Dalam tahun 1882,Everton, terpaksa mematuhi peraturan baru liga bola sepak yang menetapkan supaya permainan perlu dilaksanakan di dalam stadium yang tertutup. Ketika ituEverton bermain menggunakan kemudahan padang terbuka diStanley Park. Everton berjaya menyewa padang Anfield dengan harga yang murah. Perlawanan pertama diadakan di Anfield pada 28 September 1884 bila mana Everton menumpaskan Earlstown 5-0.
Dalam tahun-tahun berikutnya,John Houlding, pemilik Anfield membuat pelaburan dengan membina tempat duduk dan memperbaiki kemudahan di Anfield. Jumlah penonton menjangkau 8,000 untuk satu perlawanan. Tetapi harga sewa masih pada kadar yang lama. Pertelingkahan berlaku denganEverton mengenai kadar sewa yang hendak dikenakan. AkhirnyaEverton berpindah ke Goodison Park danJohn Houlding ditinggalkan dengan stadium yang tidak berpenghuni.
Untuk mengatasi masalahnya,John Houlding menubuhkan kelab bola sepak baru dalam bulan Mei, 1892. Sejak itu, [Liverpool F.C.|Liverpool]] danEverton menjadi musuh ketat bola sepak diMerseyside.
Pada 1 September 1892, sementaraEverton mengadakan perlawanan sulungnya di Goodison Park, [Liverpool F.C.|Liverpool]] pula mengadakan perlawanan Bolasepak yang pertama di Anfield. Perlawanan persahabatan denganRotherham Town berkesudahan dengan kemenangan 7-1 untuk [Liverpool F.C.|Liverpool]]. Perlawanan kompetitif yang pertama diadakan beberapa hari kemudian di Anfield menyaksikanLiverpool menewaskan Higher Walton 8-1 di hadapan 200 orang penonton. Tetapi pada 10 September, lebih 3,000 orang penonton menyaksikanLiverpool menewaskan Stocton dan berada di tangga teratas Liga Lancashire.
Dalam tahun 1906, teres bertingkat untuk penonton dibina. Tempat ini diberikan namaSpion Kop, mengambil sempena nama sebuah bukit diNatal,Afrika Selatan, yang menjadi tapak pertempuran semasaPerang Boer Kedua. Di medan pertempuran itu, lebih 300 orang anggotaTentera British daripadaRejimen Lancashire gugur. Ramai daripada mereka yang gugur berasal dariLiverpool. The Kop dipasangkan bumbung dalam tahun 1928.
Pada kemuncaknya,The Kop pernah menempatkan 28,000 orang penonton. Sehinga yahun 1980-an, The Kop tdiak dipasangkan dengan tempat duduk. Penonton berdiri untuk menyaksikan perlawan dan menyorak pasukan mereka. Teh Kop menjadi masyur kerana penyokong fanatik tertumpu di The Kop. Diriwayat penonton di The Kop boleh menyedut masuk bola ke dalam gawang!
Kerusi hanya dipasangkan hanya selepas berlakunyaTragedi Hillsborough tahun 1989 dan penguatkuasaan peraturan baru yang mensyaratkan stadium ditukar menjadi stadium bertempat duduk seluruhnya. kerja pembinaan The Kop dengan tempat duduk diap tahun 1995. Kapasiti penonton di The Kop sekarang adalah 12,409 dengan 9 tempta untuk mereka yang kurang upaya.
Pada asalnya, Anfield Road Stand hanya mempunyai satu baris tempat duduk berteres yang mempunyai tempat duduk berwarna-warni. Seksyen ini telah dibina semula tahun 1998 sebagai tempat duduk dengan dengan dua bahagian, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton dengan 2,654 orang penonton di bahagian atas dan 6,391 penonton di bahagian bawah bersama-sama 29 tempat untuk mereka yang kurang upaya. Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.
Dibina dalam tahun 1895, Main Stand adalah tempat duduk utama di Anfield dan dibina untuk menampung 3,000 orang penonton. Kos pembinaan ketika itu adalah £1,000. Struktur ini dibuat menggunakan kayu. Walaupun bahagian ini dipanggil Main Stand, namun The Kop menjadi tumpuan penyokong-penyokong yang fanatik. main Stand adalah bahagian pertama dinaik taraf di Stadium Anfield. Dalam tahun 1973, Bahagian ini telah dibangunkan semula dan dibesarkan.[1]
Bumbung baru dipasang, dan apabila siap telah dirasmikan olehDuke of Kent. Main Stand boleh menampung sejumlah 12,277 orang penonton, terdiri dari 9,597 orang penonton di gelanggang duduk utama, 2,409 orang di bahagianPaddock, 177 di bilik Pengarah, 54 orang di bilik Akhbar dan ruang untuk 40 orang kurang upaya.
