Banjaran ini lazimnya dibahagikan kepadaAlp Barat danAlp Timur. Pembahagian ini adalah sepanjang garisan di antaraTasik Constance danTasik Como melaluiSungai Rhine,Liro danMera. Banjaran Alp Barat adalah lebih tinggi, tetapi rangkaian pergunungannya lebih pendek dan berliku; terletak diItali,Perancis danSwitzerland. Alp Timur pula memiliki sistem rangkaian gunung-ganang yang lebar dan memanjang, kepunyaanAustria,Jerman,Itali,Liechtenstein,Slovenia danSwitzerland. Puncak tertinggi di Alp Barat adalahMont Blanc dengan ketinggian 4,808 meter (15,774 ka). Puncak tertinggi di Alp Timur pula ialahPiz Bernina pada 4,049 meter (13,284 ka).Dufourspitze, 4,634 meter (15,203 ka) danOrtler,[1] 3,905 meter (12,812 ka), masing-masing adalah kedua tertinggi.
Alp Timur lazimnya dibahagikan berdasarkan pembentukan batuan (litologi) yang berbeza-beza iaitu:
Sempadan antara pergunungan Alp Central dan pergunungan Alp Southern Limestone adalahKelim Periadriatic. Pergunungan Alp Northern Limestone dipisahkan dari pergunungan Alp Central Eastern olehZon Graiwak.
Alp Barat adalah biasa dibahagikan mengikutgeografi:
Pembahagian dari sudutgeologi adalah berlainan dari segi geografi dan tidak membezakan bahagian timur dan barat pergunungan ini. Secara amnya, pakar geologi membahagikan Alp kepada tiga wilayah geologi iaituHelveticum di utara,Penninicum dan sistemAustro-Alp di bahagian tengah manakala sistemAlp Selatan di bahagian selatan dan sebahagian daripada Alp Dinari (yang menjalar hingga ke SemenanjungBalkan).Pergunungan Jura dari sudut geologi tergolong di dalam sistem pergunungan Alp tetapi tidak dari sudut geografi.