Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Onuris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaAnhur)
Onuris
Onuris was depicted wearing a headdress of two or four tall feathers.[1]
Nama dalamhieroglif
W25
N35
D2
D21
X1
N31G7

atau
W25N31
N1
G7
Pusat kultus utamaThinis
Simbolbulu burung unta, singa, lembing
Maklumat peribadi
Ibu bapaRa
Adik-beradikTefnut,Shu,Bastet
PasanganMehit
Kesetaraan
Kesetaraan YunaniAres

Dalammitologi Mesirpurba,Onuris (juga dipanggilOnouris,Anhur,Anhuret,Han-Her,Inhert) ialah dewa perang yang disembah di kawasan MesirAbydos, dan khususnya diThinis. Mitos memberitahu bahawa dia telah membawa isterinya,Mehit, yang mempunyai peranan yang sama dengannya, dariNubia, dan namanya mencerminkan ini—ia bermaksud '(yang) membawa kembali yang jauh'.[2]

Salah satu gelarannya ialahpembunuh musuh-musuh. Onuris digambarkan sebagai lelaki berjanggut yang memakai jubah dan hiasan kepala dengan empat bulu pelepah, memegang lembing atau tombak, atau kadang-kadang sebagai dewa berkepala singa (mewakili kekuatan dan kuasa). Dalam beberapa penggambaran, jubah itu lebih mirip dengankilt.[3]

Peranan

[sunting |sunting sumber]
Sebahagian daripadasiri
AgamaMesir Purba
Eye of Horus
Ogdoad
Ennead
Triad
A

B

C

D

E

G

H

I

J

K

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

W

Y

Ikon portalPortal Mesir Purba

Dewa perang

[sunting |sunting sumber]

Disebabkan dia dewa perang, dia merupakan penaung tentera Mesir purba, dan personifikasi pahlawan-pahlawan diraja. Pada perayaan-perayaan untuknya, pertempuran olok-olok diadakan. SemasaZaman RomMaharajaTiberius digambarkan pada dinding kuil-kuil Mesir memakai mahkota berbulu empat yang khas milik Onuris.

Orang Yunani menyamakan Onuris dengan dewa perang mereka,Ares. Dalam legenda dewa-dewa Olympus melarikan diri daripadaTyphon dan berubah bentuk menjadi haiwan di Mesir, Ares dikatakan menjadi ikan bernamaLepidotus atau Onuris.[4]

Pembawa langit

[sunting |sunting sumber]

Nama Onuris juga boleh bermaksud 'pembawa langit' dan, disebabkan sama hiasan kepala, Onuris kemudiannya disamakan denganShu, menjadiOnuris-Shu. Dia anakRa dan saudaraTefnut jika dianggap sebagai Shu.

Kahin-kahin tinggi Onuris

[sunting |sunting sumber]

Dalam budaya popular

[sunting |sunting sumber]

Onuris ialah watak boleh main dalampermainan arena pertarungan dalam talian berbilang pemain,SMITE. Onuris seorang Pemburu yang menggunakan lembing dan bergelar Pembunuh Musuh-Musuh[8] dan ditunjukkan dalam bentuk singa (antropomorfik) berjanggut, jubah, dan mahkota yang ada empat bulu pelepah besar.

Onuris ialah dewa kekacauan dalam permainan komputerNetHack/Slash'EM.

Onuris mempunyai peranan kecil dalam novel fantasi 2012The Serpent's Shadow sebagai dewa yang dianggap mati dan dihidupkan semula untuk memusnahkan Dewa Camuk,Apophis.

Onuris salah satu daripada 20 bos yang dilawan dalam permainan video Boss Rush: Mythology.

Kugiran death metal AmerikaNile menghasilkan dua lagu tentang Onuris dalam album mereka 2000Black Seeds of Vengeance, bertajuk "Masturbating the War God" dan "Libation Unto the Shades Who Lurk In the Shadows of the Temple of Anhur".

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Wilkinson, Richard H. (2003).The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. p. 118
  2. ^The Way to Eternity: Egyptian Myth, F. Fleming & A. Lothian, p. 56
  3. ^Turner and Coulter, Dictionary of ancient deities, 2001
  4. ^Antoninus Liberalis, Metamorphoses 28 (trans. Celoria) (penulis mitos Greek abad ke-2 M)
  5. ^Topographical Bibliography Vol. VIII, diambil darilaman web Griffith Institute Mei 2010
  6. ^abcdKitchen, K.A.,Ramesside Inscriptions, Translated & Annotated, Translations, Volume III, Blackwell Publishers, 1996
  7. ^abcPorter and Moss Topographical Bibliography; Volume V Upper Egypt Griffith Institute
  8. ^"Anhur - Wiki Rasmi SMITE".www.smitewiki.com. Dicapai pada23 Jun 2017.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanOnuris
Kepercayaan
Amalan
Dewa
Triad
Budaya
Lokasi
Binatang suci
Simbol dan objek
Bahasa
Kepercayaan
Upacara
Dewa-dewi
Ogdoad
Ennead
Makhluk
Watak
Lokasi
Simbol
dan Benda
Tulisan
Agama berkaitan
Antarabangsa
Kebangsaan
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Onuris&oldid=6615834"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp