Amsterdam, (audio (bantuan·maklumat))ibu negaraBelanda, terletak di perairanIJ, bekas sebuah teluk dan sungaiAmstel. Dijumpai pada akhirabad ke-12 sebagai satu perkampungan nelayan di muara sungaiAmstel, dewasa ini ia menjadi bandar terbesar di negara berkenaan dan ia menjadi pusat kewangan dan kebudayaan. Pada 2005, jumlah penduduk bandar raya ini adalah 799,442; populasi keluasan lebih kurang 2.3 juta.
Walaupun Amsterdam merupakan ibu kota Belanda, ia bukannya ibu kota negeri dalam wilayah di mana ia terletak diNoord-Holland, di manaHaarlem menjadi ibu negeri, dan bukan juga bandar pentadbiran. Bandar pentadbiran terletak diThe Hague.
Amsterdam telah dijumpai sebagai satu perkampungan nelayan dalamabad ke-13. Mengikut legenda, Amsterdam telah dijumpai oleh dua nelayan bangsaFrisia, yang telah mendarat di pesisir Amstel dengan anjing mereka. Pengempangan sungaiAmstel memberikan namanya dalam bahasa Belanda: Amstelredam "Empangan dalam Dam Amstel", lama-kelamaan menjadi Amsterdam. Ia telah diberihak kebandaran dalam tahun1300 atau1301. Semenjak daripadaabad ke-14 dan seterusnya, Amsterdam menjadi makmur kerana perdagangan dengan bandar-bandar yang terlibat denganLiga Hansa .
Abad ke-16 telah menyaksikan satu pemberontakan oleh orang Belanda terhadapPhilip II dari Sepanyol dan waris-warisnya yang menjadi lebih buruk lalu terjadinyaPerang Lapan Puluh Tahun yang mana sangat penting hingga membawa kepada kemerdekaan Belanda. Republik Belanda telah dikenali sebagai sikapnya yang relatif kepada toleransi agama dan orangYahudi daripadaSepanyol danPortugal, peniaga-peniaga berjaya dariAntwerp (pelarian-pelarian ekonomi dan agama daripada bahagian negara-negara yang masih lagi dikuasai oleh Sepanyol),Huguenot dariPerancis (dianiyai kerana agama mereka) mendapat keselamatan di Amsterdam. Pendatang-pendatang kaya dari Flanders yang mempunyai nada dialek Brabantnya dalam Bahasa Belanda menjadi penyumbang kepada tulisan Belanda piawai dan turut menjadikan Belanda satu kuasa maritim.
Medan Dam pada akhir abad ke-17: dilukis oleh Gerrit Adriaensz. Berckheyde (Gemäldegalerie, Dresden)
Abad ke 17 dianggap “Zaman Keemasan” bagi Amsterdam. Pada awal abad ke 17 Amsterdam menjadi salah satu bandar yang terkaya di dunia. Kapal-kapal berlayar dari Amsterdam keLaut Baltik,Amerika Utara,Afrika, sekarangnyaIndonesia danBrazil, dan menjadikan asas rangkaian dagangan sedunia. Pedagang-pedagang Amsterdam memiliki saham yang besar dalamVOC danWIC. Syarikat-syarikat ini mengumpul kekayaan di luar negeri yang kemudiannya menjadi asas bagi tanah-tanah jajahan Belanda. Pada masa itu Amsterdam adalah pusat penting laluan pengangkutan seterusnya bagi barang-barang dagangan di Eropah dan ia menjadi pusat kewangan dunia yang penting. Bursa saham Amsterdam adalah bursa yang pertama yang berdagang secara berterusan.
Sungai Amstel pada malam hari Lukisan olehKoppelaar
Pada abad ke 18 dan awal abad ke 19 Amsterdam mengalami kemerosotan ekonomi akibat peperangan denganEngland danPerancis. Di masa peperanganNapoleon kekayaan Amsterdam berada di paras yang terendah. Walau bagaimanapun, dengan penubuhanKingdom of the Netherlands pada 1815, keadaan beransur pulih. Di Amsterdam perkembangan-perkembangan baru dimulakan oleh perancang-perancang bandar sepertiSamuel Sarphati yang mendapat ilham dari Paris.
Amsterdam boleh dianggap mengalami Zaman Keemasan yang kedua pada akhir abad ke 19. Muzium-muzium baru, stesen keretapi danConcertgebouw dibina. Pada masa iniRevolusi Industri sudah sampai ke Amsterdam.Terusan Amsterdam-Rhine digali untuk dihubungkan terus dengan Sungai Rhine dan Terusan Laut Utara untuk memberi pelabuhan itu hubungan lebih dekat dengan Laut Utara. Kedua-dua projek itu telah meningkatkan perhubungan dengan Eropah dan seluruh dunia.Joseph Conrad memberi keterangan ringkas mengenai Amsterdam dari pandangan dari laut dalamThe Mirror of the Sea (1906).
SebelumPerang Dunia I, Amsterdam mula berkembang dan kawasan-kawasan di pinggiran bandar dibina. Semasa perang, Belanda tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kekurangan makanan dan bahan api telah menimbulkan kekecohan di mana beberapa orang telah terbunuh.
