Amfibia ialahvertebrataektotermikberkaki empat dalam kelasAmphibia.[2] Semua amfibia yang masih hidup tergolong dalam kumpulanLissamphibia termasukkatak[2] dansemandar yang hidup di ekosistem-ekosistem daratan,bawah tanah,di atas pokok-pokok ataudalam air tawar. Amfibia biasanya bermula sebagai larva yang hidup di dalam air, tetapi beberapa spesies telah berkembang dengan tingkah laku yang mengatasi ciri ini.
Amfibia yang masih kecil umumnya bernafas menggunakaninsang, apabila badan dewasa selepas mengalamimetamorfosis bernafas dengan organparu-paru. Amfibia menggunakan permukaankulit yang telap sebagai organ pernafasan sekunder; ada beberapa semandar dan katak darat kecil yang bernafas sepenuhnya menggunakan kulit kerana tiada paru-paru. Badan jenis-jenis amfibia sangat miripcicak tetapi adalahamniota bersama dengan mamalia dan burung yang tidak memerlukan jasad air untuk membiak. Ciri-ciri ini menjadikan amfibia haiwanpetunjuk ekologi; dalam beberapa dekad kebelakangan ini terdapat penurunan dramatik dalam populasi amfibia bagi banyak spesies di seluruh dunia.
Nama kelasAmphibia terbit daripada istilahbahasa Yunani Kunoἀμφίβιοςamphíbios menggabungkan kataἀμφίamphí bermaksud 'kedua-dua jenis' danβιοςbios bermaksud 'hidup'; istilah ini awalnya dipakai sebagai kata sifat umum untuk haiwan yang boleh hidup di darat dan di air, termasuk anjing laut dan memerang.[3] Kelas Amphibia biasanya merangkumi kesemua vertebrat tetrapod yang bukan amniota. Amphibia dalam erti terluasnya (sensu lato) dibahagikan kepada tiga subkelas, dua daripadanya pupus:[4]
- SubkelasLepospondyli† (kumpulan Paleozoik kecil, yang lebih berkait rapat dengan amniota berbanding Lissamphibia)
- SubkelasTemnospondyli† (gred Paleozoik dan awal Mesozoik yang rencam)
- SubkelasLissamphibia (kesemua amfibia moden, termasukkatak,kodok,semandar,Pleurodelinae dansesilia)
- Salientia (katak, kodok dan saudaranya):Jura hingga kini—7,360 spesies terkini dalam 53 keluarga[5]
- Caudata (semandar, neut dan saudaranya): Jura hingga kini—764 spesies terkini dalam 9 keluarga[5]
- Gymnophiona (sesilia dan saudaranya): Jura hingga kini—215 spesies terkini dalam 10 keluarga[5]
- Allocaudata† (Albanerpetontidae) Jura Tengah – Pleistosen Awal