Angklung | |
---|---|
![]() Angklung sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara | |
Negara | Indonesia |
Kriteria | Tradisi dan Ekspresi Lisan, Seni Persembahan, Adat resam, ritual dan perayaan, Pengetahuan dan amalan berdasarkan lingkungan dan alam semesta, dan Kemahiran dalam kraftangan tradisional |
Rujukan | 393 |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2010 (sesi 5th) |
Senarai | Representative List |
![]() Angklung Tradisional (Skala Pentatonik – Slendro:Angklung Kanekes, Angklung Dogdog Lojor, Angklung Gabrag, Angklung Badeng, Angklung Bungko, Angklung Badud, Angklung Buncis, andangklungCalung) andAngklung Moden (Skala Diatonik/Kromatik – Slendro, Pelog dan Madenda:Angklung Padaeng) |
Angklung merupakan sejenisalat muzik yang diperbuat daripadabuluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri daripada dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.
Pada 18 November 2010, UNESCO secara rasmi mengiktiraf angklung sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak KetaraIndonesia.[1] Walaupun UNESCO telah mengiktiraf Angklung sebagai Warisan Budaya Tak Benda Indonesia, Angklung mempunyai kewujudan yang meluas di beberapa Negara Asia Tenggara seperti diThailand,Filipina, danMalaysia.
Muzik Angklung bermula dan berasal dariMasyarakat Sunda yang kebanyakannya mendiamiJawa Barat danBanten. Angklung telah memainkan peranan penting dalam Budaya Sunda dan telah lama dimainkan oleh orang Sunda sejak berkurun lamanya.[2] Ia diciptamula sebagai muzik persembahan untuk tokoh rakyat yang mereka panggildewi sri (dalam Kepercayaan Orang Sunda dahulu kala) diTanah Sunda, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Alat muzik bukan sahaja terhad kepada kerohanian rakyat, tetapi juga satu bentuk hiburan tradisional.
Angklung tertua yang masih hidup ialah Angklung Gubrag, dibuat pada abad ke-17 di Jasinga,Bogor. Angklung antik lain disimpan di Muzium Sri Baduga,Bandung.[3] Tradisi angklung tertua disebutangklung buhun (angklung kuno) dariKabupaten Lebak, Banten.[4] Angklung buhun adalah sejenis angklung kuno yang dimainkan oleh orang Baduy di pedalaman wilayah Banten semasa upacara menuai seren taun.
Melihat ke zaman kontemporari, Pada tahun 1938, Daeng Soetigna (Sutigna), dari Bandung, mencipta angklung yang berasaskan tangga nada diatonik dan bukannya skalapélog atausléndro tradisional. Sejak itu, angklung kembali popular dan digunakan untuk pendidikan dan hiburan, malah mungkin mengiringi alatmuzik Barat dalam sesebuah orkestra. Salah satu persembahan pertama angklung dalam sebuah orkestra adalah pada tahun 1955 semasaPersidangan Bandung. Pada tahun 1966, Udjo Ngalagena, murid Daeng Soetigna, membukaSaung Angklung (Rumah Angklung) sebagai pusat pemeliharaan dan pengembangannya.[3]
Angklung diperkenalkan ke Malaysia beberapa masa selepas berakhirnya Konfrontasi, yang mana instrumen itu mendapat populariti.[5]
Divisi Budaya Duta Besar Indonesia untuk Malaysia memberikan pelatihan pembuatan angklung bernada seperti di Bandung, namun hasil yang dihasilkan berbeza dengan angklung bernada di Indonesia pada umumnya, hingga mengambil bibit buluh dari Madiun dan Ponorogo hingga menghasilkan nada angklung terbaik.[6]
Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.
Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.
Angklung has become a veritable symbol of Sundanese culture