Anak Jantan | |
---|---|
Pengarah | Faizul A. Rashid |
Lakon layar | Opie Harris |
Dihasilkan oleh | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Dibintangi | |
Sinematografi | Helmi Yusof |
Disunting oleh | Ridzuan Shariff |
Muzik oleh | AG Coco |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Lineclear Motion Pictures |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 70 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 624,945.00 |
Anak Jantan ialah sebuah filem aksi Malaysia tahun 2014 arahanFaizul A. Rashid terbitanGrand Brilliance danPrimeworks Studios. Filem ini ditayangkan pada 30 Oktober 2014.[1][2]
Anak Jantan menceritakan kisah Darin yang dihantui oleh kehidupan yang lalu. Gaya hidup negatifnya berubah sama sekali apabila beliau jatuh cinta kepada seorang wanita dari kampungnya bernama Nara. Tidak lama kemudian, pasangan ini berhijrah ke bandar KL untuk memulakan kehidupan baru.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bijak bernama Saufi. Malangnya, kebahagiaan keluarga mereka tidak bertahan lama dengan ketibaan Somchai, seorang rakan lama yang kembali menyebabkan pergolakan di tempat kerja Darin.
Anak Jantan ditulis oleh Opie Harris dan diarahkan olehFaizul A. Rashid yang sebelum ini mengarahkan filemBisikan Syaitan (2013).[3]
Farid Kamil danBront Palarae yang sebelum ini bekerjasama dalam filemAnak Halal (2007) danV3 Samseng Jalanan (2010) menjayakan watak utama dalam filem ini. Bagi menghidupkan peranan masing-masing, Bront dan Farid melakukan lagak ngeri sendiri, dengan sokongan pakar aksi lagak ngeri Thailand.[3] Beberapa adegan yang menggunakan dialog bahasa Siam oleh pelakon Thailand dan dialih suara ke Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman penonton. Hampir 15 peratus penceritaan dalamAnak Jantan telah dipotong olehLembaga Penapisan Filem (LPF).[3]
Faizul dalam temuramah bersamaSinar Harian berkata idea untuk menghasilkan filem ini sudah lama tercetus bersama penerbit, Abdul Latiff Mohaideen dan Penerbit Eksekutif,Tengku Iesta Tengku Alaudin. Beliau berkata: "Idea ini bermula apabila menceritakan detik debaran ketika anak saya, Arissa Aqila, hilang selama lima minit di pasaraya." Penggambaran dijalankan diKuala Lumpur,Langkawi danThailand.[4] Faizul turut memberitahu bahawa jalan cerita filem tentang puak yang berselindung di sebalik agama dalam melakukan kekejaman tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kegiatan pengganas.[5]