Andorra atau secara rasminyaPrinsipaliti Andorra (Catalan:Principat d'Andorra) adalah sebuahprinsipaliti kecil yang terletak di barat daya Eropah, di timurbanjaran Pyrene dan bersempadan denganPerancis danSepanyol. Ia merupakan negara keenamterkecil di Eropah dengan keluasan 468 km2 (181 bt2) dan anggaran jumlah penduduk 84,484 orang pada 2008. Ibu negaranyaAndorra la Vella. Negara yang mewah ini terkenal dengan sektor pelancongannya dan status bebas cukai.
Secara tradisinya, dikhabarkan bahawaCharlemagne telah memberi kemerdekaan kepada rakyat Andorra sebagai balasan kepada sumbangan rakyat kawasan tersebut yang berperang sehingga berjaya menumpaskanorang-orang Moor. Sebelum ini, hak memerintah Andorra dimiliki oleh BupatiUrgell dan kemudiannya bertukar kepadaUskup yang mentadbir Urgell. Pada 988,Borrell II, Bupati Urgell telah memberi Lembah Andorran kepada Keuskupan Urgell sebagai pertukaran sebidang tanah di Cerdanya. Sejak dari itu, Uskup Urgell yang berpengkalan di Seu D'Urgell memiliki Andorra.
Sebelum 1095, Andorra tidak memiliki sebarang perlindungan ketenteraan dan Uskup Urgell yang mengetahui akan perihal Bupati Urgell yang mahu menuntut semula haknya ke atas Lembah Andorra, dengan segera memohon perlindungan dan pertolongan daripada Lord Caboet. Pada 1095, Lord Caboet dan Uskup Urgell telah menandatangani perjanjian sumpah dimana, di dalam perjanjian tersebut, mereka berdua merupakan pemerintah berdaulat secara bersama Andorra. Arnalda, anak perempuan kepada Arnou dari Caboet berkahwin dengan Viscount Castellbò dan kedua-duanya memakai gelaran Viscount Castellbò and Cerdanya. Kemudian, anak perempuan mereka Ermessenda berkahwin pula denganRoger Bernat II, Bupati Foix. Mereka memakai gelaran Roger Bernat II dan Emessenda I Count Foix, Viscount Castellbò and Cerdanya dan merupakan pemerintah bersama Andorra disamping Uskup Urgell.
Pada kurun Ke-11 Masihi, satu pertelingkahan telah memuncak diantara Bupati Urgell dan Bupati Foix. Pertelingkahan ini selesai pada 1278 dengan campurtangan Aragon dengan terementerainya perjanjian Paréage yang pertama dimana kedaulatan Andorra dikongsi bersama diantara dua pihak yang bertelagah iaitu Bupati Foix (kemudiannya memindahkan hak kekuasaannya kepadaketuakerajaan Perancis) dan Bupati Urgell.
Disebabkan kedudukannya di timurbanjaran Pyrene, Andorra terletak di kawasan tanah tinggi dengan ketinggan purata 1,996 meter. Lokasi tertingginya ialahComa Pedrosa dengan ketinggian sebanyak 2,946 meter dari paras laut.
^"Human Development Report 2021/2022"(PDF) (dalam bahasa Inggeris). Rancangan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 8 September 2022.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09. Dicapai pada8 September 2022.