Sebenarnya tempat duduk pertama dibina di Anfield telah dibina di bahagian ini. Tempat duduk ini dibina denga harga £64 oleh kontraktor bernama George Rutherford.
Pada asalnya, bahagian tempat duduk ini dipanggil Kemlyn Road Stand. Tingkat kedua ditambah di bahagian ini, dan dalam tahun 1992 diberikan nama Centenary Satnd sempena ulangtahun ke-100 penubuhanLiverpool. Kapisiti penonton berjumlah 11,762 orang, terdiri dari 4,600 orang di bahagian atas dan 6,814 orang di bahagian bawah serta 348 orang lagi di dalam bilik-bilik eksekutif.
Kapasiti penonton Anfield keseluruhan ketika ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA dan boleh mengelolakan perlawanan akhirPiala UEFA.
Stadium Anfield mempunyai sebuah memorial yang dibina untuk meperingati 96 orang penyokongLiverpool yang maut semasaTragedi Hillsborough semasa menyaksikan perlawanan Piala F.A. Memorial ini menyenaraikan nama dan umur mereka yang terkorban.
Memorial Bill Shankly dan Bob Paisley
Shankly gates di Stadium Anfield, Liverpool
Terdapat juga sebuah patung bagi memperingatiBill Shankly yang tersohor sebagai lagenda diLiverpool. Beliau bertanggungjawab memulakan dinastiLiverpool dan menjadikanLiverpool antara kelab paling hebat diEngland. Anfield juga mempunyai dua pagar masuk iaituShankly Gates andPaisley Gates, bagi mengenag jasaBill Shankly dan penggantinyaBob Paisley.
Flagpole Corner
Dalam tahun 1928, sebatang tiang berdera didirikan di penjuru gelanggang kop dan Kemlyn Road. tempat ini kini dikenali sebagaiflagpole corner. Tiang bendera ini dibina menggunakan tiang kapal MV Great Eastern. Kapal itu mula digunakan dalam tahun 1860 tetapi dibiarkan tersadai di Sungai Mersey di Rock Ferry.
Anfield mempunyai reputasi sebagai sebuah kubu dan dikenali sebagai 'Fortress Anfield'. Semasa Bill Shankly menjadi pengurus, beliau ingin mewujudkan satu kegerunan kepada pasukan lawan. Beliau mengarahkan satu papan tanda "This Is Anfield" dipasangkan di laluan yangperlu digunakan oleh pemain untuk amsuk ke padang untuk tujuan mengusarkan pihak lawan. Pemain-pemainLiverpool akan menyentuh tanda "This Is Anfield" ini sebagai tanda nasib baik.
Lampu limpah dipasang dalam tahun 1957 pada harga £15,000. Lampu Limpah pertama kali digunakan dalam perlawanan persahabatan merebutFloodlight Challenge Trophy pada30 Oktober1957 menentangEverton.[2]Diarkibkan 2007-09-27 diWayback Machine Billy Liddell menjaring 2 gol danLiverpool menang 3-2
kehadiran paling ramai menonton perlawanan liga adalah 68,757 semasa Liverpool menentang Chelsea dalam musim 1949/50[3]
Seramai 61,905 orang penonton hadir untuk menyaksikan perlawanan Piala F.A pusaing ke-4 di antaraLiverpool dan Wolverhampton Wanderers (Wolves) pada 2 February, 1952.[4]Diarkibkan 2006-07-13 diWayback Machine
Kutipan paling banyak adalah £496,000 semasaLiverpool melawan Newcastle dalam musim 1995-96.
Kehadiran Purata Penonton (Liga Perdana)
1999-00: 44,074
2000-01: 43,698
2001-02: 43,389
2002-03: 43,243
2003-04: 42,706
2004-05: 42,587
2005-06: 44,236
Liverpool tidak tewas di Anfield selama 85 perlawanan iaitu di antara Januari 1978 hingga Jnauri 1981. Dalam 85 perlawanan tersebut,Liverpool menjaring 212 gol dan hanya melepaskan 35 gol.[5]Diarkibkan 2008-04-16 diWayback Machine
Liverpool tidak kalah dalam perlawanan Liga di Anfield dalam musim-musim 1893/94, 1970/71, 1976/77, 1978/79, 1979/80 and 1987/88.Liverpool menang semua perlawanan di Anfield dalam musim 1893/94.