Struktur tiga jenis amida: amida organik, sulfunoamida dan fosforamida.
Amida ialah satu sebatian dengankumpulan berfungsi RnE(O)xNR'2, di mana R dan R' merujuk kepadahidrogen atau kumpulan organik. Jenis amida yang paling biasa ialah "amida organik" (n = 1, E =C, x = 1), tetapi banyak jenis amida lain yang diketahui termasuklah fosforamida (n = 2, E =P, x = 1 dan pelbagai formula berkaitan) dansulfunoamida (E =S, x = 2). Istilah "amida" merujuk kepadakelas sebatian dan kepadakumpulan berfungsi (RnE(O)xNR'2) di dalam sebatian-sebatin ini.
Amida yang paling ringkas ialah bahan terbitan ammonia di mana satu atomhidrogen telah digantikan oleh kumpulanasil. Sambungan ini biasanya dinyatakan sebagai RC(O)NH2. Amida yang lebih berkait dan lebih banyak adalah amida yang diterbitkan daripada amina primer (R'NH2) dengan formula RC(O)NHR'. Amida juga biasanya diterbitkan daripadaamina sekunder (R'R"NH) dengan formula RC(O)NR'R". Amida biasanya dianggap sebagai bahan terbitanasid karboksilik di mana kumpulanhidroksil telah digantikan dengan amina atau ammonia.
Pasangan tunggalelektron padanitrogen dinyahsetempatkan ke dalam karbonil, lalu menghasilkanikatan ganda dua separa di antara N dankarbon dalamkarbonil. Oleh yang demikian, nitrogen di dalam amida tidak lagi berbentuk piramid. Dianggarkan yang asetamida dijelaskan melaluistruktur resonans A untuk 62% dan B untuk 28%.