Jerman menyerang Belanda pada10 Mei1940, dan menguasainya selepas 5 hari bertempur. Jerman menubuhkan sebuah kerajaan sivil Nazi di Amsterdam yang berkerjasama dalam penganiayaan orang-orangYahudi. Bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil dari penduduk Amsterdam yang menolong orang-orang Yahudi tetapi mereka turut teraniaya akibat dari itu. Dianggarkan antara 103,000 sehingga 105,000 orang Yahudi dari Belanda telah dihantar ke kem tahanan, antaranya mungkin yang paling terkenal adalah seorang budak perempuan Jerman,Anne Frank. Hanya 5,000 orang-orang Yahudi Belanda terselamat selepas perang. Pada bulan-bulan terakhir perang, talian komunikasi terputus dengan tempat-tempat lain di Belanda serta makanan dan bahan api menjadi kurang. Banyak penduduk terpaksa pergi ke kawasan luar bandar untuk mendapatkan makanan. Ada yang terpaksa memakan anjing, kucing dan ubi manis mentah untuk hidup. Kebanyakan pokok di Amsterdam ditebang untuk bahan api dan semua papan-papan diambil dari rumah-rumah tinggalan orang Yahudi yang dihantar ke kem tahanan.
Amsterdam mengalami cuaca suhu sederhana, dengan pola cuaca banyak dipengaruhi oleh kedudukan Amsterdam dengan Lautan Atlantik di barat dan angin timur. Musim sejuk adalah sederhana dan secara purata melepasi tahap beku, walaupun fros adalah biasa semasa tempoh angin timur atau timur laut yang bertiup dari arah benua. Musim panasnya nyaman. Bagaimanapun, walaupun hari hujan adalah biasa, Amsterdam tidak mempunyai cuaca lembap keterlaluan dan mempunyai purata kurang dari 760 mm (30 inci) hujan setahun. Jumlah hujan kelihatan lebih banyak berbanding yang sebenarnya kerana ia meleret sebagai renyai yang berpanjangan atau hujan rintik. Cuaca lembap dan mendung adalah biasa terutamanya pada musim yang lebih sejuk.
Amsterdam terkenal dengan muzium-muzium yang hebat seperti Muzium Rijks, Muzium Van Gogh, Muzium Stedelijk, Muzium Rembrandt House, Rumah Anne Frank. Orkestra simfoni yang masyhur di dunia,Concertgebouworkest yang bertempat di Concertgebouw juga menjadi tarikan. Turut menjadi tarikan pelancong adalah kawasan pelacuran, de Wallen dan “kedai-kedai kopi” yang menjual kanabis. Pelacuran adalah dibenarkan di Amsterdam sejak tahun 2000.[5] Amsterdam juga terkenal dalam kalangan pelancong kerana undang-undang berkaitan kanabis. Menghisap kanabis di kedai-kedai kopi adalah dibolehkan dan seseorang tidak dibenarkan memiliki lebih dari 5 gram kanabis.[5]
Amsterdam mempunyai 2 universiti:Universiti Amsterdam (Universiteit van Amsterdam), danUniversiti Vrije (Vrije Universiteit). Institut-institut pengajian tinggi yang lain adalah termasuk akademi seni,De Rietveldacademie,Sekolah Tinggi Amsterdam (Hogeschool van Amsterdam),Sekolah Perniagaan Amsterdam (Hogeschool voor Economische Studies Amsterdam) danSekolah Kesenian Amsterdam (Amsterdamse Hogeschool voor de Kunsten).Institut Sejarah Sosial Antarabangsa (International Institute of Social History) adalah institut penyelidikan mengenai sejarah sosial terutamanya sejarah gerakan-gerakan buruh yang terbesar di dunia. Di Amsterdam juga terdapat taman botani yang tertua di dunia,Hortus Botanicus, yang diasaskan pada tahun 1638, di mana terdapat banyak spesimen yang tua dan jarang didapati seperti pokok kopi yang menjadi induk kepada seluruh pembiakan kopi di Amerika Tengah dan Selatan.
Java Island, diIJ, dikenali kerana senibinanya yang moden.
Amsterdam adalah bandar kepadaAjax Amsterdam, sebuah pasukan bola sepak dalamEredivisie, liga bola sepak utama Belanda. Pasukan ini menjadikanAmsterdam Arena sebagai gelanggang, yang terletak di tenggara bandar itu. Turut menggunakan stadium tersebut adalah pasukan bola sepak Amerika,Amsterdam Admirals.
Dalam 1928, Amsterdam menjadi tuan rumah untukSukan Olimpik.Stadium Olimpik yang dibina untuk sukan tersebut telah dibaikpulih sepenuhnya dan kini digunakan untuk acara-acara budaya dan sukan.
Amsterdam juga menempatkan gelanggang luncur ais,Jaap Eden Baan yang terkenal.Amstel Tijgers yang menjadi tuan rumah di arena ini bertanding dalam liga utama hoki ais Belanda. Arena ini mempunyai trek untuk acara lumba luncur ais sepanjang 400 meter yang digunakan untuk menganjurkan kejohanan. Oleh itu, banyak kejohanan antarabangsa telah dipertandingkan di arena ini.
Bandar ini juga mempunyai sebuah pasukan besbol,Amsterdam Pirates, yang bertanding di Liga Utama Belanda, tiga pasukan hoki iaitu Amsterdam, Pinoké dan Hurley, dan sebuah pasukan bola keranjang,Amsterdam Astronauts, yang bertanding dalam divisyen utama Belanda dan menggunakan dewan sukan, Sporthallen Zuid, yang berdekatan dengan Stadium Olimpik.
Semenjak 1999, Amsterdam menghargai ahli-ahli sukannya yang cemerlang dengan kewujudanAmsterdam Sports Awards. PeninjuRaymond Joval dan pemain hokiCarole Thate adalah yang pertama untuk menerima anugerah tersebut pada 1999.