔해"" [80% Anjing Tentera KamiShepherd... Anjing Jindo Hampir Pasti Bakal Jadi Anjing Pembolos] (dalam bahasa Korea). heraldm.com. 25 September 2010. Diarkibkan daripadayang asal pada 1 Mac 2012. Dicapai pada6 Januari 2024.